perakexpress | Perang mulut mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera semakin panas. Dipanaskan lagi dengan penyertaan MCA. Tapi jangan lupa, tentang apa yang berlaku pada tahun 1987 diantara Najib dan Lee Kim Sai.
Kedua-duanya berperang dengan menggunakan hujah-hujah rasis yang menaikkan kemarahan Melayu dan Cina. Dan akhirnya, ketegangan kaum ini digunakan sebagai asas untuk melancarkan Ops Lallang. Najib lari ke Jakarta dan Lee Kim Sai lari ke Australia, manakala tokoh-tokoh pembangkang ditangkap dan dihumban kedalam Kem Tahanan Kamunting.
Drama yang sama cuba dilakonkan semula dan selepas isu Melayu-Cina, sekarang ditimbulkan pula isu India. Satu surat telah disebarkan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang India. Surat yang menghina orang-orang Melayu ini dikatakan datang dari orang India, dengan harapan orang-orang Melayu akan marah.... selanjutnya.
Sep 4, 2008
Awas Provokasi Rasis BN !
Labels: Matsamankati, Perkauman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 28, 2008
Doktor di Pusrawi pulak hilang
matsamankati | ... Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.
Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.
Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.
Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Matsamankati, Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 24, 2008
Pemimpin PKR Kedah dituduh tipu warga emas
matsamankati | .... Tak payah! Kalau sapa-sapa yang ada masalah, yang kena tangkap dengan polis, jumpa EZAM. Ezam boleh tolong mana-mana pemimpin PKR yang ada masalah. Masalah undang-undang ka, tak cukup duit ka, nak masuk BN ka, semua Ezam boleh tolong. Janji, mesti tolong Ezam katok kepala PKR balik. Yang tu la kerja Ezam and the Gang.
Semalam, Ezam buat ceramah kat Karai, dalam Parlimen Sungai Siput. Mula-mula Hamdan Taha cakap. Adalah la dalam seratus dua yang tengok. Tu pun kena paksa. setiap cawangan Umno dalam Daerah Kuala Kangsar kena hantar empat orang. Tu pun ramai yang ponteng. Orang Umno pun meluat tengok Ezam.
Mula-mula Hamdan Taha yang bagi ceramah. Tak dak cerita lain. Semua cerita liwat sampai orang yang mendengar pun boo kat dia. Orang Umno pun tak percaya!Lepas tu, hamdan Taha cakap, orang Melayu Sungai Siput semua bodoh, pi undi Jeyakumar. Bodohnya orang melayu Sungai Siput pi undi orang India. Last-last, orang kutuk balik, selama ni pun orang Umno undi Samy Vellu! Samy Vellu tu Melayu ka? Hamdan Taha terkedu.
Lepas tu Ezam pulak cakap. Mungkin sebab dia tengok Hamdan Taha kena boo, dia langsung tak cerita pasai liwat, sebaliknya cerita pasai dia nak perangi rasuah. Last sekali, dia introduce Kalai Vanan!
Haiii!!! Kalai Vanan pun masuk Umno ka? Aku pun heran. Hamdan Taha pi kutuk orang India, Kalai Vanan pun sokong jugak?
Nak buat macam mana, brader. Janji dia punya kes, selesai. Dia ikut Ezam pasai nak lepas tengkuk.... selanjutnya.
Labels: belit ezam, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 22, 2008
Fitnah Mat Saman Kati
matsamankati | ....Tak cukup dengan itu, aku pi jolok sarang tebuan lagi dengan cerita Pemimpin Pas pi jumpa Najib kat London. Kena lagi....
Tup-tup, YB Khalid Samad pecah tembelang.
"Umno mencadangkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana Abdul Khalid (waktu itu) belum dilantik menjadi menteri besar.
"Tetapi PAS ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor,"katanya.
Khalid berkata beliau tidak ingat tarikh tepat pertemuan tersebut tetapi menyatakan hanya beberapa hari selepas pilihanraya."Kalau tidak silap saya, pada 10 atau 11 Mac dan tempatnya di Kuala Lumpur," katanya sambil menambah perbincangan tersebut telah diatur oleh pihak ketiga.
So, Khalid, Mustafa dan Nasharudin pi jumpa Pak Lah pada 10 atau 11 March! Pasai apa Hasan Ali tak ikut sama?
Bagaimanapun, tambah Khalid, penyertaan Abdul Hadi tidak direstui pucuk pimpinan PAS kerana beliau seorang pemimpin tertinggi parti, manakala Dr Hassan diketepikan kerana telah mengadakan pertemuan awal dengan Dr Mohamad Khir.
Bila masa Hasan Ali pi jumpa Dr. Khir Toyo? 8 March hari mengundi. 9 March hari minggu. Kalau Khalid dan gengnya pi jumpa Pak Lah pada 10 atau 11 March. Bermakna Hasan Ali jumpa Khir Toyo pada 9 March, sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan! Ketika PR sibuk berbincang untuk menubuhkan kerajaan, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo!... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 21, 2008
Konspirasi AG dan IGP
matsamankati | Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.
RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.
Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?... selanjutnya.
Labels: Belit MUsa Hassan, Gani 4 Tahil, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 17, 2008
Anwar keluar, orang lain masuk?
matsamankati | ... "Kamu tengok rambutan ni, Mat. Kalau la dia masak bulan lepas, kan senang aku? Boleh jual mahal sikit. Sementara orang lain belum ada rambutan, aku dah ada. Tapi pasai apa rambutan aku tak mau masak dulu? Pasai apa rambutan masak selepas durian jatuh?
Ini semua dah ditetapkan oleh Tuhan. Kamu boleh bubuh karbaid, boleh peram dengan daun tepus, tapi rasanya tak sama dengan rambutan yang masak dengan hukum alam.
Anwar pun macam tu jugak. Orang bom dia pun, kalau Tuhan kata dia belum boleh mati, dia tak mati jugak. Kamu tengok la nanti, silap-silap orang yang nak bom dia tu pulak masuk."
Aku terdiam sekejap. Teringat aku tulisan Mustafa Ali. Teringat pulak cakap Khairy diParlimen. Ni sandiwara ke betul-betul?
"Pak Nawi ingat, Anwar ni boleh lekat dalam lokap tak? " Aku tanya kat Pak Nawi.
"Sehari dua, lekat lah... tapi ada orang lain lekat lagi lama!" jawab Pak Nawi.
"Raja Petra ke?" aku tanya balik.
"Dia tu sapa? " Pak Nawi tanya aku balik. "Tak..tak.. aku tak tau dia. Ni orang lain!"
"Sapa dia?" aku tertunggu-tunggu.
"Tunggu lah."... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 13, 2008
Mesyuarat Tergempar 2
matsamankati | Usul undi tidak percaya akan didengar esok, hari Isnin. Dan setelah sekian lama polis menyiasat kes liwat Saiful, maka polis pun memanggil Anwar untuk mengambil kenyataan, juga pada hari Isnin. Kebetulan? Ataupun sebahagian dari perancangan? Atau pun dah memang takdir?
Selepas Asar, aku dan Pak Nawi pekena kopi O. Mak Cik Piah buat roti jala dan kuah durian. Sementara minum petang, Pak Nawi meneruskan agenda kedua.
"BN ni tak boleh tumbang, Mat. Sebab Umno jadi tunggak, dan parti lain cuma jadi Pak Turut. Kalau nak tumbangkan BN, kena tumbangkan Umno. Dan yang boleh menumbangkan UMNO cuma parti dari Sabah dan Sarawak. Itu pun bukan senang. Setakat kekuatan diri, masing-masing sama kuat. UMNO, UPKO dan SUPP. 9-9-9. Tapi Umno sudah sampai kekemuncak, manakala dua lagi parti ni baru nak naik. Rimau yang ada kat atas bukit, lebih kuat dari rimau yang baru nak naik.... selanjutnya.
no2umno - Sejarah mungkin berulang. Kesudahan cerita dah macam kelihatan. Ini sms yang aku dapat hari ini .... "kepada semua tmn2 yg ada kelapangan sila hadir kerumah DSAI Bkt Segambut KL,Solat maghrib, Solat hajat & Solat Isyak berjamaah yang akan di imamkan oleh Datuk Hashim Yahya, Ahad 13/7/08 tlg sebarkan kpd semua teman2"
Labels: Anwar Ibrahim, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 5, 2008
Tembakan peluru penabur
matsamankati | .....Pertembungan untuk merebut kuasa bukan setakat Anwar dan Najib, tapi melibatkan Pak Lah dan Mahathir. Masing-masing dengan strategi, dengan helah. Mahathir tak suka Pak Lah dan Anwar. Anwar tak suka Mahathir dan Najib. Najib tak suka Anwar dan Pak Lah. Ini pertandingan empat penjuru.
Ketika orang semua memburu Anwar, Najib, Pak Lah dan Mahathir, aku lebih suka tengok Khairy dan Ezam. Bagi aku, mereka berdua lah yang menjadi pemburu yang menggunakan peluru penabur.
Bila Bakaq menulis tentang Ezam, betapa beria-ianya Ezam Mohd Noor membisik-bisikkan kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang cerita Anwar meliwat pembantunya sebelum sang melutut itu masuk Umno dahulu. Mereka tak percaya, tetapi pada saat-saat awal cerita aduan Saiful itu tercetus, mereka ternganga dan terpinga-pinga juga., bukan Bakaq saja yang tau tapi ramai lagi yang tau. Bukan Ezam saja yang bercakap macam tu, Zahid Mat Arip juga cakap macam tu. Seolah-olah mereka sudah tau apa yang akan berlaku.
Bila Bakaq tulis, Najib itu bangang albiulkah?, aku setuju dengan pendapat Bakaq.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 3, 2008
Warna-warna masalah.
matsamankati - [...] "Habis..... orang Umno cakap macam ni. Orang Pas cakap macam tu. Orang PKR cakap macam ni.!"
"Orang tak nampak, sebab depa tengok dalam warna-warna tertentu. Umno warna apa?
"Merah dan putih."
"Putih bukan warna asas, jadi tinggal warna merah. Jadi dia cuma nampak dalam jarak 620-750nm. Kamu letak la Quran ke, hadis ke... dia tak kan nampak. Dia nampak duit dan kuasa saja.
Pas pulak cuma nampak warna hijau. Tak sama dengan Umno. Dia cuma nampak dalam jarak 495nm- 570nm. Kamu letak la duit ke, perempuan ke, dia tak nampak. Dia cuma nampak Quran dan Hadis saja.
Yang jadi masalah kat Anwar, pasai bendera Keadilan tu ada dua warna. Biru dan merah. Jadi orang Keadilan ni dia tengok luas sikit dan nampak luas sikit, dan akai pun panjang sikit dari orang Umno dan Pas. Dari 430nm-750nm. Yang baik banyak, yang jahat pun banyak. Ada yang nampak duit, ada yang nampak Quran."... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 30, 2008
Jangan biarkan peristiwa 1998 berulang.
matsamankati - [...] Apabila beliau didakwa kerana tuduhan meliwat, aku terkejut. Bukan terkejut kerana tuduhan tersebut, tetapi salah seorang daripada dua pegawai tinggi polis yang menjadi crown witness dalam kes itu ialah abang ipar aku sendiri. Bila aku kata aku percaya Anwar tidak bersalah, bukan kerana aku dengar ditapak ceramah atau pun risalah-risalah, tetapi aku dengar dari mulut orang yang terlibat.
Anwar telah mendapat maklumat tentang konspirasi Musa Hasan dan Gani Patail baru-baru ini. Dari siapa? Aku tak tau. Tetapi Sivarasa dan William Heng tidak dapat kemajlis Forum petang tadi, kerana sedang meniliti kandungan maklumat tersebut. Aku bukan dengar dari tepi jalan, tapi dari mulut Dr. Lee Boon Chye sendiri.
Mungkin Musa Hasan dan Gani sedar perkara ini, dan Musa Hasan tidak hadir didalam perbarisan tamat latihan anggota polis semalam. Mengapa? Mungkin dia sudah tahu tuduhan liwat ini, sebelum inya dibuat.
Dalam kes liwat ini, aku juga tak mau dengar dari mulut-mulut kawan-kawan tapi aku dengar sendiri dari Saifuddin Nasution, Dr. Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Hj. Ismail Yusop.
Dari maklumat mereka, ini bukan lagi kes liwat, tetapi percubaan membunuh Anwar. Menurut Dr. Lee, tuduhan liwat itu bukan sekali, tetapi banyak kali dan kali terakhir ialah pada 26 Jun yang lalu. Tetapi tidak dinyatakan masa dan tempat yang dinyatakan ialah disebuah condo diDamansara. Ini serkap jarang, kalau kita nafikan dan memberitahu tempat sebenar Anwar berada, mereka akan mengubah pula tarikh dan tempatnya. Jadi tunggu sampai kertas pertuduhan dikemukakan.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, fitnah 2, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 28, 2008
Fitnah dan kebenaran
matsamankati - [...] Selepas pilihanraya, bila dah menang, pembangkang yang dah jadi kerajaan beralih kepada media perdana.Nak buat sidang media, panggil RTM, NST, Star, TV3. Bila MSM putar belit cerita, depa komplen, kata MSM tak boleh harap. Dulu, webmasters dan bloggers yang sokong pembangkang, disanjung dan dipuji. Tapi bila dah menang, sapa yang peduli kepada laman web dan bloggers? Sebaliknya, pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat menyalahkan bloggers dan webmasters sebagai penyebar khabar angin dan fitnah. Kalau hentam Umno, semua betul, semua percaya. Tapi kalau hentam Pas, PKR atau DAP, tu semua fitnah.
Dalam politik, tidak ada kebenaran hakiki, yang ada hanya persepsi. Siapa yang dilihat benar, dan siapa yang dilihat salah. Kalau aku kata aku hanya seorang gembala kambing, mati hidup balik orang tak akan percaya. Tapi kalau orang tuduh aku jadi ejen Umno, aku nafi pun, orang tak kan percaya cakap aku. Benar atau salah tidak penting.
Aku tulis bila aku sudah pasti apa yang aku cakap. Kalau tidak, aku kategorikan sebagai polifiksyen, walaupun isinya banyak yang betul. Kalau setakat Pak Din Roti Canai yang cakap, aku pun tak ambil pot. Tapi kalau pemimpin Pas atau PKR yang cakap, yang tu kena ambil serius.... selanjutnya.
Labels: Blogger, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 26, 2008
Mat Saman Kati lulusan Political Food Technology
Kicap Cina, Kicap Melayu
matsamankati - [...] Setakat Diploma in Food Technology, aku cuma layak jadi Penyelia Makmal dalam syarikat multinational. Tapi kat sinilah aku mula belajar tentang politik makanan, marjoring in Food Manipulation. Dan pensyarah aku ialah apek-apek tua, yang tak pernah dengar tentang milligrams ataupun parts per million. Tapi depa pakar dalam manipulasi makanan.
Tugas pertama didalam makmal R&D ialah menyediakan database tentang produk makanan yang ada disupermarket. Dari kicap, jem,minuman ringan sampailah kepada wine and whisky. Asalkan produk itu mempunyai gula, aku kena buat research. Bila bawa balik kemakmal, aku kena analyse semua chemical and microbiologial properties produk tersebut. (Sorry, banyak technical terms aku tulis dalam orang puteh, sebab aku tak tau dalam BM)
Kemudian aku kena turun berjumpa dengan pengeluar produk tersebut. Bagi pengeluar Melayu, tak jadi masalah tapi bila jumpa pengeluar Cina, aku kena bawa translator. Sebab depa gunakan istilah Cina untuk ramuan didalam produk mereka. Dan disinilah aku belajar tentang Food Politics.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 25, 2008
100 hari Pakatan Rakyat
matsamankati - [...] Aku tak mau buat ranking, tapi aku cuma rangkum.
Dari segi ketokohan, Guan Eng masih pilihan pertama. Melayu, Cina India, semua setuju, kecuali orang Umno. Pilihan kedua aku bagi kat Nizar. Bila dia cakap, semua orang faham. Tapi dia kena buat garis pemisah sikit, diantara status dia sebagai MB dengan penceramah Pas. Dalam banyak ceramah dia yang aku dengar, masih banyak belum berubah. Gaya dan pertuturan masih macam penceramah jalanan macam aku.
Pilihan Ketiga, Khalid. Masih macam tokoh korporat. Khalid kena ingat, dia bukan CEO Sime Darby. Dia naik pasai politik. Bila dah naik, jangan lupa orang bawah. Sekarang, orang bawah dah merungut, silap-silap, depa rentap balik kebawah. Last sekali Azizan Razak. Senyap sepi, tak tau apa dia buat. Tup-tup di jatuhkan bom, nak tebang sejuta pokok balak. Kalau ada nombor lima, aku bagi dia nombor lima, tapi pasai aku rangkum sampai nombor empat, nasib dia la.
Pasai apa empat saja? Kelantan tak boleh ditegur. Kalau ditegur, depa suruh aku pi mengaji. Depa dah pandai, tak payah dengar cakap kutu berahak macam aku. Dah tua pun nak rock lagi.
Ketelusan.Penang nombor satu. Selangor nombor dua, Perak nombor tiga dan Kedah nombor empat. Orang tanya, pasai apa Kedah nombor empat, sedangkan depa tak ada buat salahpun? Betui la. Orang yang tak buat apa-apa, memang tak buat salah. Lagi banyak yang dia cuba, lagi banyanyak risiko kesalahnnya.... selanjutnya.
Labels: 100 hari PR, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Petra, Rosmah dan Yong Teck Lee
matsamankati - [...] Kemudian, siapa pula yang akan menjadi Timbalan PM? Sekiranya 30 MP BN ini menyertai PR, Pas akan menjadi minoriti didalam PR, tak kan nak bagi Pas jadi TPM? Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak dapat melakukan proses cross over dalam masa terdekat. Tetapi untuk menunggu sehingga 16 September, terlalu lama. Dan didalam jangka masa ini, macam-macam boleh berlaku. Oleh itu, Anwar perlu memastikan Pak Lah kekal menjadi PM sehingga September 2008.
Najib pula kekurangan sokongan dikalangan MP BN untuk melakukan tindakan, lantas menghubungi Pas untuk meminta pertolongan. Tidak diketahui, apakah yang dijanjikan oleh Najib kepada Pas, tetapi ramai dikalangan pemimpin Pas tertarik dengan tawaran Najib. Sekitar tarikh yang sama dengan pengumuman Yong Teck Lee, sekumpulan pemimpin Pas pergi keLondon untuk melakukan persiapan terakhir dengan wakil Najib.
Pengumuman SAPP untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah hanyalah satu strategi untuk melihat kekuatan Najib. Orang-orang Najib dikatakan sudah bersedia untuk menyokong usul undi tidak percaya itu. Lantas, pada 20/6/08, SD Raja Petra 'terbocor'. Ini untuk menghalang rancangan Najib untuk menjatuhkan Pak Lah.
"Kebocoran' SD Raja Petra membuatkan sebahagian MP serba salah. Bagaimana Kalau Pak Lah gugur? Apakah tempat beliau wajar diberikan kepada seorang yang diragui kewibawaannya?
Pak Lah selamat buat seketika. Penyokong Najib sudah dikenalpasti dan kerjasama dengan Pas terhenti. Now, Najib is feeling the heat.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 22, 2008
Keluarga 69
matsamankati - [...] Semalam, Tengku Razaleigh datang keBukit Gantang. Kalau dulu, ketibaan Ku Li disambut dengan kompang dan bunga manggar, sekarang nak jumpa dia pun takut. Kalau dulu Majlis Ku Li dibuat kat hotel besar, sekarang orang Umno Bukit Gantang buat majlis bersama Ku Li kat tokong Cina.
Tahun 2004, PKR buat Kongres kat tokong Cina. Orang Umno gelak sakan. Haprak punya parti, nak buat kat hotel pun tak dak duit. Orang Pas pun perli, tak dak tempat lain ka? Sekarang PKR buat kat stadium, orang Umno kata.... dah berlagak dah!
Dulu Pas buat ceramah kat markas. Kawasan kecil tapi orang ramai, terpaksalah duduk celah-celah pokok pisang. Sekarang buat ceramah kat stadium, orang PKR pulak kecil hati....tak jemput sama ka?
Dulu Ezam tolong kempen Mat Sabu, Husam Musa... sekarang Ezam dah kempen untuk Pak Lah. Kalau dulu Ezam bersumpah keramat, sekarang Ezam pun bersumpah jugak... tapi nak lawan Anwar.
Dulu Anwar dok terbang ke Timur Tengah dan Amerika, jumpa pemimpin dunia, sekarang Anwar dok berulang keHong Kong dan Singapore, jumpa YB BN. Dulu pemimpin Pas nak jumpa pemimpin Umno, kat hotel-hotel cokia, takut orang nampak. Sekarang pemimpin Pas pi London, Paris untuk jumpa pemimpin Umno.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 20, 2008
Tipu orang dengan ceramah
matsamankati - [...] Nizar sendiri ada cakap benda ni masa ceramah kat Taman Meru. Ada orang buat khabar angin, kata Nizar akan bersembahyang Jumaat kat tempat sekian-sekian. Maka meneru lah orang nak pi jumpa Nizar. Tup-tup dia tak dak. Nizar kata, ni kerja orang Umno. Kat mana orang Umno belajar benda ni?
Hari Selasa lepas, ada ceramah Mahfuz kat Arena Square, Kuala Kangsar. Aku tak pi pasai aku dah tau Mahfuz tak datang, sehari sebelum itu. Member yang bagi tau aku, dah tau tiga hari sebelum itu. Maknanya, penganjur dah tau sekurang-kurangnya empat hari sebelum itu. Tu sebab depa ada masa untuk cari penceramah pengganti. Tapi pasai apa tak bagi tau kat orang ramai Mahfuz tak jadi datang? Tak boleeehhh.... nanti orang tak datang. Tu jawab depa. Malam tu, penuh la Pak haji-Pak haji, naik motor kapcai, ada yang dari Manong, ada yang dari Senggang. Ada yang naik satu motor tiga orang. Tak kesian ka kat depa?
Dua tahun lepas, BA buat majlis Hari Raya diPadang Rengas. Aku sama-sama duduk dalam Jawatankuasa dan VIP jemputan ialah Ustaz Nasharuddin. Sebelum poster diedarkan, Ustaz Nasha bagi tau dia tak dapat hadir. Sepatutnya boleh cancel la poster tu. Tapi pemimpin Pas Padang Rengas tak bagi. Takut orang tak mai. Yang ni mungkin tipu sunat.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 19, 2008
Pasai demo lagi
matsamankati - [...] Konsert masa lawan bola tu depa buat tiap-tiap tahun. Pasai apa masa Umno buat, Pemuda Pas tak protes? Pasai apa la ni baru protes? Jom heboh yang Mufti Perak kata haram tapi TV3 buat jugak, Pas tak protes. Konsert ni mufti pun tak berani kata apa, pemimpin Pas pun tak berani kata apa, tapi Pemuda dah protes? Dan orang yang suruh protes, semua menyorok! Suruh budak-budak buat demo, depa hilang!"
Aku ternganga sampai padam puntung rokok. Politik apa yang Pak Nawi cerita pun aku tak paham.
"Sama ada konsert tu berjalan atau tidak, Pas sudah terperangkap. Kalau dibatalkan, ramai orang akan marah kat Pas. Kalau diteruskan, imej Pas sudah tercalar. Kalau Pas join Umno, maka konsert dan segala macam hiburan, Pas tak kan setuju. Hang ingat Umno suka? Orang Umno kalau tak dak hiburan, meleleh air liur. Kalau Pas tak lawan dan biarkan Umno meneruskan hiburan, Pas hipokrit!
La ni Pas nak buat apa? Nak teruskan demo? Apakah isu konsert itu lebih besar dari penyelewengan Umno? Orang yang nak masuk Umno tu dah tersepit sekarang. Orang akan kata, Umno yang depa kutuk tu depa boleh terima, tapi konsert yang kecil ni depa tak boleh terima. Umno rasuah bilion-bilion, Pak Lah pegang lengan Michelle Yeoh, dulu canang keliling kampung. Tak kan la ni dah OK kot?... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, Piala Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 18, 2008
Mat Saman Kati tak beri bukti
Berikut apa yang dikatakan dek matsamankati,
[...] Aku tak percaya apabila ada orang kata, usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini dilakukan oleh Ezam, sebab mereka tak ada bukti. Dan aku tak percaya, Salahudin Ayub dan Mahfuz adalah diantara mereka yang masih percaya kepada Ezam, juga kerana mereka tiada bukti. Walaupun satu persatu isu-isu dibawa oleh Pemuda Pas untuk mengeruhkan keadaan, manakala Ketuanya berdiam diri, aku tak percaya bahawa Salahudin yang merancangnya, kerana aku tak ada bukti.Korang tahu kenapa Mat Saman Kati tak caya? Sebab tak diberikan bukti. Dan aku pun tak caya sebab Mat Saman Kati tak berikan bukti. Nasihat kepada pembaca semua, jangan percaya sebab tak der bukti.
Dan bila ada orang memberitahu, bahawa Salahuddin dan Mahfuz adalah diantara 9 MP PAS yang akan keluar menjadi ahli bebas sekiranya Anwar membawa 30 MP BN menyertai Pakatan Rakyat, aku juga tidak percaya. Malah menganggap ia hanyalah khabar-khabar angin.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 16, 2008
Laporan Polis terhadap Mat Saman Kati
matsamankati - Semalam, ada member aku pergi ke Markas Pas Talang, Kuala. Sampai situ, ada member Pas bagi tau kat dia, Hj.Mokhtar, Timbalan YDP Pas Kuala marah pasai aku tulis tentang dia. Dan dia juga nak buat laporan polis tentang artikel yang aku tulis tu.Tak tau la dah buat ke belum.
Nampaknya, orang Pas dah ambil alih tempat Ezam, tukang buat laporan polis. Mungkin lepas ni, aku pulak nak buat laporan polis jugak. Hari tu, Norazli Musa buat ceramah kat Arena Square, orang Umno buat laporan polis. Bila Imam Umno baca khutbah diMasjid Sauk, orang Pas pulak buat laporan polis diBalai Polis Kati.
Ini la politik kampung, bila kutuk orang lain, tak pa. Tapi bila orang kutuk balik, buat laporan polis.
Hari Sabtu lepas, AMK Padang Rengas buat forum diDewan Merdeka, Kuala Kangsar. Yang bercakap ialah Faris Musa, Timbalan Ketua AMK, Anuar Zakaria, Ketua Pemuda AMK Perak, dan Hj. Ismail Yusop, Ketua PKR Perak.Dalam dewan aku tengok, ramai jugak orang Pas.
Bila Faris bercakap, dia tibai semua. Pak Lah, menteri, pemimpin Umno semua dia balun cukup-cukup. Orang Pas pun sama-sama tepuk tangan, seronok dengar kutukan Faris terhadap Pak Lah.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 14, 2008
Ceramah pasai minyak
matsamankati - [...] Sementara menunggu penceramah kedua, saya mengambil kesempatan ini untuk bercakap sikit pasai minyak. Boleh ka?
"Boleeeeeh!!! " Tak ramai pun, ada la dalam 30 orang.
Saya bukan pakar dalam ekonomi, tapi kalau cerita pasai harga minyak ni, orang bodoh pun boleh cakap. Hangpa ingat Pak Lah tu pandai pasai ekonomi ka? tak daak! Tapi pasai dia pandai auta, tu pasai orang percaya. Jadi kalau Tuan-tuan percaya kat Pak Lah, Tuan-tuan lebih bodoh dari Pak Lah. Tapi pasai tuan-tuan lebih pandai, tu pasai tuan-tuan mai dengar ceramah malam ni.
(Masuk empat lima orang kat luar markas. Mungkin takut kena panggil bodoh kot?)
Mula-mula, puak Umno ni kata, minyak kat Thailand RM3.90 seliter. Betui la. Tapi tuan-tuan tau tak, kat Siam tu kereta dia murah . RM10,000 lebih murah dari kat Malaysia ni. Pi tanya pasai lesen memandu. Sekali saja seumur hidup depa bayaq. Lepas tu tak dak dah. Hangpa pi tengok kereta Siam, ada road tax tak? Pi bawak kereta dari Haadyai sampai bangkok, berapa duit kena tol? Tak dak!!
Tapi kat Malaysia, road tax kena bayar tiap-tiap tahun, lesen kena bayar tahun-tahun. Tol tak payah cerita la. Dari Johor sampai Bukit Kayu Hitam, pi balik, gadai gelang cerai bini kita pun tak cukup.... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
