malaysiakini | ....Ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad menganggap parti itu "tertipu" sewaktu terlibat dalam perbincangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), penganjur perhimpunan tersebut.Melalui blognya semalam, bekas pemimpin kanan Pemuda PAS itu berkata pemimpin parti yang terlibat dalam Protes telah berkompromi membenarkan konsert dengan syarat "nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik".
"Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan Pemuda dan Unit Amal memboikot. Tahniah pada adik-adikku Pemuda dan Unit Amal," katanya.
Tambahnya, demonstrasi Protes pada masa depan akan lebih berjaya jika dikawal seratus peratus oleh parti itu.
"Pengajaran demonstrasi Protes 6 Julai, lain kali biarlah PAS yang kawal semua. Kalau setakat jadi pengerusi (tetapi) kita tidak boleh kawal buat habis beras saja," katanya, mengulas kedudukan bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai penyelaras Protes.
"Banyak demonstasi yang kita buat berjaya (dan) tidak haru-biru. Kalau ulang lagi demonstasi macam ini, untung secupak rugi seguni."
Timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula berkata beliau pada mulanya bertolak ansur terhadap aktiviti dalam suasana yang "tidak menyinggung perasaan insan yang mukmin" dan jaminan persembahan itu "tidak melanggar etika seorang yang berakhlak dan bermoral."... selanjutnya.
Jul 11, 2008
'Protes bukan untuk si warak, wali'
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 10, 2008
PAS Pula Yang Diprovokasi??
email oleh: cklee
Lagi-lagi saya makin tak faham. Dah makin tua agaknya saya ini. Atau kepala saya ibarat katak di bawah tempurung. Pasal protes hari itu kecoh, rata-rata yang disalahkan adalah penyokong PAS. Alahai dunia.
Rata-rata yang turun hari itu turut membawa keluarga. Lalu dihidang sekali dengan muzik yang 'entah apa-apa'. Mungkin bagi orang yang faham dengan muzik okeylah, tapi kalau orang macam saya, saya akan cakap 'tah apa-apa'. Mentang-mentang ada kaitan dengan ground semua boleh sahaja.
Di sinilah berlakunya pertembungan agama dan budaya. Adakah 'tunjuk punggung' itu satu budaya. Yang rasanya semakin diterima berdasarkan komen-komen pengunjung blog yang pelbagai dan ada yang muda-muda. Lantas, tak salah sebenarnya tunjuk punggung ini kerana ia hanyalah salah satu menunjuk rasa. Apatah lagi trend anak-anak muda masa ini menunjukkan jenama seluar dalam mereka kepada orang-orang sekeliling. Yang lu orang pulak marah dan lebih-lebih.. kenapa??
Tunjuk punggung pun okey je. Pasal matlamat turut menghalalkan cara. Maka berlakulah pertembungan dengan agama. Jelas ia bertentangan dengan budaya Melayu dan jelas ia bertentangan dengan agama. Lalu di mana justifikasinya membenarkan 'pertunjukkan punggung' semasa PROTES ini berjalan.
Dalam pada masa itu, pertunjukkan itu dibuat oleh pemuzik underground. Sudah tentu, sepatutnya penonton-penontonnya pun underground. Ataupun ia satu percubaan untuk membudayakan underground. Kot-kot dalam ramai-ramai itu boleh tersangkut minat dengan muzik 'underground' seperti Elizabeth Wong.
Penganjur sepatutnya mengambil tanggungjawab 100% dalam hal ini. Namun, pemimpin dan penyokong juga tidak boleh lepas tangan. Janganlah mengaitkan peristiwa ini dengan PAS sahaja kerana kata mereka PAS itu hampir dengan taliban. Tak sangka saya, masih ada pemikiran jumud sebegini. Lalu mereka pula yang akan memanggil PAS sebagai jumud.
Pemuda PAS sanggup bertoleransi dan bertolak ansur bagi menjayakan PROTES. Namun, kekecohan ini tetap diletakkan di bawah bahu PAS. Sudah ditegaskan, PAS bukannya menolak muzik dan sebagainya, tetapi ia harus lah bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Lalu apabila penganjur masih bertegas membenarkan pemuzik-pemuzik underground ini PAS juga yang disalahkan. Alahai... Alahai...
Labels: demo minyak, EMAIL, pendapat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 9, 2008
Butt Or No Butt
kickdefella | ....
MARI NYANYI MENJILAT
Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati
Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada di tangan anda
Hidup yang senang penuh jaminan
Jangan bertanya, serahkan pada saya
Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
“Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!”
Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
Wahai pemuzik, underground rockers,
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,
Marilah mari, sain kontrak kami,
Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengoklah saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya
Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat
jangan tak jilat
Jilat, jilat,
jubur korporat sedap! ... artikel penuh
clip insiden ... KLIK
Labels: demo minyak, kickdefella
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Dr Hatta beri penjelasan
harakahdaily | ...."Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.
"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.
Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.
Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).
"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.
"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.
"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.
Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. ... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
That Is Enough
Sinchew | .......The rally went on smoothly, without water cannons in which could be seen in similar rallies in the past. Fortunately, the situation was still under control when a singer stripped his trousers and showed his boxer shorts, causing the audience hurling abuses and throwing bottles at him. The success of the rally relied on the cooperation from all, including the organiser's comprehensive planning, law-abiding public and the police force which was only responsible for maintaining order. As the aims have been achieved, the rally ended peacefully.
Of course, not all were optimistic about such rallies. Rumours about riots in Kuala Lumpur could be heard everywhere one day before the rally was held. But nothing happened and the situation was calm. However, even those who did not believe the rumours would not be optimistic about the development of the political arena.
How could they be optimistic as the rally organisers threatened that they would walk out from the stadium if the government keeps ignoring public opinions? This was certainly worsened the people's worry and I believe most people would think that it was quite impossible for the government to lower fuel prices. Meanwhile, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak described the rally as a failure because of the poor turnout. In other words, the confrontation between the ruling party and the Opposition would continue.
The rally had undoubtedly attracted support from many and of course, more people did not join it. But it does not mean that those who did not join did not concern about the price hikes. They were too upset by the political chaos in the past whole week. But they believed that accusing and pointing fingers at each other could not really help in resolving the problem. Despite they did not turn out at the rally, but their voices could be summarised as follow:
The 8 March general election results led to the check and balance between the ruling and the opposition parties. But three months after the elections, no progression could be seen and many old problems remain unsolved. To be honest, until today, the two major coalitions did not show any achievement. . selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 8, 2008
Anwar di Himpunan 1 juta, Kelana Jaya
Labels: Anwar Ibrahim, demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 7, 2008
Londeh seluar perkara biasa, tak perlu minta maaf - Joe Kidd
MStar | ...Mungkin itu kesimpulan yang dapat diambil dengan aksi tidak senonoh vokalis kumpulan underground, Carburetor Dung ketika membuat persembahan pada Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam.
"Dah lima tahun, kami menyanyi lagu Mari Menyanyi Menjilat dengan membuat aksi ini (melondeh seluar dan menonggeng punggung).
"Sudah jadi habit kami. Bukan niat kami untuk provokasi sesiapapun. Selama ini aksi itu sudah menjadi sebahagian dari act kami," kata Joe Kidd, ketua kumpulan dan pemain gitar Carburetor Dung ketika insiden vokalis Alak melondehkan seluar dan menonggeng punggungnya pada penonton di perhimpunan semalam.
Mari Menyanyi Menjilat merupakan antara lagu kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada 1991.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Protes ada banyak cara
malaysiakini | ..... Menurut satu sumber Protes, isu-isu lain yang dijangka berbangkit termasuk pemulauan Unit Amal PAS yang ditugaskan untuk mengawal kumpulan orang ramai dan lalu lintas.
Sementara itu setiausaha penaja PSM, yang juga ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini, mesyuarat penilaian itu akan membincangkan punca-punca perhimpunan di stadium Kelana Jaya "kurang daripada sasaran".
"Perhimpunan itu kurang daripada sasaran kita. Mungkin disebabkan pertukaran tempat dan gangguan daripada polis," katanya hari ini.
"Saya dapat banyak SMS yang kata mereka tidak gembira dengan tindakan Protes mengadakan perhimpunan di dalam stadium."
Bagaimanapun, menurut Arutchelvan, jumlah peserta yang hadir "agak besar".
"Kita merasakan boleh sampai sehingga 60,000 orang kerana hadirin yang datang bertukar-tukar. Bukan datang serentak."
Mengulas dakwaan bahawa perhimpunan itu hanya seperti karnival, setiausa agung PSM itu berkata, terdapat banyak cara memprotes.
"Banyak cara protes, bukan hanya satu cara saja. Semua berkait antara satu sama lain." ... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Tindakan provokasi, bukan pembangkang
malaysiakini | Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.
"Saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.
Sebelum kejadian baling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, tiga orang yang beliau syak punca yang mencetuskan provokasi tersebut.
Alak, waktu itu sedang menyanyikan 'Mari nyanyi menjilat', diserbu oleh tiga orang yang tidak senang dengan lagu tersebut apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.
Akibat provokasi tersebut, penonton menyerbu kepada Alak dan kumpulannya dan juga membaling batu bata dan botol air minuman.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.
Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.
Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.
Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Media hadapi masalah matematik
no2umno - Tak perlu lulus matematik untuk jadi wartawan. Hehe..... berapa ramai kah anggaran kedatangan pengunjung? Kenapa perlu ada purata sedangkan tujuan untuk adalah untuk mengumpul kedatangan. Seorang datang, di kira seorang, ramai yang datang, maka jumlah ramai itu dicampurkan dengan seorang tadi. Jumlah terkumpul adalah jumlah yang datang. Kekal atau pulang, sebentar atau lama, bukan satu isu.MStar | ...Siri ucapan pembangkang mengkritik kerajaan menaikkan harga minyak, yang dikuatkuasakan awal bulan lalu, mewarnai Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), bermula pukul 10 pagi semalam. Perhimpunan telah berlarutan hingga 12 tengah malam.
Wartawan mStar Online, ARIFFUDIN ISHAK dan LEE YAN XIU yang berada di lokasi berkata, sehingga pukul 9 malam kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya, Selangor tempat perhimpunan itu diadakan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarganya tiba kira-kira pukul 9.30 malam. Dalam ucapannya Anwar menyentuh isu dakwaan meliwat dihadapi beliau dan menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian forum debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini.
Pihak polis pula menguatkuasakan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara dan ke Kelana Jaya, bermula sejak awal pagi semalam. Rondaan udara juga dilakukan oleh PDRM. Tiada sebarang tangkapan ataupun kejadian tidak diingini dilaporkan.
Penyelaras Protes, Dr. Hatta Ramli telah menjangkakan sejuta orang akan mengambil bahagian tetapi secara purata ia hanya dapat menarik kira-kira 20,000 orang sejak awal pagi semalam. Kira-kira 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan. Polis juga mula memperketatkan kawalan di sekitar stadium tersebut.... selanjutnya.
Masalahnya ....perkara ini perlu di perjelaskan sebelum protes dibuat, agar media tidak manipulasi fakta sebenarnya untuk menjatuhkan kredibiliti perhimpunan. Korang pikir lah sendiri.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jangan politikkan tentera untuk jamin kekuasaan parti pemerintah
harakah | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan perkhidmatan awam umumnya tidak boleh dipolitikkan untuk menjamin kekuasaan parti politik yang memerintah. Ini bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang mahukan perkhidmatan awam tidak memihak (neutral).
Ketika menegaskan perkara ini, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan itu amat berbahaya kepada rakyat kerana jika perkhidmatan awam sudah terbabit dengan politik, maka kebajikan dan hak-hak mereka akan dinafikan.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan Aziz meminta Yang di-Pertuan Agong agar perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan tentera dari terlibat di dalam kontroversi politik yang melanda negara sekarang, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tentera bersama polis mengawal ketenteraman awam.
"Memang cadangan membabitkan tentera untuk membantu polis itu dibuat atas nama ketenteraman awam. Tetapi hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya kerana semua orang tahu bahawa kemelut dan kebimbangan sekarang hanya dirasai oleh parti yang memerintah yang bimbang mereka akan kecundang dengan silat politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.
Aziz berkata institusi-institusi negara seperti Yang di-Pertuan Agong, badan kehakiman dan perkhidmatan awam perlu sedar bahawa mereka mesti mempastikan bahawa proses demokrasi dan politik berjalan dengan lancar.
"Mereka mesti berkecuali dan membiarkan orang politik bertarung di dalam gelangggang," ujar beliau.
... selanjutnya.Labels: Belit Tentera, demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Protes minyak: Muntah yang menghijau
Radenjowo
Perkara ini memang sudah dijangka ....
Radio ERA pada jam 7.00 pagi ini memberikan berita berita yang kurang menarik dan tidak benar. Apa yang aku dapat dengar tentang liputan adalah merujuk kepada berita BERNAMA, beberapa keratan di ambil untuk di dengar oleh pendengar pendengar berita tersebut, antaranya -Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) untuk mengumpul satu juta rakyat bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak gagal apabila hanya 10,000 orang yang berhimpun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya - bernama
Amboiiii ... gelinya aku dengar. Walaupun aku agak kurang setuju dengan pengisian perhimpunan ini, tapi tak lah sampai komen sebegitu. Yang benar tetap benar dan tipu tetap tipu. Apa yang jelas adalah pengunjung datang dan pergi. Jumlah keseluruhan mungkin atau tidak tercapai bergantung kepada jumlah sebenar kehadiran. Bukan lah jumlah maksima pada satu satu masa kerana tempoh perhimpunan yang panjang. Wak di beritahu, sebenarnya Stadium sudah mula di kunjungi orang ramai sejak Malam Sabtu lagi ... seterusnya pada pagi Ahad sehinggalah pada malam tadi. Bermakna, 2 malam dan satu hari. Yang menarik pula, pengunjung dari Sabah dan Sarawak turut hadir pada waktu malam ucapan DS Anwar Ibrahim.
Sudah dijangka, kesempatan atau perubahan bentuk protes pasti bakal di putarbelit oleh media arus perdana. Dan ini lah buktinya ......
Sebelum korang berikan komen, baca dulu berita BERNAMA yang kekadang lebih loya dari perasaan ketika makan mengkarong mentah mentah atau perasaan ketika makan lipas yang berlendir perutnya ..... RUJUK SINI
Insiden seperti ini perlu diambil iktibar oleh penganjur sebarang perhimpunan untuk mendesak kerajaan. Kita tak mahu di cabar, tapi kalau ada yang berani .... apa salahnya.....bulan depan pun kita boleh turun ke jalan. Dr. Hatta, sebut lokasi dan masa, kami turut desak kerajaan tanpa lengah lengah. T Shirt dah ada, air mineral sebotol, tinggal lagi .... aku nak tahu pengisian perhimpunan bantahan.
Kalau setakat nyanyi-nyanyi dan jual barang. ARghhhhhhhh .... gua ngantuk nak tidur. Namakan sahaja TEMA hari tersebut sebagai 'Hari Reformasi reunion" atau 'Mari berhimpun sambil pakai baju merah', atau 'Hari Gotong Royong bersih Kelana Jaya' atau pun 'Hari Jejak Kasih'.
Lagi satu gua nak cerita tentang berita yang dibaca oleh ERA .... "DS Anwar enggan mengangkat sumpah HANYA KERANA dinasihat oleh MUFTI". Betul tak betul berita ini, gua tak kira. APa yang hendak perjelaskan, perkataan "HANYA KERANA" tu dah cukup membuatkan gua benci ngan berita ERA. Takkan bodoh membaca tanpa fikir. Islam ... konon. Kalau tak mahu dengar nasihat MUFTI, nak dengar nasihat siapa. Kalau MUFTI bercanggah pendapat, tak perlu nak baca pun berita 'low quality' cam ni.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar challenges PM and DPM to debate on fuel prices
Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged the Prime Minister and Deputy Prime Minister to a live debate on July 15 to discuss how to tackle the oil crisis and reduce petrol and diesel prices
Labels: Anwar Ibrahim, demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Koleksi gambar Protes minyak
... selanjutnya di perisikrakyat
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Family day atmosphere at fuel hike protest
sun2surf | The so-called "One-Million People Protest" against the fuel price hike held at the Kelana Jaya stadium got off to a slow start yesterday morning but picked up pace in the evening.
The crowd swelled to more than 20,000 by the time Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim took over the mike slightly after 10.
Anwar challenged the prime minister and deputy prime minister to the debate over fuel price hike on July 15.
He said many have doubted him if he really has the formula to lower the fuel price.
"Now I will tell the formula straight to them (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Abdul Razak).
"I am even willing to face the cabinet for the debate (initiated by Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek)," he told the rally.
Anwar also said now that he has decided to attend the debate, he hoped the TV station would not try to stop the debate from going on air.
On the development of his sodomy case, Anwar said he is willing to swear in the name of God.
He said he was not allowed to do so 10 years ago when the previous sodomy case against him was heard.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pernah bersumpah, tapi tetap disepak terajang - Anwar
Saya Tidak Bersumpah Atas Nasihat Ulama, Kata Anwar
bernama | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.
Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.
"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.
Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.
"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.
Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa.
Sementara itu, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.
"Lebih baik debat dengan PM dan TPM, separuh kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul (cara nak turunkan harga minyak)," katanya.
Beliau mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya membuktikan tuduhan bahawa beliau menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung amaran daripada Jabatan Negara negara berkenaan yang menolak segala tuduhan dan siasatan ke atasnya yang bermotifkan politik.
"Sekiranya ada bukti saya hubungi atau ada surat kepada mereka, saya sanggup didakwa... buktikan dan jika tidak saya akan saman," katanya.
Perhimpunan sehari suntuk yang bertemakan "Protes Sejuta Rakyat" itu diadakan pembangkang bagi meraih simpati rakyat untuk bersama-sama membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan lepas.
Labels: Anwar Ibrahim, demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Extremist organisations @ Sunday’s rally?
Sloone | Wei. Bernama acts as if its reporters does not suffer the fuel hike at all. Macam mana ni?
And at 3.21am (Malaysian time), Bernama state news (central region) reports that the Sunday rally on fuel hike had a very poor turn out. Go on spinning, yeah!
It also reported that Opposition leaders failed to influence the people at large to protest against the government.
And so on, and on, the yarn spins…(Bernama).
Earlier, I said: Hello, Bernama!
It’s nice to know you have covered Sunday’s fuel hike rally at Kelana Jaya. But there are a few confusing statements in your report. Would you care to clarify?
We’d like to know who are those “extremist organisations” who attended the fuel hike rally in Kelana Jaya yesterday?
I wonder why you singled out the Hindu Rights Action Group (HINDRAF).... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rockers rile crowd at rally
malaysianinsider | The "one-million-people-protest" against rising oil prices held at the Kelana Jaya Stadium here quickly degenerated into chaos as a distressed audience "protested" against the rock performance of a live band.
The live band which took to the stage at about 6.40pm to provide entertainment as prelude to the main event of the night was quickly and loudly booed by the growing audience who disagreed with their taste in music.
"Oi! Cukuplah!" cried one distressed youth in the stands across the stage.
But the band played on, causing those closest to the stage to rise up in a huff. Those with families made their way to the side exits. But others, enraged, started throwing mineral water bottles at the band and were in the midst of leaping on stage when several security personnel entered the scene to escort the "musicians" out.
Despite calls for calm and patience from Dr Hatta Ramli, the organising chairman, several members of the audience managed to rain blows on the performers.
It was not immediately clear why the audience was unhappy with the band. However, the story emerged that the band had been performing a number titled "Liwat" which contained rather unsavoury lyrics. The last straw was when the lead singer, turned around and pulled down his pants to expose his underwear.
Finally, one of the organisers of the event went on stage to publicly apologise.
"I am sorry," he said repeatedly, before adding tearfully that he did not understand why the crowd was behaving so uncivilly against his "anak buah" who were part of the entertainment and had come to show support for the protest.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 6, 2008
Dalam Protes ada Protes
ruzaimiramza | Saya melihat usaha untuk mengadakan protes ini di Stadium Kelana Jaya adalah usaha yang rasional kerana ini merupakan saluran terbaik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan sekarang tanpa melibatkan khalayak yang mungkin tidak bersetuju dengan agenda protes kali ini.
Tambahan pula, protes ini berlangsung sepanjang hari, bermula jam 9pagi sehingga lewat malam, jadi sekiranya ianya diadakan di perkarangan KLCC, nampaknya perniagaan dan perjalanan orang ramai akan terganggu selama satu hari suntuk. Berkenaan hal permit, percanggahan pendapat menyaksikan perbincangan mengenai isu ini bergerak dalam arah yang tidak ada titik pertemuan, maka tindakan ‘mengikut’ saranan pihak polis supaya protes ini diadakan dikawasan terkawal seperti stadium adalah tepat.
Apa yang menarik daripada protes ini sehingga artikel ini ditulis, pelbagai ‘acara’ yang tidak dirancang telah berlaku yang boleh mengalihkan pandangan umum daripada tujuan sebenar demonstrasi sihat ini diadakan. Saya merujuk hanya kepada laporan malaysiakini memandangkan umum melihat malaysiakini sebagai sumber yang paling boleh dipercayai.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Muhasabah Perhimpunan PROTES Hari Ini
tranungkite | ... Ramai menjangkakan perhimpunan protes ni lebih hebat dari perhimpunan BERSIH sebelum ni tapi andaian tersebut meleset kerana Perhimpunan Protes ni begitu HAMBAR SEKALI.....
Aku takut kalo rakyat lepas ni dah x percaya lagi dengan perhimpunan2 yang akan diadakan selepas ini.
Aku terpikir kalo dulu masa Perhimpunan Bersih punyala ramai orang hadir dan berarak ke Istana Negara untuk menyuarakan ketakpuasan hati secara demonstrasi jalanan , tapi Perhimpunan Protes ni lebih kepada pendekatan HAri Keluarga yang mana kebanyakan orang yang datang untuk membeli belah di gerai-gerai yang disediakan, tak jauh beza dengan Program Jom Heboh.
Ramai pendemo yang kecewa dengan situasi ni khususnya yang datang dari jauh sperti Terengganu, Johor dll.
Adakah kita dah dilanda penyakit SINDROM KEMENANGAN HINGGAKAN KITA TAKUT NAK MELAKSANAKAN PERHIMPUNAN AMAN SEPERTI PERHIMPUNAN BERSIH DAHULU????
Adakah program nyanyian,konsert, dan persembahan pentas yang diadakan dalam Perhimpunan PROTES ni dapat menarik minat orang ramai untuk hadir ke perhimpunan ini atau menyebabkan orang ramai lebih meluat nak datang?????... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
