KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label BN Barang naik. Show all posts
Showing posts with label BN Barang naik. Show all posts

Nov 19, 2008

PLUS cuba bodohkan rakyat

Wakakakak ... ku petik bintang bintang ... opsss . Bukan bintang tapi berita...bukan petik tapi cilok.

Lanjutan pengurangan caj dari PLUS ... di SINI.
Rakyat kini sedar permainan bodoh PLUS. Dia ingat pandai .... ni komen dari rakyat. Melalui media barua BN ... wakakak

Orang ramai menyifatkan tawaran diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi sebagai tidak praktikal.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap langkah PLUS itu tidak memberi kesan kepada keseluruhan pengguna.

Seorang pekerja swasta, Zulkifli Razali, 39, berkata, sekiranya PLUS benar-benar ingin menurunkan kadar tol, ia tidak sewajarnya untuk waktu tertentu sahaja.

''Saya rasa apa yang dilakukan oleh PLUS ini agak pelik. Kalau hendak turun bayaran tol, turunkan terus, tak payah kira siang atau malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PLUS hari ini mengumumkan semua pengguna kenderaan ringan yang melalui lebuh raya PLUS antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati 10 peratus diskaun tol.... selanjutnya.
PLUS bukan turunkan caj, tapi promosi perkhidmatan. Benda ni orang dah lama buat.
Wakakakak ... macam yang CELCOM dan MAXIS pun dah pernah buat.
Caj rendah panggilan waktu malam. Wakakakakka

Nov 18, 2008

10pc toll discount for midnight travel?

malaysiainsider | More good news for motorists. A 10 per cent discount on toll for passenger car owners will be offered for travel on the North South Expressway and North-South Expressway Central Link between midnight and 7am.

An additional 10 per cent discount will also be offered for travel during the same time period during festive seasons, said PLUS and the Works Department at a joint press conference today.

The additional discount, over a six-day period, will be offered during Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Deepavali and Christmas.

The discount will take effect from Jan 1 and end in Dec 31, 2010.
Wakakakakka .... siang tidur, malam jadi, jadi musang ... wakakakakak

Nov 15, 2008

Tambang bas naik 100%?

But bus operators want a staggering 100 per cent increase in bus fares.

Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA) president Datuk Mohd Ashfar Ali said they were willing to settle for a 70 per cent increase "if the government fulfils our conditions".

The conditions include slashing the price of subsidised diesel from RM1.43 per litre to RM1, fixing quotas of a maximum of 6,000 litres per month for stage buses and 9,000 litres for express buses monthly, and giving a monthly subsidy for stage buses that cover social and rural routes.... selanjutnya.
Tambang bas satu hal ... TOLL pulak bila nak turun?

Nov 2, 2008

Kerjasama rakyat pastikan harga barang turun

''Kerajaan perlu mendapat kerjasama rakyat terutama persatuan pengguna, ini adalah penting sebab bila harga minyak rendah, tidak ada sebab mengapa harga barang masih seperti waktu harga minyak tinggi.

''Peniaga perlu mengambil tindakan mengurangkan harga barang, kalau tidak mendadak, boleh secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di sini hari ini. ... selanjutnya.
Pandai ... memang pandai. Mana sekolah dulu. Masa naikkan barang, tak ingat rakyat. Bila susah nak turunkan .. suruh rakyat kerjasama.

Sama la cerita pasal Bedah, anak dara Pak Leman. Dia diusung kesana kemari oleh Karim anak penghulu. Bedah ni bukan la lawa sangat, tapi body tu memang la solid molid. Jongkit sana, jonkit sini. Karim pun bukan main temeng lagi. Preeettt ke sana preeetttt ke sini.

Tiba tiba orang kampung dapat tau dia mengandung ...Takkan la satu kampung kena tanggung jawab. Berani buat berani tanggung la.

Ada akai pakai
Ada otak jangan simpan dalam kotak.

Oct 17, 2008

'Arang batu' jadi alasan TNB tak mahu turun tarif

Bukan tentang minyak tapi tentang arang batu yang ...

Tenaga Nasional Bhd (TNB) says it cannot reduce the electricity tariff as coal price, which accounts for 60 percent of its power generating cost, has remained above US$75 per metric tonne.
The tariff hike on July 1 was based on the US$75 price.

Its president and chief executive officer, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh said 60 percent of power was generated from its gas power plant and 30 percent coal, but in terms of cost, coal took up 60 percent and gas 40 percent. - NST
berita ini di perolehi dulu
Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.

‘‘Harga gas yang digunakan oleh TNB pada masa ini tidak mencerminkan harga sebenar komoditi itu di pasaran dan pengguna elektrik tidak boleh lagi mengharapkan kadar tarif dikekalkan,’’ katanya. - NCCC.org
Namun begitu, TNB masih catit keuntungan berbillion ringgit dengan hasil kutipan dari rakyat, seperti yang dinyatakan berikut,
“A 10 percent increase in coal price would mean six percent increase in fuel cost,” he told reporters after announcing TNB’s financial performance here today. Its pre-tax profit for the year ended Aug 31, 2008 declined by RM1.74 billion to RM3.02 billion compared with RM4.7 billion previously. - NST
Hahaha ... masih rakyat yang kena. Kurang untung tapi masih kaut berbillion.

Aug 29, 2008

Nak sambut raya tepung pun habis


Pelik ... kerajaan mungkin kehilangan mata. Gaji buta atau tak tau nak buat kerja. Setiap kali nak menyambut bulan puasa dan kemudian raya ... umat Islam Malaysia wajib terima keadaan sebegini.

baca SINI

Kalau tak tau nak buat kerja. kenapa masih menebeng kan diri di dalam kerajaan?

Jun 27, 2008

Air pulak naik?

Ucapan awal - CELAKA KAU BN !!!

Baru sebulan Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma sebanyak 20 liter kepada rakyatnya, kini sudah ada usaha Syabas untuk menaikkan caj air sehingga 40%.

Syabas to seek 40% increase in water tariffs next year
Star - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) will be forced to seek a 30 to 40% increase in water tariffs for next year because the state's water producers are feeling the pinch due to rising costs.

Puncak Niaga Sdn Bhd (which partly owns Syabas) executive chairman Tan Sri Rozali Ismail said the price hike of chemicals and other materials, and the potential rise in electricity tariffs weren't helping much.

He said the recent increase in prices of household goods also meant that the companies involved would have to raise salaries, which would add to the rising costs.

“The increase is too high for the water producers or Puncak Niaga to absorb,'' said Rozali. “And, we will have to pass back some of it to the consumers,'' he told reporters after the Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya Water Association’s annual general meeting.... selanjutnya.
Syabas tidak merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan harga caj air, tetapi merujuk kepada kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi untuk bertindak. Kenapa rakyat lagi yang masih menjadi mangsa?

Semuanya salah Kerajaan Pusat .... kerana
  1. Menaikkan harga bahan api secara tergesa gesa dengan peningkatan yang tidak munasabah.
  2. Gagal menangani masalah kenaikan harga barangan dan banyak kenaikan di benarkan oleh kerajaan.
  3. Gagal menaik tarafakan kehidupan rakyat setara dengan kos kehidupan sekarang.
  4. Pembaziran beratus billion ringgit sejak memerintah dan gagal memanafaatkan bajet sebegitu besar.
  5. Gagal menangani masalah rasuah, menjadi penyebab kepada pembaziran sebanyak itu.
Dan apa sahaja yang berlaku sekarang .... tudingkan jari aku kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana sejak dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat. SYABAS pula adalah penyumbang besar kepada masalah kesusahan rakyat Selangor. Maka ... apa yang aku nak buat ? - 'Peace Walk' menuju Sogo anjuran Geramm, esok jam 3.00 petang

Jun 24, 2008

Berbaloi undi BN

Radenjowo
Hari ni aku sedikit waras. Tapi aku mulakan dengan mukaddimah ... "CELAKA PUNYA BN !!!" .... Alhamdullillah, lega rasanya.

Itu dah kira waras kerana jika tidak, mungkin lebih teruk dari itu.

AKu nak cerita tentang kemungkinan beras ST15 naik harga. Korang pergi ke pasar atau kedai, korang takkan lihat beras ST15 dijual. Korang tau kenapa? Rujuk berita ini - Beras ST15 masih tiada di pasaran, 70% rakyat makin miskin

Beras ini adalah beras yang kualitinya rendah. 15% dari kandungannya di campur dengan beras hancur. Dikatakan semenjak beras naik harga, peratus permintaan telah melonjak kepada 50% sehingga 70%. Kalau dah tak der duit, beras ini menjadi pilihan. Option kepada jenis beras yang ada. Kalau sekampit 10kilo beras ST5 dijual setinggi RM32, mungkin beras ST15 ni dijual dengan harga jauh lebih rendah, sekitar RM20.00.

Maka petang ni ada pula berita yang lewat munculnya. Harga beras ST15 naik? - utusan Meloya.

Baca lapuran lanjut ....

Kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa membenarkan kenaikan harga beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sebagaimana diminta pemborong dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, perkara itu masih dalam rundingan dengan pihak pemborong beras.

``Ia antara cadangan yang dikemukakan pemborong dalam rundingan kedua-dua pihak sebelum ini kerana mereka kurang berminat menjual beras ST15,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Katanya, jurang harga yang terlalu tinggi menyebabkan bekalan beras ST15 mengalami kekurangan sehingga mencetuskan kerisauan rakyat.

``Terdapat pemborong merungut mereka jual beras 10 peratus hancur tidak untung dan sebab itu kita tengah berunding untuk melihat cara terbaik bagi mengatasi masalah itu,” katanya.

Harga semasa bagi sekilogram beras jenis ST15 yang merupakan barang kawalan ialah RM1.80 manakala beras 10 peratus hancur pula RM2.70 sekilogram....selanjutnya
Korang baca alasan menaikkan harga tu....aku ulang sekali lagi...
"ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi."
Kalau dah Beras ST15 pun turut naik, maka tiadalah beras yang murah lagi akan dijual. Melainkan korang kutip padi, anginkan, di jemur, tumbuk dan di tampi untuk dapatkan beras. Tak payah pegi kilang untuk proses. Jika tidak, anda terpaksa mencari alternatif lain yang disaran oleh kerajaan. Samaada untuk memjadikan kentang dan keledek untuk jadi makan ruji anda yang baru. Merujuk kepada harga dan stok keledek dan ubi yang ada sekarang, aku rasa korang lebih baik makan pasir atau rumput di rebus dengan asam jawa. Kalau nak rasa lain sikit, korang campurkan dengan asam keping dan di toskan sebelum korang rebus.

Pada mereka yang gemar menyimpan barangan lama, elok lah korang 'framekan' beras untuk ditunjukkan kepada cucu cucu kalian 10 tahun akan datang. Beritahu pada mereka nanti, "ini lah beras yang kita pernah makan satu masa dulu".

Aku cuba untuk sabarkan hati bila menerima berita kenaikan harga barangan. Tapi sememang nya aku tak mampu. Sejak dua menjak ni, hati semakin membara, maruah rasanya sudah hilang, kesabaran sudah terbang. Rasa nak mencarut sepanjang masa. Minta maaf kepada pembaca kerana bahasa kurang elok kerana akhir akhir ini kerana kesengsaraan merosakkan akal fikiran.

Tahniah lah kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional kerana jasa anda sekelian membuatkan bukan aku sorang yang sengsara, malah ramai lagi. Semuga tuhan buka lah hati korang dan menilai bahawasanya Barisan Nasional adalah parti BArang Naik. Korang dah kena batang hidung, anak makan pasir, baru tahu kenapa kita harus tolak parti pemalas, lembab dan tidak kreatif menangani masalah rakyat seperti ini.

Jun 23, 2008

24% miskin jika PGK RM1,500

http://i34.photobucket.com/albums/d104/inbounds_mist/20070402-1.jpgParas Garis Kemiskinan (PGK) negara sekarang akan dikemaskini dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz hari ini.

PGK yang diguna pakai kini belum mengambil kira kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini, tambahnya.

"Kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh negara pada masa ini akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah.

"PGK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa," katanya, menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat. - Malaysiakini
Aku nak mencarut - Kerajaan cukup takut nak naikkan PGK kepada satu paras yang lebih tinggi. Alasannya kenaikan itu akan menaikkan jumlah makhluk miskin kat negara kepada 24.3%. Bila naik peratus kemiskinan, kerajaan Malaysia akan tergolong diantara kerajaan yang gagal dan bodoh. Yang si bahalol tu naikkan harga minyak dalam masa sehari tak per, nak naikkan paras garis kemiskinan dok berbalah balah .... apa ke binatang diorang ni?

Jun 19, 2008

Syarikat Telekomunikasi pun dah jadi CILAKA

Petikan di bawah di perolehi di dalam Tranungkite ...

"Baru dapat mesej dari Celcom tadi:-
"Dear valued customer, please be informed that effective 5/6/08, all calls made to 1 300 & 1 800 numbers will be charged 30sen/min. Thank you"

Persoalannya, apsal pengguna kena bayar untuk panggilan Toll Free? Tak paham la aku dengan celcom ni... mangkuk hayun betul!!! - tranungkite
Dan ini pula perubahan di lakukan oleh Maxis
Harap maklum, sah dari 22 Jun waktu luar jangka Activ 10 hari AHad akan di tukarkan ke 12tgh mlm - 10pagi dr 12tgh-5ptg. Kadar panggilan Activ10 tidak berubah.
Nampaknya syarikat telekomunikasi pun dah mula nak menekan pengguna penggunanya .... Ini semua berpunca dari kenaikan harga minyak. Cehhhhh !!! Semuanya dah jadi cilaka berpunca dari satu cilaka.

Mana pegi mampusnya persatuan pengguna dan kementerian bertanggung jawab. Dah jadi macam patung jugak ke? Kekadang tekanan lebih lebih boleh jadi manusia tak siuman... Memang celaka.

Jun 12, 2008

MP Pakatan Rakyat bantah kenaikan caj letak kereta

harakahdaily - [...] Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebulat suara membantah dan menbidas atas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar caj kenderaan di sekitar ibu kota mulai Isnin ini.

Menurut dalam kenyataan bersama mereka kepada Harakahdaily, langkah yang diambil oleh DBKL itu amatlah mengecewakan.

"Kami selaku Ahli Parlimen mewakili rakyat di seluruh Kuala Lumpur berasa amat kecewa dengan tindakan DBKL menaikan kadar caj tempat letak kereta di pusat bandar sehingga mencecah 35 peratus dari 60 sen kepada 80 sen yang akan berkuatkuasa Isnin hadapan,"jelas mereka.

Tambah mereka lagi, tindakan ini umpama menangguk di air keruh dan menambahkan lagi beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 78sen hingga RM1 minggu lalu.

"Kami tidak menolak langkah proaktif DBKL bagi menukarkan sistem kutip caj tempat letak kereta yang lama kepada Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE).

"Walau bagaimanapun kami berharap agar DBKL mengkaji semula kenaikan ini yang didakwa berpunca dari perubahan sistem yang ada,"tambah mereka lagi.... selanjutnya.

"Yang miskin, papa kedana..."



MESTI BACA !!!
klpos - [...] PENJAJA turut dihimpit kegawatan ekonomi berikutan tiada pelanggan yang datang membeli.

Pendapatan Rashidah berdasarkan kerja hari. Rashidah yang juga menghadapi masalah kurang pendengaran memahami perbualan menerusi pergerakan bibir.

Ibu kepada tiga anak ini menjelaskan, dia terpaksa ke pasar yang lebih jauh dari rumahnya untuk mendapatkan kuantiti barang yang lebih walaupun berbelanja pada harga sama.

Katanya, mendiami di rumah pangsa menyukarkannya untuk bercucuk tanam. Namun, atas desakan hidup dia meminta jasa baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menanam serai di satu kawasan tanah yang terbiar.

Suaminya, Zainudin Yusof, 42, seorang pengawal keselamatan yang bekerja di Ampang mengehadkan perbelanjaan hariannya sebanyak RM6 sehari. Walaupun tidak cukup dia terpaksa juga lalui kerana tidak memiliki kenderaan dan perlu menaiki bas ke tempat kerja....selanjutnya.

Parking di KL naik RM0.20 sen

Apa kaitan parking kenderaan dengan minyak. DBKL memang cari pasal. Betul sangatlah dengan tajuk Harakahdaily ni ....

Setelah PM, kini DBKL pula 'tikam rakyat'
Nampaknya bukan sahaja pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tempohari telah 'menikam rakyat' secara berdepan dengan pengumuman kenaikan harga minyak, tetapi semalam Dewan Bendaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menambahkan luka tikaman dengan menaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus.


Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab Hakim Borhan pihak DBKL akan melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

"Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.

Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.

Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum. - harakahdaily
Apa kata menteri .... tak kan tak bersuara kot. Parking, minyak, gula, beras ....semuanya dah naik harga. Woiii !!! korang semua dah pakat nak bunuh orang ke?

Jun 10, 2008

Naik ... jangan tak naik

Many hawkers here raised their prices earlier this year when the cost of flour, rice and other raw ingredients went up. Some said they have yet to increase their prices after last week's fuel price hike, as most of their customers were from the working class and could not afford any drastic increase.

The Star - A sign of costly times:A hawker with a sign showing that his prices had been raised on June 1, days before the fuel price hike was announced. With transport firms planning to raise charges and with electricty tariffs set to go up, the price of hawker food looks set to go up again soon. For now, though, most hawkers are holding out without raising prices.... selanjutnya.

No2umnO - Sebelum keadaan menjadi hiruk pikuk, baik kita protes. Kalau duduk kat rumah, hidup kita punah.

Jun 5, 2008

PR Tolong Rakyat BN Rompak Rakyat

marhaendaily - Tak dapat digambarkan rasa marah dan kecewa aku kepada “kera”jaan BN Pak Lah di atas keputusan tidak bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan tarif elektrik hingga ke paras yang sangat “berbahaya”. Tak pernah aku lihat di dalam sejarah, kerajaan yang begitu tidak bermoral dan beretika di dalam menanggani masaalah rakyat dengan menambahbeban lagi kehidupan yang telah pun amat sengsara di kala negara mendapat untung besar daripada hasil jualan minyak. Apakah segala hasil mahsul negara ini hanya untuk ditelan oleh anak pinak mereka semata sedangkan rakyat terbanyak dipaksa terus menerus menderita beban kenaikan kos kehidupan? Bayangkan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik yang sebegini dahsyat, apa akan berlaku dengan harga barangan keperluan lain? Takkan nak “ubah cara hidup lagi !!!!”.

Pak Lah sekali lagi mengesahkan bahawa ia tidak layak lagi menjadi PM Malaysia. Pak Lah adalah seorang manusia yang bertopengkan binatang, yang kejam kepada rakyat. Ia sebenarnya tidak pernah memikirkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Apa yang ditunjukkan muka sardinnya selama ini hanyalah sandiwara bertujuan mengabui mata rakyat. Jikalau betul Pak Lah prihatin kepada rakyat, masakan setiap kali berhadapan dengan masaalah ekonomi ia akan merompak duit rakyat? Dan saya minta si katak Ezam tolong pi selesaikan isu besar yang melanda rakyat ini jika benar kamu seorang wira rakyat marhaen. Padan muka si Ezam kerana Pak Lah tunggu dia masuk UMNO baru dinaikkan harga minyak dan elektrik.

Mungkinkah apa yang dibuat oleh Pak Lah ini memang bertujuan untuk meresahkan rakyat? Apabila rakyat dah marah, maka ramai yang akan memberontak dan ia mempunyai alasan kukuh untuk melaksanakan agenda “jahat anti demokrasinya”. Bukankan nyawa Pak Lah umpama telur di hujung tanduk aje sekarang? Pak Lah mungkin berpandangan bahawa ia tidak dapat bertahan lama dalam keadaan yang ada pada hari ini, yang mana ia diasak dari semua penjuru di dalam dan di luar parti. Pada pandangan saya kita semua perlu berhati-hati. Jangan bagi ruang kepada puak-puak h***mj***h ini mengambil kesempatan menangguk ikan di air keruh. Mari bersama-sama kita hadapi krisis ini dengan tenang dan berhikmah kerana nyawa BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan aje lagi!... selanjutnya.

May 12, 2008

Harga naik: Warga kota tertekan

utusmeloya - [...] Mereka merintih kerana perbelanjaan keluarga kian bertambah dan pendapatan masing-masing terjejas ekoran kenaikan harga bahan makanan ruji tersebut.

Suri rumah, Anita Ahmad, 43, berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli beras pada harga yang mahal di kedai-kedai.

Katanya, adalah satu perkara mustahil sekiranya beliau sekeluarga beralih kepada makanan alternatif seperti roti dan ubi mahupun bijirin kerana nasi adalah makanan ruji mereka sekeluarga.

"Keperluan makan nasi kami sekeluarga masih sama seperti dulu dan ia sukar ditinggalkan.

"Saya yakin keperluan itu menjadi faktor yang mendorong golongan tertentu untuk menyorok beras sehingga harganya melambung naik," kata Anita kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 11, 2008

GAJI TAK CUKUP BUAT BELANJA

ishakismail - 0hb Mei 2008, banyak sungguh cerita hari ne dari kisah politik UMNO yang makin kurus sakit kena buatan sendiri, cerita penyangak masuk kampung kawin anak dara bawak KL jual jadi pelacur, cerita orang masuk penjara mula kata tak nak jamin pas tu keluar kata kena ugut, ada cerita bai tua takut orang melayu naik antu macam-macam cerita lagi la.. beli surat kabar baca.

Selak-selak tak ada pulak cerita harga barang yang dok tengah gila, masa mula-mula dapat cahaya 13 tahun dulu harga 3 kilo susu baru RM 25 sekarang dah dekat RM 40, kalau makan gaji mula kerja kata 1200 sepuluh tahun kerja gaji naik tak sampai RM 1000 lepas sepuluh tahun kerja kata lah gaji RM 2500 cukup ke belanja dizaman yang tengah mengila ne. Di negara kita ne lah sapa lah agaknya yang berkuasa menjaga hal-hal harga barang ne.Ada kementerian ntah apa bende kerja pun tak tahu. Pasal harga barang naik ne sampai mati pun tak boleh kawal, jangan salah kan peruncit depa berniaga, bila berniaga pasti nak untung sikit tapi apa kena mengena pemegang AP dan orang tengah yang boleh gasak untung banyak2.

Semalam depa dah mengaku ada inflasi mintak kawal belanja, kawal apa dapat je gaji terus abis nak kawal apa punya la bengap. Nak belanja pun dah tak ada tinggal nak kawal, mau tak mau tenyeh kad utang tambah utang. Depa kerja lain tak tau nak salahkan rakyat boros, depa yang gila meroyan dengan dunia pasal tu lah jadi macam ne. Cubalah bukak minda sikit kalau barang kurang pemintaan banyak harga naik la, cuba barang banyak mesti harga pun berpatutan. Jadi pikirlah sendiri sistem kawalan import hampa tu boleh pakai lagi ke, sampai nak bawa masuk sayur pun kena AP apa cerita.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 5, 2008

Naik harga, kontraktor Kelas F tertekan

Utusanloya - (...) Hampir 40,000 kontraktor Kelas F seluruh negara kini menghadapi tekanan berikutan kenaikan harga bahan binaan termasuk besi dan keluli.

Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur (PerkobF KL) menyifatkan kenaikan harga bahan binaan itu sungguh 'melampau' dan perlu ditangani segera.

Yang Dipertuanya, Ahmad Awang berkata, pihaknya risau masalah itu akan memberi tekanan kepada kontraktor dalam menyiapkan sesebuah projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ahli-ahlinya tidak mengalah dan sanggup mengharungi cabaran itu serta menyiapkan segala projek yang diberikan kepada mereka.

''Sebagai contoh, sebuah beg simen seberat 50 kilogram dijual pada harga RM14 kepada kami oleh pihak pembekal. Ini sungguh tidak wajar kerana harga beg simen itu sebenarnya ialah RM10 sahaja.

''Walaupun kami membeli simen di antara 10 hingga 20 beg sahaja tetapi kita perlu melihat kepada kos-kos lain seperti pembelian besi dan pasir. Kedua-dua bahan ini juga turut mengalami kenaikan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.more...

May 4, 2008

CONTROL, UNDER CONTROL and LOST CONTROL

http://www.grantandstone.co.uk/building/cement/cement.jpg

Can anybody tell me what are the different between, CONTROL, UNDER CONTROL and LOST CONTROL ?.... refer to the following news.

Government considers price control for cement and steel bars
The Government may come up with a mechanism to ensure that steel bars and cement are supplied to contractors at a reasonable price due to the rising cost of construction materials, said Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed.

Will it be similar as RICE CONTROL?

Sekampit lima kilogram meningkat RM16

bernama
PULAU PINANG 3 Mei - Kemelut harga beras mula dirasai oleh penduduk negeri ini apabila harga jualannya meningkat sehingga 21 peratus daripada RM12.50 untuk lima kilogram kepada RM16.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati, kenaikan itu kebanyakannya melibatkan beras super tempatan walaupun kerajaan cuba mengawal harga bahan tersebut.

Seorang peruncit, Shidi Shariff berkata, dia tidak ada cara lain selain menaikkan harga beras kerana terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan bekalan mencukupi.

''Baru beberapa hari lepas, saya bayar RM12.50 untuk sekampit beras lima kilogram ketika membelinya di kilang tetapi sekarang sudah naik RM15. Oleh itu saya terpaksa jual pada RM16 untuk mendapat untung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peruncit, Thoo Chin Yeang, 74, berkata, walaupun harga beras tinggi namun dia tidak menaikkan harga bagi stok lama yang belum habis.

''Walaupun harga sekarang sudah sampai RM16 tapi saya masih jual RM14 sebab ini stok lama walaupun jenama sama tetapi untuk stok baru, saya akan jual mengikut harga pasaran," jelasnya. more...

Posting terkini

Blog Archive