KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Debat. Show all posts
Showing posts with label Debat. Show all posts

Aug 22, 2008

Beranikah Arif Berdebat?

Setelah Shabery Cheek kecundang dengan hina nya pada Debat Harga minyak naik yang di adakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, ada pulak yang mencadangkan agar Arif dibuihkan mulutnya untuk berdepan dengan Anwar dalam acara debat di Permatang Pauh. Rujuk di SINI.

Susah aku nak bagi pendapat. Cuma setakat ramalan.

UMNO dan ARIF takkan berani !!!

Aug 21, 2008

BPR yang double standard



Malam tadi, bekas Ketua menteri pulau pinang berdalih kata, isu tanah melibatkan nilai RM40 juta sudah disiasat oleh BPR dan tiada penipuan yang berlaku. Kerana itu, semua kakitangan yang terlibat masih ada disana. Bila ditanya kenapa tidak diberitahu kepada rakyat, dalihnya .... sedang dalam perbicaraan dan tidak boleh didedahkan. Pulak ......

Berbanding dengan isu tuduhan BPR terhadap EXCO Perak, penahanan mereka di war warkan di dalam media dan kenyataan akhbar dikeluarkan sendiri oleh BPR. Lapuran lanjut tentang mereka ada di SINI dan SINI.

Persoalannya .... apa beza UMNO dan PKR? Kenapa ada double Standard? Apa lagi alasan BPR dan kerajaan tentang perkara ini?

Jul 25, 2008

Minyak naik inflasi tak naik - Shabery

isuhangat
Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato' Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?

Realitinya boleh baca dalam http://www.bloomberg.com

Jul 24, 2008

Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

anwaribrahimblog | ....Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.
Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.... selanjutnya.

Jul 17, 2008

SHABERY SHOULD QUIT FOR FAILING TO EXPLAIN - JEFFERY

kawoix | ....Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek should keep his pledge and resign from his post for failing to explain why the government raised the domestic fuel price so steeply and suddenly.

Parti Keadilan Rakyat Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan said the Minister not only failed to answer Anwar's questions but also resorted to personal attacks, which is rather unprofessional.

According to him, Anwar was focused, relaxed and professional. "If there was a contest, Anwar would have won hands down 10 to 1," he said in a statement here Wednesday.

The Minister, he said, also did not answer the question posed by a member of the panel on how the RM13 billion savings from subsidy would be utilised to improve public transportation as only RM800 million was spent from the earlier commitment of RM4 billion from a similar saving.
Shabery did not seem to listen to what Anwar was saying to the extent that the Minister could not differentiate between the revenues from Petronas to the government (which Anwar was referring) and the revenues retained and invested by Petronas.

He said the Minister was more interested in talking about the politics of the past (1974) which was totally unrelated to the debate rather than the current fuel price issues affecting the people.
"Unlike Anwar, who respected his opponent and avoided personal attacks, Shabery was totally defensive and unprofessional. Hence, Shabery should keep his pledge and resign. He is giving a bad leadership example for young people," he said.... selanjutnya.

Nordin oh Nordin…

refleksiminda | .....Our wonderful Vice Chancellor of UUM did not know that IPPs and fuel are connected… why is he Vice Chancellor again?

Oh and why is he giving a speech? He wants to debate with Mr. Anwar too?

Question 2

PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih
Err, he asked a question that Mr. Anwar is supposed to answer to the minister.

Seriously, there should be a Royal Commission on why this man is made to be a Vice Chancellor of one of our universities. On whose recommendations, on what qualifications, the rakyat must know!

This Mr. Nordin tried to be a smart aleck. He wants to join into the Anwar-bashing. At the end of the day, he proved his limited intellect live on national television.

Anways, if you want to give him a piece of your mind, he can be contacted at nordinkardi@uum.edu.my... selanjutnya.

KAMI DIBELA DALAM DEBAT ANWAR VS SABERY



cangkulpetani | ....Debat bertajuk ‘ Hari ini memerintah, esok minyak akan turun’ begitu hebat dipertontonkan kepada rakyat negara kita Malaysia semalam. Jarang berlaku dan semua terpaku dan esoknya mula diulas dari mulut ke mulut Rata-rata menyatakan kemenangan dipihak Anwar dan tak kurang juga yang menyokong dan memuji keberanian Sabery bedebat pada malam tersebut.

Pada aku siapa yang menang dan siapa yang kalah bukan menjadi hal yang penting. Perkara pokok dan utama adalah hujah Anwar dalam debat tersebut dapat membuka minda pak turut MP UMNO dan Barisan Nasional dan dapat menjelaskan kekeliruan rakyat yang sentiasa diasak penipuan oleh media yang dikawal kementerian Dato’ Sabery.... selanjutnya.

Jul 16, 2008

Anwar Unggul dalam Perdebatan dengan Ahmad Shabery

dihantar http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery kerana telah menunjukkan keberanian yang tinggi menerima jemputan perdebatan ini. Beliau sekurang-kurangnya pemimpin yang berani daripada pihak kerajaan yang mana yang lain 'menyorokkan' kepala apabila dicabar pihak pembangkang untuk berdebat. Sebilangan yang lain pula hanya pandai bercakap 'berapi-api' dalam Parlimen tetapi senyap untuk berdebat satu lawan satu.

Kedua yang harus di puji adalah moderator utama Datuk Johan kerana bijak mengawal pada malam ini dan tidak menanyakan soalan-soalan 'budak sekolah' seperti wawancara dengan Tan Sri Dato' Sri Hassan Marican baru-baru ini.

Yang menghampakan saya ialah Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi, Assistant Moderator yang seperti ingin mengisi slot untuk dirinya dan tidak melambang seperti 'taraf' akademiknya. Beliau seperti Anwar telah bagitahu, seperti tidak ingin menanyakan soalan tetapi ingin 'menunjukkan kepandaian' dengan menerangkan isu-isu yang ramai orang telah tahu sebenarnya. Cth ialah IPP dan Oil&Gas pun tak boleh dihubungkaitkan. ( Anak Kematian Bapa- Bahagi Harta…. What the hell is this….)

Yang (kedua) menghampakan saya ialah Datuk Ahmad Shabery yang banyak menyerang Anwar dan bukan menanyakan mekanisme yang Datuk Sri Anwar akan buat untuk menurunkan harga. Habis semua sejarah lama diulanginya dan ini menampakkan 'kecetekkan' idea beliau yang mana rakyat akan menganggap tuduhan kepada Anwar adalah satu isu lama, kira macam tertembak diri sendiri ler.

Yang (ketiga) menghampakan saya terlalu banyak PETRONAS disebutkan oleh Datuk Ahmad Shabery kerana sebenarnya PETRONAS kurang relevan (minima) dalam isu perdebatan ini kerana PETRONAS telah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi pulangan yang besar kepada Kerajaan. Yang perlu diterangkan ialah apa Kerajaan telah buat terhadap duit PETRONAS yang diterima kerana Datuk Seri Anwar juga ada berkata, pengurangan beban Rakyat akan dilakukan dengan guna duit royalti daripada PETRONAS juga.

Yang mengarut : Isu demonstrasi dibangkitkan, isu konsert perhimpunan Protes tempoh hari, isu harga dengan TNB (zaman Tan Sri Ani) ~ takde la pulak isu 'traffic jam' dalam Kuala Lumpur ..

Yang hebatnya ialah Datuk Sri Anwar telah menemplak … isu perkataan subsisdi yang dianggap SUSAH oleh kerajaan sekarang (untuk kebaikan rakyat semua sebenarnya) tetapi senangnya perkataan "Bail Out" , " menolong syarikat2 ", "menyelamat" syarikat GLC yang mungkin hanya membantu sebilangan yang kecil sahaja.

Yang (kedua) hebatnya Anwar masih dapat bersabar dengan tohmahan Shabery terhadap dirinya dan tidak membalas (ada, tetapi indirect seperti Shabery pernah mendokong Semangat 46 dahulu).

Yang (ketiga) hebatnya pengetahuan dan penjelasan Anwar terhadap mekanisme ekonomi Malaysia yang dijangka semakin parah dalam tempoh dua bulan lagi sekiranya tiada apa-apa yang dilakukan terhadap dasar-dasar ekonomi negara.

Yang (keempat) hebatnya DSAI yang pergi bersalam dengan Datuk Ahmad Shabery dan tidak sebaliknya. (Nampak sangat 'humility' in DSAI)

Kesimpulannya: Maaf, Datuk Ahmad Shabery bukan lawan Datuk Seri Anwar , DSAI menang tanpa kiraan semula dan saya kira tiada siapa yang meraguinya.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.

Aku dengar suara anjing melolong

Di ajak berdebat tak mahu, tapi melolong di belakang. Apa kata simulut pink .....

Beliau berkata melalui apa cara sekali yang diambil IPP, ia bukan penyumbang atau punca pendapatan yang begitu besar kepada kerajaan.

“Kalau kita kaji balik IPP boleh kurangkan bebanan kerajaan, kita pasti telah mengambil tindakan termasuk mengenakan cukai luar biasa supaya keuntungan IPP tidak berlebihan,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diturunkan kadar rizab kuasa IPP daripada 40 peratus kepada 20 peratus yang boleh menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM2 bilion. - BHarian
Aku teringin sangat kalau di temukan Najib bersama Anwar di dalam rancangan debat. Kalau berani, dia akan kedepan awal awal lagi, tapi bila dia senyap, Sabery si mulut buih di tolak kedepan. Kenyataan di atas merujuk kepada transkrip debat Anwar malam tadi,
Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. - klik untuk transkrip penuh

Debat: Anwar lebih meyakinkan

malaysiakini | .....Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.... selanjutnya.

Shabbery letak jawatan

matsamankati |

Shabbery bin Chik,
Menteri Penerangan Malaysia.

Tarikh: 16.7.08

YAB Perdana Menteri,

Per: Perletakan Jawatan.

Seperti yang saya janjikan, saya akan mempertaruhkan jawatan saya sekiranya saya tewas dalam perdebatan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim semalam. Walaupun saya tidak mengaku kalah, tetapi pendapat umum mengatasi segalanya.

Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.... selanjutnya.

Satu negara tonton Anwar

TARIK PERHATIAN: Orang ramai melihat siaran langsung debat isu   harga minyak antara Ahmad Shabery  dan Anwar  di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, malam tadi.

Aku tak pernah tengok rakyat menonton TV kerana Pak Lah, Najib atau menteri menteri BN. Rakyat berpusu pusu tengok TV bila Anwar muncul. Korang ingat perkara ini di pandang ringan oleh kerajaan? Tepuk dada, rasakan degup jantung mereka. Anwar memang pilihan rakyat. Perkara yang semua orang tau. Pada Shabery .... kamu kalah. Letak jawatan kalau ada maruah.

Shabery kalah moral, dia perlu letak jwatan

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02detikdaily |

1. Sebelum berdebat, Shabery Cheek pernah berkata kepada pemberita bahawa beliau meletakkan jawatan jikalau tidak dapat mempertahankan hujah kerajaan dalam menaikkan harga petrol dan diesel. Sebenarnya, belum apa-apa lagi, bukan saja Ahmad Shabery Cheek kalah, malah kekalahan ini terpalit ke atas kerajaan Umno, BN.

2. Sebenarnya, ada dua jenis kekalahan. Kalah hujah dan kalah moral. Kalau pun Umno BN tidak kalah hujah, mereka tetaplah kalah daripada sudut moral. Shabery bukannya tandingan Anwar daripada segi jawatan. Shabery bukan penggubal keputusan di dalam menaikkan harga petrol dan diesel. Dia hanyalah Menteri Penerangan. Anwar mahu berdebat dengan Menteri Kewangan, merangkap PM atau Timbalan Perdana Menteri yang difikirkan dapat menjawab masalah ekonomi.

3. Maka keputusan menaikkan harga petrol dan diesel bukan Abdullah yang memutuskan. Abdullah sendiri mungkin tidak boleh menjawabnya soalan-soalan tadi. Ringkasnya, Umno BN sudah kalah daripada segi moral.

4. Anwar sepatutnya menggunakan penggunaaan ungkapan istilah Bahasa Melayu Malaysia dan bukannya Indonesia. Kerap kali juga dilihat Anwar menyebut 'kebijakan' dan sepatutnya menggunakan 'dasar'. Takut-takut orang tak faham. Penggunaan istilah itu sekadar salah satu contoh saja.... selanjutnya.

Debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik

triplecolourlife | ...Dah tak dapat nak tapis pakai apa dah, memang terserlah bertapa cetek pengetahuan yang ada pada Shabery Chik. Dengan mulut berbuih dan senyum senget dan hujah yang kosong, tak berhenti-henti mengemukakan hujah yang sama. Soalan-soalan yang diutarakan, berlegar tanpa dijawab.

Paling menjelekkan, apabila media (TV3-pasal aku tgk kat TV3) terpaksa sugar-coated bnyk pekara agar Shabery Chik kelihatan "hebatnya ko kat pentas tadi" selepas debat berakhir.

Pandangan yang mudah tetapi berfokus hanya untuk mewujudkan 3 bilion, tidak langsung dipandang dan ditolak mentah-mentah oleh Shabery Chik. Respon larr, kasi buah fikiran bapakkk Shabery Chik oeiii. Tak perlu laa nak quote ayat org sana sini. Buat recap sampai 10x, minyak naik bukan salah Kerajaan. Memanglaa bukan salah kerajaan. Tapi salah kerajaan menaikan minyak dengan MENDADAK. Jawab soalan tu dulu, kenapa begitu mendadak? Boleh aku buat pertimbangan pesal minyak naik. Apa penyelesaian nya?? Nada.

Adab berdebat bapakkk Shabery Chik pon macam aku mula-mula belajar nak berdebat zaman sekolah dulu. EMO lebeh. Tapi zaman sekolah dulu, nasib ahh aku senang belajar tu yg aku dapat jadi best speaker peringat negeri tuh. Okeh poyo. Continue.. Bapakk Shabery Chik tak perlu emo tak tentu pasal. Enough laar beating around the bush. Rakyat dah dengar, dah paham dah buat penilaian. Media tak perlu laa nak tepek gula sana sini, buat rakyat menyampah dan sakit hati je.

Point bapakkkk Shabery Chik yang dok compared Malaysia to Venezuela and Saudi Arabia dari awal perbahasan, lepas tu kata please don’t compare Malaysia to those countries, Pakkk, apakkk ceta apa neh?... selanjutnya.

Anwar gets bloggers' vote

Malaysiatoday | INTENSE public discussion ensued on Internet websites and blogs immediately following the Anwar-Shabery 'live' TV debate last night.

While mainstream media reports suggested that there were no clear winners, comments on blogs showed the vast majority felt that Anwar's arguments sounded more convincing.

Shabery's criticism of Anwar's protests during the 1970s and his earlier role in government did not go down well.

A smaller number felt that it was not important who had "won" but the fact that the debate was held at all was a positive sign.

Shabery might have fared better had he pressed home the point about what happens when the oil finally runs out.

Anwar had suggested that future discoveries could further extend the day of reckoning. But many believe that new oil fields will become more expensive and more difficult to locate and that could drive up prices in the long run. The debate also failed to touch on the importance of conservation and the need to conduct more research on renewable energy such as solar power.

One comment left on a blog suggested that while Anwar's plan for a 50-sen cut may be feasible, "Pakatan Rakyat has to list down their concrete alternative policy on oil, alternative sustainable and environmentally friendly policies as soon as possible."

--Malay Mail

Anuar buat Shabery Terkebil !

deyesdotcom | ....Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.

Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?

Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.

Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970?... selanjutnya.

Tahniah Shabery!

kickdafella |

Job well done oleh Presiden Kelab Sejarah, ooops tersasol pulak, sebenarnya Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia. Menteri Penerangan Malaysia telah berjaya di dalam debat berhubung sejarah peribadi ahli politik negara, eh, tersilap lagi.

Sebenarnya debat malam tadi pasal Minyak atau pasal sejarah peribadi Anwar Ibrahim. Kalau pasal Minyak, rasanya Shabery telah terpesong jauh dari tajuk. Kalau pasal sejarah peribadi Anwar pulak, ummm, rasanya Shabery belum berapa matang lagi.

Bagaimanapun, secara keseluruhan Shabery telah berjaya mengangkat Kerajaan Barisan Nasional ke satu era baru. Era apa saya pun tak tahu.

Secara keseluruhan, saya berpendapat, Anwar Ibrahim masih di gear satu. Ataupun baru bagi 20% sahaja dari kemampuan sebenarnya. Anwar masih boleh beri jauh lebih baik tetapi berdasarkan prestasi lawannya, Anwar tak perlulah membazir minyak nak pergi jauh-jauh.

Hakikatnya, semalam adalah malam Anwar. Setelah sepuluh tahun disisih dari siaran televisyen arus perdana, semalam Anwar mendapat 1 jam untuk bersama rakyat Malaysia dikaca TV. Anwar walaupun masih belum memberi yang terbaik, tetapi ternyata prestasinya semalam adalah yang terbaik dari seorang ahli politik di Televisyen Malaysia semenjak Amanat terakhir Tun Dr. Mahathir di persidangan agung UMNO sebelum beliau bersara pada tahun 2003. Malangnya, apa yang kita saksikan semalam, mungkin kali terakhir dapat kita tatap wajah Anwar kerana mungkin esok, kerajaan lebih suka memenjarakan Anwar sebagai hadiah kepada Menteri Penerangannya yang hebat itu.

Kalau sebelum Mac 2008, Malaysia memiliki tokoh wartawan yang setiap kali ingatkan pilihanraya akan pasti teringatkan erection sebagai Menteri Penerangan, kali ini nampaknya tahta raja badut itu sudah diwarisi oleh tokoh sejarah yang tak empuk direbus.

Berdasarkan prestasi Shabery didalam debat itu, adalah wajar bagi Abdullah mengekalkannya sebagai Menteri Penerangan Malaysia. Bahkan saya mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat supaya mengesyorkan satu usul Percaya di Parlimen sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Sejarah, ooops, Menteri Penerangan Malaysia itu.

Ternyata Shabery telah berjaya menandingi kehebatan lawak Menteri-Menteri Penerangan sebelumnya, seperti Mat Bulat, Kadir BowTie dan Zam Erection. Syabas.

Shabery tidak fokus dan hambar

kerajaanrakyat | ...Sahabat saya saudara Pathmanathan yang tidak berkesempatan mengikuti siaran langsung debat tersebut telah tergelak besar bila saya beritahunya salah seorang ahli penal bernama Nordin Kardi. Kalau anda hendak tahu kenapa sahabat saya itu tergelak, tanyalah kawan-kawan anda yang faham bahasa Tamil.

Debat bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek menyaksikan kedangkalan minda Shabery Cheek.

Sejak awal sehingga keakhir perdebatan Shabery Cheek telah gagal untuk mengupas topik perdebatan dan kecundang menangkis hujah bernas yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim.
... selanjutnya.

Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek

Rockybru | ... And the winner is ....
Tun Salleh Abas said WE are the winner. The people who are interested in the issues and in public discourse. "I think the program should go on," he told me after last night's DEBATE between Shabery, the Information Minister, and Anwar, the former DPM, MoF, and now advisor to PKR.

Shabery did quite well, I thought. He got floored a couple of times but he got back on his feet to carry on. No mean feat. He had the balls to engage Anwar at what Anwar does best. I don't think many BN politicians would relish the idea of standing against Anwar Ibrahim in a debate, especially on the subject of the Government's unpopular decision to increase petrol prices by 41 per cent and diesel by 63 per cent.

From the word go, Anwar attacked that decision as untenable and one that gave rise to inflation. He pooh-poohed forecast that the country's oil reserves are drying up. "Fifteen or twenty years ago, the government forecast that our reserves would dry up in 2005". The keyword, he said, is "... if no new reserves are found".
"And if our MPs don't even understand this ... susahlah (we're in trouble)."

Shabery played the blame game, but not excessively. Anwar was Minister of Finance. He was part of the policy-making BN machine. The Info Minister reminded Anwar that in 1997 he was subscribing to IMF prescriptions, such as pushing up interest rates sky high, which hurt a lot of business people and the layman.... selanjutnya.

Shabery Serang Peribadi Anwar Di Pusingan Kedua

Suarakeadilan | Dalam pusingan kedua debat minyak, Menteri Penerangan Shabery Cheek menyerang peribadi Anwar. Menurut Shabery, perjanjian IPP yang membebankan Petronas hari ini dipersetujui dimasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Menuduh Anwar mencanangkan agenda populist, Shabery kata sekiranya harga minyak diturunkan, kadar inflasi akan naik jauh lebih tinggi sepertimana yang berlaku di Venezuela, Iran dan Arab Saudi.

Menepis tuduhan Shabery itu, Anwar mengakui bahawa kontrak IPP ditandatangani semasa beliau menjawat Menteri Kewangan.

Walaubagaimanapun Anwar berkata Pengarah Tenaga Nasional Berhad Ani Arope pada masa itu menyokong penuh bantahan Kementerian Kewangan dibawah Anwar Ibrahim terhadap isi kandungan perjanjian IPP yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Baiklah, itu apa yang terjadi pada 1988, tetapi sekarang sudah 2008, apa yang kerajaan BN buat? Bukankah kenaikan harga minyak secara inflasi hari ini adalah preskripsi IMF?”... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive