KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Kenapa kerajaan naikkan harga minyak?

Sampai sekarang aku tak faham kenapa Kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak di negara ini. Ada sesiapa yang boleh bagi tau? Dah pasti jawapan yang aku nak, bukan dari Menteri yang terang malap terang malap....Korang tau apa dia kata?

"Saya yakin, rakyat tahu ini merupakan masalah di peringkat global dan bukannya hanya berlaku di negara ini. Apa yang dibuat oleh kerajaan ada benar dan bukan reka-reka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran di Kampung Semayor, Kemasik di sini hari ini.

Katanya pemberian rebat kenderaan sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan pembayaran sebanyak RM150 setahun kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di negara ini.

Katanya tinjauan yang dilakukan jentera kementerian juga mendapati rakyat gembira dengan pemberian rebat itu dan mulai faham dengan langkah kerajaan memberikan rebat itu walaupun pada awalnya ramai yang mahukan cukai jalan dihapuskan. - kata Shabery [bernama]
Tugas nya memberikan penerangan, tapi rakyat bertambah samar samar. Tak faham dan tak jelas. AKu tak kira, rebat atau tidak .... TURUN KAN HARGA MINYAK !!! Kata putus dari wak raden.

Ini kata TG NIK AZIZ ....

Kalau ini lah kata TG NIK AZIZ, lega rasanya. Bukan apa ... jangan sesekali lupa peristiwa lama. UMNO bukan hanya tipu pas, tapi tipu bangsa Melayu. Apa kat TG? Kalau ada perbincangan, beliau tidak akan setuju. Korang rujuk berita ini ... bukan aku suruh, tapi memang TG lebih bijak.

Pas spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has quashed rumours of reconciliation talks between the party and Umno. In putting his foot down on any such plan, Nik Aziz said he was still bitter over the way Pas was treated by Umno when it was in the Barisan Nasional in the 70's.
Citing the old saying “once bitten, twice shy”, he said he had not sanctioned any attempts to negotiate with Umno.

"If there are any negotiations going on, I don't know about them and anyway, I will not agree to them. If it is between individuals then it is a different matter but not at party-to-party level," he said at a Press conference at his home in Kampung Pulau Melaka here. - NST
Selisih dari malapetaka. Jangan lah tergoda dengan janji janji UMNO lagi. Dah senak ......Kalau sekali silap ... lupa, dua kali silap, memang bodoh..

Teka-teki parti BN keluar 50% terjawab. Bukan Semenanjung?

MStar - "Biasanya maklumat yang diberikan Tengku Razaleigh adalah benar," kata pakar komunikasi media dan pilihan raya, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid.

Sejauh mana kemungkinan itu boleh berlaku? Syed Arabi juga tidak menolak kemungkinan tersebut sambil menambah, jika berlaku ia akan melibatkan parti-parti kecil yang merasakan sudah tiada tempat dan kedudukan dalam BN.

Ini termasuklah parti yang tiada jawatan penting dalam kerajaan tetapi mempunyai beberapa kerusi di Dewan Rakyat, kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Beliau turut mengetengahkan beberapa perkembangan semasa yang menguatkan kemungkinan tersebut.

Laporan Bernama diterima sebentar tadi menyebut, Tengku Razaleigh hari ini sekali lagi mendakwa sebuah parti komponen BN akan keluar meninggalkan BN hujung bulan ini.
... selanjutnya.

berita lain
Anwar sedia tahu nama komponen BN bakal keluar?
2 pemimpin nafi lompat parti, Ku Li dakwa komponen BN keluar bulan ini
Parti mana keluar BN?
Keluar Barisan: Gerakan atau SAPP?

Kerana RM650, rakyat serbu Pejabat POS



Komen dari seorang yang ditemubual ... "RM625 memang tak berbaloi. Minyak belanja sebulan RM300. Dan jumlah tu hanya boleh tampung 2 bulan." Kata orang tua tu pulak...."REzeki !!! Mana nak cari kerajaan bagi rezeki."

Apa yang perlu kita fikirkan disini, kenapa rakyat menyerbu Pejabat POS seawal 7.30 pagi? Tak caya pada kerajaan atau dah tak der duit?

BONGKAR ! Sekumpulan MP Berunding di Hong Kong Untuk Lompat Parti

msomelayu - [...] Ahli veteran Umno Selangor, Mazlan Harun (foto) menegaskan ura-ura ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen mungkin ada kena dengan perkembangan berhubung perkara itu.

"Baru-baru ini Anwar Ibrahim berkata pembangkang akan menganjurkan undi tidak percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Kalau ini berlaku ia bakal merubah senario politik negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Tengku Razaleigh Hamzah dengan akar umno Umno Gombak Selangor di sebuah kelab di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor pagi ini.

Menurt anak bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Harun Idris itu, desas desus mengatakan Anwar sudah ada perbicangan dengan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bukan cerita yang tidak boleh menjadi kenyataan.

"Kita dengar perundingan dan pertemuan diadakan di Manila, sebaliknya apa yang kita dapat tahu perundingan juga diadakan di suatu tempat lain. Kita hendak percaya payah tak hendak percaya pun payah, tetapi kita taku tentang kehebatan dan kebolehan Anwar," jelasnya.... selanjutnya.

Kurang kan hari bekerja?

Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry president Tan Sri William Cheng proposed that manufacturers and producers consider switching to a four-day work-week to enable workers to save on travel expenses.

He suggested that the working hours be increased to 12 aday to compensate for the shorter work week.

Currently, factory hands work either five or six days a week.

According to reports in the Chinese press today,, Cheng said he has already introduced the four-day work-week in his factories, and his workers are saving on transport and toll charges because they are making fewer trips a week.

He said the government is right in calling for the people to change their lifestyles but it must also be prudent with its expenses. ... read the rest at Sun2surf
Aku tak tau pasal ekonomi, tapi aku masih ingat lagi bahawa dulu, Mahathir sendiri pun tidak setuju dengan pengurangan hari bekerja. Malah ada cuti awam pada hari kerja pun sudah di tukar kepada hari Sabtu dan Ahad. Mengikut akal bangang aku ni .... jika ini lah yang diorang fikirkan, ekonomi akan bertambah buruk. Tak der aktiviti, tiada urusniaga, ekonomi merudum. Tak tau la. .. korang yang bijak bijak tu fikirkan la.

Lepas wang Rebat ... wang Zakat


GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini - Utusmeloya 15 jun
Korang tengok lah betapa gembiranya rakyat Malaysia yang menerima wang rebat sebanyak maksima RM625 setahun. Tak sedar diorang keluar lagi banyak wang dari apa yang mereka dapat.

Selang sebulan dari tempoh menerima wang tersebut, wak nasihatkan agar mereka mereka yang gembira, akan mula berfikir tentang syarat syarat terima zakat, seperti berikut -
  1. Orang fakir: orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
  2. Orang miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
  3. Pengurus zakat : orang yang diberi tugas untuk mengumpulkan & membagikan zakat.
  4. Muallaf : orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
  5. Memerdekakan budak : mencakup juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir.
  6. Orang berhutang: orang yang berhutang karena untuk kepentingan yang bukan ma'siat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam di bayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
  7. Pada jalan Allah (sabilillah): yaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufasirin ada yang berpendapat bahwa fisabilillah itu mencakup juga kepentingan-kepentingan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit, madrasah, masjid, pesantren, ekonomi umat, dll.
  8. Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan ma'siat mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya. Atau juga orang yg menuntut ilmu di tempat yang jauh yang kehabisan bekal.
Jangan asyik bersorak ... tapi barang tergadai.

Kerajaan Jana Kemiskinan

Akibat tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang agak mendadak dan tergesa gesa, kini rakyat malaysia berhadapan dengan masalah kemiskinan yang semakin teruk. Tapi takkan kerajaan sebodoh itu ...

Baca berita ini,

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan. - malaysiakini.
Rakyat harus memikirkan sebaik mungkin. Apa kah tindakan yang anda boleh lakukan? Sediakan payung sebelum hujan.

Ali Rustam berang, blognya di ciplak

Marahbetul Alui Rustam apabila ada pula yang menciplak blog www.mohdalirustam.com miliknya. Menurutnya ....

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Beliau berkata blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.

"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mohd Ali berkata kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.

Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya - Bernama
Dah lama jugak wak tak jenguk blog beliau .... dan bila wak buka hari ini... memang wak terjejut . Cuba korang buka blog ini .......... http://mohamadalirustam.blogspot.com . Memang dari kacamata ali rustam.

5 years to catch Fire chief..?

audie61 - [...] Sarawak ACA director Mohamad Yusoff Akope said “We received information regarding the offence from the public and began our investigation about three months ago,” He added that court will use the ordinance provided under Section 11(a) of the Anti-Corruption Act 1997.

The civil service should be reminded that they have a job to fulfilled as government servants and they will be monitored even more now than ever. There are others who thinks that they will be able to escape the long arms of the law but the ACA will take their time. We say keep up the Good work and to prove to the public that even 5 years ago we will still “HAVE AN EYE ON YOU……”

Politicians will also not be compromised.The Prime Minister had announced far-reaching reforms to the Anti-Corruption Agency (ACA) to give it independence and more bite. PM also said that there would be a law in place to give whistleblowers and witnesses comprehensive protection. More people are coming forward to report corruption. Do your part and have your say…………..... selanjutnya.

Banner Protes Minyak

This summary is not available. Please click here to view the post.

Dimana wakil rakyat kita?

desakerayongindah - [...] Lima projek itu ialah Taman Lestari Perdana, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Permai, Saujana Puchong dan Saujana Putra adalah antara yang terbengkalai sejak tahun 2003 di sekitar Puchong dan Seri Kembangan.

Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. "Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya. [seterusnya]

Agak malang bagi nasib sesetengah pembeli rumah yang lain kerana langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya samada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Kalau semasa era pemerintahan BN di Selangor sebelum 8 Mac 2008 yang lalu, Pembeli Desa Kerayong Indah dilayan seolah-olah seperti melukut di tepi gantang apabila berhadapan dengan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Mantan Menteri Besarnya apatahlagi, langsung tidak ambil peduli dengan Projek Pemberimilikan Tanah Terancang tersebut.... selanjutnya.

Pengalaman berurusan dgn firefly

This summary is not available. Please click here to view the post.

You eliminate the plague by killing the rats

ImageNO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
The country will go bankrupt if the government continues giving out subsidies, says Tengku Razaleigh Hamzah. I suppose this is a statement of support for the recent increase in the price of petrol and a vote of no confidence on Anwar Ibrahim’s pledge that Pakatan Rakyat will reduce the price of petrol if or when it comes to power.

I do not quite agree with Tengku Razaleigh’s statement or with what Anwar Ibrahim has pledged. First of all, for Anwar to say that the petrol price should not have been increased is easy. We don’t want to know about what should not have been. We want to know what should be.

Can Anwar please table his economic blueprint so that we can see what he has up his sleeve? Malaysians no longer want to buy this ‘vote me in first and then I will show you how I can do it’ -- or what the Americans would label as ‘read my lips’ rhetoric.

Read my lips: there will be no petrol price increase after the 8 March 2008 general election. Read my lips: I am not going to call for a general election soon and Parliament is not going to be dissolved tomorrow. Read my lips: I did not use the rakyat’s money to buy a RM200 million Airbus. Read my lips: my son’s company, Scomi, did not get RM1.5 billion worth of contracts from Petronas. Read my lips: I am not getting married to Jeanne Danker. Read my lips: I do not have a house in Perth. Read my lips: I am not involved in the Iraq Oil-for-Food scandal. Read my lips: Najib Tun Razak is my successor. Read my lips: Anwar Ibrahim is my successor and I am not going to sack him in three days’ time and do you need me to kiss him in public to prove it? Read my lips: only three people are involved in the Altantuya murder. Read my lips: the Royal Commission of Inquiry will wrap up the Lingam Tape scandal before you can finish screaming mala fide. Read my lips: I will not be challenging Ghafar Baba for the Umno Deputy Presidency. Read my lips: I am not rejoining Umno even if I die and am reborn and I will remain in Semangat 46 until the day I die like Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn. Read my lips: Malaysia did not physically lose RM30 billion in the currency speculation fiasco and it is only a paper loss. Read my lips: Raja Petra was not detained under the Internal Security Act, as I did not sign any detention order. Read my lips: Raja Petra was detained under the Internal Security Act for planning to bring in M16s, Molotov Cocktails and grenade launchers to start an armed revolution.... selanjutnya.

Betapa Laparnya Rakyat Negaraku

msomelayu - KETIKA melalui jalan Genting Klang pagi semalam (Sabtu) hati saya tertanya-tanya apakah gerangan maka orang ramai berbaris penjang di pejabat pos Setepak. Apakah ada kemalangan atau rompokan di situ? Keadaan itu luar biasa. Kerana kalau pun orang ramai ingin menjelaskan bil atau ada urusan dengan pejabat pos ia tidaklah sampai sesesak itu.

Selepas menyedari bahawa hari ini (Sabtu) adalah hari pertama pembayaran rebat sebanyak RM625 bagi pemilik kereta dan RM150 bagi motisikal persendirian sebagai ganti wang subsidi berikutan penstrukturan semula subsidi minyak baru saya faham. Debaran di dada perlahan-lahan reda. Sebaliknya selepas itu perasaan tiba-tiba bertukar menjadi sayu. Hati menjadi sangat tersentuh melihat dan mengenangkan keadaan itu.

Dari Setapak itu saya ke Taman Melawati untuk untuk minum pagi di sebuah kedai mamak sebelum berlepas ke Temerloh. Dan pemandangan seperti di pejabat pos Setapak itu juga berlaku di pejabat pos di Taman Melawati berhampiran kedai mamak berkenaan yang kini sudah bertukar tangan kepada Cina.... selanjutnya.

Reduce oil prices challenge by PM a gimmick - Mahfuz

Imageenglishsection - PAS Information Chief Mahfuz Omar has found odd Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's challege to five Pakatan Rakyat states to lower the price of oil, as was promised in the respective parties' election manifesto.

Mahfuz questioned whether the Prime Minister does not understand or just acting so regarding powers at the state and federal level.

According to him, by making the suggestion, the PM is clearly trying to fool the people especially those unaware of the states and federal constitutions.

"Abdullah must already understand that to lower the price of petrol, gas, tolls and so on, it would require federal power. Why is he then challenging the five Pakatan Rakyat states to reduce the price of oil," he said.... selanjutnya.

Kalau dah seronok sangat PLKN kenapa perlu diwajibkan ?

atranungkite - Sedangkan kalau kita bandingkan dengan latihan ala “Summer Camp” termasuk perkhemahan ibadah yang dijalankan oleh pihak swasta , persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan adakalanya ibu bapa pula yang perlu mengeluarkan duit , ada yang sehingga RM 300 untuk perkhemahan selama 3 hari 3 malam. Jika untuk latihan 3 bulan ala PLKN oleh pihak swasta pada kadar ini mungkin mencecah RM 9,000.

Jadi kalaulah kita sebagai ibu bapa , yang mana satu kita akan pilih samada membayar RM 9,000 untuk 3 bulan atau sebaliknya mendapat elaun RM 450 pula untuk menghantar anak-anak kita ke program latihan luaran untuk meningkatkan disiplin mereka ?... selanjutnya.

Ceramah PROTES di Senawang diganggu POLIS

atranungkite - [...] Ceramah PROTES Minyak yang sepatutnya di adakan di Taman Jasmin Senawang telah diganggu oleh pasukan polis dari IPD Seremban dan juga pasukan FRU. Menurut Timbalan OCPD Seremban pihak polis telah membatalkan permit ceramah tersebut pada petang itu dan tidak membenarkan ceramah di adakan. Apabila ditanya kenapa permit yang telah diluluskan tiba-tiba sahaja dibatalkan beliau hanya menjawab beliau mendapat arahan dari pihak atasan. Bila ditanya siapakah pihak atasan yang mengarahkan supaya permit tersebut dibatalkan beliau hanya menggelengkan kepala.... selanjutnya.

Pembangunan Iskandar Malaysia Boleh Sebabkan Orang Melayu Terpinggir - Dakwa Dr M

bernama - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa bahawa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia, koridor pembangunan di selatan Johor yang berdekatan dengan Singapura, bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura/Singapore North' tetapi juga bakal menyebabkan orang Melayu di Johor terpinggir.

"Penduduknya akan terdiri daripada orang yang kaya belaka dan mereka akan datang daripada Singapura. Kawasan itu akhirnya tidak akan ada orang Melayu kerana mereka tidak berupaya nak beli tanah (disebabkan harganya yang mahal) dan apabila jumlah orang lain terlalu ramai, mereka akan desak meminta hak itu dan hak ini," katanya dalam satu majlis dialog di sini.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang Melayu di sekitar koridor pembangunan tersebut agar tidak mudah melepaskan tanah yang mereka miliki apabila ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi oleh pihak tertentu.

Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 Nov 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.... selanjutnya.

Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor?

roslansms - Dalam akhbar The Star hari ini dipaparkan gambar Pengerusi KDEB dan beberapa pegawai termasuklah dari polis turun ke padang di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan kerja-kerja persiapan pertandingan Piala Sultan pada 6 Julai nanti antara pilihan Singapura dan Selangor. Pertandingan tersebut menurut penganjur dijangka menerima sambutan hangat kerana aturcara padat yang telah disusun untuk menarik minta para penyokong.



Sebagaimana pernah saya bangkitkan sebelum ini, nampaknya anak syarikat kerajaan Selangor ini terus tidak berganjak mahu menganjurkan juga konsert tersebut sebagai salah satu usaha menarik minta penyokong dan pengunjung. Konsert itu akan membariskan Alleycat disamping ratu rock Ella dan ratu dangdut Mas Idayu.
... selanjutnya.

Keluar Barisan: Gerakan atau SAPP?

klpos - Semua berita gempar ini turut diwarnai oleh cerita dalaman UMNO sendiri termasuk soal peralihan kuasa. Setelah cerita lompat parti mula senyap, undi tidak percaya tidak menjadi kenyataan, veteran politik yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membuat berita gempar yang terbaru.

Ceritanya, salah sebuah parti komponen BN akan keluar daripada barisan yang dibentuk pada pada tahun 1974 itu.

Jika lompat parti, tarikh akhirnya pada 16 September depan, berita adanya sebuah parti komponen nak tinggalkan BN menurut Tengku Razaleigh akan berlaku hujung bulan ini.

Beliau yang juga bekas Presiden Melayu Semangat 46 bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN tersebut.

"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan UMNO Pahang di bangunan Majlis Mentakab, hari Sabtu.

Ekoran pendedahan Tengku Razaleigh tersebut, Agendadaily dihubungi beberapa sumber yang memaklumkan Parti GERAKAN adalah parti yang disebut-sebut akan meninggalkan BN.

Malah menurut seorang sumber, difahamkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN soal parti itu meninggalkan gagasan BN ada dibincangkan. ... selanjutnya.

Lim: Barisan practises double standards

theStar - Chief Minister Lim Guan Eng has hit out at Barisan Nasional for allowing its members to receive titles recommended from Pakatan Rakyat state governments.

He said Barisan did not allow its component parties to be involved in any way with Pakatan administered states, but receiving awards seemed to be all right.

He was referring to a vernacular newspaper report quoting Gerakan and MCA leaders as saying they did not object to their members receiving such awards.

The newspaper had quoted Gerakan vice-president Datuk Dr Teng Hock Nan and Penang MCA deputy chairman Lau Chiek Tuan as saying that their parties did not object to their members receiving the titles.... selanjutnya.

MANA PERGI SUARA UMNO?

atranungkite - [...] Saya ternanti-nanti juga suara pembelaan dari pergerakan UMNO sama ada dari pergerakan putera,puteri atau wanitanya bersuara untuk membela rakyat dalam isu ini, bersesuaian dengan slogan TRADISI MEMBELA RAKYAT; SELAMAT,AMAN DAN MAKMUR, PEMBELA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA. Saya juga mengharapkan UMNO Pulau Pinang yang membuat demontrasi terhadap penghapusan DEB oleh kerajaan PR di Pulau Pinang bersuara dan membuat pembelaan terhadap nasib kita rakyat Malaysia...tapi tiada sebarang kenyataan dibuat. Tiada juga laporan polis dibuat oleh pemuda UMNO terhadap penipuan dan pembohongan yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap kenaikan harga minyak ini yang dijanjikan tiada berlaku kenaikan dalam masa terdekat.

Saya sebagai penyokong kepada kerajaan hari ini amat mengharapkan agar UMNO dapat bergandingan dengan parti-parti lain, NGO dan badan lain bersuara bagi menentang kenaikan harga minyak ini. Lupakan sejenak perbalahan dan percanggahan pendapat dalam politik, yang penting kita semua bersatu untuk menentang sebarang unsur ketidakpuasan hati semua rakyat Malaysia. Isu kenaikan harga minyak ini bukannya hanya untuk penyokong PR sahaja, tetapi merangkumi juga kehidupan rakyat Malaysia, tak kira dari parti mana sekali pun. Apabila harga minyak naik, kos semua barangan keperluan dan sara hidup kita akan meningkat.... selanjutnya.

WANG ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN DENGAN BERSYARAT?

tranungkite - [...] Mengikut lapaoran yang diterima Dato' Ahmad Said menteri besar Terengganu berkat perdana menteri Malaysia Datuk Abdullah Badawi telah bersetuju kembalikan wang royalti Petronas kepada kerajaan Terengganu sebanyak 5%.

Wang Royalti Petronas 5% telah dibekukan September 2000, yang mana telah menyalahi Akta Petroleum 1974. Sampai sekarang wang royalti minyak tidak masuk dalam akuan kerajaan Terengganu sebanyak RM7.3 billion.

Dalam ruang fikir sejenak timbul bermacan andaian bagaimana wang royalti Petronas RM7.3 billion dibelanjakan timbul persoalan dan seribu tomohan oleh rakyat dan dipersoalkan oleh Dato' Ahmad Said sebaik saja menjadi memteri besar Terengganu selepas melalui tribulasi yang trajis hingga membawa menghina Sultan memerintah negeri, dan secara kebetulan menjadi YDA Malaysia.

Namun dalam mengembalikan semula wang royalti 5% kepada kerajaan Terengganu mengikut sumber yang tepat Datuk Adullah Badawi meneliti dan mengaji semula syarat dan BERSYARAT?. Jadi rakyat nak tahu apa syaratnya yang perlu ditelilti. Tak betulkah syarat yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan petronas ?. Mengapa bersyarat pula dan mengaji syarat-syarat perjanjian?. ... selanjutnya.

Parti mana keluar BN?

Sebelum ni DS Anwar Ibrahim sibuk cerita tentang lompat parti. Diberitahu keadaan berjalan selancar rancangan awal dan sekarang ADUN ADUN sedang bersiap sedia untuk lompat parti. Tempoh yang diberi adalah September tahun ini. Kononnya tarikh tersebut bersamaan dengan pemilihan UMNO yang akan di adakan di Kuala Lumpur. Aku tak sabar....lagi cepat lagi bagus.

Depan_1Sekarang ni para pemimpin sedang sibuk menyerang Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. Bersilih ganti mereka ke sana. DS Anwar, Pak Lah dan Tengku Razaleigh pun sibuk sama dan dia berkunjung ke sana pada bulan May lepas.

Bulan Jun, kelmarin, dia kecoh pasal perkara ini pulak ...Parti komponen dijangka akan keluar BN

Tak disebut parti mana. Tapi kalau mengikut sejarah beliau beberapa bulan ini, kenyataan dibuat selepas beliau pulang dari Sabah. Parti apakah yang ada di Sabah? Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP), UPKO, PBRS dan MIC?

Kalau merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim, pada awalnya 30 adun akan lompat parti, tetapi sudah meningkat kepada 40 atau lebih. Kita rujuk pada keputusan PRU yang lepas....

Keputusan PRU12 Sabah
Parlimen
BN 24
Pembangkang 1
Bebas 0

ADUN
BN 56
Pembangkang 1
Bebas 0
Jadinya ... korang pikir la sendiri

Apa agenda kenaikan harga minyak?

Radenjowo
Aku nak cerita pasal berita angin yang kuat bertiup sekarang.

Aku dapat cerita nya sebelum minyak naik lagi. Sekarang ni, Orang ramai merungut, tak kira parti. Yang menjerit susah dan sebagainya. Dalam hati berkata ... berani sungguh PM kita ni. Bukan dia tak tahu tentang risikonya, tapi ceh....dengan hebatnya di berkata .. minyak naik. Kabinet bincang 4 jam ... pengumuman di buat oleh Dollah dan minyak pun naik pada tengah malamnya. Beruk terkejut lagi.

Naik bukan sikit .... Korang bayang kan lah kalau semua orang belanja untuk minyak setiap hari, memang untung la syarikat minyak. Kalau tahun tahun dulu cuma 30% kenaikan ...tapi tahun ini lebih dari itu. 78% beb .... Kalau tahun dulu pun untung besar Petronas, tahun ni, apa ntah lagi.

Populariti Pak lah yang sebenarnya memang tak popular itu pun jatuh merudum. Bila ada usul rebate ... maka ramai rakyat diajak memuji. Imej Pejabat POS pun terpampang di muka depan akhbar, tv, media dan dan dan ... Golongan yang lupa nak kira untung rugi poket sendiri pun bukan main lagi julang nama Pak Lah. Media pun datang mencelah...tunjuk gambar orang angkat tangan. Macam la hebat sangat.

Kalau setakat RM625 .... RM200, sampai bila boleh bertahan? Dikira ... sehari dipulangkan kepada kita cuma RM1.00 lebih je. Kos minyak kita lebih dari itu. Rebate yang diorang pulang kan tu pun .. tak sampai seminggu dah langsai. Buat beli beras, minyak, gula ....dalam poket tinggal habuk je.

Semalam dapat duit, hari ni orang dah bising semula. Pada Julai 5 nanti, orang ramai akan penuhkan Kuala Lumpur. Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat. Semua orang tunggu waktu tu ... beratus-ratus ribu rakyat akan turun berdemo, menjadi wakil kepada mereka mereka yang malas tapi cakap banyak.

Dalam pada itu ... berita angin tentang agenda sebenar sudah mula kedengaran. Selepas pilihanraya tempoh hari, kerajaan Terengganu dah bising pasal 'kembalikan royalti minyak'. Selepas beberapa bulan di kritik, tiba tiba kerajaan pusat naik kan harga minyak dan royalti minyak Terengganu pun di pulangkan, semalam. Kalau tolak campur, kerajaan pusat tak rugi apa apa, Petronas untung lipat ganda dan rakyat kena tanggung lebih.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion. - Utusmeloya
Tapi aku rasa...Kerajaan pusat akan bagi cuma RM1 billion pada Terengganu. Itu belum ditolak campur dengan peningkatan harga barangan lain ... ASyik asyik rakyat jugak yang kena.

Berita angin yang aku dapat awal dahulu lain pulak bunyi nye. Diorang bilang, akan ada usul kaedah penjimatan minyak yang akan menyusul. Entah betul atau tidak, aku just pasang telinga. Kalau betul pun, berita angin nihh ... yang untung adalah mereka mereka dan keluarga mereka.

Kononnya akan ada usul pemasangan alat penjimatan yang memerlukan kos RM2,000 ke RM2,500 untuk setiap kenderaan. Kalau semua kenderaan memasang alat ini ... tokey ni gerenti kaya giler punya. Bukan tokey aje....tapi ramai lah orang lain pun ikut jadi kaya.

Ntah aku tak tau la betul atau tidak. Macam mana pulak rupa alat tu? Tiba tiba aku jumpa lak video ni ....

Clip 1



Clip 2

Royalti bukan Wang Ehsan

zul4kulim -

Assalamua'laikum,

Kerajaan Be End hari ni mengumumkan pengembalian hak royalti kepada Trengganu berkuatkuasa serta merta. Saya merasakan rakyat Trengganu seharusnya mengucapkan syukor kepada ALLAH dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tak jemu-jemu membangkitkan isu ini didalam dan luar Parlimen.

Dato Seri Anwar Ibrahim acapkali mendesak isu ini dalam ucapan-ucapannya, Datin Seri Wan Azizah membangkitnya dalam ucapan maiden Ketua Pembangkang, Sdr. Lim Kit Siang membahasnya dalam titah DiRaja, Sdr Salehudin Ayob mengemukakan usul tergempar. Ini semua boleh dibaca dalam Hansard. Mane pergi suara Ahli Parlimen ameno dan Be End dalam isu ni..sepatah haram pun tak sebut. Malah ada yang menentang kami bile isu ini kami bangkitkan.

Sekarang hak rakyat Terengganu telah dikembalikan. Kita berharap dan berdoa moga wang amanah ini tidak dikhianati dan dicurangi oleh Kerajaan Be End yang memerintah Terengganu sekarang. Adios


Zulkifli Noordin

Bukan Petronas, kerajaan pusat yang halang royalti – Mustafa

arrisalah - [...] "Ini dikira, harga minyak mentah USD70 setong, harga minyak diperolehi sebanyak RM2 bilion setahun. Apa lagi jika harga itu mencecah USD135 setong sudah pasti ia melebihi anggaran yang dibuat oleh saya tadi," jelasnya ketika bercakap sebagai Ahli Panel 'Forum Royalti Minyak' di Kuala Ibai, petang semalam.

Menurutnya, Terengganu hanya menerima RM434 juta wang suku kedua wang royalti lima peratus untuk tahun 1999 pada Mac tahun 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.

Selepas itu tidak ada royalti minyak diterima untuk negeri Terengganu kerana pada September tahun yang sama, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada kerajaan negeri itu memberitahu bahawa royalti berkenaan telah ditarik balik. ... selanjutnya.

Seronoknya...

... selanjutnya di penarikbeca

The Power of Complaining

cursingmalay -[...] Aku nak bercerita mengenai satu lawsuit yang terjadi di USA.

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal konsol game Microsoft X-Box 360.Sistem konsol tu menyediakan satu sistem online servis yang dipanggil X-Box Live dan sistem ini adalah berbayar.Bayaran nya murah je 50 dollar setahun,jadi kalau sebulan baru 4.20 dollar.

Krismas lepas,sistem online tu tergendala selama hampir seminggu jadi adalah 3 orang ni yang hangin sebab dah gian sangat nak main game tapi tak dapat.Apa yang diorang buat?3 orang ni upah lawyer dan saman Microsoft sebanyak 5 juta dollar.Bayangkan untuk 4.20 dollar sebulan yang nilai dia sangat kecil tu,diorang berani saman MICROSOFT,bukan kompeni cap ayam tu.

Jadi,kalau kita,adakah kita berani buat macam tu?Dengan perkhidmatan internet sebulan yang berbayar RM66 minimum sebulan dan biasanya servis hanya laju pada waktu subuh,kita still diam.Dengan perkhidmatan Astro yang berharga RM35 minimum sebulan dan dari berapa belas channel tu,2 channel dikhaskan untuk mangkuk2 ayun Akademi Fantasia,kenapa kita still diam?
... selanjutnya.

Ku Li Saran Ahli UMNO yang ‘Kaki Ampu’ Berubah

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/kulikakiampu2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Beliau menganggap semua pemimpin UMNO yang menjulang Abdullah Ahmad Badawi sekarang adalah pengampu yang terpaksa melakukannya kerana terpaksa dan ingin menjaga kedudukan serta kepentingan masing-masing.

Justeru, biarpun UMNO berada dalam keadaan ‘nazak’disebabkan kelemahan Abdullah dan menantunya, Khairy serta sokongan beberapa orang kuatnya, pemimpin bawahan masih dihantui ketakutan untuk bangkit menentang kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri sendiri.

“Sudah memadai dengan apa yang telah berlaku dalam UMNO pada hari ini. Banyak negeri yang tergadai disebabkan kelemahan Pak Lah dan Menteri kabinetnya. Namun, mereka masih tidak mahu mengaku kalah,” ujarnya lagi.

Kuli berpendapat pemimpin-pemimpin atasan UMNO sudah ketandusan idea serta tidak mahu mengaku bahawa mereka sudah tidak ada sokongan lagi.


Baginya, ini adalah fakta yang nyata, terutama majoriti golongan muda menolak BN dan Umno yang diterajui Abdullah Badawi.

Secara amnya, UMNO sudah kehilangan moral dan keberkatan, di mana krisis dalaman UMNO sendiri menyaksikan kecelaruan yang tiada kesudahan, malah semakin membawa kehancuran. ... selanjutnya.

Batu Putih Silap Kerajaan – Ku Li

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/tdmkuli.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Dalam program anjuran NGO di Kuala Terengganu, beliau telah menyatakan kesedihannya kerana kesilapan kerajaan telah menyebabkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Singapura baru-baru ini.

Kelemahan persiapan kerajaan menghadapi perbicaraan mahkamah antarabangsa telah menyebabkan Pulau yang sah dari segi sejarah itu berpindah milik kepada Singapura.... selanjutnya.

Lebih 1,000 keluar Gerakan Melaka

harakahdaily- Parti Gerakan Rakyat Melaka (PGRM) menerima tamparan hebat berikutan tindakan 1,342 ahlinya mengumumkan keluar parti dan seterusnya membubarkan 12 cawangan masing-masing kerana memprotes kepimpinan atasan Negeri. Malah, pembubaran itu juga menyebabkan dua bahagian PGRM iaitu Bukit Katil dan Tangga Batu turut dibubarkan tetapi mereka belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti sama ada dari BN atau Pakatan Rakyat.

Krisis kepimpinan ini menyebabkan Gerakan negeri terbahagi kepada tiga puak iaitu puak Pemangku Pengerusi Gerakan negeri, Ng Lip Yong, puak bekas Pengerusi Gerakan Melaka, Yong Lang Low yang juga merupakan Pengerusi Cawangan Pengkalan Rama dan puak yang berkecuali iaitu bekas Naib Pengerusi Melaka merangkap Pengerusi Cawangan Pengkalan Batu, Mohd Abass Abdullah.

Yong juga mengakui bahawa sejak kepimpinan negeri diambil-alih oleh Ng, masalah menjadi semakin rumit dan mewujudkan jurang yang lebar lalu menyebabkan parti berpecah kepada beberapa puak.

Menurut bekas Pengerusi Cawangan Malim Jaya, Wan Cho Yow, suasana kacau-bilau yang berlaku adalah merupakan agenda Gerakan Pusat bagi menguasai Gerakan Negeri dengan mengenepikan mereka yang tidak sehaluan pendapat dengan pimpinan pusat.... selanjutnya.

DR ZETI: Terlalu awal untuk lihat kesan inflasi ????

atranungkite - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada 11 Jun 2008 lalu berkata kepada peserta INCEIF adalah terlalu awal untuk melihat kesan inflasi atas kenaikan harga minyak kepada Malaysia.

Bagi beliau, kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang perlu dikaji secara berhati-hati kerana ia bukan hanya kelembapan disebabkan faktor luaran sahaja. ''Pada masa yang sama, kita harus melihat kepada potensi pelan rangsangan yang boleh digunakan bagi memastikan kenaikan harga minyak tidak akan dipindahkan kepada pengguna bagi mengelakkan inflasi,'' katanya.

Beliau menambah, pada masa ini masih awal untuk memastikan pengeluar mempunyai kapasiti untuk menyerap sebahagian kenaikan kos dan kemudian reaksi daripada pengguna sama ada mempunyai permintaan tinggi atau sederhana.

Sebagai seorang rakyat marhaein yang cintakan negara, saya merasa sungguh kecewa dan sakit hati apabila seorang pakar kewangan dan ekonomi negara yang menjawat jawatan yang tinggi sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia, menyatakan bahawa seolah-olah kenaikan harga minyak kepada RM2.70 seliter tempoh hari tidak akan memberikan impak inflasi yang ketara dalam tempoh terdekat.

BOHONG dan BODOH. Itulah kenyataan yang paling sesuai ditujukan kepada beliau. Kalaupun jawatan sudah tinggi dan dilantik sebagai Gabenor, janganlah keluarkan kenyataan bohong dan bodoh macam tu. Budak-budak sekolah darjah satu pun tahu yang kenaikan harga minyak telah memberikan kesan kenaikan harga barangan yang mendadak. Sepinggan mee goreng di kantin sekolah hari ini dah naik harga kesan harga minyak naik. Tak sampai 24 jam kerajaan umumkan harga minyak naik, semua barangan pengguna naik harga. ... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [14-June-2008/Sabtu]

Pembantu kantin cedera ditembak polis [mstar]
Koridor pembangunan: kerajaan tidak pinjam IMF dan Bank Dunia [utusmeloya]
Ahmad Said dilantik pengerusi Umno Terengganu [mstar]
Rakyat gagal hayati semangat perlembagaan, kata Chandra [mstar]
Wang royalti minyak dikembalikan kepada Terengganu- Abdullah [mstar]
6 termasuk 3 Ahli Parlimen PKR ditahan di kawasan Istana Negara [mstar]
Khairy: Rakyat berhak tahu maklumat keuntungan Petronas [mstar]
23,471 teachers move up [nst]
'Najib's move bad for Umno' [nst]
Subsidise NGV kits, Husam tells Federal Govt [thestar]
So busy, she only sees children on weekends [nst]
No Astro if bill not paid in 45 days [thestar]
Fuel price hike costing police force RM32m more [thestar]
Accused told me maid has no nipples, says lawyer [nst]
Rally fired by fuel price hike [nst]
Pay your road tax and get reimbursed later [nst]
‘Sky messenger’ nabbed [thestar]
Razaleigh claims Sabah backing to take on Abdullah [nst]
14,786 jawatan naik pangkat [kosmo]
Ayam kurang laku, harga lebih murah elak rugi [kosmo]
Cuaca dijangka makin terik [kosmo]
ADUN Batu Kurau buat laporan polis [utusmeloya]
Kerajaan Selangor didakwa tamat kontrak Pengarah Muzium tanpa sebab [utusmeloya]
Yahudi bina 1,300 penempatan baru [kosmo]
Hakim siar aksi ‘terlampau’ [kosmo]
'Kami semakin terhimpit' [kosmo]
Negara bankrap jika terus beri subsidi minyak - Ku Li [utusmeloya]
Pengarah Bomba KL ditahan BPR [utusmeloya]
Selangor henti elaun 362 ketua kampung [bhairan]
Pemancing serbu kaunter daftar [bhairan]
Tempoh lanjut caj letak kereta batal [bhairan]
Cukai jalan diturunkan [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive