KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 28, 2008

Pengerusi surau sendiri jadi dalang

Imageharakahdaily
Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.

Perkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.

Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.

Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.

ImageTegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.

"Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, " kata Tahir.

Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive