Radenjowo
Kita di kejutkan dengan kenaikan harga minyak .Bila disebut 'dikejutkan' maknanya benda ini berlaku diluar jangkaan. Bukan semua rakyat peka. Kalau menteri kata rakyat boleh berfikir dan menjangka, rasanya UMNO dan BN sendiri pun tak tentu boleh memerintah lagi.
Hakikatnya bukan semua rakyat bisa berfikir dan sehingga kini pun masih ramai tertipu dengan kelentong dan pembohongan kerajaan. Maka berbalahlah rakyat tentang suatu isu. Yang bijak menentang kerajaan dan yang kurang pandai, menyebelahi kerajaan.
Disebabkan golongan seperti ini juga lah, maka rakyat sekarang dikejutkan dengan peningkatan harga minyak lantas menaikkan hampir kebanyakan harga barangan. Dalam waktu yang singkat, tanpa amaran, kita disuruh oleh kerajaan untuk merubah cara hidup.
Kita lihat dulu betapa mudahnya cakap orang orang politik,
Noraini: Boleh kerja sambilan
[...] Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang kakitangan awam melakukan kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan mereka bagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan kini.
Timbalan menteri Datuk Noraini Ahmad berkata kakitangan terbabit wajar mendapatkan keizinan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Mungkin tidak ada masalah jika dibenarkan oleh JPA," katanya.
Tambanya, pekeliling JPA melarang kakitangan awam kecuali doktor melakukan pekerjaan sampingan kecuali selepas mendapat kebenaran.
Noraini diminta mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berhubung kakitangan awam wajar dibenarkan bekerja sambilan seperti disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
"Dengan kenyataan Tan Sri Amirsham semalam, kami merasakan memang amat-amat mengalu-alukan asalkan kita (kakitangan awam) tahu tanggungjawab mereka ataupun tugas utama mereka. - Malaysiakini
Sifat orang politik. Pandai cakap, suruh buat, tersekat sekat. berapa ramai orang politik yang pandai kerja dari cakap? Boleh di bilang dengan jari. Nama pun politik dan politik ni tentang cakap. Kalau ada kepentingan, laju macam supertrain, tapi tiada kepentingan, macam keretapi arang batu.
Sifir kehidupan mudah. Ekonomi jatuh, perkara perkara buruk meningkat. Jenayah, menipu, merompak, mencuri, seleweng dan macam macam gejala akan terjadi. Jangan kita buat buat tak tahu.
Hari ini saja sebuah rumah berhampiran, di rompak. Ibu bapa di ikat dan Parang di letakkan di leher anak dan ditoreh mengeluarkan darah. Tercarik luka terpercik darah, menjadikan ibu bapa mengeluarkan semua barangan kemas untuk dibawa pergi. Ntah berapa nilainya, aku pun tak tau, tapi kalau dah kenderaan pun dibawa lari, bermakna, jumlah hampir RM150, 000 sudah melayang. Apa pilihan yang kita ada?
Pada yang tidak berani merompak, mereka menipu. Hutang dah keliling pinggan dan pelbagai cara yang tidak wajar berlegar di kepala. Untuk buat kerja sambilan? Biasa masuk kerja pagi dan keluar 5 petang. Selepas itu kerja sambilan sehingga jam 2.00 pagi esoknya. Satu hari, dua hari dan berminggu minggu. Apa nak jadi dengan tanggung jawab? Mampu kah kita?
Mungkin cara yang paling mudah adalah menjual tubuh. Itu pun pada golongan yang mempunyai paras rupa dan bentuk tubuh yang menarik. Bukan lah aku nak menggalakkan, tapi nampaknya itu salah satu alternartif untuk mencari wang dengan cara paling mudah dan berkesan. Kalau ini berlaku, maka kita ambil semula cerita Dr. Masitah beberapa tahun yang lepas....
Isu Fatwa Tergempar Dr. Mashitah. Nampaknya masitah memandang jauh ke depan dan fatwanya kini mungkin berkesan.
Dimana kesilapannya ... Nah perkara yang sama berlaku pada tahun lepas. Mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak dunia, dalam negara pun turut melonjak. Bila minyak naik, rakyat pun kecoh. Bila sudah berlalu beberapa bulan, isu menjadi reda dan kerajaan mula kan pembaziran. Berapa banyak wang Petronas yang hilang, lesap dan disalahguna? Cerita pasal Terengganu sahaja, sudah menggelikan batang tengkok. Dan sekarang berlaku pada tahun ini. Kalian tunggu lagi 2 bulan dan ketika itu kerajaan akan mula membazir kembali. Dan tak mustahil, awal tahun depan akan ada kenaikan lagi. Begitu lah jadi nya sampai bila bila pun. Kuasa tangan anda ... 4 tahun akan datang, macam macam boleh berlaku.
Semuanya ada kaitan .... yang aku paling bimbang, impak yang akan berlaku. Rakyat bakal menderita. Sedar atau tidak. Pada yang tua dan nyawa nyawa ikan, masalah dunia mungkin selesai. Hal akhirat sendiri tanggung. Tapi zuriat yang ditinggalkan bermasalah. Ingat tak der sangkut paut, tapi sebenarnya ... semuanya ada kaitan. Keputusan kita yang lepas menyebabkan kita bertanggung jawab. Masalah jenerasi, masalah kita. Rakyat akan berdepan dengan masalah berpunca dari pemimpin yang tidak jujur di dalam melakukan tanggung jawab. Kita sedang menuju ke arah itu.
Pada yang memihak, aku nak berpesan. Dunia dah sampai penghujung ..... jangan bagi alasan kerana kalian turut terbabit
Al Ahzab 67. Dan mereka berkata:" Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
Jelas dari ayat ini, ketika setiap diri diminta pertanggung jawabannya, maka mereka melemparkan sebab pada pemimpin-pemimpin itu (pemimpin saat di dunia).
dan ....
Seorang pemimpin dapat membawa kita ke arah kebaikan, tapi juga bisa merupakan ujian bagi kita. Meskipun pemimpin itu senotoriter� Fir'aun.
uud 97. kepada Fir'aun dan pemimpin-pemimpin kaumnya, tetapi mereka mengikut perintah Fir'aun, padahal perintah Fir'aun sekali-kali bukanlah (perintah) yang benar.
Jadi mengikuti pemimpin yang zalim, maka kita akan juga terkena akibatnya.dan lagi ...
Shaad 59. (Dikatakan kepada mereka): "Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)." (Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): "Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka karena sesungguhnya mereka akan masuk neraka."
Kepada pemimpin, pun aku nak pesan....
Dari Sayidina Ali ra., berkata, telah bersabda Rasulullah SAW.: “Apabila umatku melakukan lima belas perkara ini, pasti mereka akan ditimpa bala bencana. Para sahabat bertanya, ‘Apa sajakah itu wahai Rasulullah?’ beliau menjawab, ‘Yaitu apabila harta rampasan (penghasilan Negara) hanya beredar pada penguasa dan orang-orang besar saja; amanat menjadi rampasan (dirampas atau dikorupsi di tengah jalan); zakat sudah dihutang; suami sudah tunduk patuh pada segala kehendak istrinya; mendurhakai ibunya; bersikap baik kepada teman-temannya; dan mendurhakai ayahnya; hiruk pikuk suara di masjid-masjid; yang menjadi pemimpin suatu kaum yaitu orang yang rendah budi pekertinya; dihormatinya seseorang karena takut kejahatannya; minum-minuman keras sudah dibiasakan; memakai sutra (bagi laki-laki) juga dianggap hal yang biasa; biduanita-biduanita; dan bunyi-bunyian (musik) sudah menjadi kegemaran; umat yang akhir (manusia sekarang) sudah melaknat dan mencaci maki orang-orang dahulu yang shaleh. Maka disaat yang demikian itu, nantikanlah angin yang sangat panas atau gempa bumi dan tanah longsor atau penyakit yang bisa mengubah wajah manusia.’” (HR. Tirmidzi)
jangan lalai dan lupa ... kita sedang menuju ke arah itu.