KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Apabila Manusia Semakin Jauh Dari Islam

ciklee
Peristiwa Pertama :
Seorang wanita, sedang riang-ria mandi di pantai bersama rakan-rakan. Tiba-tiba terasa dirinya semakin jauh dari pantai dan tiba-tiba dihempas ombak yang semakin ganas. Sedar-sedar dirinya sudah tercungap-cungap akibat tertelan air masin yang semakin banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Tangannya mengapai-ngapai kelemasan, terasa kakinya tidak terpijak oleh pasir di dasar laut. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang mengapai kepalanya dan perlahan-lahan dia mula dapat bernafas sedikit selesa. Akhirnya dia selamat di bawa ke tepi, dan mula dapat mengatur pernafasannya. Tiba-tiba dia terus menampar orang yang menyelamatkannya dan memaki-hamun orang yang telah berjasa kepadanya tadi.

Peristiwa Kedua :
Seorang buta berjalan-jalan dengan tongkatnya. Meraba-raba mencari arah untuk meneruskan perjalanannya. Lalu dia hampir termasuk ke dalam sebuah lubang yang dalam tanpa disedari. Lalu datang seorang pemuda melihat lalu menjerit. Dilihat seolah-olah orang buta itu tidak sempat mendengar arahannya, beliau meluru dan menolak orang buta tersebut ke tepi. Jika terjatuh ke dalam lubang itu, sudah tentu orang buta itu akan mengalami kecederaan yang agak parah. Tetapi, akibat perbuatan pemuda tadi orang buta itu sedikit luka. Oleh itu, kemarahannya tiba-tiba sahaja memuncak. Bukan lagi ingin berterima-kasih kerana memberitahu akan menyelamatkannya dari lubang tersebut, tetapi dijerit dan dimakinya pemuda yang telah menyelamatkan tadi kerana merasakan perjalanannya diganggu.

Mungkin kita tidak nampak perkaitan antara perkara pertama dan kedua. Tapi apabila kita melihat ulasan ini mengenai bantahan konsert Ella dan Mas Ayu kita boleh melihat perkaitannya. Kata-kata yang diulas oleh bekas seorang pengetua Akademi Fantasia yang berjaya menghasilkan ramai alim-ulamak dalam bidang seni dan nyanyian. Yang menjadi kegilaan kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ramai lagi.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive