KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

19 helai kain rentang dirampas

Polis negeri menerima 26 laporan berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu termasuk yang didakwa menghina institusi raja di negeri ini dalam tempoh lapan hari lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakub berkata, laporan tersebut melibatkan 19 kegiatan mempamerkan sepanduk tanpa lesen serta memiliki bahan-bahan penerbitan serta pelekat yang berbaur hasutan.

Menurutnya, daripada kesemua laporan itu, empat telah dibuka siasatan dan tiga didapati tidak membabitkan sebarang kesalahan setelah disiasat.

‘‘Hasil daripada laporan tersebut, sejumlah 19 helai kain rentang dirampas dan empat tangkapan telah dilakukan di Jalan Padang Hiliran di sini pada 20 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Supritendan Abdul Manan Alwi yang akan bersara mulai esok, menyerahkan tugas berkenaan kepada penggantinya, Supritendan Abdul Halim Mohd. Ishak. - Utusan Meloya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive