KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 4, 2008

Kebebasan Media M'sia di tangga 141 dari 195 negara

harakahdaily - Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun, justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataanya mengenai sambutan hari kebebasan akhbar yang disambut semalam (3 Mei).

Ujar Dr Wan Azizah, kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3 Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Satu badan kajian antarabangsa; 'Freedom House' baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar.

Menurutnya, ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.
Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihan raya ke 12 yang lalu, katanya.

Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk 'Tsunami Politik' lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional, katanya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive