KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Gani 4 Tahil. Show all posts
Showing posts with label Gani 4 Tahil. Show all posts

Nov 16, 2008

AG’s dismal record merits dismissal

Malaysianinsider |
Wanted: Attorney-General with ability to marshal strong prosecution team and achieve some degree of success in high-profile cases.

Caveat: present holder of the position need not apply.

The inability of the Attorney-General’s Chambers in even making a prima facie case against Abdul Razak Baginda in the murder trial of Mongolian model Altantuya Shaariibuu is just the latest in a long line of setbacks that Tan Sri Abdul Gani Patail has presided over since becoming the country’s top legal officer.

Here is a sampling of his list of shame.

* The Fu Xian Juang murder trial in September 2005, where the three accused were acquitted without defence being called. High Court judge Datuk Abdul Musa said there were clear unresolved doubts and unanswered questions in the prosecution’s case. After a trial lasting 36 days and with 39 prosecution witnesses having given evidence, High Court judge Datuk Kadir Musa found that the prosecution had not brought forward any evidence which could implicate the accused in the murder and that there had been no “prima facie” case made out to warrant the defence being called to answer the charge. The prosecution had apparently omitted to call material witnesses, including the investigating officer for the case.
... selanjutnya.

Oct 15, 2008

Gani palsukan bukti

suarakeadilan | Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendedahkan siasatan Peguam Cara Negara, Idrus Harun mendapati Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah menyalahguna kuasanya dalam memalsukan bukti berkaitan perbicaraan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau membuat dakwaan tersebut semasa perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

Lim berkata sumber memberitahu beliau siasatan ke atas Abdul Gani telah dijalankan oleh Idrus pada Julai lalu.

“Saya diberitahu Peguam Cara Negara membuat kesimpulan daripada siasatan beliau bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memalsukan bukti terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh dan saya mahu Abdul Gani letak jawatan sekarang juga.

“Bagaimana seorang penjenayah boleh memegang jawatan Peguam Negara,” tegas Lim lagi.

Julai lalu Anwar memfailkan laporan polis terhadap Abdul Gani dan ketua Polis Negara, Musa Hassan berhubung dakwaan pemalsuan bukti tetapi telah dinafikan oleh mereka.

Siasatan ke atas dakwaan Anwar dipercayai telah dijalankan sejurus laporan polis terhadap Abdul Gani.

Lim dakwa siasatan dapati AG salah guna kuasa

malaysiakini | ...Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguam cara negara telah membuat kesimpulan bahawa Gani memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti terhadap ahli parlimen Permatang Pauh, yang juga ketua pembangkang.

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta-merta.

"Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG (peguam negara)? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?"

gani patail ghani patailDakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden "mata lebam" yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Gani melengah-lengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan peguam negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.... selanjutnya.

Jul 28, 2008

Abdullah akui wujud konspirasi Gani dan Musa?



harakah | ... Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau memandang serius akan kenyataan penafian Abdullah mengenai keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara di dalam konspirasi ke atas Anwar.

"Kenyataan Abdullah bahawa beliau 'menjamin Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar membawa pelbagai interpretasi.

"Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang mengakibatkan Dato' Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka,"dakwanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, melihat kepada perkembangan tuduhan dangkal salahlaku seks ke atas Anwar bermula 28 Jun lepas, penglibatan Gani dan Musa adalah sesuatu yang sukar disangkal dengan mengambil kira beberapa perkembangan, antaranya cara penahanan 'desperado' pihak polis ke atas Datuk Seri Anwar pada 16 Julai lepas, dan sabitan kes fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin pada 18 Julai berikutan Akuan Bersumpah beliau yang mengaitkan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu. ... selanjutnya.

Jul 25, 2008

Apa Jaminan Ketua Polis Negara Dan Peguam Negara Tidak Terlibat Dalam Siasatan

 tranungkite | ....Betul dari segi luaran memang mereka tidak akan terlibat tetapi apa jaminan yang mereka berdua tidak akan mengarahkan pegawai-pegawai bawahan mereka untuk membuat siasatan seperti berlaku pada tahun 1998 dulu? Perlu diingat, kedua-duanya ini adalah antara pihak yang begitu berdendam dengan Dato Sri Anwar. Mereka tahu jika Dato Seri Anwar terlepas kali ini dan berjaya menjadi PM, nasib mereka akan menjadi bertambah buruk apabila segala salahguna kuasa, penyelewengan mereka selama ini akan terbongkar.

Kita lihat saja peguam yang digunakan oleh Ketua Polis Negara ini dalam kes untuk menyaman Dato Seri Anwar ialah peguam yang sama membela salah seorang dari anggota Unit Tindakan Khas yang disyaki membunuh warga Monggolia dulu dan ini membuktikan juga bahawa salah seorang anggota Unit Tindkan Khas itu dipaksa menerima peguambela yang dilantik oleh pihak tertentu kerana untuk mengelakan nama Ketua Polis Negara dan Dato Najib dikaitkan dalam kes pembunuhan itu seperti Akuan Bersumpah pertama Bala.

Semua orang tahu bahawa Akuan bersumpah Bala yang pertama adalah betul dan rakyat tidak percaya akan Akuan bersumpah yang kedua kerana rakyat yakin bahawa Akuan bersumpah kedua dilakukan dengan paksaan atau ugutan bagi menyelamatkan Dato Najib dan Ketua Polis Negara. Apatah lagi isi-isi Akuan Bersumpah Pertama adalah sama dengan isi-isi lapuran polis yang dibuat Bala sebelum perbicaraan kes warga Mongolia itu di mahkamah dulu. Dan Bala kini bukan bersembunyi tetapi disembunyikan kerana bimbang dia akan menarik semula Akuan Bersumpah kedua dan mengekalkan Akuan Bersumpah Pertama. Di mana-mana kini kedengaran suara-suara berkata jika Bala tidak membatalkan Akuan Bersumpah Pertama tempohari, mungkin dia akan mengalami nasib yang sama seperti Altantuya. ... selanjutnya.

Jul 21, 2008

Konspirasi AG dan IGP

matsamankati | Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.

RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.

Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?... selanjutnya.

Jul 16, 2008

Mustafa dakwa komplot terhadap Abdullah dan Anwar serentak

siasahdaily | ....Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dalam blognya menulis, komplot ini sedang berusaha untuk membunuh karier politik kedua-dua tokoh itu dengan satu tindakan iaitu menangkap Datuk Seri Anwar selepas tuduhan meliwat seorang pemuda.

Beliau dipercayai mengulas tindakan polis menangkap Anwar di luar rumahnya ketika beliau mahu ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk memberikan kenyataannya kepada polis.

"Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," tulis Mustafa dalam blognya, Politik Malaysia yang dipostkan hari ini.

Lojiknya, kata Mustafa, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

"Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa," tulis beliau lagi.... selanjutnya.

May 28, 2008

Peguam Negera lebih minat Batu Buruk daripada P. Batu Puteh

http://www.agc.gov.my/agc/images/ag1.JPGharakahdaily - [...] Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Badruzzaman Yusof berkata ia mempunyai cerminan kepada kesungguhan AG dalam memperjuangkan hak negara untuk mendapatkan hak milik Pulau Batu Puteh itu daripada negara Singapura.

"Berbanding Singapura, negara kita kelihatan kurang bersungguh jika dinilai daripada kehadiran pihak AG Malaysia yang tidak konsisten, kekadang ada, kekadang tidak semasa perbicaraan tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ)," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelasnya, hal ini menonjolkan kepentingan diri dan politik tertentu pihak AG yang ternyata lebih cepat menangani isu-isu dalam negara lantas tidak mengendahkan isu-isu antarabangsa.

"Umno-BN tidak mengutamakan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara sekali gus memperlihatkan kegagalan pihak kerajaan Umno-BN dalam menilai kepentingan negara dan politik parti mereka," ujarnya.

... selanjutnya.

May 26, 2008

Mana ada win win? - Mahfuz

Mahfuz mempertikaikan tentang keputusan ICJ di dalam isu Batu Puteh dan meletakkan tanggung jawab kepada kerajaan kerana gagal mempertahankan hak negara. Di samping itu .... Gani 4 tahil terbukti telah gagal di dalam memberikan nasihat yang sewajarnya kepada kerajaan.

Baca berita harakahdaily
Mahfuz juga menolak pandangan Menteri Luar kononnya Singapura tidak boleh menambak pasir sesuka hati dengan keputusan ICJ itu.

"Apa jaminan Singapura tak tambak?" soal beliau sambil mengingatkan bahawa Singapura tetap meneruskan kerja-kerja menambak pasir sesuka hatinya walaupun dibantah.

Dewan Rakyat sendiri pernah membincangkan usul untuk membantah tindakan Singapura itu sejak dari tahun 1999 lagi, katanya.

Walaupun beliau tidak mahu menyalahkan Umno atas apa yang berlaku itu, tetapi beliau tetap menyifatkan kehilangan Pulau Batu Puteh berpunca dari kelemahan kerajaan.

"Kelemahan kerajaan adalah kelemahan Umno," kata beliau sambil menekankan bahawa kerajaan diterajui oleh Umno.

"Tak ada persediaan yang baik, akhirnya kita malu," katanya lagi.

Mahfuz menuntut kerajaaan bertindak ke atas Peguam Negara "yang gagal menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan".... selanjutnya.
Pada aku .... Gani 4 tahil bukan penasihat tetapi dia sendiri pun tak sihat. Bukan pemberi nasihat tapi mengikut arahan. Tu sebab negara hancur.

May 25, 2008

Gani Patail.. Jaguh Kampung

atranungkite - Jawabnya senang saja sebab peguam yang dihantar Singapura adalah jaguh dunia manakala peguam yang dihantar Malaysia ialah jaguh kampung yang tak berguna juga. Maka kita hantar peguam yang tak berguna, maka kita dapatlah terumbu yang tak berguna. Singapura hantar peguam yang hebat, depa dapat Pulau Batu Putih yang banyak menfaat.

Itulah dia Peguam Negara Malaysia yang entah berapa kelasnya jika dibandingkan dengan Peguam Singapura yang ternyata lebih bijak, lebih berkarisma dan lebih bernilai daripada gani Patail yang semua orang meluat. Dulu madet suka pada dia sebab boleh dikulikan untuk buat aniaya kepada DSAi tapi sekarang madet pun benci kepada dia sebab sekarang dia jadi kuli Lah Bedui pulak. Itulah dia taraf AG kita yang hanya layak jadi kuli kepada pemerintah yang zalim.

Berbalik kita kepada kisah batu Putih. Batu Putih amat dekat dengan Johor jika dibandingkan dengan Singapura. Kalau secara logik akal sudah tentulah Pulau Batu Putih dapat kepada Malaysia sebab Johor Malaysia punya. Maka PBP adalah selogiknya hak Malaysia. Tetapi disebabkan dalam perbicaraan logik bukan persoalannya. Persoalannya ialah bagaimana peguam yang berhujah boleh mempengaruhi hakim . bagaimana peguam yang berhujah dapat membuktikan kebenaran berpihak kearahnya. Maka ternyata Gani Patail tidak kuat hujahnya berbanding peguam Singapura. Maka gani Patail dari negara yang besar seperti Malaysia kalah kepada peguam dari negara kecil seperti Singapura. Kalau Gani Patail ini jepun, rasa aku dah lama dia bunuh diri dengan harakiri. Mati secara terhormat lebih baik dari hidup jadi pengkhianat.... selanjutnya.

May 24, 2008

Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail

tranungkite - [...] Berapa banyak lagi selepas ini kewasan negara dan kedaulatan rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak ini yang akan terhakis dan terjual? (gambar di muka depan dari malaysiakini)

Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi wilayah Singapura dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan 'diskaun 50 peratus' melalui pertukaran mata wang. Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Pemaju Nusajaya dalam Channel News Asia sendiri telah mengakui bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura!

Dan kini satu demi satu wilayah negara terlepas ke tangan orang lain. Pak Lah dan Najib masih begitu angkuh cuba mempetahankan kuasanya sekalipun mereka adalah diantara pemimpin negara yang paling korup dan lemah di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Berbalik kepada isu Batu Puteh. Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.
... selanjutnya.

May 11, 2008

Peguam Negara beri jaminan pada UMNO

Utusmeloya - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan segera berhubung kes Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak mengenai pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

"Tunggu saja keputusan yang akan saya umumkan nanti," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Gani diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berharap agar Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung kes Karpal itu.

Semalam Perdana Menteri berkata, sekiranya Peguam Negara berpandangan kes itu boleh dibawa ke mahkamah, maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

Pemimpin DAP itu sebelum ini bertindak mempertikaikan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Polis sehubungan itu telah membuka kertas siasatan terhadap Kar- pal di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata berupa hasutan.

Abdul Gani berkata, semua pihak terutama pihak media perlu memberi peluang kepada beliau dan pihaknya untuk membuat keputusan mengenai kes tersebut.

May 3, 2008

POLIS TUNGGU PEGUAM NEGARA ?

Polis Tunggu Jawapan Pejabat Peguam Negara Berhubung Kes Cabul Oleh Bekas Menteri
bernama - Polis kini hanya menunggu arahan dari pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes jenayah seksual yang didakwa melibatkan seorang bekas menteri kabinet di sebuah hotel lima bintang berdekatan Stesen Keretapi KL Sentral bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan ke pejabat Peguam Negara akhir bulan lepas.
"Siasatan polis telah selesai selepas keterangan diambil daripada mangsa dan bekas menteri serta beberapa saksi. Kini terserah kepada AG untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas operasi pencegahan dadah di sini awal pagi Sabtu.
Beliau berkata pejabat Peguam Negara sedang meneliti laporan kertas siasatan tersebut dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.
Dalam kejadian 14 April lepas, mangsa yang bekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri itu sebelum dicabul.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada hari berkenaan, tetapi menarik semula laporannya beberapa hari kemudian.
Mengenai operasi yang dijalankan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Imbi dan Jalan Raja Laut, Muhammad Sabtu berkata seramai 213 warga tempatan dan asing ditahan kerana pelbagai kesalahan.
Katanya Ops Sepadu itu yang bermula dari pukul 11 pagi semalam dan tamat pada pukul dua pagi ini melibatkan 315 anggota polis dan pegawai Jabatan Imigresen.
Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 129 orang mempunyai rekod bagi pelbagai kesalahan jenayah.
"Antara yang ditahan ialah 10 pendatang tanpa izin, 110 penagih dadah, empat pemilik bahan dadah dan lima wanita yang terlibat dengan pelacuran. Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 dan 60 tahun.
"Seramai 16 warga Afrika turut ditahan kerana terlibat dalam kegiatan dadah dan memiliki pasport palsu. Mereka masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar," katanya.

No2umnO - Kalau bukan UMNO, dah lama kena masuk lokap. Tangkap dulu....siasat kemudian. Nanti jawapan dari Peguan Negara "tiada bukti bukti kukuh..... kita tutup kes". Sekali lagi wak jadi bomoh.

Apr 26, 2008

Kes raba: Saya akan putuskan seadil mungkin, kata Peguam Negara

kelantankini - PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan akan membuat keputusan seadil-adilnya berhubung siasatan terhadap seorang bekas menteri bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa mencabul kehormatan seorang pelayan hotel, minggu lalu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi ruang kepada polis menyelesaikan siasatan terlebih dahulu termasuk proses merekodkan keterangan bekas menteri berkenaan dan juga wanita terbabit.

Ditanya sama ada wanita itu telah menggunakan prosedur yang betul ketika menarik balik tuduhan dengan membuat Akuan Berkanun menerusi peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abdul Gani enggan mengulas mengenainya.

”Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut, saya perlu meneliti dahulu kertas siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Abdul Gani menyatakan demikian ketika ditanya perkembangan kes tersebut selepas bekas menteri Kabinet itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. more...

No2umnO - Gani 4tahil ....... Hmmmm...susah nak caya nihhh... Bukan tak boleh, tapi tak pernah caya pun.

Mar 24, 2008

Kenyataan terbuka mengenai lantikan MB Terengganu, Gani Patail malukan kerajaan?

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar membuat kenyataan terbuka meminta supaya Yang DiPertuan Agong tidak masuk campur dalam urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Hal tersebut dijelaskan Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, ia disebabkan soal perlantikan adalah terletak pada kuasa budi bicara Sultan atau Majlis Pemangku Raja berkenaan.

"Kenyataan itu tidak wajar kerana ia mendahului Yang DiPertuan Agong seolah-olah beliau hendak mengajar baginda secara terbuka.

"Abdul Gani boleh memohon menghadap dan memberitahu baginda apa yang beliau fikir baik dan perlu dilakukan. Dengan membuat kenyataan terbuka Gani telah memalukan kerajaan persekutuan dengan tindakan itu," katanya ketika diminta mengulas isu campurtangan Peguam Negara dalam pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Tegasnya, isu kelewatan perlantikan tersebut perlu diselesaikan bersama oleh istana dan pihak Bn yang telah memenangi negeri tersebut.

"Apa pun harus diingat bahawa Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri selepas 11 hari pada pada pilihan raya umum ke-10 yakni 1999 dan ia menyebabkan kekecohan pada sidang pertama parlimen," ujarnya.

Tambahnya, pada ketika itu tidak ada sebab yang munasabah dibangkitkan kerana Mahathir turut menghabiskan masa melawat program LIMA di Langkawi meskipun beliau masih berada dalam status Perdana Menteri bagi kerajaan sementara.

Selain kekecohan di kalangan pimpinan Umno Terengganu, ujarnya pihak istana mempunyai tanggung jawab memastikan bahawa MB yang dilantik benar-benar disokong oleh semua pihak.

"Titah Raja Perlis yang mengingatkan akhbar sebelum ini supaya tidak mengeruhkan keadaan amat relevan dan ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak khususnya pihak media," katanya lagi.

Tegasnya, Raja Perlis digambarkan oleh banyak pihak sebagai cuba melawan Perdana Menteri, apabila tidak melantik Dato' Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah baginda mahu mempastikan siapa yang benar-benar mendapat sokongan.

"Baginda tidak mahu terpengaruh dengan sokongan yang didakwa sebaliknya baginda mahu tahu dan dengar sendiri sokongan itu, bahkan langkah yang sama diambil pihak istana Perak dan Selangor," ujarnya.

Abdul Aziz mendakwa hal tersebut adalah berpunca daripada peranan yang dimainkan pihak media.

"Selepas BN mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya baru-baru ini, mereka cuba hendak menegakkan benang basah dengan tidak membuat laporan yang sebenar.

"Dengan itu semua pihak, termasuk istana, keliru dan terpaksa membuat kepastian sendiri," ujarya lagi.

Oleh yang demikian katanya dalam isu pelantikan Menteri Besar Terengganu, pihak Istana berhak untuk mengambilkira banyak faktor sebagaimana yang berlaku di Perak selepas kekeliruan timbul apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besarnya.

"Walaupun istana boleh melantik wakil BN sebagai penyelesaian pada kemelut tersebut, tetapi istana memilih untuk mengambil langkah berhati-hati dan menangguhkan upacara pelantikan itu.

"Dalam kes ini, saya percaya istana Terengganu mempunyai maklumat tentang pergolakan politik di negeri itu termasuklah tragedi Batu Buruk dan kekecohan di Marang pada hari pengundian," katanya lagi.

Apa yang pasti ujarnya, Istana mempunyai alasan bahkan tanggung jawab untuk enggan melantik mereka yang dipercayai terlibat dengan insiden yang mencemarkan perjalanan demokrasi itu.

"Dan sehingga kini, Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubngan Umno Terengganu masih tidak menafikan keterlibatan beliau dengan kedua-dua insiden yang memalukan itu," katanya mengakhiri ulasan tersebut.

Kemelut pelantikan Menteri Besar selepas pilihan raya 8 Mac lalu melanda banyak negeri, bukan hanya kepada negeri yang bertukar tampuk pemerintahan yakni dikuasai parti baru bahkan juga di negeri yang telah diperintah parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat.

Masalah yang menimpa kerajaan Terengganu berlarutan sehingga kini yang menyaksikan pertembungan antara dua orang individu iaitu mantan MB yang lalu, Idris Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said.

Mengeruhkan lagi suasana apabila pihak peguam negara campur tangan diikuti dengan tindakan tatatertib yang bakal diambil pihak Umno ke atas Ahmad Said sekiranya menerima keputusan pihak istana.

Mar 20, 2008

Ghani Patail ... Mung nok mampus?

tranungkite

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail  contesting the decision to grant  three Hindraf leaders a discharge not amounting to acquittal

Kami dikejutkan kira-kira jam 9:00 pagi tadi (rabu) oleh kenalan baik yang tak sabar-sabar mengetuk pintu rumah salah seorang dari penulis Gabungan Penulis Manir. Katanya ada sesuatu hal mustahak hendak dibualkan.

Maka tergamamlah kami apabila diberitahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah durhaka ataupun dalam bahasa lain cuba buat kurang ajar dengan Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan negeri kami, Sultan Terengganu Darul Iman (bukan Darul Derih).

Sepantas kilat kami masuk semula ke dalam rumah ke ruang tamu untuk melayari harakahdaily.net dan tranungkite.net untuk melihat berita yang disampaikan itu.

Menyelinap darah di seluruh tubuh apabila membaca petikan-petikan berita mengenai keceluparan Ghani Patail tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya tentang peruntukan tersebut dan bahawa Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar.


Kurang ajar, siapa kamu wahai Peguam Negara hendak mencampuri hal ehwal negeri Terengganu? Jangan kamu sentuh bidang kuasa Baginda Tuanku. Sesunguhnya Baginda Tuanku adalah Ketua bagi negeri Terengganu yang sah maka siapa kamu hendak mencampuri hal ehwal negeri kami?

Mung (kamu) nok mampus ke? Jangan diusik Raja kami dengan bahasa biadab kamu apatah lagi batang tubuh Baginda.

Ingat, kesemua daripada kita akan menemui kematian. Tetapi adakah kematian yang kita tempuh itu kematian ke arah jalan yang diredhai Allah atau kematian yang hina. Hina kerana menjadi hamba kuasa zalim ketika hidup dan hina kerana membelakangkan ajaran islam.

Mar 19, 2008

Ghani Patail Cuba Ugut Yang DiPertuan Agong

greenboc
Oleh ahmadhadeed

Ghani Patail cuba mencampuri urusan pelantikan MB terengganu setelah gagal memenjarakan reman pemuda Trg yang di tembak di Batu Buruk. Itulah apa yang sedang berlaku sekarang. Campurtangan murahan ini tidak dikehendaki oleh rakyat Terengganu dan consultation guaman percuma perkaitan ini tidak perlu kerana Terengganu sudah ada legal adviser dan pentafsir undang undang nya. Kita kata kepada Ghani Patail ..poorah lah. Pergi main jauh jauh.

Biasanya peguam negara muncul membuat statement atau advise jika berlaku kes di mana pulau hendak di curi orang atau harta rakyat di rampas orang tetapi Si Ghani Patail ini memang lah peguam yang tak tahu beraksi. Yang layak bercakap berkaitan isu siapa lebih layak trg ialah hakim besar atau petafsir undang undang peringkat negara bukan nya Ghani patail

Argument patail penuh dengan unsur unsur pepecahan kerana terdapat katanya yang mengatakan seolah olah Sultan Mizan campur tangan dalam pelantikan MB. Patail tak tahu ke , pemangku sultan sekarang adalah anak Sultan Mizan dan sebagai anak dan pemangku sultan sudah tentu tugas ayah menasihat anak. Pemangku sultan bebas mendapat nasihat dari semua pihak termasuk ayahanda nya. Meletakkan sultan mizan didalam nagative begini adalah kurang ajar dan menghina rakyat terengganu.

Apa yang hendak di katakan oleh Patail ialah ayat ini 'Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.'. Ayat itu adalah ayat yang memberi peluang kepada idris jusoh menggugut ADUN umno trg dan menggunakan undian majoriti ini untuk menekan pemangku raja mengambil Idris sebagai MB trg. Ini lah matlamat akhir Patail iaitu itu menjadi barua Idris bagi melayakkan bekas MB yang di benci oleh rakyat trg itu menjadi MB sekali lagi.

ARAHAN, AMARAN ATAU MEMBERITAHU?

MB T'ganu: Tiada campur tangan Agong
Malaysiakini

Peguam Negara lewat malam ini mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar Terengganu.

"Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar," kata Tan Sri Abdul Gani Patail seperti dilaporkan.

"Ini adalah kerana menurut Perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali fungsi sebagai Ketua Agama Islam."


gani patail ghani patailAbdul Gani menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan Menteri Besar, lapor beberapa akhbar dalam talian lewat malam tadi.

"Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut."

Pelantikan itu yang tertangguh sehingga kini menimbulkan tanda tanya di Kuala Lumpur dan kebingungan di negeri itu.

Walaupun BN menang selesa dengan mengekalkan 24 daripada 32 kerusi tetapi pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh gagal mengangkat sumpah sejak berkahir pilihanraya umum 8 Mac.

Beberapa nama terus disebut-sebut bakal menggantikan Idris dengan alasan wakil rakyat Jertih itu tidak diperkenan oleh pihak istana.

Terbaru, nama Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) pula menjadi bualan penduduk Terengganu.

Sebelum ini tiga nama disebut-sebut bakal pengganti Idris: Datuk Ahmad Said (Kijal), Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Datuk Mohamad Awang Tera (Chukai) - ketiga-tiganya exco negeri pada penggal lalu.

Idris memegang jawatan tersebut sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS dalam kempen 'gelombang biru'.

Minggu lalu, 22 wakil rakyat BN - tidak termasuk Idris dan seorang lagi yang tidak disebut namanya - dilaporkan telah menyatakan sokongan untuk meneruskan khidmat Idris.

Bagaimanapun sehingga hari ini tiada pengumuman tentang majlis angkat sumpah.

Sebaliknya desas-desus Idris tidak dilantik semula terus bertiup kencang.

Beliau semalam menyeru penduduk Terengganu bertenang ketika negeri itu tiada ketua kerajaan.

Posting terkini

Blog Archive