KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Tentera. Show all posts
Showing posts with label Belit Tentera. Show all posts

Jul 8, 2008

Soalan mengenai latihan bersama tentera-polis ditolak

harakahdaily | .... Salahuddin ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, berkata adakah penggunaan anggota tentera itu berada di bawah pengetahuan kementerian, memandangkan ia dilihat sangat mencemarkan maruah dan integriti tentera dalam negara kita.

"Jika mereka terbunuh di perbatasan, terkorban di luar negara, kita memberi tabik hormat tetapi untuk bertempur dengan rakyat sendiri, ini satu perkara yang saya rasa sangat serius," kata beliau, yang sebelum itu merakamkan tahniah dan penghargaan terhadap tentera-tentera yang bertugas di luar negara, yang terkorban demi mempertahankan tanahair dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop, menolak untuk memberi penjelasan berhubung soalan tersebut dengan alasan ia tiada kena-mengena dengan soalan asal.

Dalam soalan asal, Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), meminta kementerian terbabit menyatakan perkembangan terkini Pasukan-pasukan Pengaman Malaysia yang beroperasi di bawah panji-panji PBB, di mana penghantaran Pasukan Pengaman Malaysia ke seluruh dunia mencerminkan komitmen negara membantu keamanan dunia.... selanjutnya.

Jul 7, 2008

Jangan politikkan tentera untuk jamin kekuasaan parti pemerintah

harakah | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dan perkhidmatan awam umumnya tidak boleh dipolitikkan untuk menjamin kekuasaan parti politik yang memerintah. Ini bertentangan dengan prinsip Perlembagaan yang mahukan perkhidmatan awam tidak memihak (neutral).

Ketika menegaskan perkara ini, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan itu amat berbahaya kepada rakyat kerana jika perkhidmatan awam sudah terbabit dengan politik, maka kebajikan dan hak-hak mereka akan dinafikan.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan Aziz meminta Yang di-Pertuan Agong agar perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan tentera dari terlibat di dalam kontroversi politik yang melanda negara sekarang, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tentera bersama polis mengawal ketenteraman awam.

"Memang cadangan membabitkan tentera untuk membantu polis itu dibuat atas nama ketenteraman awam. Tetapi hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan percaya kerana semua orang tahu bahawa kemelut dan kebimbangan sekarang hanya dirasai oleh parti yang memerintah yang bimbang mereka akan kecundang dengan silat politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.

Aziz berkata institusi-institusi negara seperti Yang di-Pertuan Agong, badan kehakiman dan perkhidmatan awam perlu sedar bahawa mereka mesti mempastikan bahawa proses demokrasi dan politik berjalan dengan lancar.

"Mereka mesti berkecuali dan membiarkan orang politik bertarung di dalam gelangggang," ujar beliau.

... selanjutnya.

Jul 6, 2008

Using the Army on the streets is sheer folly

7ranger | ... Click on image to enlarge Malaysiakini's image. I came across Nathaniel Tan's blog . I took the liberty of heisting a part of his post. This is the extract:

"There’s a reason we separate military and the police: o­ne fights the enemy of the state, the other serves and protects the people. When the military becomes both, then the enemies of the state tend to become the people."

I absolutely agree with the above. Policemen are trained to enforce law and order amongst the populace. They do that the moment they are absorbed into training. When they become full fledged law enforcement officers they continue doing what they were trained to do. On the other hand soldiers are trained to kill, from the moment they join the army, their purpose in life is to defend tha country against aggression. Fuel hike protests are not aggression against the country but plain unhappiness of the citizens of the country. They are looking at a country where the robber barons (Barisan Nasional politicians) are plundering the country. The last count according to a foreign report was RM380 Billion lost through mismanagement and mostly corruption. Can you imagine that amount of money, will not even finish, if each citizen is given RM2 million to tide them over at the the age of 58.... selanjutnya.

Jul 5, 2008

Rakyat di paksa setuju

Bukan kerana Anwar, bukan kerana TG Nik Aziz atau sesiapa. Rakyat ingin berkumpul dan protes kerana rakyat tidak setuju dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Kalau berita berikut ini benar .... maka rakyat di paksa untuk setuju dengan apa jua rancangan kerajaan.

Tentera Memenuhi Kelana Jaya
niknazmi | Anggota tentera kelihatan di sekitar Kelana Jaya hari ini, menjelang Himpunan Protes esok di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Saya tersilap tengok jadual penerbangan (saya ingatkan saya berlepas pagi esok), jadi insya Allah saya akan hadir di program di sebelah siang.

Atas nasihat polis, kami di suruh menukar tempat perhimpunan ke stadium. Sekarang, apa ceritanya nak gunakan anggota tentera untuk menakut-nakutkan rakyat?

The Army is on our streets - What will you do in Malaysia’s hour of need?

jelasinfo | Some days, we feel that all the good fights have been fought; that all the important struggles are over and left to history. Some days, we feel like we are mere spectators in the great river of destiny.

Not this day.

Musa threatened the use of the army to “maintain public order,” and this day, he made good on the promise. Joint police and army exercises have already been spotted throughout the Klang Valley, ahead of tomorrow’s Perhimpunan Rakyat.

The men with big guns have arrived, poised perhaps to inflict on Malaysia its own Tiananmen.

... selanjutnya.

Jul 4, 2008

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

Imageharakahdaily - | .... Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.... selanjutnya.


Apr 22, 2008

Tujuh anggota tentera hadapi tuduhan bunuh rakan sekerja

MStar - Tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana dituduh membunuh rakan setugas mereka, prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie, di Kem Tentera Sungai Besi baru-baru ini.

Mahazir Hamad, 24, Mohd Azman Jabril, 24, Shahrin Mat Rabu, 26, Mohd Khairie Abdullah, 26, Syabramallisi Shahidah, 26, Mohd Bukhari Syawal, 23, dan Mazlan Awang Ngah, 24, kesemuanya prebet, dituduh membunuh Mohd Shahrizal, 27, antara 11 malam 5 April dan 1 petang 6 April lalu, di bilik tahanan Pasukan Unit 1 RAMD, Kem Tentera Sungai Besi, di sini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Kesemua mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norazlin Othman.

Kesemua mereka, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hafiz Mohd Yusoff.
Norazlin menetapkan 26 Mei untuk pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat mengenai kematian Mohd Shahrizal.

Apr 8, 2008

Polis Siasat Punca Kematian Tentera yang MATI di tahanan

Bernama - Polis masih menyiasat punca sebenar kematian Prebet Mohd Shahrizal Mohd Shafie di dalam lokap tentera kelmarin dengan mengambil segala keterangan dan percakapan semua anggota yang rapat dengan beliau.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata siasatan termasuk mendapat maklumat dari rakan-rakan mangsa termasuk pegawai di pusat tahanan dan di kem Sungai Besi itu.

Pegawai tentera yang bertugas memberitahu bahawa Shahrizal, 27, yang bertugas dengan Rejimen Askar Melayu Diraja mati akibat sakit perut, muntah dan terjatuh.

Beliau yang ditahan sejak Disember lalu kerana dikatakan tidak datang bertugas, ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas di kem itu dan disahkan meninggal dunia di hospital kem pada pukul 1 petang.

Namun ahli keluarga beliau yang menziarah jenazah mangsa di bilik mayat di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras mendakwa melihat banyak kesan luka di pipi dan parut di kepalanya.

Muhammad Sabtu berkata berdasarkan kesan kecederaan pada badan mangsa, polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikaitkan dengan kes bunuh.

"Namun kita akan menunggu laporan bedah siasat HUKM," katanya. more...

LAGI KEMATIAN DI KEM TENTERA


KAKAK Mohd. Shahrizal, Norashikin Shaffie (dua dari kiri) bersama ahli keluarga lain sebak ketika menuntut mayat di Cheras semalam.

Kosmo - "Saya terkejut, kalau tengok pada kecederaannya, saya percaya ia bukan mati jatuh di dalam bilik air,'' ujar bapa saudara kepada seorang anggota tentera yang didakwa mati di Kem Melayu 1, Sungai Besi semalam kerana mendapati banyak kecederaan luar biasa yang berlaku pada tubuh arwah anak saudaranya itu.

"Selain lebam di muka kiri, mangsa juga turut mengalami luka di kepala dan tangan dipercayai digunakan mempertahankan diri," kata Hishamuddin Ismail, 38, ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini petang semalam.

Dalam kejadian 1 petang semalam, Allahyarham Prebet Mohd. Shahrizal Mohd. Shaffie, 27, yang masih dalam tempoh tahanan di kem tersebut sejak setahun lalu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Allahyarham Mohd. Shahrizal dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan di dalam bilik air selepas makan tengah hari. more...

Posting terkini

Blog Archive