KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit BN. Show all posts
Showing posts with label Belit BN. Show all posts

Nov 17, 2008

Projek TAHI Kerajaan BN

Aku cukup minat kalau tajuk tajuk artikel yang cam ni. Sedap dengar. TAHI dan BN ... macam sesuai je. Tambah tambah lagi kalau ada BN di letak antara ayat... wakakaka.
Korang tengok gambar dan klik

Oct 11, 2008

BN nak tubuhkan kumpulan syok pada BN ?

MStar | Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan penubuhan sebuah kumpulan yang membenarkan keahlian langsung dalam Barisan Nasional (BN) bagi mereka yang menyokong BN tetapi tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti komponen.

"Ini adalah idea yang saya timbulkan dan perlu difikirkan kerana saya tahu ada ramai yang menyokong BN, nak dekat dengan BN dan mahu berinteraksi serta banyak berbincang mengenai BN mesti lakukan itu dan ini.

"Tapi (mereka) ada masalah sikit dengan parti-parti komponen yang tidak begitu disukai tapi mereka mahu berinteraksi.

"Jadi saya fikir ada baiknya juga kita wujudkan (kumpulan) dan bagaimana ia distruktur, iaitu satu platform dan satu kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli BN secara langsung," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM di sini, hari ini....seterusnya.

no2umno - Dengan erti kata lain .. kumpulan tersebut adalah untuk mengumpulkan rakyat yang tidak berminat untuk berpolitik tetapi sokong BN. Apa tu ? Tak paham. BN tu politik dan kumpulan yang ditubuhkan itu bukan untuk politik ... .Weyyyy Pak Lah ... cakap jangan macam Samy.

Cuba terus terang sikit ... bagitau rakyat bahawa BN sekarang dah cuak dengan gelagat rakyat yang semakin jauhkan diri dari BN. Kan mudah .... wakakakakaka

Sep 26, 2008

Pengendali LRT pernah diberi surat amaran

Pengendali LRT pernah diberi surat amaran
Bharian | Kementerian Pengangkutan pernah memberi surat teguran sebanyak dua kali kepada syarikat pengendali Transit Aliran Ringan (LRT), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL) kerana masalah teknikal sebelum berlakunya insiden perlanggaran dua buah tren LRT pada Rabu lalu. ... selanjutnya.
Amaran? Maksudnya surat yang tulis tulis ... tu. Macam surat cinta. Eleh ... tak hairan. Aku nak bagi tau. ... kalau dapat surat amaran cam tu, balas dengan surat sokongan dari menteri menteri. Surat amaran tu akan terhapus kuasanya.

Kejadian yang kedua ni pun sama jugak. Dah cedera 6 orang, dapat amaran. lepas tu balas surat tersebut. Kalau Menteri menteri barua yang kat belakang tu malas nak buat surat. dia boleh talipon sendiri menteri pengangkutan. Ngomel sikit, puji sikit ... pastu makan malam, disusuli dengan rombongan keluar negera dengan layanan first class, terus boleh sambung projek. Tak caya ....kita tengok.

Panas mula mula je....pastu senyap !!! Apa kutuk kutuk ... berani bet .....

Sep 25, 2008

Berani ke Kementerian Batalkan lesen RapidKL?



Ebi yang ditemui pemberita ketika mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat melawat antara penumpang yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras di sini berkata, pihaknya akan menampung semua kos perubatan kesemua penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.

Sementara itu Ong berkata beliau mahukan supaya laporan penuh daripada polis, pihak LRT Star, dan RapidKL berhubung insiden itu disiapkan secepat mungkin untuk diteliti pihaknya.

"Saya mahukan laporan terperinci. Jabatan kereta api di bawah kementerian Pengangkutan mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen pengendali perkhidmatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat perubatan itu Rabu malam.... selanjutnya.
Chettttt .... Kalu insiden berlaku di luar negara. Usahkan operator pengangkutan, menterinya pun kena letak jawatan. Ada yang tak payah disuruh, dah berhenti. Nak jaga maruah. Kat Malaysia ni tak perlu ...cukup sekadar lakunan je, penglipur lara untuk sedapkan hati pengguna. Alih alih ... muka dia lagi.

Kat Malaysia ni, rakyat berbudi bahasa dan sopan santun. Kalau Menteri cakap berdegar degar ... rakyat pun diam. Tambah tambah lagi syarikat operatornya tu RapidKL yang kita tau ada pengaruh politik orang tua yang itu itu itu. Siapa berani jentik?

Bukan mati, cedera je. Apa de hal? Terus kan !!!!

Kalau RapidKL di batalkan lesennya oleh Kementerian Pengangkutan... aku ingat nak kenduri 7 hari 7 malam.
Sampai mampos pun aku tak caya .... Pooorrraahhhh !!!

Jul 25, 2008

Apa Jaminan Ketua Polis Negara Dan Peguam Negara Tidak Terlibat Dalam Siasatan

 tranungkite | ....Betul dari segi luaran memang mereka tidak akan terlibat tetapi apa jaminan yang mereka berdua tidak akan mengarahkan pegawai-pegawai bawahan mereka untuk membuat siasatan seperti berlaku pada tahun 1998 dulu? Perlu diingat, kedua-duanya ini adalah antara pihak yang begitu berdendam dengan Dato Sri Anwar. Mereka tahu jika Dato Seri Anwar terlepas kali ini dan berjaya menjadi PM, nasib mereka akan menjadi bertambah buruk apabila segala salahguna kuasa, penyelewengan mereka selama ini akan terbongkar.

Kita lihat saja peguam yang digunakan oleh Ketua Polis Negara ini dalam kes untuk menyaman Dato Seri Anwar ialah peguam yang sama membela salah seorang dari anggota Unit Tindakan Khas yang disyaki membunuh warga Monggolia dulu dan ini membuktikan juga bahawa salah seorang anggota Unit Tindkan Khas itu dipaksa menerima peguambela yang dilantik oleh pihak tertentu kerana untuk mengelakan nama Ketua Polis Negara dan Dato Najib dikaitkan dalam kes pembunuhan itu seperti Akuan Bersumpah pertama Bala.

Semua orang tahu bahawa Akuan bersumpah Bala yang pertama adalah betul dan rakyat tidak percaya akan Akuan bersumpah yang kedua kerana rakyat yakin bahawa Akuan bersumpah kedua dilakukan dengan paksaan atau ugutan bagi menyelamatkan Dato Najib dan Ketua Polis Negara. Apatah lagi isi-isi Akuan Bersumpah Pertama adalah sama dengan isi-isi lapuran polis yang dibuat Bala sebelum perbicaraan kes warga Mongolia itu di mahkamah dulu. Dan Bala kini bukan bersembunyi tetapi disembunyikan kerana bimbang dia akan menarik semula Akuan Bersumpah kedua dan mengekalkan Akuan Bersumpah Pertama. Di mana-mana kini kedengaran suara-suara berkata jika Bala tidak membatalkan Akuan Bersumpah Pertama tempohari, mungkin dia akan mengalami nasib yang sama seperti Altantuya. ... selanjutnya.

Jul 14, 2008

Mahkamah Malaysia kerja hari Ahad

zul4kulim

Dimaklumkan bahawa soalsiasat keatas DSAI telah ditukar ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah @ 2pm esok.

Dalam keadaan terdesak, pihak polis telah mendapatkan perintah Mahkamah menghalang DSAI daripada pergi ke Parlimen esok pagi untuk usul undi tak percaya yang akan kami kemukakan di Parlimen esok.

Aku baru tau ada jugak Mahkamah bekerja hari Ahad ek! Malaysia Bolehland!!

Whatever it is, ini adalah pencabulan hak rakyat yang paling asas untuk menghadiri sidang Parlimen.



Dalamn keadaan DSAI seorang rakyat yang merdeka dan bebas, beliau dihalang menghadiri sidang Parlimen.
How deperado can Be End be! Or this is the signal to the demise of Be End.
Adios

artikel lain
Mahkamah Benarkan Polis Tangkap Anwar
ANWAR & SUPPORTERS BANNED BY COURT ORDER TO BE NEAR PARLIAMENT HOUSE

Jul 13, 2008

Khaled Nordin pula menghasut

http://web.utm.my/pertisas/index.php?option=content&task=view&id=141&Itemid=1Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa pakatan pembangkang kini mula menyebarkan dakyah bahawa negara kini dalam keadaan tidak stabil semata-mata bagi mengalih kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Menurutnya lagi,``Sangkaan sebegini sangat penting dalam negara kerana kita susah nak ubah mentaliti rakyat yang sudah dicemari dengan andaian mereka itu,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Polis sedang membuat sekatang lalulintas menuju ke Parlimen bermula pada hari ini. Sekatan itu melibatkan jalan jalan menuju ke Parlimen. Kononnya, menurut kata polis, pembangkang sedang cuba untuk membuat perhimpunan berdekatan dengan bangunan tersebut.

Negara aman, tapi ada sekatan jalan raya. Tapi yang pelik, pembangkang pula yang di tuduh sebar dakyah. Tak ke hasut dan fitnah namanya?

Jul 11, 2008

Detention Without Trial: The Ultimate Obscenity

moionlybetter | If you thought Bung Mukhtar was obscene, well, this is even more so. This is the epitome of the BN/Umno's obscene rule.


The above is a picture (I scanned from Harakah) of ISA detainee Shahrial Sirin, detained for 7 years and counting, WITHOUT TRIAL, touching his eldest's daughter Aina Mardhiah's face for the last time as soon as he arrived from Kamunting, Perak at Sg Serai, Hulu Langat, at 9.40pm, on the 3rd of July.

The authorities intentionally delayed the decision to allow him to return home to visit his daughter who was in a coma at the Kajang Hospital after falling at her dilapidated house on the 2nd of July.

Aina died 3 1/2 hours before her father arrived.


Above is a picture of the father forced to say goodbye to his one of the remaining four children after burying his daughter...forced to go back to detention so soon after.

His wife Fatma is a strong woman. I can only imagine what she is forced to go through. And her kids...

I can't write anymore. I am crying. I feel really sad at the continually injustices being perpetrated on our fellow human beings... I know many of these detainees' wives, some even if just as acquaintances, and I am sorry I have not made the time to visit them.... selanjutnya.

Jul 10, 2008

Bung Mokhtar gets off scott free with making indecent gesture

now it's ok....let me teach u how ..

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/3390425/2/istockphoto_3390425_middle_finger.jpg
malaysianinsider | Attempts by DAP parliamentarians to raise the issue of BN-Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin making a lewd gesture in the Dewan Rakyat on Tuesday, failed today.

This was because Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee did not allow the matter to be raised under the Standing Orders of the House, saying the incident took place "two days ago".

"It was witnessed by thousands of viewers. Does this mean any MP can get away with making lewd gestures?" DAP-Segambut MP Lim Lip Eng who had raised the issue under Standing Order 26(1)(p), challenged Kiandee.

"You must bring it up on the same day," interjected BN-Batu Pahat MP Dr Mohd Puad Zarkashi

DAP-Batu Gajah MP Fong Po Kuan then joined the fray saying Bung Mokhtar’s act had embarrassed the Dewan Rakyat and asked that he be referred to the Rights and Privileges Committee.

"This is an important issue. He was reported to have admitted to it (in Malaysiakini) and it is in YouTube. It happened and he was reported to have done it," she said.... selanjutnya.
no2umo - if MP can do .... everybody can too..... so let's do it.

Jul 8, 2008

Keuntungan IPP RM7,630,629 juta, subsidi dipotong 5% setiap tahun

Suarakeadilan | Dewan hari ini diberitahu bahawa keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta.

Jumlah itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany S. Krishnasamy (BN-Cameron Highland) dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam sesi soalan jawab lisan.

Meskipun pada soalan asalnya Guan Eng turut meminta menteri berkenaan mendedahkan jumlah subsidi gas terhadap IPP yang terpaksa ditangguh kerajaan namun menteri berkenaan tidak menjelaskan perkara itu dalam jawapannya.

Walaubagaimanapun, setelah digesa Guan Eng, menteri itu akhirnya mendedahkan perkara tersebut dengan menyatakan nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.

Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.

Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah kenyataan Guan Eng dalam soalan tambahannya bahawa kerajaan BN memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu.

Menurut beliau lagi, 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.

Jul 7, 2008

Protes gagal atau BN cemburu?

.
imej dari fotowarung

Jul 6, 2008

Using the Army on the streets is sheer folly

7ranger | ... Click on image to enlarge Malaysiakini's image. I came across Nathaniel Tan's blog . I took the liberty of heisting a part of his post. This is the extract:

"There’s a reason we separate military and the police: o­ne fights the enemy of the state, the other serves and protects the people. When the military becomes both, then the enemies of the state tend to become the people."

I absolutely agree with the above. Policemen are trained to enforce law and order amongst the populace. They do that the moment they are absorbed into training. When they become full fledged law enforcement officers they continue doing what they were trained to do. On the other hand soldiers are trained to kill, from the moment they join the army, their purpose in life is to defend tha country against aggression. Fuel hike protests are not aggression against the country but plain unhappiness of the citizens of the country. They are looking at a country where the robber barons (Barisan Nasional politicians) are plundering the country. The last count according to a foreign report was RM380 Billion lost through mismanagement and mostly corruption. Can you imagine that amount of money, will not even finish, if each citizen is given RM2 million to tide them over at the the age of 58.... selanjutnya.

Jul 5, 2008

Rakyat di paksa setuju

Bukan kerana Anwar, bukan kerana TG Nik Aziz atau sesiapa. Rakyat ingin berkumpul dan protes kerana rakyat tidak setuju dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Kalau berita berikut ini benar .... maka rakyat di paksa untuk setuju dengan apa jua rancangan kerajaan.

Tentera Memenuhi Kelana Jaya
niknazmi | Anggota tentera kelihatan di sekitar Kelana Jaya hari ini, menjelang Himpunan Protes esok di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Saya tersilap tengok jadual penerbangan (saya ingatkan saya berlepas pagi esok), jadi insya Allah saya akan hadir di program di sebelah siang.

Atas nasihat polis, kami di suruh menukar tempat perhimpunan ke stadium. Sekarang, apa ceritanya nak gunakan anggota tentera untuk menakut-nakutkan rakyat?

Jul 4, 2008

Majlis Peguam Tidak Setuju Angkatan Tentera Dikerah Jaga Ketenteraman Awam

bernama | Majlis Peguam hari ini menggesa agar cadangan menggunakan anggota tentera bagi mengawal ketenteraman awam, khususnya semasa perhimpunan, tidak dilaksanakan.

Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan berkata cadangan itu merupakan suatu bentuk ancaman terhadap orang ramai yang selama ini mempamerkan sikap matang dan bertanggungjawab semasa mengadakan perhimpunan.

"Malah, orang ramai sedar bahawa kerajaan sekarang bergerak ke arah melonggarkan cengkaman terhadap perhimpunan.

Ancaman menggunakan angkatan tentera bertentangan sepenuhnya dengan perkara ini dan sebarang proses pendemokrasian yang kita inginkan.


"Beberapa peristiwa dalam minggu ini juga telah mencetuskan keadaan tidak tenteram. Kami menggesa Perdaan Menteri supaya menangani keadaan kini," katanya dalam kenyataan di sini.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengumumkan bahawa pasukan tentera akan dipanggil membantu polis bagi menjaga ketenteraman awam sekiranya keadaan keselamatan negara memerlukannya.

Majlis Peguam juga berkata keperluan mengambil langkah sedemikian tidak berlaku pada masa lepas dan dalam dua keadaan baru-baru ini, perhimpunan diadakan secara aman, tanpa berlaku sebarang kejadian buruk.

"Kita patut sedar bahawa kita tinggal Malaysia, yang menjunjung prinsip kebebasan serta menghormati undang-undang.

Kita perlu sedar bahawa agensi penguat kuasa diwujudkan bagi melindungi orang ramai, bukan menanam rasa takut dalam diri mereka dan pegawainya pula perlu bersemangat dalam menjalankan tugas mereka, tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya.... selanjutnya.

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

Imageharakahdaily - | .... Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.... selanjutnya.


Jul 2, 2008

Apa kata Sloone ....

Letih ..... aku cuba klik laman Malaysiatoday, sampai sekarang tak dapat dapat. AKu sangka laman tu pulih pada 8.33 petang tadi. Masa tu ia muncul sekejap dan tiba tiba terputus semula. Dalam kepala bertanya tanya, apa yang sedang cuba di lakukan oleh Raja Blog kita, Raja Petra ... tapi sementara tu korang baca dulu cerita dari Sloone...

[...] My friends in Malaysia complain of slow internet access. How about you?

Everyone predicts that a state of emergency will soon be declared or the army would march in to take stock of things. What things? Anwar Ibrahim’s planned road show nation wide to clear his name?

He gets nabbed, his supporters rally, FRU personnel descends upon them, state of emergency. - read the rest at Sloone

Soldiers to help resolve tensions

hardT - [...] Malaysia police plan to deploy soldiers in the streets to fight maintaining public order which included demonstrations following moves by certain groups harbouring particular agendas.
A “security package” designed initially to help resolve tensions mount after the latest claim by former Deputy Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim special assistant Mohd Saiful Bukhari Azlan that he was sodomised by DSAI.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan today when asked whether soldiers would be deployed in maintaining public order should a demonstration take place said: “Only if the situation gets serious or in emergency.”
AND... today...
The police and military forces launched a joint security exercise, a first following a series of
discussion between them from 2006.
Through the exercise, the police and military can learn new strategies and procedures in dealing with public order issues. It is their joint responsibility to ensuring public and national security.
The joint forces also test the capabilities, swiftness and coordination of both forces in terms of
logistics and personnel in facing problematic scenarios in public order.... selanjutnya.

Jun 29, 2008

Celakalah musang berbulu ayam!

jahilgoblog - [...] Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.

Dimaklumkan bahawa DSAI baru mengetahui tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini mungkin telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI - dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh. Ada yang mengatakan bahawa kemungkinan juga individu ini “dipaksa”. Melihat gambarnya dengan P.A Najib di sebelah tersenyum gembira, aku lebih suka nampak “Azizan” daripada “Munawar”.

Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.

Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Jika ada prima facie (betoi ka eja ni?), sila adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.

Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!... selanjutnya.

Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib

harakahdaily - [...] Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.

Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.

Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.

Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. ... selanjutnya.

no2umno - mungkinkah gambar ini yang dimaksudkan? Dan kenali saiful melalui BLOG ini

Jun 27, 2008

Mangsa ISA dihalang masuk lobi Parlimen

Imagedetikdaily - " Ya, Laila, kejap lagi saya turun bawah ...," jawab Dr Lo' Lo' dalam suara yang tenang.

Sementara menunggu Dr Lo'Lo' tiba, saya perhatikan ramai ahli Parlimen yang berjawatan menteri turun ke bawah dan berjalan di hadapan tempat kami berdiri.

Pertama kali ternampak muka Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri. Berdegup kencang jantung dan pipi terasa panas, menahan marah kerana beliau baru sahaja melanjutkan penahanan suami saya di bawah ISA selama 2 tahun lagi, memasuki tahun ketujuh.

Pertama kali juga, saya lihat begitu ramai menteri hadir di Parlimen.Yang tidak kelihatan kelibatnya hanyalah Perdana Menteri dan timbalannya.

Suasana ini berbeza sangat jika dibandingkan dengan suasana pada tahun 2005 dan 2006 dahulu. Pada masa itu, hanya ada beberapa menteri memenuhkan kerusi di ruang rehat yang terletak di sebelah lobi....selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive