zul4kulim -
Assalamua'laikum,
Kerajaan Be End hari ni mengumumkan pengembalian hak royalti kepada Trengganu berkuatkuasa serta merta. Saya merasakan rakyat Trengganu seharusnya mengucapkan syukor kepada ALLAH dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tak jemu-jemu membangkitkan isu ini didalam dan luar Parlimen.
Dato Seri Anwar Ibrahim acapkali mendesak isu ini dalam ucapan-ucapannya, Datin Seri Wan Azizah membangkitnya dalam ucapan maiden Ketua Pembangkang, Sdr. Lim Kit Siang membahasnya dalam titah DiRaja, Sdr Salehudin Ayob mengemukakan usul tergempar. Ini semua boleh dibaca dalam Hansard. Mane pergi suara Ahli Parlimen ameno dan Be End dalam isu ni..sepatah haram pun tak sebut. Malah ada yang menentang kami bile isu ini kami bangkitkan.
Sekarang hak rakyat Terengganu telah dikembalikan. Kita berharap dan berdoa moga wang amanah ini tidak dikhianati dan dicurangi oleh Kerajaan Be End yang memerintah Terengganu sekarang. Adios
Zulkifli Noordin
Jun 15, 2008
Royalti bukan Wang Ehsan
Labels: royalti minyak, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bukan Petronas, kerajaan pusat yang halang royalti – Mustafa
arrisalah - [...] "Ini dikira, harga minyak mentah USD70 setong, harga minyak diperolehi sebanyak RM2 bilion setahun. Apa lagi jika harga itu mencecah USD135 setong sudah pasti ia melebihi anggaran yang dibuat oleh saya tadi," jelasnya ketika bercakap sebagai Ahli Panel 'Forum Royalti Minyak' di Kuala Ibai, petang semalam.
Menurutnya, Terengganu hanya menerima RM434 juta wang suku kedua wang royalti lima peratus untuk tahun 1999 pada Mac tahun 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.
Selepas itu tidak ada royalti minyak diterima untuk negeri Terengganu kerana pada September tahun yang sama, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada kerajaan negeri itu memberitahu bahawa royalti berkenaan telah ditarik balik. ... selanjutnya.
Labels: royalti minyak, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 2, 2008
Selamatkan RM 100 juta wang rakyat Terengganu!
buletinonline - [...] LPT2 yang sedang dalam pembinaan dapat menjimatkan kira-kira RM 100 juta wang rakyat dari peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sekiranya kerajaan memutuskan lebuhraya tersebut tidak bertol.
Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan kerajaan samada LPT2 sepanjang 186 kilometer yang berharga RM 3.7 bilion itu adalah lebuhraya bertol atau sebaliknya.
Projek LPT2 adalah sambungan dari LPT1, kedua-keduanya fasa ini adalah adalah merangkumi keseluruhan projek pembangunan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 336 kilometer.
Perlaksanaan LPT2 berbeza daripada projek-projek lebuhraya yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana 70 peratus daripada nilai kontrak ditender kepada kontraktor bumiputera manakala 30 peratus lagi diberi secara rundingan terus kepada MTD Capital Bhd (Pakej 10). ... selanjutnya.
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 27, 2008
Mencari RM3b royalti petrol di BPR
malaysiakini - Selepas ke balai polis, misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu diadukan pula kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki melibatkan penyelewengan dan rasuah.
Dalam laporannya pagi ini, Majlis Permuafakan Rakyat Terengganu (Mampat) mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan wang.
Pengerusi gabungan itu Mohd Fauzi Abu Samah minggu lalu membuat aduan yang sama di balai polis daerah Kuala Terengganu.
Dalam aduannya itu, beliau berkata keraguannya timbul selepas membaca kenyataan beberapa pihak di akhbar baru-baru ini, termasuk menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.... selanjutnya.
berita berkaitan yang bersepah di blog
Peruntukan RM300 juta Piala Monsun bukan wang royalti minyak [utusmeloya]
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 23, 2008
Mampat buat laporan polis
Utusmeloya - [...] Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka tentang kehilangan wang royalti petroleum Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Terengganu di sini hari ini.
Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah kira-kira pukul 11 pagi ini.
Dalam laporan polis itu, Mohamad Fauzi merujuk laporan akhbar yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.
Idris hanya menyatakan bahawa wang yang diterima oleh Terengganu ketika itu hanya berjumlah RM1.3 bilion setahun.
Bagaimanapun, menurut Mohamad Fauzi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz mendedahkan pada Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, bahawa jumlah itu adalah RM7.3 bilion... selanjutnya.
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 17, 2008
Misteri wang Ehsan Kaitannya Semakin Menarik
buletinonline - [...] Pendedahan angka berjuta-juta yang dibelanjakan dalam pembinaan projek-projek mega di Terengganu dan kaitan yang dapat dibuat dengan projek-projek tersebut, semakin hari semakin menarik.
TTI adalah salah satu daripada projek yang dibiayai oleh Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau duit ehsan/ duit royalti minyak Terengganu
Setelah pendedahan yang ‘terburai’ berkaitan dengan pengendali Monsoon Cup, T-Best Event Sdn Bhd yang majoriti sahamnya bukan milik kerajaan Terengganu, kini satu lagi kaitan menarik di temui berkaitan TTI.
Yahya memberitahu pemaju projek TTI adalah dimajukan oleh Taman Tamadun Sdn Bhd dan ia adalah suatu info baru bagi rakyat Terengganu yang selama ini diberitahu TTI dimajukan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).
Dari carian umum internet, kaitan yang ditemui adalah amat menarik dimana alamat Taman Tamadun Sdn Bhd adalah di No.1, Jalan Putra Permai 1 A, Taman Equine, Seri Kembangan 43300 Selangor.
Pastinya pejabat syarikat Taman Tamadun Sdn Bhd itu berdekatan dengan pejabat T-Best Event yang beralamat di 16-1, Jalan Putra Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.
Taman Equine adalah Bandar yang dimajukan oleh Equine Capital, syarikat kepunyaan Patrick Lim.
Ini bermakna ketiga-tiga syarikat yang berkaitan dengan projek mega Monsoon Cup dan TTI adalah berpusat di Taman Equine, Seri Kembangan. >> selanjutnya
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 16, 2008
Di mana RM 3 bilion ? Deris takut dipersalahkan
buletinonline - [...] Penjelasan Deris setelah pendedahan oleh Amirsham agak mengejutkan kerana selama ini dia tidak membuat kenyataan apa-apa yang berkaitan wang royalti.
Deris berkata lagi, kerajaan negeri yang ketika di bawah pimpinannya hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.
“Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,
“Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri sendiri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit.
“Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada.” Ujarnya.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh Deris Jusoh, kini rakyat Terengganu mengetahui bahawa selama ini, Deris yang dikatakan hebat dalam mentadbir negeri Terengganu dengan segala macam program dan sering mengutuk PAS rupa-rupanya hanyalah boneka yang dikawal oleh kerajaan pusat.
Rakyat negeri Terengganu harus sedar, rakyat dan negeri Terengganu sepatutnya menerima kesemua RM 7.3 bilion dalam masa 4 tahun ini.>> selanjutnya
Labels: Monsoon Cup, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM3 bilion royalti T'ganu lesap
malaysiakini - [...] Datuk Amirsham A Aziz memberitahu, dalam tempoh tiga tahun sehingga 2007, Petronas telah membayar sejumlah itu kepada Terengganu, RM1.2 bilion kepada Sabah dan RM4.8 bilion (Sarawak) dan RM13.4 (kerajaan Persekutuan).
Dalam satu kenyataannya hari ini, Salahuddin berkata kenyataan menteri itu bertentangan dengan dakwaan bahawa Terengganu menerima hanya RM4.3 juta.
"Dengan pendedahan oleh menteri besar Terengganu ini (Datuk Ahmad Said), bermakna sebanyak RM3 bilion telah tiris daripada dana rakyat Terengganu," katanya.
"Itupun, wang sebanyak RM4.3 bilion yang diterima oleh Terengganu adalah melalui dana khas kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih dikenali sebagai wang ehsan."
Beliau juga menimbulkan keraguan kepada pentadbiran negeri Terengganu sebelum ia diambil alih oleh Ahmad.
"Lebih membimbangkan lagi jika wang ini diselewengkan oleh menteri besar sebelum ini, Datuk Idris Jusoh. Kerana itu beliau berkeras mahu terus menjadi menteri besar bagi mengelakkan penyelewengan ini didedahkan," kata Salahuddin.>> selanjutnya
Labels: Seleweng, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 15, 2008
Hanya RM1.3b diterima, bukan RM7.3b - Idris Jusoh
tranungkite - [...] Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.3 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut."
Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar oleh Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu.
" Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit. Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada. Manakal tuntutan supaya wang royalti petroleum itu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri masih dalam proses mahkamah.">> selanjutnya
No2umnO - Pusat kata lain, negeri kata lain, dalam poket aku pun tak der, cari dalam akaun bank aku pun takder....Kat maner pulak duit ni?
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kos Menaiktaraf LTSM Menjadi RM 530 Juta
buletinonline - [...] Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.
Beliau berkata pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan dan sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.
”Dalam perbincangan pada awal tahun lalu, diberitahu kos tersebut meningkat kepada RM 250 juta,
“kita (kerajaan negeri) menerima dan bersetuju dengan kos tersebut,
”tiba-tiba dua bulan yang lalu diberitahu bahawa kos tersebut menjadi RM 530 juta.” kata Mad Said.
Beliau berkata sekiranya projek tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri kemungkinan ia boleh dikurangkan dan kos menjadi lebih murah, namun ia diluar kuasa kerajaan negeri kerana projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat....selanjutnya [KLIK DI SINI]
dan cerita lain .....
Terengganu tak terima baki RM3b – Sah 50% belanja bina LPT2 duit royalti
Labels: Terengganu, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 14, 2008
Royalti Minyak - Bukti Betapa Jahatnya Kerajaan BN
ibrahimbaba
Kenyataan terbaru di Parlimen yang dikeluarkan “Minister in the Prime Minister’s Department Amirsham A.Aziz said the royalty paid to the Federal Government was RM13.420 billion, Terengganu RM7.364 billion, Sabah RM1.234 billion and Sarawak RM4.821 billion for the financial years ended March 2004 till March 2007“ adalah suatu yang memeranjatkan bagi IB.
Orang ramai masih ingat bahawa ketika PAS memerintah Terengganu wang royalti ini ditarik balik dan akhirnya ia menjadi kes mahkamah. Akibat dari itu, wang royalti yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu, selagi ianya masih menanti keputusan mahkamah, wang yang diperuntukan sebagai royalti untuk negeri Terengganu tidak boleh digunakan.
Adalah menjadi satu kesalahan apabila wang royalti yang sepatutnya dibekukan sambil menanti keputusan mahkamah itu dibelanjakan oleh kerajaan.
Pengumuman Amirsham menimbulkan banyak persoalan:
- Jika ketika PAS memerintah, pemberiannya dihentikan bagaimana pula mungkin kini wang royalti disalurkan kembali? Apakah mekanisma penyaluran dana tersebut dilakukan?
- Apakah ini dikira mendahului keputusan mahkamah?
- Kenapa ianya tidak tercatat dalam akaun pembendaharaan kerajaan negeri?
- Apakah kaedah pemberian kepada kerajaan negeri jika ianya tidak tercatat dalam pembendaharaan negeri?
- Siapakah yang bertanggung-jawab dalam perbelanjaan jumlah wang yang berbillion itu?
- Bagaimana akauntabiliti pembelanjaannya dibuat? Bagaimana urustadbir kewangannya dilakukan?
- Kemana pula pergi wang yang dirampas semasa PAS memerintah?
- Apakah nanti perbelanjaan ini termasuk dalam bidang pengauditan Jabatan Audit Negara? JIka ya, IB tersangat ingin melihat laporannya nanti.
- Bagaimana pula nanti selepas keputusan mahkamah mengarahkan Terengganu berhak atas wang royalti tersebut? Apakah ada peruntukan lain? Atau akan dijawab … “dah habis dibelanjakan” …?
Sukar juga hendak menjawab sesuatu yang rumit sebegini sebabnya, apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya {when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi menutup pembohongan lalu.
Jika kenyataan ini “On Petronas contribution or royalties to the states, he said they were paid according to the formula that had been fixed which is five percent or half of the royalty received by the Federal Government” benar bagai dilaporkan, bagaimana mungkin ketika pemerintahan PAS di Terengganu formula seperti ini boleh dipertikaikan.
Inilah bukti betapa jahatnya mereka yang suka mempermainkan amanah yang diberikan Allah. Amanah wang yang sepatutnya dimanafaatkan rakyat jelata. Mereka sesuka hatinya menyekat dan berbelanja tanpa rasa bersalah.
IB teringat slogan “Padan Muka” yang kerap disebut-sebut oleh Derih dan kuncu-kuncunya selepas berjaya menyekat rakyat Terengganu dari mendapat manafaat wang royalti semasa PAS memerintah. Kini mungkin rakyat Terengganu mengatakan padan muka kepada Derih pula.
Sekian, IB
Labels: EMAIL, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mana Perginya Wang Ehsan RM7.364 billion?
tranungkite - [...] Mana wang ehsan ini disalurkan?
Adakah hanya kepada kerajaan negeri Terengganu semata-mata?
Atau ke Proxy Lim?
Dari 2004-2007, sebanyak RM7.364 billion disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu. Bukankah wang ehsan ini hanya untuk rakyat negeri terengganu? takkan hal ehsan macam nie pun mereka nak menipu? Kasihan dengan orang Terengganu, sudahlah mereka ditipu, dan masih mengekalkan BN di sana (jangang maroh haa set2 ganu).
Soalan lagi, adakah suku daripadanya habis di Monsoon cup? ya, baru saya perasan, monsoon cup ini berjaya memberi kebajikan kepada rakyat negeri terengganu. Ini termasuk juga manfaat kepada mangsa banjir di Terengganu di mana banyak ilmu perkapalan yang dapat dipelajari dan dipraktikkan sewaktu banjir di musim tengkujuh kelak....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 13, 2008
2004-2007: Petronas paid RM7.364 billion to Terengganu?
NST - National oil company Petronas paid out a total of RM26.839 billion in royalties to the Federal Government and the state governments of Terengganu, Sabah and Sarawak for the financial years ended March 2004 till March 2007.
Minister in the Prime Minister’s Department Senator Datuk Amirsham A.Aziz said the royalty paid to the Federal Government was RM13.420 billion, Terengganu RM7.364 billion, Sabah RM1.234 billion and Sarawak RM4.821 billion.
He said the country’s crude oil reserves and condensate were expected to last 22 years while the gas reserves 39 years.
“Although it looks like the reserves period is long, the reality is the country is also importing oil and gas to partly cater to the local demand.
Therefore, the country is expected to become a net importer of energy in the near term projected to be by 2014,” he said during the Question and Answer session at the Dewan Rakyat sitting today.
He was replying to a question from Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).
On Petronas contribution or royalties to the states, he said they were paid according to the formula that had been fixed which is five percent or half of the royalty received by the Federal Government.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
also refer to Rocky bru
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 11, 2008
5 May 2008: Cover Story: The wang ehsan money trail
edgedaily - The statistics speak volumes of the discord between Terengganu's government expenditure and the socio-economic status of the people in the state.
Terengganu would easily qualify as the state with the biggest budget in peninsular Malaysia. Thanks to its natural resources, it gets more than RM1 billion each year from the federal government in oil royalties that give the state enough firepower to undertake fairly large projects on its own.
For instance, in the 2008 Budget, the budget was RM1.67 billion, of which RM1.5 billion was non-revenue income (penerimaan bukan hasil), which mainly constitutes the state's share of oil royalties from the federal government.
To give an idea of how large the budget is — in comparison, Selangor's budget is only RM1.3 billion. And Selangor's population is nearly five times more than Terengganu, which has slightly more than a million people. The Sultan is the present Yang di-Pertuan Agong.
While Selangor can claim to be the most developed state in the country, Terengganu comes nowhere close. In fact, the state has one of the highest poverty levels in the country. According to past budget speeches, in 2004 Terengganu's poverty rate was 10.6% — far higher than the national average of 5.1%.
Couple this with allegations of lavish spending by the state administration when Datuk Seri Idris Jusoh was the Menteri Besar, and it's enough to send ripples through the state. In Terengganu's case, it went right up to the palace.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 22, 2008
Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu merana
harakahdaily - (...) "Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," kata Abdullah di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 hari semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said semalam bahawa sejak wang ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan rakyat.
Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu sepatutnya memperolehi royalti minyak setahun memandangkan kenaikan mendadak harga minyak dunia, lebih USD100 setong sekarang.
Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan lima peratus wang royalti minyak kepada negeri itu dan wang itu pula diserahkan kepada kerajaan tersebut diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang Disatukan sekaligus menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri secara undang-undang. more...
Labels: Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
