KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

Usul Membahaskan Isu Pulau Batu Putih dihalang!

http://greatlakeseditions.typepad.com/photos/uncategorized/2007/11/23/horsburg_lighthouse.jpgSuarakeadilan - Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat bagi membahaskan isu Pulau Batu Putih yang telah terlepas hak kedaulatannya kepada Singapura.

Penolakkan usul Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dibuat berdasarkan isu tersebut telah diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan bukanlah perkara yang perlu disegarakan. Alasan Parlimen Malaysia tidak mampu mengubah keputusan turut digunakan.

Menurut Sallehuddin, tujuan Pakatan Rakyat mengemukakan usul tersebut bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan keputusan ICJ tetapi lebih ingin membahaskan kelemahan kerajaan dalam mengemukakan hujah sehingga hak kedaulatan pulau itu terlepas.

Meskipun usul tersebut ditolak, Sallehuddin bangun beberapa kali merayu kepada Speaker agar isu tersebut dibahaskan. Namun Speaker menegaskan kenyataan “kita perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku’ yang dinyatakan beliau sendiri sudah memadai tanpa membahaskan usul itu.

Walaupun Speaker mengakui bahawa beliau turut bersedih akan kehilangan pulau tersebut namun beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan usul tersebut dibawa untuk dibahaskan dalam dewan. – Zuwairi Zakwa.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive