Tukar guna NGV la ..... wakakakakakabuletinonline | Musim Monsoon Cup tahun lalu (2007) menyaksikan kehadiran ‘teksi asing’ di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang telah menyekat rezeki teksi tempatan.
Kehadiran secara tiba-tiba Teksi ‘Limusin’ warna biru berjenama Hyundai dilabel sebagai ‘Teksi Eksekutif’ yang bertulis ‘Official Car – World Richest Sailing Event’ telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha teksi lapangan terbang Sultan Mahmud.(Gambar atas - deretan teksi Pampena diletakkan dalam kawasan Kelab Teluk Warisan, musim Monsoon Cup 2007)
Teksi tersebut adalah dimiliki oleh Syarikat Pempena Executive Taxi Sdn Bhd atau dikenali sebagai PETS adalah anak syarikat Pempena Sdn Bhd (Pampena) subsidiari kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.
Pempena Syarikat ‘kroni’ yang dipercayai ada kaitan dengan Bekas Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengalami kerugian teruk.
Hanya dua atau tiga syarikat sahaja daripada keseluruhan 24 syarikat dibawah Pampena yang untung sejak ia beroperasi tiga tahun lalu.
Menteri Pelancongan Dato’ Seri Azalina Othman Said berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd (PwC Capital), firma yang mengaudit Pampena.... selanjutnya.
Nov 10, 2008
'Pempena’ Syarikat Teksi Monsoon Cup Rugi Teruk !
Labels: Kerajaan Terengganu, Monsoon Cup
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 20, 2008
MBKT Promosi Seks Bebas?
buletinonline | ...Statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.
Walaupun bilangan bagi tempoh tersebut adalah kecil untuk negeri Terengganu, namun ia adalah agak membimbangkan kerana seramai berdasarkan jumlah tersebut seramai 115 orang anak luar nikah yang dilahirkan setiap tahun.
Secara perinciannya dalam tempoh tersebut, seramai sekurang-kurangnya 10 pasangan telah melakukan zina/ rogol/ hubungan luar nikah pada setiap bulan.
Kes rogol pula semakin meningkat. Seramai 84 orang yang terlibat dengan jenayah rogol pada 2005, meningkat 47.6% kepada 124 orang pada 2006.... selanjutnya.
no2umno - gambar anak sapa tu. Kalau guna tanpa izin ... boleh saman.
Labels: Aksi Lucah, Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 14, 2008
Rahsia Terbongkar – Mengapa Bas Bandar Beri Khidmat Percuma
buletinonline | ...Penipuan Tentang ‘Cas Ligas’ terbongkar, kononya kerajaan bermurah hati memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat bas bandaraya Kuala Terengganu.
Padahal sebenarnya rekabentuk ’Bas Bandar yang ‘pelik’, dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu tidak diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
Kerajaan Terengganu kini tidak dapat pulangan dari pelaburan yang menggunakan RM3.4 juta wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan ‘idea gila’ bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh.
Walaupun pada asal cadangan perkhidmatan tersebut tambang dibayar sebanyak 50 sen, namun ia diberikan percuma apabila LPKP tidak mengeluarkan permit kerana cukai kastam yang belum dilunaskan selain masalah rekabentuk.... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Oct 13, 2008
Terengganu membazir lagi
no2umno - Ini macam pun ada. Buat dulu baru minta kelulusan. Tak yah hantar drawing ke JPJ.
The Terengganu Government has invested RM3.4mil to custom-fabricate eight imported buses with the intention of charging a 50-sen fare.
However, the investment has turned into a temporary liability because of “technical glitches”. Four of the buses are plying the roads around town for free, while another four are lying idle in storage.
The buses, purchased at RM430,000 each, cannot charge fares because they failed to obtain the required permit from the Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB).... selanjutnya.
Terengganu ... terengganu .... silap silap RM3.4 juta tersepok kat garaj. Tahniah Terengganu kerana pandai sangat. Ada dua cara nak luluskan bas untuk penggunaan. Ubah bas, atau ubah undang undang. Pasal nyawa penumpang ... tu perkara enteng. Mati hari ini, esok tambah lagi. Kalau accident dan ramai yang mati, kita cakap Ajal di tangan Tuhan. Orang pun senyap. Tak caya .... tanya Proton.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sep 26, 2008
Dollah (atau Idris), sudah belanja habis semua RM 7.364 bilion duit royalti ?
buletinonline | Kelmarin Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan Dana Khas Hari Raya, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM47,594 juta,
untuk diagihkan kepada penduduk di negeri ini yang didapati tercicir, samada secara sengaja atau tidak, oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM46.594 juta sebagai bantuan yang sama, yang kini menjadi kontroversi kerana terdapat ketidakadilan didalam pengagihan bantuan tersebut dibawah kendalian Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu, royalti minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 4, 2008
EXCO Terengganu terus guna Mercedez
Buletin | Kerajaan Terengganu akan terus mengguna pakai 14 buah Mercedes E 200 Kompresor untuk kegunaan Exco dan Pegawai Kanan,
walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri.
Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu.
Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan.
Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’.... selanjutnya.
Labels: Belit Dollah, Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 26, 2008
Idris Jusoh vs Ahmad Said on Perdana V6
hardT | Former Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh has appointed a lawyer to study what action to take over a statement that maintenance of his Proton Perdana V6 Executive was highest among the State Executive Council (Exco) members.
His special officer Kamarulazman Idris said the move was necessary as the statement had tarnished the reputation of Idris, the State Assemblyman for Jerteh.
He said although the state government had apologied, the statement showed that the Terengganu leadership had acted in haste without thinking of the consequences.... selanjutnya.
Labels: ALAHAI IDRIS ...., Kerajaan Terengganu, kereta exco
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mercedes? Public transport sucks!!!
dailyrun | Recently the debacle of the Mercedes in Terengganu reported by Malaysiakini really is disappointing. Here they are arguing about whether Mercedes is more cost effective than Perdana? C'mon man!!! Isn't this a bloody waste of time?
Don't they have a job to do? And what is this thing about rationalizing the cost effectiveness of a Mercedes vs a Perdana? This is so ridiculous man! And so stupid. Ask the man on the street what he thinks? Probably he or she will vomit blood. Why does Malaysiakini even report such crap? It's so asinine that I think they shouldn't post this Mercedes story.
No matter what, the man on street ain't stupid. You can come up with all the justification on Mercedes over Perdana but who the hell cares? Mercedes cost 3 times of a Perdana. One is luxury car and the other is medium range car. One is an imported brandname and the other is an ordinary car. How to compare???... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu, kereta exco
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 25, 2008
Nak membazir joint UMNO
Pemegang rekod pembaziran kos selenggara Proton v6 tertinggi di malaysia adalah IDRIS JUSOH dengan jumlah sebanyak RM235,000.Penyakit membazir Negeri Terengganu bukan sahaja melibatkan pembangunan, tapi penggunaan kenderaan EXCO. Kalau di campur dengan semua bentuk pembaziran termasuk pembinaan Masjid Kristal dan Taman Budaya yang pernah menjadi isu sebelum ini, entah berapa la jumlahnya. Hari ini ... ada satu lagi berita pelik yang tersiar, tentang pulau Bidong yang di peruntukan sebanyak RM8 juta, tapi masih seperti Hutan. Rujuk sini ....Bidong is still a mess
Diikuti oleh Exco Perdangangan, Indusrtri dan alam Sekitar Negeri T'ganu, sebanyak RM175,229.79
Ketiga Exco pertanian dan Pembangunan Tempatan Datuk Mohd Jidin Shafie, RM95,178.15
Ke empat Menteri Besar Terengganu sekarang, Dato' Ahmad Said dengan jumlah selenggara sebanyak RMRM92,995.18.
Jumlah kos selenggara yang terendah adalah oleh Datuk Wan Hisham Wan Salleh berjumlah sebanyak RM15,069.32.
Rujuk [SINI]
Kalau dah UMNO ... tetap UMNO. Letak lah di mana pun, pembaziran pasti berlaku. Kerana tu lah ada yang naik mereng bila negeri Jatuh ke tangan parti lain. Duhhh ...... kalau gitu, siapa nak membazir, belajar dari UMNO. Rakyat Ganu tak komen ape ape ke? Tak pe .... misking pung tetap Ganu kite.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Terengganu Perdana V6 maintenance handled by drivers and superior officers
paultan | Terengganu State Secretary Datuk Mokhtar Nong said the maintenance aspects of the state’s Proton Perdana V6 Executive fleet was handled by the car’s drivers or their superior officers and that the state paid for the maintenance based on “claims”. Each state exco has two drivers - one is a permanent employee of the state and the other is appointed on a contract basis by the exco himself.
The MBs of Pahang and Kelantan have come to defense of Datuk Ahmad Said’s claims that the Perdana V6 was expensive to maintain. Pahang MB Datuk Adnan Yaakob claimed his Mercedes-Benz incurred a cost of RM42,000 in 2007, while his state exco’s Perdana incurred a cost of RM57,500.
The Terengganu government has also corrected the figures published yesterday. They admit that they made a mistake with Idris Jusoh’s car. The following are the new figures:
- Idris Jusoh’s car from 2004 to 2008 - RM131,449.83
- Idris Jusoh’s car cost in first two months of 2008 - RM27.923.41
- Most expensive car to maintain - Toh Chin Yaw’s car - RM175,229.79
- Total bills for all cars over the past 4 years - RM1,071,668.82
no2umno - Korang tengok apa tulis di plate no Proton Perdana tu ... Paultan perli Kerajaan BN, "UBAH CARA HIDUP" .... siapa yang terasa agaknya? Bila Paultan pun dah pandai politik, takkan kita tak sedar lagi kot? Lagi satu artikel sebelum ini dan korang tengok imej nya juga ....SINI
Labels: ALAHAI IDRIS ...., Kerajaan Terengganu, Mat Said
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahmad Said vs Idris Jusoh, yang menang Khalid Ibrahim
Kos senggara Proton V6 di masa pemerintahan Idris Jusoh cukup tinggi. Ada khabar khabar dari Terengganu menyatakan punca kos meningkat kerana penjagaan kenderaaan EXCO di Terengganu tidak di pantau. Semuanya lepas tangan.
Mungkin ada pihak yang menggunakan V6 untuk repair kereta exco yang lain. Almaklum, Exco di Terengganu bukannya miliki hanya sebuah saja. Kerajaan beri sebuah, sementara milik peribadi ada beberapa buah lagi. Ada juga yang kata kesempatan digunakan oleh Pemandu kereta EXCO itu sendiri. Contohnya, Tayar masih boleh guna, tapi ditukar. Sparepart masih elok, tapi ditukar. Mungkin juga, tukar tidak, tapi bill dikeluarkan. Semua nya boleh berlaku kerana ianya tidak di pantau. Bila claim dibuat, kerajaan terus bayar tanpa usul periksa.
Bila Ahmad Said beli Mercedez dengan belanja RM3.43 juta, dia gunakan track record senggara V6 sebagai perbandingan. Proton sendiri sangkal kenyataan tersebut, tapi yang pasti, belanja dah keluar dan kerajaan negeri pun kena tanggung. Kalau penjagaan Proton v6 dibuat secara jujur dan telus, kos tidak sampai sebegitu.
Memang Proton v6 buat masalah. Banyak komen tentang sparepart yang tidak tahan lama dan gearbox nya tidak berkualiti, tapi kalau di tolak campur, V6 masih murah berbanding Mercedes. Jika benar Mercedez lebih murah pada segala galanya, sudah pasti rakyat malaysia yang mampu menggunakan V6, juga memilih untuk menggunakan Mercedez. Tapi realitinya tidak begitu. Kesimpulan di sini, Ahmad Said menggunakan kos senggara v6 yang tak telus untuk membeli Mercedez dan Idris Jusoh pada pemerintahan nya yang lepas tidak memantau proses senggara V6. Kesempatan yang diambil oleh UMNO, digunakan oleh kroni kroni mereka. Sementara kelemahan ini di ambil kesempatan oleh UMNO sendiri untuk menempelak kepimpinan lama mereka. Sedangkan ketika Idris Jusoh menjadi MB, Ahmad Said adalah salah seorang EXCOnya.
Bila cerita dan tersebar, persepsi rakyat sudah bercanggah. Baru mereka tahu apa yang kerajaan UMNO buat ketika dulu dan sekarang. Apa apa pun pendedahan yang berlaku, perlu diambil iktibar oleh rakyat bahawa selagi UMNO memerintah, rakyat terpaksa telan walaupun pahit. Rakyat terpaksa bayar atas apa juga kesilapan yang diorang lakukan. Dulu sudah silap, sekarang tak tentu betul.
Aku pernah pertikai tentang pilihan Mercedez sebagai kenderaan EXCO berbanding V6. Ahmad Said ada alasannya dan Shahrir Samad pula menyanggah pilihan Ahmad Said. UMNO kecoh antara mereka. Berkeras untuk menggunakan Mercedez untuk kenderaan EXCO sedangkan pilihan masih banyak lagi. Kenapa tidak memilih kenderaan Naza atau Toyota, mahupun Nissan jika Proton V6 punca banyak masalah. Ahmad Said masih mahu memilih Mercedez kerana dia sudah 18 tahun menggunakan jenama yang sama.
Tiba tiba ...... berita berikut keluar,
Maka, di dalam Ahmad Said mengkritik Proton dan pemerintahan Idris Jusoh, sekiranya TS Khalid bersetuju, Kerajaan Selangor bakal membuat pilihan yang bijak. Memilih untuk berada di tengah tengah. Tidak lebih dan tidak kurang, memilih Toyota dan bukannya Mercedez. Itu pun untuk menggantikan Proton v6 yang sudah 7 tahun di gunakan.
“Saya secara peribadi berasakan Toyota Camry pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tetapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes,” katanya.
Beliau berkata kenderaan seperti Proton Perdana V6 Executive memerlukan kos penyelenggaraan tinggi dan mengalami masalah kerosakan berulang sehingga menyebabkan kos yang tinggi perlu dikeluarkan setiap kali dibaiki.
“Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas,” katanya. - Mymetro
Labels: ALAHAI IDRIS ...., Kerajaan Terengganu, Khalid Ibrahim, Mohd Said
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 24, 2008
Pahang, Kelantan MBs back Terengganu over Perdana car maintenance cost
malaysianinsider | ...Both Datuk Adnan Yaakob and Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agreed with Ahmad that it was costly to maintain the national cars.
Ahmad had said that the high maintenance cost had driven the Terengganu government to decide on the purchase of 14 Mercedes Benz E200 Kompressor cars at a cost of RM3.43 million to replace the Perdana cars of its state executive councillors and senior government officers.
However, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the Terengganu government's purchase of the Mercedes Benz cars was not right at a time of economic uncertainty, and that it should have settled for a cheaper car such as a Toyota.
Adnan said his Mercedes Benz car, which had been in use for years since the time of Tun Khalil Yaakob as the menteri besar, ran up a maintenance cost of RM42,000 last year while a Perdana used by a state executive councillor had cost RM57,500 to maintain.
"The Terengganu menteri besar is basically right when he said the maintenance cost of the Proton Perdana V6 Executive is higher than that of the Mercedes Benz," he told reporters after the presentation of cheques to Universiti Teknologi Mara (UiTM) students, here.
Adnan, however, said he did not want to support or oppose the decision of the Terengganu government to buy the 14 Mercedes Benz cars, adding that all decisions now had to take into consideration the current situation and needs of the people.
"The people now prefer to travel in a Kancil car or even a motorcycle if it is over a short distance," he said. ... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu, kereta exco
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mesej Tersembunyi Di Sebalik Mercedes?
erisar | Kerajaan sebelum ini bukan pimpinan Mat Said. Yang berhabis duit untuk memperbaiki Perdana dalam tempoh jaminan juga, bukan pimpinan Mat Said. Jadi apakah yang Mat Said cuba bongkarkan sebenarnya. Proton tak elok? Kerajaan Negeri sebelumnya adalah penuh dengan korupsi? Aku rasa, ke dua-duanya sekali.
Proton tak elok? Alahai, kita semua pun memang suka mengutuk Proton. Tetapi Proton merupakan perusahaan kereta nasional dan mereka berusaha menaikkan imej mereka yang tercalar dengan memperbaiki mutu kereta keluaran mereka. Kalau bukan bapak-bapak menteri yang tunjukkan contoh yang Proton itu boleh diguna pakai, hendak harapkan siapa lagi? Kalau bukan income dari kerajaan, siapa lagi yang nak beli Perdana berbolon-bolon? Nak harapkan orang-orang kaya yang mampu beli Merc, sudah pasti Perdana merupakan pilihan terakhir mereka. Its all about class. Lagipun, ianya hanya untuk official use, kegunaan rasmi. Urusan peribadi, nak naik limosin 15pintu pun orang tak peduli. Eh orang peduli juga, kalau kaya lain macam....makan suap lah itu.
Kerajaan Negeri sebelum ini penuh korupsi? Ya, mungkin. Mana mungkin membaiki sebuah kereta Perdana berjumlah sebegitu rupa. Dan Mat Said sendiri tidak telus, bercerita fakta mengenai dua buah kereta Perdana sahaja. DARI 16 BUAH YANG LAIN. Kalau yang dua ini sahaja bermasalah, get rid of it. Beli ganti dua buah kereta Perdana baru. Habis cerita. Kalau kos penyelenggaraan Perdana mahal sebegitu rupa, tak akan ada Perdana di jalan raya. Orang kaya bermillion pun takut nak pakai. Gaji RM10,000 baru mampu pakai. Al maklum RM3640 adalah kos servis sebulannya. ... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Ahmah Said: Sahaja aku beli Merc ...
tranungkite |Nampaknya Ahmad Said berjaya mendedahkan skendal kos senggaraan kereta lebih mahal dari kos beli kereta yang baru! Memang dah saya kata, dia ni bijak dan niatnya pun 'Sahaja aku beli kereta Merc kerana nak mengenakan Idris Jusuh!
Kereta Idris disenggarakan dengan kos RM235,123.08 dalam tempoh empat tahun antara 2004 dan 2008!
Beberapa pegawai kanan BPR menyifatkan ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive kerajaan Terengganu itu.
Yalah, memang tersangat adanya sesuatu yang tidak kena; tapi bukanlah tentang kereta itu yang tak kena.Kereta itu kereta baru dan tentunya ada warranty periodnya.Lainlah kalau kereta itu dibeli dari kedai kereta terpakai.
Walau bagaimana pun, percayalah, Putra jaya ada pelbagai cara untuk tolong lepaskan Idris. Tengoklah nanti , BPR yang seolah-olah macam rimau hari ini, esok lusa menikuslah macam biasanya!... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Najib has 3 Mercedes at home, says Terengganu MB
allenstae | I like what Terengganu MB Ahmad Said had jeered, "Look at Datuk Seri Najib, he has 3 Mercedes at home." Ya, Najib did not agree with the MB for buying 14 Mercs for BN State Assemblymen and brought this up to the Cabinet.
The Cabinet ordered them to buy Proton Perdana instead. But the MB insisted to go ahead for the Mercs. Najib loves Mercs, and was he sincere to live an exemplary life? Was he the right person to advise the MB?
Labels: Kerajaan Terengganu, Malaysiakini
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 23, 2008
Ahmad Said tunjuk belang UMNO nya
Gua tonton berita bernama di ASTRO hari ini dan MB Terengganu terus berkeras untuk memilih kereta Mercedes untuk kenderaan EXCO nya. Dengan tegas memberikan pandangan dan meminta wartawan mencari bukti bahawa menggunakan Proton Perdana memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Menurut beliau lagi ... semua Menteri Besar maklum tentang perkara itu tetapi takut untuk memberitahu. "Saya tidak hipokrit" sambung beliau lagi. Seterusnya, kenderaan Mercedes CKD turut termaktub di dalam Arahan Perbendaharaan.
Merujuk kepada persoalan itu, Shahrir Samad diminta menjawab dan ini kenyataan darinya,
"Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ia khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.Bila MB Terangganu berkeras menolak penggunaan PROTON PERDANA, ia merupakan satu tamparan hebat kepada Perusahaan Automotobil pertama malaysia dan ini pula alasan Proton,
"Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara," katanya. - MStar
No warranty claims have been made since October 2004 on the Proton Perdana V6 that the Terengganu state government claimed to have spent more than RM100,000 to repair.Entah kenapa, jika merujuk kepada kenderaan CKD yang dibenarkan.... selain dari Mercedes, Kerajaan Terengganu harus memikirkan sekali jenama lain termasuk Toyota atau NAZA. Tapi Ahmad Said masih memilih Mercedes. Kenapa ye? Berani buat, berani lah tanggung. Kalau Rosol Wahid dan kuncu kuncunya keras, apa bezanya Ahmad Said .... Kalau dah produk UMNO, semuanya keras keras kepala belaka. Nak buat camane ..... semuanya di ajar dek UMNO.
In a statement issued Wednesday, Proton’s corporate communications division said the car was purchased in May 2004, and that Proton would seriously look into the matter to find out details of its service history. - Star
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Jul 20, 2008
Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran
malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.
"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.... selanjutnya.
Sementara itu ... menurut buletinonline,
Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. - Buletin
Labels: Kerajaan Terengganu, Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 26, 2008
Syarikat Berkaitan UMNO Menyebabkan Penanam Padi Lembah Setiu Rugi
buletinonelin - Walaupun telah berkali-kali, Ketua Unit Peladang Kampung Buluh Hilir, Encik Hassan Hitam, 45, mengadakan perbincangan telah dengan pihak pengurusan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA),
namun masalah pengairan bagi kawasan penanaman padi di Lembah Setiu itu gagal di selesaikan.
Usul yang dibawa setiap tahun ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu, hanya umpama ‘anjing menyalak bukit’, bukit tidak bergerak, anjing yang keletihan... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 2, 2008
Hanya RM9 juta bayar elaun imam dan bilal tapi RM 20 juta setahun untuk Monsoon Cup
buletinonline - Kerajaan Terengganu tidak perlu berbangga dengan memperuntukkan RM9 juta setahun untuk membayar elaun kira-kira 2,200 imam dan bilal yang bertugas di masjid mukim di seluruh negeri.
Dengan kewangan yang banyak hasil sumbangan kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sepatutnya Imam dan Bilal yang berkhidmat sepenuh masa dengan cemerlang di berikan insentif lebih dari hanya RM650 untuk Imam dan bilal menerima RM450 sebulan.
"Kenapa tidak ! Sedangkan kerajaan Terengganu membelanjakan RM 20 juta setahun untuk menganjurkan Monsoon Cup,
”sekiranya atas pertimbangan kerajaan Monsoon Cup membawa pulangan kepada negeri, apakah sumbangan Imam Bilal tidak membawa manfaat?,” kata Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payung ketika diminta mengulas kenyataan seorang pegawai pejabat ugama berkenaan perkara diatas.... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 27, 2008
Minyak di Terengganu kini milik negeri 100 peratus ?
buletinonline - Kerajaan negeri Terengganu beranggapan, kesemua hasil petroleum yang dijumpai di negeri ini adalah dimiliki 100 peratus oleh negeri ini dan bukannya hak Petronas lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri Terengganu, Haji Mustafa Ali berkata, anggapan ini dibuat berasaskan kenyataan kerajaan Pusat bahawa perjanjian yang dibuat oleh kerejaan negeri dengan Petronas pada tahun 1975 telah tidak sah dan terbatal sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim.
"Kalau selama ini milik kita 5 peratus sahaja berdasarkan perjanjian dengan Petronas, kini setelah perjanjian itu dikatakan terbatal dengan sendiri oleh Pusat, kini ia milik kita 100 peratus,"kata Haji Mustafa yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau berkata demikian ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas sikap kerajaan negeri Terengganu terhadap isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu ketika ditemui di majlis pelancaran Pusat Dagangan Terengganu semalam.... selanjutnya.
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
