KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 4, 2008

Sekampit lima kilogram meningkat RM16

bernama
PULAU PINANG 3 Mei - Kemelut harga beras mula dirasai oleh penduduk negeri ini apabila harga jualannya meningkat sehingga 21 peratus daripada RM12.50 untuk lima kilogram kepada RM16.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati, kenaikan itu kebanyakannya melibatkan beras super tempatan walaupun kerajaan cuba mengawal harga bahan tersebut.

Seorang peruncit, Shidi Shariff berkata, dia tidak ada cara lain selain menaikkan harga beras kerana terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan bekalan mencukupi.

''Baru beberapa hari lepas, saya bayar RM12.50 untuk sekampit beras lima kilogram ketika membelinya di kilang tetapi sekarang sudah naik RM15. Oleh itu saya terpaksa jual pada RM16 untuk mendapat untung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peruncit, Thoo Chin Yeang, 74, berkata, walaupun harga beras tinggi namun dia tidak menaikkan harga bagi stok lama yang belum habis.

''Walaupun harga sekarang sudah sampai RM16 tapi saya masih jual RM14 sebab ini stok lama walaupun jenama sama tetapi untuk stok baru, saya akan jual mengikut harga pasaran," jelasnya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive