Tukar guna NGV la ..... wakakakakakabuletinonline | Musim Monsoon Cup tahun lalu (2007) menyaksikan kehadiran ‘teksi asing’ di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah menyekat rezeki teksi tempatan.
Kehadiran secara tiba-tiba Teksi ‘Limusin’ warna biru berjenama Hyundai dilabel sebagai ‘Teksi Eksekutif’ yang bertulis ‘Official Car – World Richest Sailing Event’ telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha teksi lapangan terbang Sultan Mahmud.(Gambar atas - deretan teksi Pampena diletakkan dalam kawasan Kelab Teluk Warisan, musim Monsoon Cup 2007)
Teksi tersebut adalah dimiliki oleh Syarikat Pempena Executive Taxi Sdn Bhd atau dikenali sebagai PETS adalah anak syarikat Pempena Sdn Bhd (Pampena) subsidiari kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.
Pempena Syarikat ‘kroni’ yang dipercayai ada kaitan dengan Bekas Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengalami kerugian teruk.
Hanya dua atau tiga syarikat sahaja daripada keseluruhan 24 syarikat dibawah Pampena yang untung sejak ia beroperasi tiga tahun lalu.
Menteri Pelancongan Dato’ Seri Azalina Othman Said berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd (PwC Capital), firma yang mengaudit Pampena.... selanjutnya.
Nov 10, 2008
'Pempena’ Syarikat Teksi Monsoon Cup Rugi Teruk !
Labels: Kerajaan Terengganu, Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 24, 2008
Projek main air di teruskan
Baca dulu berita INI.
Piala Monsun akan di teruskan. Ratusan juta habis untuk anjurkan Piala Monsun. Infrastruktur dan kata Mohd Said anjuran Piala Monsun tahun lepas cuma telan belanja RM22.6 juta. KLIK SINI
Kenapa sikit sangat? belasah la bilion bilion ... banyak sikit. Kalau kaya pun boleh tahan sampai kiamat.
Jutaan Ringgit tu kalau diberikan kepada Nelayan untuk start business Nelayan Laut Dalam, ramai orang pantai timur yang kaya raya dan kita pun dapat makan ikan segar yang murah murah. Pilihanraya nanti gerenti undi BN.
Ingatkan Piala Monsun ni dah tak der lagi selepas YB Besut jatuh pangkat. Rupanya ..... lebih kurang je.
Kita marah sebab kita tak ada niat untuk bantu orang jadi kaya. Tu sebab kita sentiasa tak puas hati. Mari aku ajar macamana nak REDHA membantu orang kaya.
Bila nak beli barang dapur ... hati kena ikhlas. Duit cukai beli barang nanti ... korang kena pasang niat
10% duit cukai ni aku serahkan pada Piala Monsun,
10% duit cukai ni untuk Broadband seluruh negara,
10% untuk projek Keretapi Berkembar.
dan 70% untuk komisyen pihak terlibat.
Bila bagi dengan niat, baru tak der komen komen. Kena ikhlas membantu. Jangan jadi beruk siku.
Pada yang potong gaji untuk EPF .... ini niat untuk korang.....
" Bismillahirrahmanirrahim ........ Sahaja aku aku serahkan Potongan EPF aku bulan ini, untuk bantu VALEUCAP SDN BHD. "
Di sudahi dengan salaman AKAD. Goncang sikit dan lepas ni korang semua hati senang. RM5 billion? Tak der hal, kita bantu, esok murah rezeki.
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 9 comments
May 16, 2008
Di mana RM 3 bilion ? Deris takut dipersalahkan
buletinonline - [...] Penjelasan Deris setelah pendedahan oleh Amirsham agak mengejutkan kerana selama ini dia tidak membuat kenyataan apa-apa yang berkaitan wang royalti.
Deris berkata lagi, kerajaan negeri yang ketika di bawah pimpinannya hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.
“Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,
“Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri sendiri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit.
“Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada.” Ujarnya.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh Deris Jusoh, kini rakyat Terengganu mengetahui bahawa selama ini, Deris yang dikatakan hebat dalam mentadbir negeri Terengganu dengan segala macam program dan sering mengutuk PAS rupa-rupanya hanyalah boneka yang dikawal oleh kerajaan pusat.
Rakyat negeri Terengganu harus sedar, rakyat dan negeri Terengganu sepatutnya menerima kesemua RM 7.3 bilion dalam masa 4 tahun ini.>> selanjutnya
Labels: Monsoon Cup, Wang Ehsan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 14, 2008
Pengendali Monsoon Cup bukan milik kerajaan Terengganu?
buletinonline - [...] Dr. Syed Azman telah memohon kerajaan negeri memberi penjelasan berkaitan pemilikan saham T-Best Event Sdn Bhd yang dimiliki oleh dua syarikat lain.
”Saya ingin memohon penjelasan dari Exco, mengenai T-Best Event, saya membaca ‘company profile’ mengenai T-Best yang perlu kepada penjelasan, antara Pengarah syarikat T-Best Event adalah Chiu Kok Foo beralamat di Kuala Lumpur dan,
”dengan izin according to filing T-Best major shareholders is Prestasi Wangi Sdn Bhd which hold 67.1% dan TDM Bhd which hold 42.9% of the company,
”jadi saya pohon penjelasan atas kepentingan apa Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu, kalaulah dkatakan program Monsoon Cup ini adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.” tanya Syed Azman
Soalan ADUN Batu Buruk tidak dijawab oleh Rahin, tetapi Rahin mengatakan kerajaan akan membuat kajian terhadap Monsoon Cup dan mengatakan satu perjumpaan akan diadakan dengan syarikat T-Best Event pada 14 Mei akan datang, dan akan memperincikan perjanjian yang telah ditandatangani....selanjutnya [KLIK DI SINI]
berita berkaitan - Rosol kata isu Monsoon Cup dan TTI lapuk?
Labels: Monsoon Cup, Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Monsoon Cup dan T-Best
buletinonline - [...] T-Best telah melancarkan Monsoon Cup yang pertama pada November 2005 dengan perhatian ramai. Penganjuran tersebut berjalan lancar, tetapi pihak pembangkang telah mengatakan bahawa acara mewah yang dibiayai oleh wang ehsan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat menjadikan acara Monsoon Cup berlangsung dalam keadaan yang kelam kabut.
Tiada siapa pun sebenarnya yang boleh menyebut berapa kos penganjuran Monsoon Cup walaupun bajet tersebut dikatakan bernilai RM 250 juta setahun.
Walaupun Meneteri Besar yang baru dilantik, Mad Said, tidak boleh mengesahkan angka tersebut, Mad Said memberitahu akhbar The Edge, angka RM 250 juta adalah sebagaimana yang didakwa, dia sendiri perlu menyemaknya.
Sementara Monsoon Cup kerap kali disebut dalam bajet kerajaan Terengganu sebagai penjana pelancungan negeri, tidak ada perincian sebenarnya jumlah kutipan yang dibuat oleh T-Best dalam menganjurkan sukan tersebut. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 9, 2008
Tambah lagi RM42 juta dalamkan laluan anjur 'Monsun Cup'
harakahdaily - [...] Menurut laporan Buletin Online, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Muhamad berkata, pelaksanaan projek benteng pemecah ombak itu meliputi tiga fasa dan fasa satu yang menelan kos RM42 juta telah siap pada tahun 2003.
Utusan memetik Yahya berkata, peruntukan tambahan RM42 juta itu adalah untuk fasa kedua yang pada mulanya membabitkan peruntukan sebanyak RM367 juta sebelum bertambah RM409 juta manakala fasa tiga sebanyak RM100 juta masih dalam pembinaan.
"Kerajaan negeri mengakui kenyataan itu, kerja mendalamkan lembangan digunakan untuk penganjuran Piala Monsun," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Terengganu pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.
Sementara itu, semasa menjawab soalan bertulis oleh wakil rakyat sama mengenai pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI), Yahya Khatib memberitahu, kos asalnya ialah RM249 juta manakala kos sebenar pembangunan ialah RM259 juta.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 21, 2008
Batalkan sahaja Monsoon Cup
Harakahdaily - Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Dato' Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan. Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Dato' Abdul Rahin berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.
"Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai," katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.
Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat. more...
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 30, 2008
MUST READ: Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!
Well, did I mention about comparing Dubai World Cup to Pak Lah's Terengganu Monsoon Cup? Idris Jusoh or Patrick Badawi or Khairy, or whoever related to Pak Lah had mentioned the annual yatch race was watched by billions of people around the world. It costs wang ehsan about RM300 million to run.
Labels: Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
