KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 18, 2008

Protes minyak Jumaat ini



Pada 20hb Jun 2008 ini, selepas Solat Jumaat, perhimpunan 'protes minyak' bakal di adakan di beberapa lokasi masjid sekitar Selangor. Untuk mengetahui lokasi lokasi tersebut, sila rujuk keterangan di bawah ...

[Kemaskini pada 13/06/08] Road Show GERAMM di Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Diadakan Kearah 1 juta perhimpunan pada 5 Julai 2008 di ibukota. - Rujuk GERAMM

Tarikh: 20-Jun [Jumaat]

  1. Masjid Kampung Melayu Ampang, Ampang
  2. Masjid Puncak Jalil, Serdang
  3. Masjid Simpang Tiga, Gombak
  4. Masjid Raja Muda Musa, Hulu Langat
  5. Masjid Sekincan, Sungai Besar
  6. Masjid Damansara Utama, PJU
  7. Masjid Negeri, Shah Alam
Datang lah bersama sepanduk-sepanduk bagi menunjukkan persepakatan kita, menentang kenaikan harga minyak yang diumumkan secara tergesa gesa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Manakala pada malam hari nya pula, bakal di adakan hari sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam [bersebelahan Stadium Melawati] . Di jangkakan bandaraya Shah Alam akan di penuhi dengan limpahan rakyat dari 5 buah negeri yang di pimpin oleh 5 Menteri Besar dari Pakatan Rakyat.

Upacara ini akan bermula pada jam 7.00 malam, dimulai dengan sembahyang berjemaah di luar Stadium dan ucapan dari pemimpin pemimpin. Dilapurkan TG Nik Aziz turut akan memberikan ucapan beliau. Butiran lanjut boleh di perolehi di Laman Web selangortoday.

Khususkan hari Jumaat anda pada minggu ini untuk bersama sama memeriahkan upacara sambil menuntut hak kita bersama.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive