KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 27, 2008

Selangor ambil alih 4 syarikat konsesi air

Mstar - Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikat milik penuhnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengemukakan cadangan untuk mengambilalih empat syarikat konsesi air di Selangor.

Keempat-empat syarikat itu ialah pengeluar air Konsortium ABASS Sdn. Bhd., Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (SPLASH) dan syarikat pembekal air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAs).
"Penyusunan semula ini akan membolehkan industri air Selangor diuruskan secara holistik," kata , kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar di sini.

Penyusunan semula itu sejajar dengan keputusan Kabinet Persekutuan pada 15 Januari yang dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi pada 5 Februari, kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar, beliau gembira dengan keputusan itu dan bersetuju pelaksanaan keputusan itu.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive