KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 7, 2008

Rosmah belanja RM7juta untuk 14 jam tangan?

harakah | Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?

Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.

Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.

Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya.

untuk artikel tersebut. ... Korang KLIK KICKDEFELLA

Lanun Somalia vs Lanun Malaysia

Kata seorang penganalisis Somalia ... lanun kat tempat dia mempunyai kelengkapan senjata untuk berperang selama 20 tahun. Canggih lanun diorang.

Berita KAT SINI

Ikut ceritanya lagi ....

Mereka juga mendapat sokongan daripada komuniti mereka dan sebahagian pemimpin kerajaan. Sesetengah kumpulan lanun itu malah berjanji untuk menyumbangkan sebahagian wang tebusan yang diperolehi untuk membangunkan sekolah dan jalan-jalan raya.
http://warisboring.com/wp-content/uploads/2008/06/91222-004.jpg

Gambar kat atas adalah imej seorang lanun. Diorang ni tak payah belajar sampai OXFORD ... macam anak orang tu ... tu ....tu .... Lagi gambar di SINI dan SINI dan SINI.

Weyyyy ....lanun Somalia .. Gua tak heran !!!

Menurut cerita dari askar kita ... diorang ni attack kapal kapal besar dan membawa barangan yang bernilai termasuk minyak kelapa sawit. Dan kalau diorang attack kapal tu dengan bom dan senjata mampu membawa kerugian yang besar. Jadi ndak tak ndak, terpaksa bayar wang tebusan. Dan yang menariknya, dengan kapal setinggi 8 tingkat bangunan, diorang boleh naik menggunakan tali dengan masa yang singkat [tidak sampai 5 minit] sebelum meletakkan senjata kat leher mangsa di atas dek kapal. Kalau ada yang saiz badan macam isteri dia tu tu tu ... .tak payah jadi lanun, susah nak panjat tali.

Weyyyy ....lanun Somalia .. Gua tak heran !!!

Korang ingat lanun dia ada menteri macam menteri kita ke? Cuma bijak lagi menteri kita sebab .... menteri kita luluskan bajet beli kapal selam. Dan lanun somalia tak der 'pemilihan UMNO' macam yang ada kat negara kita. Jadi tak timbul isu rampas kuasa dan undi tak caya. Apatah lagi rasuah politik ... diorang bersih dari semua bentuk rasuah ke akar umbi. Wakakakaka.. ..

Kekadang bertanya jugak ... 20 tahun berperang dengan peralatan canggih .. ramai mana agaknya lanun ni? Tak kan sama jumlah dengan ahli UMNO. Jadi makan diorang tak besar. Lanun Somalia lanun Runcit. Lanun Malaysia buncit buncit. Rompakan nya besar ... ahlinya pun ramai. Diorang tak main dengan wang tebusan USD1.5 juta untuk satu kapal .. . tapi berbilion bro.

Oh ya ... lanun Malaysia rompak di laut, darat dan udara.
Mana bahaya? ....... LANUN SOMALIA atau LANUN MALAYSIA ?

Minyak nak turun seciput lagi?

Harga minyak dunia turun ke paras terendah .... BACA SINI

Hah !!! .... Kalau masa kerajaan naikkan harga dulu, orang orang karat UMNO kata ...

" Korang tak paham ke, bukan kita yang naikkan harga, tapi harga minyak dunia yang naik. Bila harga dunia naik, maka harga minyak tempatan pun naik laaaa !!!"

Chewaahhhh ... che nduk oiii .... Ingat kita ni tak sunat lagi ke, nak kelentong cam tu. Bila kerajaan Panik dan naikkan harga, semua harga pun meloncat naik. Tak ke bangang namanya tu.

Tapi sekarang bila harga minyak dah turun, diorang turunkan harga dengan teknik "HH" .... Hegeh Hegeh.
Dah turun ke paras terendah ... Tak kan nak turun seciput jugak. Nampak sangat penurunan harga minyak mengikut saiz otak pemimpin.

Posting terkini

Blog Archive