KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

20 meter padu air percuma mulai 1 Jun

khalid ibrahim selangor menteri besar pc 170308 02malaysiakini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman

"Hari ini kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.

"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.

"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya. more...

DIMANA AKU NAK LETAK MUKA?

http://www.tranungkite.net/v7/data/08-maruahtergadai.jpg

Selangor wants to exploit migrant workers?

sloone

Khalid Ibrahim, the newly minted Selangor chief minister wants companies with migrant workers to pay RM9 each so that the money can fund training courses for unemployed persons.

It’s a silly policy, short-sighted and shows lack of human compassion for the workers involved. Khalid cannot just shoot off crap from his mouth as he likes. Suggestions like this involve policy changes. Policies should not be changed according to the whims and fancies of whoever is in power.

First of all, the companies involved are not going to pay this amount from their pocktes. They’ll deduct it from the migrants’ salaries, which is already chicken feed. These employers spend more on food, accesories and health care for their pet dogs and cats, you can be sure.

Khalid, in all his mightiness, as ex-Guthrie CEO or current menteri besar, I am afraid, can’t do a thing to stop towkays and bosses from exploiting their workers further in this way. And what does it say about Selangor, the new and riches Opposition state?

Secondly, what has the migrants got to do with unemployed persons? Why must they be made to pay for our unemployment problems?

The very fact that migrants are at work, though miserably paid, shows that we have job opportunities. But why are they still many, many unemployed people in Malaysia?

It’s not that locals do not want to do the kind of jobs that migrants currently do. Employers prefer migrants because they can be easily exploited, and abused. Everyone makes money when a migrant comes to work in this country. From agents to employers, government official, airline companies, doctors, house owners, everyone! Except the migrant themselves.

And…

It’s not that the migrants have deprived the locals of their jobs, that’s lazy thinking. But its the government policies, employers and agents, who work in cohorts, to make sure they make the most profits, leaving locals with less opportunity for jobs. It’s a vicious cycle, I know. But that’s the reality. more ...

Kami nak tunjuk cara simpan rekod pendatang - MB Selangor

Levi: Selangor punya kuasa mentadbir, kata Khalid
mstar

KUALA LANGAT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor mempunyai "kuasa pentadbiran" untuk mengenakan levi sebanyak RM10 sebulan terhadap majikan untuk setiap pekerja asing yang mereka ambil bekerja.

Mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam semalam bahawa kerajaan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan levi itu, beliau berkata bayaran pembiayaan untuk membawa masuk pekerja asing yang diuruskan oleh agensi-agensi pekerja asing adalah tinggi iaitu antara RM3,000 dan RM4,000 dan, bagi kerajaan Selangor, bayaran itu tidak munasabah.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor merasa "bahana" daripada peningkatan kedatangan pekerja asing yang memberi kesan terhadap kemudahan seperti kesihatan, pendidikan dan jalan raya.

"Kami ingin menunjukkan kepada kerajaan pusat cara menyimpan rekod pendatang haram dengan adanya pembayaran (levi kerajaan negeri).

"Saya akan sediakan sistem maklumat pusat untuk menyimpan rekod mereka yang datang dan kerja di Selangor," katanya. more...

KJ Lagi?

terima kaseh mangchik .....
menarik berita ini .....

Kerajaan Pulau Pinang tunggu laporan BPR berhubung kes seleweng tanah
PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan bertulis daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Pulau Pinang mengenai siasatan terhadap penipuan dan penyelewengan tanah di negeri itu bagi membantu siasatan lanjut oleh kerajaan negeri mengenai perkara itu.selengkapnya

Dan rujuk pada berita berikut , mungkin ada kebenarannya .... SLOONE

My 4th F1 experience

strangelycharming.

i finally got to tag along the husband to my 4th F1 experience.
What's interesting?
Lotsa things but these one catch the scene the most.

Someone hung the PAS flag on the fence. Hmm.

Oh, oh..caught him in the action. Who is he, i wonder?

Ahhh...a familiar face indeed. OMG, OMG..is that MY husband? haha. and more

WHO KILLED NORITTA?



I'M A FREE MAN: Words failed to describe the relief written on the faces of Hanif Basree Abdul Rahman and his mother, Che Norkiah Che Mahani, after the engineer walked out of the Federal Court a free man today when his acquittal on the charge of Noritta Samsuddin was upheld. The five-judge bench unanimously threw out the prosecution’s appeal to set aside the High Court’s decision to free Hanif. more...

