KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 29, 2008

Confirm !!!! Sah !!!! Betul !!! Benar !!!! 34 MP Sabah & Sarawak Lompat


Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam. – Gambar IZHAM JAAFAR

tranungkite |

Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.

Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?

Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Larangan Aidil Fitri tahun 2009 ini

Abdullah yang berpakaian baju Melayu berwarna biru, bersampin dan bersongkok masuk ke dalam dewan diiringi timbalannya, Datuk Seri Najib Razak yang berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu tepat jam 4 petang setelah loceng dibunyikan. - BHarian
Ini ada 3 larangan dari aku kepada keluarga dan saudara mara aku sepanjang menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Jangan pakai
  1. baju Melayu berwarna biru, bersampin dan bersongkok
  2. baju Melayu berwarna merah jambu
  3. loceng dibunyikan
Geramnya akuuuuuu..... !!!

Belanjakawan atau belanjaanak 2009 ?

Berikut adalah Belanjakawan@belanjaanak 2009

  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
  • Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
  • Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
jumlah Belanjakawan@belanjaanak 2009 adalah

[RM300 juta + RM5.4b + RM4.8b + RM600 juta + RM35b + RM3b + 50%pengurangan tol = banyak nyeeeee !!!!!]

Siapa jejaka ini?


Dia ni penyanyi yang tersohor di dunia. Kalau dia joget ... mak aiii ... kaki aku pun goncang. Lagu nya famous masa time aku bercinta dulu.

Bila aku bengang ngan awek aku yang sekarang ni bini aku ... aku nyanyi lagu 'Beat it'
Bila aku terasa handsome .... aku nyanyi ' Billie Jean'
Bila di buang kerja ... aku nyanyi 'Earth Song'

Hah tu la dia Michael Jackson .... ye ke?

Ini hanya lah lakaran artis wajah Michael Jackson, jika dia tidak membuat pembedahan plastik.
Menarik .... berita nya di SINI

Mana satu aku punya ... huhuhu

Berikut adalah benda benda menarik di dalam Bajet 2009 yang di bentang oleh PM. Antara yang menarik pada mereka mereka yang mempunyai kepentingan .. tapi,

  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. - Bill aku sejak setahun yang lepas RM280 purata sebulan.
  • Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008. - Aku guna kereta kuasa minyak PETROL
  • Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. - Anak aku dah besar besar
  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik - Aku tak terlibat langsung
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan. - Aku bukan polis
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel - Aku bukan Lembaga Pengarah SCOMI
Semuanya tak der kaitan ngan aku? Cheeeeetttt !!!!

Untung BN tenggelam, Untung UMNO pun tenggelam

Pemimpin Barisan Nasional memang dah tahu siapa MP Sabah yang akan melompat parti. Bukti nya Klik SINI.
Cuma lompat atau tidak, terserah kepada yang punya diri. Yang lemah akan jatuh kalah pada kuasa duit.

Tapi hari ini, 10 MP Sarawak pula bertemu Anwar. Rujuk SINI. Tarikh lompat parti mungkin jadi realiti. Kita berharap ... BN berdebar.

Di Terengganu pula, di beritakan terdapat 2 adun atau MP yang akan bersama. Rujuk SINI.

Sekiranya tiada apa yang berlaku pada 19 Sept, MP dan Adun cuma ada 4 tahun untuk bebas bermewah mewah dan memegang kuasa. Selepas itu, hidup mereka terumbang ambing di lambung ombak. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam.

Permatang pauh bukan lah satu pilihanraya kecil yang biasa. Ia membuktikan bahawa rakyat sudah muak dengan UMNO dan BN. Maka ... sekiranya MP BN tidak melompat, sudah pasti mereka akan kecundang pada pilihanraya ke 13. Rakyat akan tolak .... tiada kompromi.

Mahu memperjudikan nasib? Mereka sekarang ada dua pilihan ... masih mahu bersama BN atau melompat parti?

Yang penting ... dada Pemimpin BN dah makin berkocak. Sebelum ditolak ... baik melompat.

Beli kenderaan tempatan ... bagus !!!

http://www.imagecows.com/uploads/9761-Proton-GEN-2-Persona.jpg

Proton berjaya mengeluarkan sendiri rekabentuk kenderaannya sendiri. Hebat ... kos R&D menjangkau berjuta juta ringgit.
Dulu .... bila cerita tentang Proton, orang akan katakan Proton ciplak mitsubishi. Tapi sekarang Proton dah pandai berdikari.
Untuk mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam Gen 2, KLIK DI SINI
Dan berikut adalah model kereta yang sama. Bukan pandu uji, tapi realiti.



Klik SINI untuk berita

Bukan aku nak menakut nakutkan sesiapa tapi pengeluar kenderaan kena berhati hati mengeluarkan model kenderaan mereka kerana di dalam mengejar rekabentuk yang canggih canggih ... keselamatan pemandu perlu di ambil berat. Jangan belanja berjuta juta semata mata untuk mengubah kenderaan menjadi keranda.

Avril Lavigne di Wilayah ... apa kata Mufti?

http://img80.imageshack.us/img80/177/avrillavigne221001ji1.jpg

Aku tak berani nak keluarkan fatwa atas konsert Avril di Malaysia sebab mengeluarkan FATWA bukan kerja Radenjowo. Kerja aku cuma larang anak bini gi tonton. Kalau aku dapat tau anak ngan bini gua pergi ... gua sekeh kepala sekor sekor.

Tapi Mufti tak kan tak berdecit walau sedikit. Oleh itu berikut adalah surat rasmi dari Radenjowo kepada Mufti Wilayah , Wan Zahidi bin Wan Teh... yang sebelum ini dah kritik isu Ramlang yang kononnya berpolitik di Permatang Pauh.

Hello Bro !!!

Takkan senyap jer bro. Gua kat sini tunggu lu punya kenyataan. Kalau haram kata haram, kalau tak, kata tak. Kitorang bukan tak tau pasal Halal Haram, tapi jangan lah pulak kerana kerajaan benarkan konsert, lu pun tutup mulut..Sekurang kurangnya bagi la nasihat kat umat umat yang sewaktu dengan kita.

Gua harap lu tunjuk lah taring lu sikit .. biar kerajaan tau, diorang buat kerja salah.

Tapi mana tau kalau lu kata konsert tu 'halal' .... gua antar bini gua balik kampung dan hari ni gua beli tiket.

Kirim salam sama keluarga lu bro.

Salam bro.
Radenjowo

Cepat lompat parti .... wa cakap !!!

Semua orang bertanya tanya ... tak buat kerja, asyik pasang mata kat komputer tunggu berita kalau kalau ada adegan lompat parti berlaku. Kita selongkar sikit cerita dalam buletin,

buletin | ...Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abd Muttalib Embong mencadangkan agar PAS, PKR dan DAP berbincang dengan lebih serius mengenai perkara tersebut demi kebaikan ketiga-tiga parti itu dan lima negeri naungannya.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat bagi membolehkan setiap keputusan atau apa juga tindakan yang diambil oleh PR selepas ini dapat diselaraskan di semua negeri yang diperintah pembangkang agar keliha-tan lebih selari.

Justeru, cadangan Wan Muttalib tersebut telah mula kelihatan dengan pertemuan pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang Tingkat 14, Bangunan Parlimen semalam ini.

Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Anwar telah dihadiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pertemuan tersebut menegaskan kembali pendirian parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan semangat kerjasama masing-masing.... selanjutnya.
Aku letih nak layan karenah UMNO yang bodoh tak habis habis .... buat orang sakit jiwa.

Kita semua nak buat kerja. Kalau masih ada UMNO, menyusahkan kita, menyakitkan mata dan membuangkan masa.

Nak sambut raya tepung pun habis


Pelik ... kerajaan mungkin kehilangan mata. Gaji buta atau tak tau nak buat kerja. Setiap kali nak menyambut bulan puasa dan kemudian raya ... umat Islam Malaysia wajib terima keadaan sebegini.

baca SINI

Kalau tak tau nak buat kerja. kenapa masih menebeng kan diri di dalam kerajaan?

Imam Masjid Wilayah bakal di pecat?

Suarakeadilan | Dari maklumat yang layak dipercayai, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi, yang mendedahkan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari Mohd Azlan dipercayai telah di beri cuti oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sumber kami juga mempercayai beliau akan di pecat oleh Jawi setelah kembali berkhidmat kelak.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang dikatakan telah menjadi saksi sumpah kepada Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Suara Keadilan Online, 25 Ogos lalu secara eksklusif mendedahkan bahawa seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Posting terkini

Blog Archive