KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

Penduduk Pasar Minggu Kampung Baru dihalau

harakahdaily - Penduduk dan peniaga Pasar Minggu Kampung Baru kini dikategorikan sebagai setinggan dan dihalau keluar.

Peliknya, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup pula mendakwa penduduk dan peniaga tersebut tidak akan dianak tirikan. Kenyataan Salleh itu disifatkan bercanggah dengan notis yang menghalau mereka dari kawasan itu.

"Apa kebenaran kata-kata beliau? Kami telahpun menerima notis supaya berpindah dari Pasar Minggu Kampung Baru," kata mereka dalam blog mereka.

Menurut notis berkenaan, mereka tidak akan diberi sebarang ganti rugi atau tempat gantian.

"Ini adalah notis yang bersifat keras ke atas penduduk. Ke mana kami akan pergi?" tanya mereka.

Walaupun Pasar Minggu Kampung Baru satu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong, tetapi selepas itu "tiada pihak yang berwajib mengambil kisah di Pasar Minggu dan dipandang sepi".

"Tapi kini bila pembangunan mahu dilaksanakan, penduduk diketepikan atas dasar setinggan," kata penduduk dalam blog mereka.

Sebelum ini, Persatuan Peniaga dan kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru mempersoalkan: "Mengapa kami dikategorikan sebagai setinggan dan diarah keluar?"

Mereka menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengosongkan dan berpindah dari kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

DBKL ni dengan melayu dia power la....dengan bangsa asing kecut perut. Tu sebab la, batu puteh tergadai. Hebat diorang ni dalam malaysia. luar malaysia macam tikus.

Posting terkini

Blog Archive