240 Blog Pembangkang Diawasi

Kerajaan Pulau Pinang tunggu laporan BPR kes seleweng tanah


bharian

PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan bertulis daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai siasatan terhadap penipuan dan penyelewengan tanah di negeri itu bagi membantu siasatan lanjut oleh kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata beliau sudah dimaklumkan secara ringkas mengenai hasil siasatan kes itu oleh Pengarah BPR Pulau Pinang, Nooraziah Abdul Manap pagi ini dan tidak berpuas hati dengan hasil penemuan siasatan itu.

“Jawatankuasa Khas Penipuan dan Penyelewengan Tanah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin akan memulakan siasatan minggu depan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil kerana ia membabitkan kerugian yang amat besar kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini. more...

CONTOH UMNO LIDAH BERCABANG

Semua 23 Adun BN sokong Ahmad

malaysiakini.com
Kesemu 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu, termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, akur dengan arahan perdana menteri supaya menerima pelantikan wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri yang juga Adun Ajil, berkata mereka menerima pelantikan Ahmad, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar.

Katanya, kesemua Adun terbabit menyatakan sokongan kepada Ahmad di hadapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi. more...

Din Adam nafi Datuk ditarik balik

din adammalaysiakini.com
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Datuk Din Adam menafikan laporan dalam beberapa blog bahawa Istana Terengganu telah menarik balik anugerah Datuk kepadanya.

Dengan nada yang tinggi, bekas exco kerajaan negeri itu berkata: "Saya malas jawab soalan seperti ini."

"Orang tidak beritahu saya. Tiada orang hantar surat kepada isteri saya di rumah."

Din (foto) berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat Umno Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara semalam.

Blog-blog tersebut mendakwa bahawa Din adalah antara tiga pemimpin Umno Terengganu yang telah ditarik balik anugerah Datuk.

Dua lagi pemimpin ialah bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan setiausaha Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Penarikan balik gelaran Datuk itu dipercayai ekoran krisis pelantikan menteri besar Terengganu yang membabitkan Datuk Ahmad Said dan Idris. more...

PM dikhabarkan pengaruhi Idris buat salah - Dr M


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Rakyat Terengganu mengesyaki kesemua kontrak untuk melaksanakan projek-projek di negeri itu diberikan kepada orang tertentu yang mendapat sokongan anggota keluarga Perdana Menteri manakala Perdana Menteri pula dituduh mempengaruhi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh supaya "melakukan kesalahan", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaitkan rasa tidak puas hati tersebut dengan keengganan Sultan Mizan Zainal Abidin menerima perlantikan semula Idris sebagai Menteri Besar seperti yang cuba dipaksakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui pelbagai tindakan orang-orangnya yang disifatkan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras sebagai "kurang ajar".

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "�Kita tunggu arahan daripada presiden (Abdullah). Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden".

Mengulas lanjut mengenai keengganan Sultan Terengganu itu, Dr Mahathir berkata: "Mesti ada sebab mengapa Sultan enggan menerima calon yang dinamakan oleh parti. Tetapi baginda memilih untuk tidak menyatakan sebab-sebabnya dan mendedahkan diri kepada perdebatan umum.

"Baginda hanya menyatakan rasa tidak senang dengan keengganan baginda melakukan apa yang biasanya dilakukan oleh Sultan-Sultan".

Rakyat yang prihatin, katanya, mesti bertanya apakah kesalahan yang dibuat calon Menteri Besar tertentu sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan. more...

Abdullah dan para 'gundik' belajarlah jadi berani

klpos.com
Oleh Mohd Sayuti Omar
Jumaat, 28 Mac 2008

PERPECAHAN dan kerosakan didalam Umno hari ini semakin parah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Jika bangkai ia sudah berbau, kebusukannya sudah memasuki ke bilik tidur orang ramai.

Di mana-mana orang memperkatakan dan memerhati apa yang berlaku dan menimpa Umno pada masa ini.

Sehubungan itu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno dan PM juga turut sama terjejas. Semakin hari kedudukannya semakin lemah dan tercabar.

Apa yang sedang dilakukan oleh ‘gundik-gundik’ beliau dalam Umno nampaknya tidak menjadi.

Kemelut dan perebutan kuasa (jawatan MB) di Terengganu seakan sedang membawa satu bala besar kepada Abdullah. Kredibilitinya tercabar dan kuasa Umno yang diperolehi menerusi demokrasi juga tidak lagi dihormati.

Apa sebab dan kerana apa menyebabkan istana Terengganu tidak bersedia menerima calon MB, Idris Jusoh yang dicadangkan Abdullah itu soal lain.

Yang jelas bahawa beliau sudah tidak dihormati lagi.

Menyedari itu para gundik Abdullah sedang berusaha. Padangan secara peribadi, berkumpulan dan menerusi bahagian Umno dilontar dari segenap penjuru.

Cara ia dibangkitkan seperti ianya dirancang demikian rupa untuk mempertahankan Abdullah.

Begitu pun segala pandangan dan resolusi itu tetap tidak memberi kesenangan dan keselesaian kepada Abdullah.
Dunia melihat beliau makin tercabar dan lemah. more...

Public inquiry into several billions of ringgit of Wang Ehsan “black gold” expenditures in Terengganu


limkitsiang

The constitutional crisis in Terengganu over the appointment of Datuk Ahmad Said as the new Mentri Besar has come to an end with the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi backing off from his original nominee of the former Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

As a result, the front-page article of former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad in The Sun on “Role of rulers in picking mentri besar” has been overtaken by events.

However, Mahathir’s views on two ongoing controversies – Wang Ehsan and the judicial crisis – are very pertinent.

On the Wang Ehsan issue, Mahathir wrote:

Terengganu is blessed with petroleum deposits. It should get 5% of the total earning from oil production. The Federal Government; fearing the previous PAS government might use this money wrongly had withheld payment.

But when the Barisan Nasional (BN) regained Terengganu the money, now called “Wang Ehsan”, was lavishly spent by the Federal Government on Terengganu. It is not a small sum. Over these years “Wang Ehsan” totalled several billion.
- more...

SHAHIDAN NAK JADI BLOGGER

agendadaily

Apa khabar Datuk Seri Shahidan Kassim setelah ‘ menggangur’?.Sewaktu bersua sejenak dengannya di Hotel Seri Pacific Khamis malam tidak lama selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,bekas Menteri Besar Perlis ini nampak ceria macam tak ada hal.“I pun dah tak minat jawatan MB ni lagi,” katanya secara bersahaja kepada Agendadaily. Katanya beliau sedang sibuk buat bersiapan nak bertanding jawatan dalam PERKIM. “ Ini pun jadilah,” katanya sambil tertawa tentang pemilihan jawatan itu yang nak diadakan (esok) Jumaat.Jadi apa buat lagi kerana sudah banyak masa terluang sekarang tak jadi Menteri Besar ?“I nak jadi blogger…tunggu sikit masa lagi siap le laman blog tu,”katanya.Ini terus mengundang reaksi beberapa orang ahli politik lain yang turut berada dalam coffee house hotel berkenaan.Wah...blog pasal apa ni..apa yang nak ditulis?

Dr M speaks up on MB issue


Star
(...) Is it just that the particular Ruler is being difficult, unwilling to accept the principles of democracy, wanting to return to feudalism and the absolute authority of the monarch?

I do not think so. There must be a reason why the Ruler refuses to accept the candidate named by the party. But the Ruler chooses not to reveal the reasons and indulge in public debates. He merely expresses his displeasure by refusing to do what normally the Rulers would do.

Concerned Malaysians must ask what has the particular candidate done which is so wrong that it incurs the displeasure of the Ruler.

There is a lot of talk in the town. Terengganu is blessed with petroleum deposits. It should get 5% of the total earnings from oil production. The Federal Government, fearing the previous PAS Government might use this money wrongly, had withheld payment.

But when the Barisan Nasional regained Terengganu, the money, now called “Wang Ehsan”, was lavishly spent by the Federal Government on Terengganu. It is not a small sum. Over these years “Wang Ehsan” totalled several billions. more...

Pak Lah tidak gentar dicabar ... tapi hujung tahun?


KUALA LUMPUR: "Saya sedia menerima cabaran. Saya tidak akan melarikan diri," itulah jawapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ditanya sama beliau bersedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti akhir tahun ini.

Menurut beliau, sekiranya ada pihak yang mendapat cukup sokongan untuk mencabarnya bagi jawatan tertinggi Umno itu, beliau bersedia menerima cabaran itu.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno petang Khamis. more...

No2umnO - Kelakar juga orang tua ni ..... dalam kemuncupan penyokong, masih lagi perasan bagus. Berani sungguh, tapi bukan boleh Ogos seperti yang telah dicadang-cadangkan. Haiiiii .... seronok agaknya jadi PM. Semua ada, pesta sepanjang tahun.....

A case of too many too soon?

sun2surf.com
PETALING JAYA (March 27, 2008): A case of too many too soon? According to a report in China Press today, Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) is "troubled" by the big number of Barisan Nasional (BN) component parties' members applying to join the party.

The report said not only are the "defectors" jumping ship, they are also bringing along "recruits", prompting PKR division leaders to raise their guard, as they are worried that they might be inviting trouble and the mass defections turn out to be a bane rather than a boon.

The wind of change that swept the PKR-DAP-PAS coalition to power in Selangor has also threatened to cause a flood of defections in the state.

Sources said in the two weeks since the March 8 general election, some PKR divisions had given out not less than 2,000 membership application forms each.

Most of the applications have been returned to the respective divisions.

The sources pointed out that among those crossing over to the party are current and past branch and division leaders from MCA, Gerakan and MIC.

These grassroots leaders are bringing with them their followers and supporters, raising the concern of some PKR division leaders who are worried that the defectors may eventually pose a threat to their positions in the party. more...

PKFZ proposal can be considered but ...

Sun2surf
KUALA LUMPUR (mARCH 27, 2008): The Transport Ministry can study any proposal by the Selangor government on the Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) but the scope and jurisdiction of the project must be ascertained.

Transport Minister Datuk Ong Tee Keat said: "Anybody can suggest anything. If there is such a proposal, do submit it to the ministry concerned."

"In fact, we are reviewing the project and more details will be disclosed in due time,” he told reporters after the AirAsia X’s agreement signing ceremony with Airbus to buy an additional 10 A330-300 aircraft costing about US$2 billion today.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim told Malaysiakini on Tuesday that the state government was considering the viability of taking over and manage operations at the PKFZ as part of its overall revamp of troubled projects and corporations within the state.

More...

Setinggan sifar tak semestinya teladani tindakan zalim Khir Toyo

 detikdaily.
Setiausaha AMK Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong kenyataan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk Selangor mencapai matlamat setinggan sifar seperti yang disiarkan dalam temubual oleh portal internet Malaysiakini.

Namun Angkatan Muda Keadilan Malaysia kesal dengan kenyataan beberapa pihak yang mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin keADILan akan bertindak dengan cara yang sama seperti tindakan tidak berperikemanusiaan semasa Selangor di bawah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Adalah zalim untuk menganggap bahawa peneroka bandar perlu dibiarkan dalam keadaan mereka sekarang tanpa sebarang usaha untuk mengiktiraf hak dan pegangan mereka secara sah ke atas tanah yang didiami atau ke atas tanah lain yang bersesuaian dengan keperluan kehidupan mereka.
Persoalan pampasan, peluang pekerjaan dan sebagainya perlu diberikan perhatian utama di dalam sebarang usaha pembangunan.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya Dato’ Menteri Besar Selangor akan mencari jalan terbaik yang adil dan manusiawi untuk memastikan para peneroka bandar dapat keluar daripada status ‘setinggan’ mereka. Setiap rakyat Selangor perlu diberi peluang yang adil untuk memiliki hartanah dan pada masa yang sama hak pemilik tanah dihormati dan diberi peluang untuk membangunkan hartanah mereka.

Ini ‘keseimbangan’ yang perlu dicari seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Khalid. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan bertanggungjawab dan penyayang. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat perlu berperanan sebagai warga korporat yang prihatin. Malah sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid telah pernah mengemukakan idea-idea inovatif untuk memastikan rakyat termiskin sekalipun mampu memiliki hartanah, termasuk melalui skim pembiayaan jangka panjang inter-generasi sehingga 60 tahun.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri akan mengemukakan pelan komprehensif untuk mencapai matlamat setinggan sifar yang akan dilaksanakan. Sebarang cadangan dan komen sekarang sudah tentu akan membantu. Namun ia perlu dikemukakan melalui saluran yang betul dan membina.

Pengerusi surau sendiri jadi dalang

Imageharakahdaily
Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.

Perkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.

Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.

Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.

ImageTegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.

"Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, " kata Tahir.

Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut. more...

Abdullah, pemimpin BN biadab - Prowaris

harakahdaily

Perilaku pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tanpa segan silu menunjukkan penentangan kepada Sultan Terengganu adalah satu perilaku yang sangat biadab dan tidak bermaruah sama sekali, kata Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

"Kemelut dan krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu sebagai satu isu yang amat kritikal dan memalukan orang Melayu di seluruh dunia," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataannya.

Tindakan mengugut pihak istana untuk memboikot upacara angkat sumpah Menteri Besar adalah satu perbuatan yang secara terang-terangan cuba menconteng arang, memperlekeh dan menghina institusi di-raja.

"Adalah satu perkara yang sangat mulia jika Datuk Seri Idris (Jusoh) dapat menunjukkan sifat budiman dan kesetiaanya kepada baginda Sultan serta rakyat Terengganu daripada dilihat sebagai seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda peribadi yang tersirat," kata pertubuhan itu lagi.

ProWaris menuntut kesemua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN berkenaan, Idris, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dan seluruh kepimpinan tertinggi BN yang diketuai oleh Abdullah yang telah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung menunjukkan sikap dan peri laku penderhakaan supaya segera memohon menghadap dan seterusnya memohon ampun dan maaf kepada Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. more...

Rakyat Menjunjung Kasih

Rakyat Menjunjung Kasih Tidak Berbelah Bagi Akan Sambut Kepulangan Tuanku
buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/kempenttmampat.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 27 Mac – Semua rakyat Terengganu diseru melapangkan masa menjunjung kasih yang tidak berbelah bagi, bagi menyambut kepulangan Tuanku Mizan, Sultan Terengganu.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah berkata sambutan itu adalah untuk menyatakan sokongan seluruh rakyat jelata, penduduk negeri itu terhadap baginda.

"Kita harap semua rakyat Terengganu yang mempunyai kelapangan supaya sama-sama menyambut kepulangan baginda pada hari berkenaan," katanya ketika sidang media terbuka MAMPAT sempena pelancaran Pelancaran Pengumpulan Tandatangan Sokongan dan Pembahagian Riben Kuning perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (MasjidTerapung) Kuala Ibai, dekat sini.

Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut besar-besaran di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini Sabtu ini.

Bernama didalam laporannya menjangkakan lebih 10,000 penduduk Terengganu dijangka menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka berada di Terengganu bagi menyertai FEI/ISN/EAM-Malaysian Endurance Circuit 2008 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu pada Sabtu ini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/kempenttmampat1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Sementara itu kempen tandatangan sokongan yang dilancarkan oleh MAMPAT telah mendapat sambutan hangat.

Sehingga jam 6.30 petang kelmarin, kira-kira 2,000 orang telah hadir di tapak pelancaran, perkarangan Masjid Terapung bagi menurunkan tandatangan masing-masing.

Sokongan datang dari segenap lapisan masyarakat dan pelbagai latarbelakang.

Beribu-ribu pelekat "Daulat Tuanku" dan riben kuning untuk dilekatkan dan diikat pada kenderaan turut diedarkan kepada orang ramai. selanjut ke sumber: buletinonline

PARTI ANJING SARKAS

http://www.tribuneindia.com/2005/20050409/cth%20(1).jpg

sajak masa aku sekolah tadika dulu

Lompat !!! .... anjing pun lompat
Duduk !!! ..... anjing pun duduk
Pusing !!! .... anjing pun pusing

Serang !!! .... anjing pun serang
Setuju !!! .... anjing pun setuju

Anjing yang garang pun jadi bodoh

Aku bukan anjing ..... siapa ye?

BILA 22 ADUN NAK LETAK JAWATAN?

Selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Rosol dalam sidang media semalam.

Ketika ditemui pemberita pagi ini, beliau memberitahu bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika perlu berbuat demikian.

 Bagaimanapun, apabila pemberita memberitahu mereka tidak boleh bertanding semula jika meletakkan jawatan, Rosol menjawab "tengok dulu".

Sementara itu, kira-kira 300 penyokong Umno Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris sambil membawa kain rentang berbunyi "Kami sokong Datuk Seri Idris".

No2umnO - Orang Jepun kalau kalah tak mahu di tangkap, mereka akan bunuh diri. Kita orang Islam tak payah sampai cam tu, cukup sekadar letak jawatan. Tapi UMNO tak macam tu. Perjuangan Melayu kononnya. Tapi kenang kenang balik tanggung jawab pada anak bini, terpaksa lah sokong perlantikan MB Terengganu. Wak teringin nak tengok muka ROSOL WAHID sekarang. Sebelum ini dia yang petah bercakap, berdiri di depan istana menyerahkan surat bantahan. Ada maruah lagi ke? Kalau aku jadi keluarga ROSOL nihh .... tak keluar ghumah 6 bulan. Malu sesangat.

UMNO MAKHLUK YANG PELIK



TANDA SETIA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh, turut menurunkan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda menyokong keputusan istana mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu, semalam. - Berita Hairan

"Saya yakin dan percaya Perdana Menteri, kepemimpinan parti pada peringkat negeri serta pegawai kerajaan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar yang baru," kata Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata beliau yakin seluruh warga Barisan Nasional (BN) negeri menerima pelantikan Ahmad dan berharap Menteri Besar baru itu mampu melaksanakan harapan rakyat untuk melihat pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan negeri dengan baik.

Kini UMNO sudah pakai topeng lain, Takut digelar UMNO DERHAKA, semua sekarang sudah pandai menyokong, sebelum ini semua menentang. Kalau dah UMNO tu .... sampai bila pun jadi UMNO. Tak der pendirian yang jelas. Meragukan dan mungkin juga diorang anggap Pak Lah tu lebih berkuasa dari SUltan. Kalau Pak lah ok, diorang pun ok. Sebelum ini, berdiri dibelakang PAK LAH !!!

Tu sebab aku tak joint UMNO. Tak mahu jual maruah.

KERAJAAN PUSAT DAN MEDIA SABOTAJ KHALID IBRAHIM

Radenjowo

Jika anda berada di kerusi Menteri besar Selangor, apakah langkah langkah yang bakal anda lakukan? Kalau semua perkara yang hendak dijalankan menerima pelbagai kritikan. Untuk menjaga hati semua pihak, adakah semua perkara ini perlu didiamkan sahaja dan tunggu 4 tahun tanpa sebarang tindakan dan kemudian serahkan semula kerajaan kepada BN? Mungkin itu yang kita mahu?

Tidak perlu fakta untuk memperjelaskan, logik sekadar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

1. Perlantikan EXCO dan Timbalan - Selesai setelah kecoh
2. Air percuma - ditentang oleh Syarikat air Selangor
3. LEVI kepada pekerja asing - ditentang oleh SUARAM dan penduduk N9.
4. Ambil alih PKFZ - tentangan dari kerajaan pusat dan menteri pengangkutan
5. Setinggan Sifar - tentangan dari orang dalam.

Segala tentangan ini di susuli dengan serangan pihak media yang mengkritik dan mengkritik tanpa fakta dan tanpa penerangan terperinci dari pihak Tan Sri Khalid sendiri.

50 tahun kerajaan BN memerintah secara kuku besi. Keputusan yang mereka buat tidak boleh dipertikaikan. Maka, akhirnya semua rakyat sengsara. Ekonomi semakin teruk, jenayah bertambah tambah dan keadaan rakyat terumbang ambing, kekayaan tidak sama rata. Namun mereka berjaya melakukan semua itu atas bantuan media arus perdana termasuk TV 3 yang memperlihatkan semua usaha kerajaan BN itu baik baik belaka.

Kalau dulu kerajaan PAS Kelantan dikritik hebat, sekarang timpuan media dan kerajaan BN sudah beralih ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mungkin sekarang baru TG Nik Aziz tenang dan aman sambil meneruskan usaha memajukan negeri Kelantan.

Isu Perlantikan EXCO dan TMB sudah selesai dan kita tidak perlu sentuh lagi.

Ke Isu Kedua,
Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya .Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu,pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Namun Syarikat syarikat masih berdegil. Melalui perjanjian, Tan Sri Tahu bahawa ada keuntungan diperolehi berlebih lebih. Perjanjian ditanda tangani sehari sebelum pilihanraya. Cukup meragukan. Ada pihak yang bimbang dan ianya ditandatangani sebelum kerajaan bertukar. Selepas itu sebarang perubahan yang bakal di lakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim akan ditentang melalui perundangan dan media bagi mengHALALkan sebarang tindakan yang lepas lepas. Untung berlebihan, itu kata MB dan kepada siapa untung itu diberi? Pasti bukan pada rakyat.

Isu Ketiga
Pekerja asing, ia menjadi punca jenayah meningkat disamping pengurangan peluang pekerjaan. Kerajaan Selangor bercadang mengenakan caj sebanyak RM9 sebulan atau RM100 setahun terhadap kira-kira 1.5 sejuta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor bagi menyelesaikan masalah belia tempatan menganggur di negeri itu. Jumlah yang bakal dikutip adalah RM13.5 juta sebulan. Wang itu akan gunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu.

Dalam pada itu pengaliran wang keluar oleh pendatang asing berlaku tanpa kawalan. Terutama kepada wang yang dibawa sendiri pulang ke negara asal. Berjuta juta wang keluar di dalam tempoh sebulan tanpa disedari. Semua itu tidak didedahkan selama ini. Kita tak perasan kerana ianya berlaku di luar kawalan dan pengetahun kita.

Dalam pada itu, pergi kemana sahaja, wajah pendatang pasti ada. Kalau pendatang dengan IZIN berjumlah jutaan orang, bagaimana dengan yang tanpa izin dan yang mempunyai kad pengenalan palsu? Dan berapa banyakkah pengaliran wang keluar sebenarnya disamping jenayah yang ada tetapi tidak dilapurkan.

Usaha Tan Sri Khalid mengenakan levi untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembangunan negeri dan manafaat kepada rakyat negeri Selangor, tapi ditentang oleh SUARAM dengan alasan ianya bakal membebankan rakyat Selangor. Hakikatnya, Rakyat Selangor tidak terbeban kecuali para TOWKEY TOWKEY yang menggajikan mereka. Dan LEVI tidak dikutip dari majikan tetapi di potong dari gaji pendatang asing. Seperti biasa, media dan NGO nampaknya tidak mendapatkan penjelasan jelas dari pihak MB tentang langkah yang akan diambil.

Kalau mahukan pengagihan sama rata, maka biarkan towkey towkey kurang untung asal rakyat bermanafaat. Tak setuju ke?

Isu Keempat
RM4.6 bilion yang dilaburkan Pusat untuk membangunkan PKFZ. Ianya kini sudah pun siap tetapi pelabur angkat kaki sebelum ianya disiapkan. Tanah berpindah tangan dan peningkatan harga berlaku. Kini kurang aktif dan merugikan. Kerajaan baru cuba untuk memulihkan dengan membawa masuk pelabur. Tetapi kebenaran pusat perlu dilakukan kerana ada campurtangannya disitu.

Tan Sri Khalid mendakwa, syarikat P&O yang berpangkalan di Australia dan dimiliki pihak berkuasa Pelabuhan Dubai berminat untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan PKFZ.

Menteri dan kerajaan pusat berdolak dalik dan memberikan pelbagai alasan. Peningkatan keuntungan melalui pelaburan masuk akan memberi manafaat kepada rakyat Selangor, tetapi ia nya bukan mudah selagi ditentang dan disekat. Kerana pengambil alihan PKFZ mampu memberikan lebih kepercayaan kepada kerajaan baru Selangor di samping membongkar lebih luas salah guna kuasa dan kewangan kerajaan BN. Itu sebab Kerajaan BN berdolak dalik.

Isu kelima
Setinggan Sifar
Dibantah tidak boleh, rupanya diikut pun tidak kena. Meneruskan unjuran setinggan sifar turut menerima kecaman. Bagaimana ia di lakukan, kenyataan dari Tan Sri tidak diperolehi. Kaedahnya, tidak dilapurkan. Adakah ia sekejam dahulu? Rakyat perlu tahu kaedahnya. Kalau setinggan diberikan kemudahan yang lebih baik tanpa dibebankan, maka kenapa ia di bantah. Kecuali kalau setinggan dihalau seperti zaman pemerintahan Khir Toyo dahulu.

Kita seharusnya dapatkan butiran yang jelas sebelum membuat andaian. Jangan cuba untuk melonjak atas keterangan yang diberikan hanya oleh media. Masalah kepada sesetengah kita, pada pilihanraya ke 12, kita undi pembangkang, tapi kita masih dengar berita arus Perdana. Sampai bila kita mahu ditipu? Apa kah sebenarnya yang kita mahu? Biarkan MB duduk relax, cukup tahun letak jawatan? Berikan kelonggaran untuk bertindak, kita lihat hasilnya. Rancangan serupa tapi kaedahnya mungkin berbeza. Kita mahukan keputusan dan perlaksanaannya lebih telus dan bertimbang rasa. Belum apa apa, sudah bantah, ini bukan mahu maju tapi duduk ditakuk yang lama. Tak guna lah demokrasi kalau macam ini.

Malaysia Will Get A New Prime Minister on Friday?

kickdefella
(...) Maybe someone else also is going on leave too. Maybe, but I don’t know. Maybe, I don’t care too.

While 51 of the UMNO’s Supreme Council members led by the rebel leader, Muhyiddin Yasin are throwing shits for four hours on Dollah’s face in PWTC, 51 UMNO’s divisional head gathered at Tengku Razaleigh Hamzah’s house to discuss the final details of some plan about something. All these happen only 19 days after BN lost 4+1+1 state and Federal Territory in Malaysia.

Tomorrow, 28 March 2008. 20,000 people are estimate to gather at Palm Manor, Ku Li’s home in Kota Bharu to hear what Ku Li has to say about any chance of him taking the leading role in kicking Dollah away forever. Global Media Channel will be covering the event.

Well, while we wait and see what going to happen tomorrow, let us enjoy some of the private photos taken in Seri Perdana, Putrajaya. Maybe, Dollah Derhaka and his Anak Beranak also spend some of your money there.

jt-photography-0153.jpg

jt-photography-9850.jpg

Fitnah Desperado Umno: Semoga Mereka Insaf!

anwaribrahimblog


Merujuk fitnah wang Amerika 100 juta, pengaruh yahudi dan lain-lain yang dijaja oleh BTN dan Umno, sila rujuk jawapan terdahulu.

Dato’ Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara telah menjelaskan bagaimana beliau dipaksa memfitnah saya punyai 3 bilion ringgit.

Bagi rakan Umno yang senang dengan tomahan, kita doakan agar mereka insaf.

ANWAR IBRAHIM

Wawancara DSAI dalam theSun

anwaribrahimblog

080327-thesun2008032716-resized.jpg

080327-thesun2008032717-resized.jpg


Kawasan lepak semakin sesak


kosmo.
KUALA LUMPUR - Bilangan warga Bangladesh yang 'bersidai' di tebing Sungai Klang dekat stesen LRT Damai di sini nampaknya kian bertambah.

Jika kelmarin angkanya dianggarkan sekitar 150 orang, semalam bilangannya meningkat kira-kira sekali ganda.

Mereka berkumpul dan bermalam di situ kerana tidak tahan dengan keadaan penempatan sementara di Kajang yang dikatakan terlalu sesak.


SEORANG warga Bangladesh mandi air longkang di bawah stesen LRT Damai sementara rakan-rakannya menunggu giliran masing-masing.

Menurut seorang daripada warga Bangladesh tersebut, Mohammed Muklas, 20, dia bersama lima rakannya menumpang lori untuk kembali semula ke kawasan tepi sungai itu.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! semalam turut mendapati, ramai mula menghidapi demam, cirit-birit dan penyakit gatal-gatal kerana mandi dengan menggunakan air longkang.

Seorang lagi rakannya, Saipon Shukur, 30, berkata, mereka tiada pilihan selain menggunakan air longkang itu.

"Nak beli ubat juga tidak ada duit," katanya dengan menambah, walaupun ada yang simpati dengan menghantar makanan, ia bukan selalu, malah ada yang sudah beberapa hari tidak menjamah nasi.

Penderhaka tidak sepatutnya jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah mengarahkan satu 'perang terbuka' ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya," kata beliau.

Pemuda PAS, katanya, melihat semua bentuk penderhakaan dan kebiadaban Umno Terengganu adalah didorong oleh arahan tersebut.

"Politik derhaka Umno Terengganu mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut ... Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: "�Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden".

Salahuddin berkata, perbuatan biadab dan derhaka 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional kerana mematuhi arahan Abdullah itu kemudiannya mencetuskan perbuatan biadab penyokong mereka. - Harakahdaily

19 helai kain rentang dirampas

Polis negeri menerima 26 laporan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu termasuk yang didakwa menghina institusi raja di negeri ini dalam tempoh lapan hari lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, laporan tersebut melibatkan 19 kegiatan mempamerkan sepanduk tanpa lesen serta memiliki bahan-bahan penerbitan serta pelekat yang berbaur hasutan.

Menurutnya, daripada kesemua laporan itu, empat telah dibuka siasatan dan tiga didapati tidak membabitkan sebarang kesalahan setelah disiasat.

‘‘Hasil daripada laporan tersebut, sejumlah 19 helai kain rentang dirampas dan empat tangkapan telah dilakukan di Jalan Padang Hiliran di sini pada 20 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Supritendan Abdul Manan Alwi yang akan bersara mulai esok, menyerahkan tugas berkenaan kepada penggantinya, Supritendan Abdul Halim Mohd. Ishak. - Utusan Meloya

DOMPOK LETAK JAWATAN?


Letak jawatan: Dompok enggan ulas

KOTA KINABALU 27 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok enggan mengulas khabar angin yang mengatakan beliau juga akan meletak jawatan daripada Kabinet.

‘‘Saya tidak mahu ulas. Itu sahaja komen saya. Khabar angin boleh datang dan pergi tetapi kita begini juga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Desas-desus bertiup kencang mengatakan beliau akan menjejaki langkah Datuk Abdul Ghapur Salleh yang meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, semalam. - Meloya

Posting terkini

Blog Archive