Utusan | Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur kerana kegagalan itu telah menunjukkan apa yang dikatakannya mengenai Anwar sebelum ini adalah benar.
"Ketaksuban beliau untuk mengejar jawatan dan kuasa adalah sebab kenapa saya tinggalkan parti itu dan Anwar sebelum ini.
"Ini adalah sikap yang jelas dilarang Rasulullah SAW. Saya bersyukur kerana hari ini terbukti saya benar dan sikap Anwar yang melampau itu semakin terserlah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamad Ezam diminta mengulas mengenai dolak-dalik Anwar mengenai penubuhan kerajaan pakatan pembangkang yang didakwa akan berlaku pada 16 September.
Rancangan itu bagaimanapun hanya tinggal angan-angan.... selanjutnya.
no2umno - Dey .... mana kotak? Aku lain tak mau tanya. Back to basic. Wakakakkaa. Taksub? ... UMNO macamana?
Sep 19, 2008
Ezam kata Anwar taksub kuasa?
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Sep 10, 2008
Mahathir kembali ... Ezam mana nak pergi?
umnomore | Selang 9 hari Mahathir meninggalkan UMNO pada bulan May lepas, Ezam dengan muka tak malunya menyertai parti itu kembali. Katanya nak bersihkan UMNO. Kalau Mahathir sudah terlalu kotor dan mengotorkan, Ezam kononya mensuci dan menjernihkan dosa.
Soal kotak rahsia bukan soal penting? Orang tanya ... aku kata pada Anwar. Mudah ... Kah kah kah.
Dan sekarang isu peti dah tak timbul. Isu Permatang Pauh dah tenggelam .. .tapi masih ada niat nak masuk TV burukkan Pakatan Rakyat di dalam HUJAH, tv9. Cakap sorang-sorang ..memang dia hebat.
Tugas Ezam nampaknya selesai di Permatang Pauh. Kokoknya setakat ayam kampung yang rompong paruhnya. Orang tak takut dan rakyat tak hairan. Apa dia cakap ... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Diberi wang untuk datang dengar ... ambil. Tapi kalau undi ...sorry.
Kononya masuk nya Ezam menjadi HERO memulihkan UMNO yang kian berkocak kocak. Perbalahan antara penyokong dan pemimpin berlaku dan Ezam bersama balacinya yang tidak seberapa ... datang dengan wajah tampan dan menggoda untuk memikat penyokong untuk bersatu. Tak menjadi. Wajah Ezam sikit tampan dari Saiful Bukhari ... gagal menggoda jejaka.
Loghatnya yang seakan idolanya pun terpaksa di ubah. Keutara sikit ... buat apa, sampai bila, reformasi, hidup Anwar ... dia dah tak sebut pun. Semuanya kerana mu UMNO.
Kini, Mahathir sudah kembali. Datang menyertai UMNO kerana rajuknya sudah berakhir. Mahathir pun satu jenis makhluk. Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri ... Mahathir masuk kembali.
Korang ingat kenyataan Mahathir dulu ...
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. - Bernama 20/MeiSoal maruah bukan perkara utama di dalam UMNO. Mungkin wajah mereka sudah bertampal kulit B***. Perjuangan UMNO hanya kerana ada udang di sebalik batu. Itu sebab orang orang hebat di dalam UMNO, cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Hari ini bergaduh, esok berperang dan lusa pulak berpegang tangan.
Teringin benar nak lihat Ezam dan Mahathir bertentang mata. Mereka keluar, tiada ramai yang mengikut, mereka masuk tiada ramai yang bersama. Kononnya pemimpin, tapi ada penyakit gila talak ...
Kalau Ezam ada maruah ... Mahathir masuk, Ezam keluar. Kalau mata bertemu mata, semalam kata dosa ... hari ini cium tangan peluk bahu, cium pipi. Berdecit decitkah bunyinye? ...Muahahahahah.
Politik UMNO memang kelakar ... politik badut sarkas.
Penonton bayar tiket .. badut menari ikut rentak.
Labels: belit ezam, Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Aug 31, 2008
Mana mau lari?
Nalla - Adjodjo ... susah lah saya. Amacam boleh menang ha?
Ezam - Nasib la ... hey Macang ... itu RM60 juta ada kasi dia ka?
Nalla - haiyo ... sudah kasi woo
Ezam - Sikit pun tarak simpan ka?
Nalla - Itu bikin PWTC ... la. Sekarang BPR tanya pun saya jatuh lidah mau cakap wo. Itu kotak amacam?
Ezam - Mana ada ... itu kotak kasut jugak
Nalla - Apasal lu tipu?
Ezam - Tipu la mau kasi menang.
Nalla - Ajojo ... mati la. Lu mana mau lari sekarang?
Ezam - Tak tau la. Ingat mau lari Indonesia la ... Lu?
Nalla - Aku ingat mau angkat sumpah la...Cakap aku sudah kena liwat sama dia. Lu ingat orang caya ka?
Ezam - Kadawale ... lu gila ka? Sapa mau caya lu kena liwat.
Nalla - Apasal ? Lu ingat aku punya belakang tarak cantik ka?
Ezam - Bukan talak cantik ... tapi talak nampak ...
Nalla - Hayo ... mati la.
Labels: belit ezam, Nalla
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Aug 24, 2008
Bekas ahli PKR yang di pecat akan buat gimik pilihanraya
Ini biasa .. teknik ni parti politik dah pakai time mak aku masih anak dara.
Tapi UMNO masih gunakannya untuk tunjuk yang dianya hebat. Duduk atas pentas, senyum ramai ramai, hulur tangan. Kanan bersalam dan kiri serah borang ahli. kah kah ... Dan Di permatang pauh akan berlaku perkara yang sama. baca ini ....
Aku skrg berada di Rumah PKR Negeri Pahang kawasan mengkuang berkongi rumah penginapan bersama PKR Bahagian Nibong Tebal..Aku rasakan perlu sgt utk updatekan blog aku nih sebab aku menerima satu sms pagi tadi dari Ketua AMK Kuala Kedah yang berbunyi....
'Makluman.Majlis Lompat Perti Ke UMNO akan di adakan pada 24/8/08 di Kelab Cinta Sayang,Sg Petani pd Jam 3ptg.Tempahan bilik dan bayaran sudah di jelaskan.Di Diketuai Sdr Zamil (Merbok) yang dipecat keahlian PKR dan akan di hadiri sama ialah Sdr Ezam.War Warkan !!!.
Hairan bin ajaib...sebab aku kenal zamil nih sewaktu aku berada dalam pilihanraya kecil lunas...sewaktu tuh dia menjaga hal keselamatan di pilihanraya kecil LUNAS...apa yg menjadi persoalan sekarang ialah...dia adalah individu yang telah lama di ketahuai isu dia di pecat & mgkin juga setelah dia tidak lagi bersama dgn parti mgkin hal ini tidak di sedari sesetengah pihak bahawa akan menjadi kempen2 terakhir BN... seterusnya di malaysiabiz-aloha
Labels: Belit BN Belit UMNO, belit ezam, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aug 18, 2008
Panggilan SESUMPAH untuk Ezam di Permatang pauh.
Suaran Ezam tenggelam .... begitulah selepas tidak terpilih sebagai calun di Permatang Pauh walaupun sudah merayu sebanyak 3 kali.
Yang menarik untuk dikongsi bersama.
Pada hari penamaan calun, Ezam kelihatan Hadir. Sepanjang laluan dia ke tempat penamaan dia di BOO dan di cerca dengan panggilan 'Sesumpah' oleh ribuan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang laluan tersebut.Manakala pada Najib pula .... setelah penyokong PR kelihatan kelibat beliau di pentas pengumuman calun, Ribuan rakyat di bawah pentas menjerit "ALTANTUYA" beramai ramai.
Ezam berjalan tanpa berpaling kerana malu nya tak terhingga.
Apa nak buat? ... berani buat berani lah tanggung.
Menarik ... memang menarik hari penamaan calun. Sayang gua tak dapat ke sana.
imej di petik dari medaninfo
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Aug 17, 2008
Ezam kata kotak pada Anwar .... pulak
Aduh .... apa yang tak kena dengan Ezam ni. Dah la tak dapat jadi calun, dia cakap pun dah merapu. Dulu kata "Saya ada kotak" sekarang ... "Kotak pada Anwar". Kalau keluar UMNO nanti, dia kata pulak "Kotak pada Pak Lah". Lapuran terdapat di blog SLOONE .. Gua cilok sikit.
“Anwar is the first leader, among the Malays and non-Malays to have criticised and opposed the NEP,” he stressed.Aku tak tau apa yang Ezam ada sekarang. Kalau kotak tak der ... otak ader tak?
He later talked about the six boxes which were supposedly under his safe keeping.
“I only said I knew about the boxes. I don’t have it. Anwar Ibrahim has it”.
Ezam also openly chided Anwar and his wife for having gone overboard (melampau) for accuding Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for conspiring against Anwar in the sodomy II case. - Sloone
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 28, 2008
Ezam beri kemenangan percuma kepada Anwar?
Pabila ada ura ura Anwar akan bertanding di Bandar Tun Razak, Ezam berusaha untuk menjadi calun menentang....
UM |Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.dan apabila Anwar membuat kenyataan akan bertanding di Kulim .... ini pula kata Ezam - Ezam teringin cabar Anwar di Kulim.
Ezam berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN untuk bertanding.
Khabar angin bertiup kencang di dalam UMNO bahawa Ezam akan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar sekiranya beliau menjadi calun UMNO menentang bekas bossnya itu nanti. Menurut maklumat di dalam, UMNO cukup ragu ragu pada sikap Ezam yang boleh berbuat apa sahaja demi wang, lantas peluang untuk menentang Anwar itu nanti akan berubah kepada tujuan lain, sebaliknya memberikan kemenangan kepada Anwar dengan mudah.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 26, 2008
Jom Perangkap Ezam ....
Ezam Hendak beri Perak Kepada BNCerita pasal negeri Perak, kita ambil sedikit coretan dari MatSamanKati ...
malaysianwaves |....Saya mendapat maklumat dari kawan saya dalam kem Ezam Mat Nor bahawa mereka akan cuba untuk menarik ADUN PKR yang berbangsa Melayu untuk masuk ke Barisan Nasional, seterusnya, menguling Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Barang diningat bahawa pecahan kerusi di Perak adalah PR: 31 dan BN: 28. Ini bererti Barisan Nasional hanya memerlukan 2 ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat ke Barisan Nasional dan ianya mencukupi untuk menumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Percubaan pertama mereka adalah untuk menarik PAS. Ianya berlaku 2 hari selepas keputusan pilihanraya diumumkan. UMNO/BN telah menawarkan kerusi Menteri Besar serta 5 exco kepada Ustaz Ahmad Awang, yakni Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Tetapi tawaran UMNO/BN telah ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad Awang berkata “Antara DAP yang bukan Islam dan UMNO yang zalim, lebih aula bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam berbanding UMNO yang zalim”.
Percubaan kedua adalah untuk menarik ADUN DAP. Malangnya di dalam percubaan pertama mereka, ADUN DAP tersebut telah membuat laporan polis dan ianya telah memberhentikan segala usaha mereka.
Untuk percubaan ketiga mreka, kebetulan pula Ezam Mat Nor masuk UMNO dan Ezam Mat Nor adalah sahabat karib Dr Zambery Kadeer, wakil Pos DUN Pangkor. UMNO membuat keputusan untuk tidak bertindak tergesa-gesa seperti yang mereka buat dengan wakil DAP tempohari...... selanjutnya.
Semalam, Ezam buat ceramah kat Karai, dalam Parlimen Sungai Siput. Mula-mula Hamdan Taha cakap. Adalah la dalam seratus dua yang tengok. Tu pun kena paksa. setiap cawangan Umno dalam Daerah Kuala Kangsar kena hantar empat orang. Tu pun ramai yang ponteng. Orang Umno pun meluat tengok Ezam.Kepada penyokong PAS dan Keadilan, ikuti perjalanan Ezam ke mana sahaja. Catit dan rakamkan semua kenyataan yang dibuat. Ketika di Shah Alam beberapa minggu yang lepas, isu perkauman cukup kuat di taburkan ketika ceramah melibatkan Cina, Singapura dan macam macam lagi. Kalau dapat di rakam, sudah pasti boleh di babitkan dengan kesalahan FITNAH dan HASUTAN perkauman. Sedap bunyi nya tu.
Mula-mula Hamdan Taha yang bagi ceramah. Tak dak cerita lain. Semua cerita liwat sampai orang yang mendengar pun boo kat dia. Orang Umno pun tak percaya!Lepas tu, hamdan Taha cakap, orang Melayu Sungai Siput semua bodoh, pi undi Jeyakumar. Bodohnya orang melayu Sungai Siput pi undi orang India. Last-last, orang kutuk balik, selama ni pun orang Umno undi Samy Vellu! Samy Vellu tu Melayu ka? Hamdan Taha terkedu.
Lepas tu Ezam pulak cakap. Mungkin sebab dia tengok Hamdan Taha kena boo, dia langsung tak cerita pasai liwat, sebaliknya cerita pasai dia nak perangi rasuah. Last sekali, dia introduce Kalai Vanan! - Selanjutnya.
Sekiranya semua perancangan alihan kuasa PR berjalan lancar, heret Ezam dan kuncu kuncunya ke mahkamah. Biar menggelebah semuanya. Woooo best nya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 24, 2008
Pemimpin PKR Kedah dituduh tipu warga emas
matsamankati | .... Tak payah! Kalau sapa-sapa yang ada masalah, yang kena tangkap dengan polis, jumpa EZAM. Ezam boleh tolong mana-mana pemimpin PKR yang ada masalah. Masalah undang-undang ka, tak cukup duit ka, nak masuk BN ka, semua Ezam boleh tolong. Janji, mesti tolong Ezam katok kepala PKR balik. Yang tu la kerja Ezam and the Gang.
Semalam, Ezam buat ceramah kat Karai, dalam Parlimen Sungai Siput. Mula-mula Hamdan Taha cakap. Adalah la dalam seratus dua yang tengok. Tu pun kena paksa. setiap cawangan Umno dalam Daerah Kuala Kangsar kena hantar empat orang. Tu pun ramai yang ponteng. Orang Umno pun meluat tengok Ezam.
Mula-mula Hamdan Taha yang bagi ceramah. Tak dak cerita lain. Semua cerita liwat sampai orang yang mendengar pun boo kat dia. Orang Umno pun tak percaya!Lepas tu, hamdan Taha cakap, orang Melayu Sungai Siput semua bodoh, pi undi Jeyakumar. Bodohnya orang melayu Sungai Siput pi undi orang India. Last-last, orang kutuk balik, selama ni pun orang Umno undi Samy Vellu! Samy Vellu tu Melayu ka? Hamdan Taha terkedu.
Lepas tu Ezam pulak cakap. Mungkin sebab dia tengok Hamdan Taha kena boo, dia langsung tak cerita pasai liwat, sebaliknya cerita pasai dia nak perangi rasuah. Last sekali, dia introduce Kalai Vanan!
Haiii!!! Kalai Vanan pun masuk Umno ka? Aku pun heran. Hamdan Taha pi kutuk orang India, Kalai Vanan pun sokong jugak?
Nak buat macam mana, brader. Janji dia punya kes, selesai. Dia ikut Ezam pasai nak lepas tengkuk.... selanjutnya.
Labels: belit ezam, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 21, 2008
Sudahlah tu Ezam...
harakah | Sebenarnya saya terlalu meluat dengan gelagat mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor yang kini telah pun diterima menjadi ahli Umno dengan bersyarat.
Beliau kini persis bak 'dubuk Afrika' yang baru keluar dari sangkar membongkar segala bentuk 'penyelewengan' yang kononnya dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.
Gelagat beliau amat keterlaluan mengalahkan pak-pak Menteri BN yang sepatutnya menjaga hal ehwal Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dedah sana, dedah sini, tapi akhirnya tidak diketahui kesudahan pendedahan Ezam itu.
Paling nampak dan ketara sekali adalah dalam gerak gempur beliau di program-program anjuran Umno yang tidak habis-habis menceritakan keburukan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya beliau julang dan kagumi.
Soalnya, apa sudah jadi dengan dakwaan rasuah beliau terhadap tokoh-tokoh Umno seperti Dato' Seri Rafidah Aziz, Dato' Seri Shahidan Kasim, Tun Khalil Yaakob, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Seri Abdul Rahim Tamby Chik dan tidak ketinggalan mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo?
Dimanakah disembunyikan enam kotak dokumen bukti rasuah para pemimpin Umno dan BN yang Ezam sebut-sebutkan sekian lama? Sudah bersihkah Rafidah Aziz daripada tuduhan rasuah selepas Ezam sendiri dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen sulit pendakwaan Rafidah?
Bagaimana dengan bukti rasuah membabitkan seorang Menteri Besar yang Ezam megah-megahkan ketika memimpin Gerak? ... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 20, 2008
Ezam tidak membantu UMNO
umnoreform | Isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim perlu diselesaikan segera sebelum perkara ini merebak mengganggu keharmonian negara. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim setidak-tidak memberi menggangu-gugat kestabilan negara baik dari segi sosial,ekonomi dan politik. Kelewatan memberi ruangan untuk Anwar untuk terus memperkatakan ini satu konspirasi yang terus memburuk-burukkan keadaan. Sehingga hari ini media-media Internet yang menyokong pakatan pembangkang berterusan memberi ruangan sokongan dan ini telah banyak mempengaruhi senario semasa. Sokongan Anwar dalam Internet semakin kuat dan sokongan ini telah melibatkan statistik tidak konklusif dari laman web terkemuka Malaysia seperti – www.malaysiakini.com.
Dalam kemelut serangan dan tuduhan ini satu konspirasi kemunculan Ezam Mohd Nor tidak membantu UMNO malah lebih buruk lagi membawa UMNO ke kancah perjuangan politik peribadi beliau. Marah beliau atau benci beliau kepada Anwar Ibrahim – mungkin atas kapasiti tidak puas hati dengan pengendalian Anwar Ibrahim atas Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah kita mengheret UMNO dalam agenda beliau. Ini tidak akan menguntungkan UMNO malah ini sebenarnya merugikan UMNO.... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 14, 2008
Isu liwat: Ezam dah tahu 3 bulan dulu?
umnoreform | Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shahrin dalam laman blognya berkata, isu lewat ini adalah isu terancang dengan Ezam Mohd Nor pernah dalam mesyuarat GERAK membayangkan bahawa ada tuduhan liwat akan timbul dan ia melibatkan nama lain dan bukan nama Saiful. Dalam blog Badrul Hisham, beliau telah membongkar perkara ini dengan kenyataan seperti berikut :
Cuma pesanan ikhlas cheGuBard :
tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... ... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, belit ezam, Chegubard
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 13, 2008
BILA DAK EZAM GILA TALAK DIA TERUS MELALAK
serkamvelley | Pertama mula saya nak nyatakan perasaan terkejut saya apabila mendapat berita bahawa ceramah Sdr Ezam di Kelantan baru-baru ini hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Saya memang tahu di Kelantan bukan lah tempat untuk Sdr Ezam `menjual' sumpah keramatnya, tetapi tidak pula saya terfikir begitu sampai hati rakyat Kelantan menghukum dan memalukan Sdr Ezam. Jika begitu lah keadaannya, ternyata Sdr Ezam masih berada di bawah ranking Anuar Musa di Kelantan. Tetapi apa yang nak dikata, sudah nasib Sdr Ezam begitu.
Tetapi yang lebih memalukan pula, Sdr Ezam ini cuba memberi kuliah kepada rakyat Kelantan khususnya kepada penyokong-penyokong PAS agar tidak bersekutu dengan Pakatan Rakyat khususnya parti bos nya dulu iaitu DS Anwar. Cuma, beliau tidak berani untuk mencadangkan PAS sertai UMNO seperti beliau telah lakukan. Kenapa? Sebab beliau pun tahu PAS yang suci bersih itu masakan layak tidor sebantal dengan UMNO. Takkan daging yang disembelih boleh dimasak satu kuali dengan daging yang tidak disembelih. Bahkan Sdr Ezam akui PAS memang komited dengan perjuangan Islam, sebab itu PAS tidak sesuai berada bersama Parti KeAdilan Rakyat semata-mata kerana DS Anwar pemimpinnya. Yang peliknya, Sdr Ezam pernah berkata dia berjuang kerana prinsip Islam sebab itu lah dia serta UMNO. Kenapa tidak PAS? Sebab PAS belum berkuasa, buat apa Sdr Ezam duduk bersama PAS. Lebih baik bersama orang yang berkuasa. Andaikata PAS InsyaAllah, lepas ini pula berkuasa, Sdr Ezam mungkin akan sertai PAS tinggalkan UMNO dan membuka satu lagi `Sumpah Keramat'nya dan mengeluarkan balik `kotak-kotak' yang ada dalam stor di rumahnya itu.
Saya simpati dengan nasib yang menimpa Sdr Ezam. `Penyakit gila talak' yang dialaminya sekarang semakin serius. Sudah berapa bulan Sdr Ezam melalak bersumpah, mencabar dan macam-macam lagi yang keluar dari mulut beliau dan dijaja ke hulu ke hilir. Beliau tiba-tiba terasa maruahnya dicabar, sedangkan semuanya tahu semenjak dia istihar keluar dari GERAK dan tersengih-sengih hulur borang memasuki UMNO kepada Pak Lah, ketika itu maruah beliau hilang sekelip mata. Pada pandangan rakyat ketika itu, Sdr Ezam telah `melondeh'kan seluarnya sendiri seperti dia pernah `menelanjangkan' Pak Lah di Kepala Batas dan Najib di Pekan.... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
The cult called PKR
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Malaysiatoday | It is not surprising that one-time PKR youth leader Ezam Mohd Noor rejoined Umno. What is surprising is that he waited until after the 8 March 2008 general election to do so. Long before 8 March, Ezam had already been flirting with Umno. In fact, it was an open secret that Tun Daim Zainuddin was financing his NGO, Gerak. And Daim is behind Najib Tun Razak -- so it was the Deputy Prime Minister and not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi who was instrumental in Ezam rejoining Umno.
Actually, most people already knew that Ezam was about to take that final plunge. Photographs of him with Muhammad son of Muhammad and Aziz Shamsuddin, etc., had been floating around the Internet for a couple of years -- even during the time when Anwar Ibrahim was still in jail. The problem at that time, though, was that Ezam was PKR’s blue-eyed boy, the darling of the party, and any negative comments about Ezam, or Azmin Ali for that matter, was considered a treacherous act. You are a traitor to the cause, a traitor to PKR, a traitor to the opposition, a traitor to the Malay race, and a traitor to the entire nation -- all in one -- if you badmouth one of the PKR darlings.
That is the trouble with PKR. They dabble in cult personalities. When you are the current hot favourite, the flavour of the day, even your fart smells sweet. But once you fall out of favour then they even curse your poor innocent mother who has nothing to do with your political business and does not even know what is going on.
The PKR crowd is one emotional group of people. I suspect that if Anwar was to order them to commit mass suicide they might just do so. And that is dangerous, as time and time again history has proven. If Anwar could get a religious scholar somewhere in the world to come out with a fatwah (religious decree) that if you die for PKR you will go straight to heaven where 70 virgins are waiting for you, I bet we will not be short of candidates who will volunteer to undertake suicide missions.
Whether it is Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, Azmin, or Ezam, they all have their cult followers. The PKR people revere their idols and appear to lose their senses when in the presence of these demigods. So how to tell these PKR herds that Ezam is not what he appears to be and that he is a plant, a Trojan Horse, a termite meant to weaken the ranks of PKR? Try doing that and you will get a beer bottle broken on your head. So it was best to just keep quiet and watch. Time would reveal the truth. And, true enough, the truth has now been revealed.
I remember when I was once the sub-editor of the party newspaper, Suara Keadilan, and I published a letter from a reader that criticised PKR’s Youth Movement. The letter was about the high-handed manner the Youth Movement ‘security squad’ handled the crowd. Even Tun Dr Mahathir Mohamad, when he was still Prime Minister, was not that well-guarded and his security team did not push and shove the crowd the way the PKR Youth boys did.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, belit ezam, PKR
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Masuk UMNO ....besarkan rumah
Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno
chegubard | .... (surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.
Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”
Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TIDAK mungkin saya diterima masuk dalam Umno


Komen semut di dalam Malaysia today
Seremban- "TIDAK mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaludin," tegas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan anti korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor.
harkkk... PTUI!!!!
aLbumSeMuT
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Dulu puji, sekarang maki.
Seronok juga baca berita lama pada pagi hari Ahad. Beserta segelas kopi panas dan biskut kering dengan keriuhan anak anak kat sekeliling. Aku belek cerita lama yang diterbitkan Harakah dulu.....kita kongsi bersama, mana lah tahu ada memori lama yang mahu di kenang kembali.....
Dalam jangka masa dua hari sahaja, media-media arus perdana mensensasikan laporan 'skandal' membabitkan Ketua Pengaah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Zulkipli Mat Noor sekaligus mengundang kenyataan balas dari Pejabat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Namun, pihak yang paling layak untuk memberi kenyataan dan mengambil sebarang keputusan berhubung dakwaan ke atas Zulkipli iaitu Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berdiam diri kerana seperti biasa PM dengan sikap membisunya. ........bla bla bla
Ezam yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli.- Harakahdaily
Aku pada awalnya tidak mahu sentuh tentang soal Ezam kerana beliau ini ku kira sebagai penyelamat kepada UMNO. Kalau UMNO buruk, boleh dipulihkan. Kalau rasuah, sekurang kurangnya boleh lah di kurangkan. Puji Ezam pada Pak lah apabila kononnya hasrat Pah Lah untuk ubah sistem kehakiman. Bila di campur dengan niat murni Ezam, UMNO bertambah baik pada masa akan datang. Rupanya harapan meleset, rama rama berubah jadi pelesit.
Dia tak macam dulu. Ku sangka panas hingga ke petang, rumah nya hujan sejak subuh. Ada muslihat rupanya. Kerja dulu belum pun selesai, kini cerita pasal cerita baru. Tugas dulu bersama Gerak dan PKR tergantung gantung tiada penghujung, kini buat cerita baru. Telur belum menetas, tokey dah tutup kedai. Buat kedai baru, jual terung dan timun. Modal dulu entah kemana, sekarang membazir buat cerita baru dengan modal baru. Bila modal orang dah beri, tak payah kira untung dan rugi. Semuanya di belasah, kerana aku tak untung, aku tak rugi.
Kini Ezam tunjuk jaguh menyerang dan mengugut. Ezam dah lawan tawkey. Macam macam cerita yang di hebahkan. Kalau Saiful Bukhari boleh tuduh bekas boss nya dengan kes meliwat, kini Ezam kritik macam macam, setiap malam.
Kalau dulu, kemana mana pergi bersama. Minum semeja, pidato sepentas, kini diorang dah asing asing. Yang baik semuanya Ezam dan yang buruk semuanya Anwar. Ntah apa yang merasuk Ezam, aku pun tak pasti. Kalau nak dedahkan buruk Anwar dan PKR, ketika bersama GERAK pun dia boleh buat. Tapi tunggu ... tawaran belun datang, rahsia perlu di simpan. Bila dapat kerja baru, boss suruh bongkar, Ezam kembali jadi jaguh buat lapuran. Mata pandang ke dapan. Buruk di belakang, Ezam dah tak pandang.
Mungkin payroll sudah lain. Maka sikap amanah pada boss selagi boss bayar gaji. Kalau lepas ni ada pihak lain yang tawarkan gaji lebih lumayan, Ezam boleh berkhidmat lebih cemerlang. Ini lah kawan yang bersama berkongsi pendapat dan cerita bersama Anwar dulu. Selepas ketawa dan menangis bersama, kini cerita lama dibongkar untuk buat modal. Amanah sungguh si Ezam.
Muka nampak bersih, tapi hati siapa yang tahu. Kata mat salleh, "Jangan nilai buku dari kulitnya". Kalau nak di nilai Ezam, pepatah ini memang secocok. Siapa agaknya mahu kongsi cerita bersama Ezam kali ini? Sudah fikir masak masak? Sekarang kongsi cerita suka duka, esok dia jadikan modal belasah kita.
Lembu pegang pada tali, Manusia pegang pada janji. Kalau Manusia tak boleh pegang pada janji, perlunya manusia di panggil lembu. Asyik asyik lembu yang kena. Yang pasti lembu masuk syurga, manusia terumbang ambik antara syurga dan neraka. Kepada Pah Lak ..... dulu kau di maki, sekarang kamu di puji. Kepada Anwar, dulu kamu di puji, sekarang kau di maki.
Kepada pengikut ... fikir sejarah, baru cerita tentang sokongan. Kalau setakat di berikan upah untuk berkokok. Orang lain akan senang, kamu pasti terbongkang. Sokong ada musim. Benci pada politik kerana kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Ezam dan Pak Lah ... dulu kawan, kemudian lawan dan akhirnya menjadi kawan semula. Tapi kawan dulu tak macam kawan sekarang. Banyak rahsia perlu di tapis. Kalau tak .... tak cukup tanah nak lari, kawan boleh jatuhkan diri. Semuanya gara gara, kawan boleh di beli.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
EZAM MERACAU!
marhaen | ...Bila disiarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia dihina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah. Terfikir sejenak, aku keliru, bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan. Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu, bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanya la kepada Ezam. Jangan tanya Ezam 'Apa Yang U Maki Umno' tapi tanya dia 'Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO' masa dalam PKR. Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.
Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah? Untuk pengetahuan Ezam, saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari Pulau Pinang, sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim, bagaimana respon Dato' Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar. Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam, Anwar maklumkan 'Biar la, dia nak belajar macam mana politik. Banyak lagi agenda kita kepada rakyat'. Terfikir pula saya, bila Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM. Buang masa Ezam nak tunggu, bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah Din & Zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.
Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara. Sekali lagi saudara diselamatkan oleh saudara Amizudin, Zulkifli, Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti. Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat, sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik. ... selanjutnya.no2umno - Nilai kejujuran terletak pada kata kata. Ezam tersilap sebut........Perlu di sogok untuk tutup cerita. Itu lah Ezam sebenarnya. Ko bongkar aib aku, baru aku bongkar aib kau. Kalau kau tutup, aku pun tutup. Betul kah cara itu? Itu lah sebab, 6 kotak sampai sekarang tak terbongkar bongkar.
Orang tua pernah pesan. "Cakap biar kurang, nanti orang tahu kita temberang."
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
6 kotak tissue
Bila Ezam nak cerita pasal buruk PKR pada umum, aku tak ambik POT !!! Sebab dulu pun dia janji nak dedahkan 6 kotak kes. Gua cari lapuran di dalam internet. Mana tau kalau kalau ada info tentang kotak berkenaan. Tapi yang gua jumpa cuma 6 kotak tissue. Kalau lah 6 kotak yang dimaksudkan oleh Ezam itu adalah kotak tissue ... apa lagi yang aku nak caya pada Ezam selepas ini. Ingat kan .. .aku sorang yang cam tu, rupanya ramai lagi tertanya tanya dengan persoalan yang sama
Korang baca komen menarik dalam blog ni ..... [klik]. So saranan gua pada sesiapa yang sokong Ezam sekarang, mintak tolong sampaikan pada Ezam, dedahkan 6 kotak tu dulu, baru cerita pasal benda baru. Jangan jadi BROKER ATAS ANGIN, cerita pasal jual tanah berjuta juta, geran photostate dah berkali kali bertukar tangan. Tengok tanah, rupanya kawasan kubur. Habuk pun tarak.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
