KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

"Saya kecewa tapi setia pada parti," Badrul

klpos - KL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.

Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.

"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.

Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.

"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive