KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts
Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts

Oct 20, 2008

Perak Raja Muda calls for an end to wasteful programmes

star | ...The Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah wants constructive criticism and "brave new ideas" to halt wasteful and superficial programmes in Budget 2009.

In his royal address during the 163rd Perak Religious and Malay Customs Council meeting on Monday, Raja Nazrin Shah urged members to be bold enough to voice ideas and approaches that were more relevant to the era.

"Besides studying the figures in the Budget, council members must be prepared to examine the effectiveness of programmes that have been implemented until now," he said.... selanjutnya.

Jul 26, 2008

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban

MStar | ...Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.

"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.... selanjutnya.

Jul 23, 2008

Hanya Santapan





Mstar | SANTAPAN DIRAJA... Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan juga semua Sultan di negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga hadir sama.

Jul 20, 2008

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.... selanjutnya.

Sementara itu ... menurut buletinonline,

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. - Buletin

Jul 18, 2008

Pencerobohan Tg. Tuan dibawa ke Istana Negara!

detikdaily | Salah satu isu yang banyak tenggelam dalam lipatan kenangan masyarakat kita ialah kes pencerobohan Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan di Melaka. Saya faham sikit isu ini setelah berkenalan dengan seorang tua.

Baru-baru ini, beliau cuba menghantar sepucuk surat kepada pihak Istana Negara, menyeru agar Yang Dipertuan Agong campur tangan. Saya fikir, saya mahu bawa lelaki tua itu berjumpa Yang Dipertuan Agong terus. Tapi, bagaimanakah caranya?

Berikut adalah salinan asal surat tersebut kepada Agong ...

Peliharalah Tanjung Tuan
Thursday, July 17, 2008 2:55 AM
From: This sender is DomainKeys verified to Contacts
To: ibnuamir@yahoo.com
Mohd Basir bin Abdullah

Batu 8 Tanjung Tuan, Melaka
14 Julai 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha MuliaTuanku Yang DiPertuan Agung Ampun Tuanku beribu ribu ampun sembah patek harap diampun.

Dengan izin Tuanku patek Mohd Basir bin Abdullah merafak sembah memohon perkenan Tuanku untuk menyatakan perkara yang tidak dapat patek diamkan demi kepentingan bangsa, negara dan agama.... selanjutnya.

Jul 7, 2008

Suruhanjaya siasat Najib, Gani, Anwar

malaysiakini | ... Dalam memorandum yang sama, ketuanya Salahuddin Ayub juga berkata dakwaan itu termasuklah tuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patik merasa terpanggil untuk meminta supaya satu suruhanjaya siasatan diraja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam aduan-aduan tersebut," katanya, yang menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai Istana Negara tengah hari tadi.

pas youth submit memo to agung 070708 meet with palace officerSalahuddin, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, memohon agar baginda menitahkan Najib, Musa dan Abdul Gani untuk bercuti daripada jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh suruhanjaya tersebut.


Berikut teks lengkap memorandum tersebut:

Seri Paduka Baginda Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.... selanjutnya.

Jul 4, 2008

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

Imageharakahdaily - | .... Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.... selanjutnya.


Jun 18, 2008

Apabila Manusia Semakin Jauh Dari Islam

ciklee
Peristiwa Pertama :
Seorang wanita, sedang riang-ria mandi di pantai bersama rakan-rakan. Tiba-tiba terasa dirinya semakin jauh dari pantai dan tiba-tiba dihempas ombak yang semakin ganas. Sedar-sedar dirinya sudah tercungap-cungap akibat tertelan air masin yang semakin banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Tangannya mengapai-ngapai kelemasan, terasa kakinya tidak terpijak oleh pasir di dasar laut. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang mengapai kepalanya dan perlahan-lahan dia mula dapat bernafas sedikit selesa. Akhirnya dia selamat di bawa ke tepi, dan mula dapat mengatur pernafasannya. Tiba-tiba dia terus menampar orang yang menyelamatkannya dan memaki-hamun orang yang telah berjasa kepadanya tadi.

Peristiwa Kedua :
Seorang buta berjalan-jalan dengan tongkatnya. Meraba-raba mencari arah untuk meneruskan perjalanannya. Lalu dia hampir termasuk ke dalam sebuah lubang yang dalam tanpa disedari. Lalu datang seorang pemuda melihat lalu menjerit. Dilihat seolah-olah orang buta itu tidak sempat mendengar arahannya, beliau meluru dan menolak orang buta tersebut ke tepi. Jika terjatuh ke dalam lubang itu, sudah tentu orang buta itu akan mengalami kecederaan yang agak parah. Tetapi, akibat perbuatan pemuda tadi orang buta itu sedikit luka. Oleh itu, kemarahannya tiba-tiba sahaja memuncak. Bukan lagi ingin berterima-kasih kerana memberitahu akan menyelamatkannya dari lubang tersebut, tetapi dijerit dan dimakinya pemuda yang telah menyelamatkan tadi kerana merasakan perjalanannya diganggu.

Mungkin kita tidak nampak perkaitan antara perkara pertama dan kedua. Tapi apabila kita melihat ulasan ini mengenai bantahan konsert Ella dan Mas Ayu kita boleh melihat perkaitannya. Kata-kata yang diulas oleh bekas seorang pengetua Akademi Fantasia yang berjaya menghasilkan ramai alim-ulamak dalam bidang seni dan nyanyian. Yang menjadi kegilaan kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ramai lagi.... selanjutnya.

Nasib baik bukan Planet Hollywood

penarikbeca - [...]

(Ihsan Malay Mail)

Kepada Freddie Fernandez, since you do not know anything about having some respect to other people's religion, you are the one who "should go live in a cave" and dont poke your nose in our religious issue. I dont give a damn if you dont like our religion and its dos and donts. But, keep your filthy mouth shut! Tentang Roslan Aziz, saya tak perlu tambah apa-apa. Orang lain dah tulis banyak dah.... selanjutnya.

PAS tak macam UMNO

Satu pujian kepada YM Sultan Selangor yang sanggup mencemar duli bertemu dengan Pemuda PAS .... Satu penyelesaian yang baik dan terpuji buat Pemuda PAS juga. PAS perlu membezakan diri dari UMNO. Pendekatan yang BUKAN menjerit jerit dan pasang sepanduk 'Natang' ...cam orang kat belah sana tu. Aku rasa korang pun masih ingat lagi. Hellloooo ... Rosol Wahid, are u listening?

Berita berkaitan

Sultan akan temui Pemuda PAS
“Saya ada berbincang dengan Yang Teramat Mulia Sultan. Saya rasa Tuanku bersetuju bertemu Pemuda PAS bagi membincangkan isu berkaitan konsert itu.


“Saya tidak fikir kita mahu hentikan 'perlawanan diplomatik' melibatkan pasukan Selangor dan Singapura. Saya rasa idea yang baik untuk Pemuda PAS adalah mengadakan diskusi dengan Sultan.

“Kita akan uruskan (pertemuan tersebut) sebelum akhir bulan ini,” kata Khalid dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan pemberita, sama ada bantahan Pemuda PAS itu wajar atau tidak, memandangkan PAS mempunyai wakil dalam kerajaan, Khalid berkata, kerajaan negeri bersedia mendengar semua bantahan dan pandangan.

“Kita mendengar semua bantahan. Saya rasa kebimbangan Pemuda PAS berkaitan pakaian dan aksi penyanyi itu. Jadi bukan lagi isu. Saya tak rasa Pemuda PAS ingin hentikan satu bentuk persembahan. - Malaysiakini

May 16, 2008

'No politics in mosques, surau'

NST - [...] Raja Nazrin Shah, who is chairman of the council, said mosques and surau in the state should follow the examples of the Masjidil Haram in Mecca and the Prophet's Mosque in Medina where Muslims of various races, cultures, languages, nationalities and schools of thoughts were united in the worship of their creator.

"It is the wish of His Royal Highness Sultan Azlan Shah, the Ruler of Perak, that mosques and surau in the state follow the examples of these two grand mosques where any Muslim can pray in peace," he said at the opening of the 161st conference of the council at the Kompleks Islam Darul Ridzuan here yesterday.

He said mosques and surau, besides educational institutions and schools, were important centres for the propagation of human values for the good of mankind.
Raja Nazrin Shah said the role of the mosques and surau in this respect was important because these institutions could help develop future leaders who would care for nature and their fellow human beings.>> selanjutnya

May 12, 2008

LATEST: Karpal singh issue

The Elders of the Royal Court of Selangor issues statement on Karpal Singh's comments in a local daily

nst - [...] The statement was quoted as implying that His Royal Highness the Sultan of Selangor is interfering in executive matters of the state.

Such a baseless, unfounded and irresponsible statement has indeed brought much concern and uneasiness to this Council.

The Council believes that this statement was somewhat made to create a misconception in the minds of the rakyat as to the role of His Royal Highness as the Sultan of Selangor, who is merely exercising His rights as enshrined in the State Constitution.

It is within our knowledge that the Sultan of Selangor in His weekly meeting with the Menteri Besar of Selangor has always given His views and advice on matters of importance to the people of Selangor.

At the same time the Sultan has always maintained His neutral stance and has always upheld His detachment of any political preference or of interference with executive matters.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 9, 2008

RAJA NAZRIN: Time right to review judicial appointments system



LEGAL EAGLES:
The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, smiles as he listens to the animated view espoused by Chief Justice Datuk Abdul Hamid Mohamad after the opening of the three-day Judges Conference 2008 in Putrajaya.

NST - Raja Dr Nazrin Shah said the time was right to review the way judicial appointments and promotions were made.
The Regent of Perak said the many calls for a more transparent mechanism, one that was in line with other developed countries, should be given serious attention.

Addressing a conference of Malaysian judges here today, he noted that there was merit in the suggestion for the establishment of a judicial commission to make recommendations to the prime minister, who in turn, consults the Conference of Rulers.

"I am happy to note that in recent years, there has been a greater willingness on the part of the prime minister to consult the Conference of Rulers in a meaningful way.

"This is very much in keeping with the spirit of the Constitution and, I believe, leads to the building up of further confidence in the judiciary," he said.
Raja Nazrin said the present climate provided an excellent opportunity to press on with the needed changes, and the first step to be taken was to ensure that power was once again vested on the judiciary. more...

Mar 23, 2008

INI LAH MUSUH UMNO TERENGGANU



Menyedihkan ... UMNO mengulangi sejarah kebiadapan mereka kepada Baginda Sultan. Daulat Tuanku. Persetankan mereka itu.

Jan 1, 2008

SULTAN TERENGGANU MURKA?


Sultan Terengganu Tarik Balik Gelaran Datuk Peguam

PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Sultan Terengganu menarik balik gelaran Datuk daripada seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri, Mokhtar Ngah, 55.

Pengelola Istana Terengganu, Mohd Yasim Awang berkata keputusan itu diambil selepas berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Terengganu.

"Baginda telah membatal dan memansuhkan lantikan Haji Mokhtar bin Haji Ngah K/P: 530819-11-5139 ini dalam Peringkat Darjah Dato Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (D.S.M.Z.)," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Baginda juga memerintahkan nama Mokhtar dihapuskan dalam daftar mulai 18 Disember 2007.

Mohd Yasim berkata Mokhtar yang berasal dari Terengganu telah dikurniakan D.S.M.Z pada 20 Julai 2002.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sebab penarikan balik gelaran itu.

No2umno - Tak tahu apa punca nya. Sesiapa yang ada info sila berikan kerjasama. Berikutan adalah sedikit tentang si penama.

Haji Mokhtar bin Haji Ngah turut diberikan pingat kebesaran Di-Pertua Negeri of Malacca yang ke 68
DARJAH MULIA SERI MELAKA (D.M.S.M)

YBHG Dato Hishamuddin Aun, Ibrahim Yahaya, YB Tuan Haji Idderis Hj Kassim, Ismail Mohamed, Tuan Haji Khamis Ahmad, Latifah Datuk Abu Mansor, Lau Beng Woi, Lee Wah Chong, Lim Chaing Cheah, Lim How Chong, Lim Kim Chuan, Lim Sue Beng, Loh Kam Chin, Mahalil Hj Baharam, YAA Mahamad Ibrahim, Mahmood Adam, YB Haji Md Yunus Husin, Mior Abd Aziz Haji Othman, Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Mohammad Maidon, Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Ghazali Ahmad, YBHG Datuk Mohd Khalid Mohd, Mohd Zain Haji Ismail, Dato Haji Mokhtar Haji Ngah, Ng Ah Poi@Wong Sian Chuan , Ng Yeng Keng, Ngoh King Hua, Dr Nor Izham Aziz, Nordin Hj Ahmad,Pang Tee Chew, Brig Jen Dr Rajagopal Narayanasamy, Rosaline Ganendra, Saharudin Muhamad Toha,

Rujukan senarai penerima anugerah (macam jumlah rombongan HAJI) : STAR

Posting terkini

Blog Archive