KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Shabery Cheek. Show all posts
Showing posts with label Belit Shabery Cheek. Show all posts

Nov 4, 2008

Isu RTM Tidak Siar Pandangan Pembangkang Tidak Timbul, Kata Shabery

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata isu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan pandangan atau kritikan anggota Parlimen pembangkang terhadap kerajaan sebenarnya tidak timbul langsung.

"Kementerian sentiasa cuba melihat perkara yang perlu disampaikan berdasarkan nilai berita sama ada ia wajar untuk disiarkan ataupun tidak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Penerangan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Sementara itu beliau berkata RTM menghentikan buat sementara waktu tiga program bual bicara iaitu What Say You, Bersemuka Dengan Media dan Bersama Ketua Setiausaha untuk mengkaji tahap kualiti dan kesannya terhadap penonton.... selanjutnya.
Kenapa?
Tak Caya?
Berbuih mulut kawan tu cerita ... korang masih tak caya?
Iskh ... Ishk .. Ishk ...
Sluuuurrrrppppppp !!!

Sep 14, 2008

Shabery Harap Polis Beri Penjelasan Berhubung Penahanan Wartawan Sin Chew Di Bawah ISA

Bernama | Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berharap polis dapat beri penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya.

"Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di sini Sabtu malam. Turut hadir ialah timbalannya Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan.

Syed Hamid berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan mengenai kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan mengandungi kenyataan berbentuk perkauman.

Bagaimanapun Tan dibebaskan oleh Ibu pejabat Polis kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang hari Sabtu.

Shabery yang menyuarakan rasa lega dengan pembebasan Tan berkata tindakan itu jelas menggambarkan bahawa penahanan di bawah ISA bukan berbentuk hukuman jangka panjang, dan menambah bahawa ia hanya bertujuan menghalang pihak tertentu daripada membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengancam keselamatan nasional.

no2umno - mulut tak berbuih pun kena tahan ke?

Aug 25, 2008

Shabery pun tak cuba nak jujur?



DIKEMASKINI AKu pernah pesan dek orang tua kat kampung aku. kalau mulut berbuih buih bila bercakap ... ia mudah terdorong untuk menipu.

Kerana itu .. kalau nak bercakap, kita kena biasa tertibkan diri agar orang dengar pun tak meluat. Sama seperti Tong kosong, cakap banyak tapi tak der isi. Tong kosong yang bercakap banyak, lupa nak telan air liur dan ia meleleh di tepian bibir .... pekat dan seperti sarang anak ikan haruan kat sawah.

Bila cerita pasal mulut berbuih ... aku teringat si Shabery . Alllll aaaaa yang berdebat dengan DS Anwar dulu. Menggelembong tak tentu hala sampai berbuih buih mulutnya.

Ketika awal bulan ni, dia ada berkata tentang media bersikap professional. Aku tak pernah percaya dan kerana itu aku tak pernah nak ambil perhatian. Tapi sementara menanti berita dari Permatang Pauh yang terkini, aku nak korang check balik berita yang lepas, di keluarkan pada 3hb Ogos 2008. Aku petik sedikit.. ...

Liputan berita mengenai pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh akan dibuat secara adil dan profesional, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, selain memastikan perkara itu dipatuhi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), ia juga akan dimaklumkan kepada pengamal media lain.

"Kementerian ada tanggungjawab sendiri, berbeza dengan parti. - MStar [3/8/2008]
Itu jaminan yang Shabery beri. Dia bukan lah Menteri biasa biasa, tapi bertanggung jawab di dalam soal media media di Malaysia. Walaupun mulut nya berbuih, tapi masih di gelar menteri.

Dan aku nak cerita disini, sejak pencalunan sampai ke hari ini, aku tak nampak ruang diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk berbicara barang 1 ke 2 minit di dalam slot berita mahupun apa apa rancangan pun.

Liputan yang ada lebih mereng kepada Barisan Nasional dan ini memaksa Blogger membantu calun Pakatan rakyat di dalam membuat lapuran.

aku bagi contoh
Pelik tetapi benar muka Abdullah Badawi tidak kelihatan lagi. Hanaya suaranya sahaja yang di dengar.

Apabila Najib di temu bual tiba-tiba terputus.

Seluruh 15 minit pertama berita RTM ini di tujukan khas kepada buntot Saiful. - Tukartiub
Dan .... aku nak pesan kepada Menteri Mulut Berbuih [MMB] ni ..... kalau tak boleh nak berjanji, jangan berjanji. Kang makan diri. Korang tau tak Menteri ni ada blog dia sendiri. Korang KLIK KAT SINI dan korang berilah apa apa komen pun.

Aku janji tidak marah ..... Sumpah !!!

Jul 25, 2008

Minyak naik inflasi tak naik - Shabery

isuhangat
Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato' Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?

Realitinya boleh baca dalam http://www.bloomberg.com

GESAAN KEDUA : MANA MARUAH KAMU SHABERY - SILA LETAK JAWATAN SEKARANG

bukitkatil | Nampaknya Menteri Penerangan buat-buat tidak ingat bahawa beliau berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia. Hutan beliau ialah MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai Menteri Penerangan. JANGAN BERDALIH yang beliau hanya meletakkan jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.
Jika kamu seorang yang bermaruah dan ada harga diri letak jawatan sekarang. Kamu jelas gagal mempertahankan kerajaan dalam debat tempohari.
Kalaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) ini Pemuda Umno sudah tentu kami akan hantar memo dan buat demo supaya Shabery letakkan jawatan. Memang Shabery telah memalukan Umno dan kerajaan apabila gagal menandingi hujah-hujah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai. ... selanjutnya.

Jul 24, 2008

Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

anwaribrahimblog | ....Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.
Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.... selanjutnya.

Jul 20, 2008

SHABERY TIDAK PERLU LETAK JAWATAN



Duniatiger | ....Ada beberapa faktor perkara-perkara yang dibincangkan dalam Kabinet diketahui serta dibincangkan oleh orang ramai, dilaporkan media atau tersebar dalam blog dan media baru.

Pertama ia dinyatakan sendiri dalam majlis rasmi oleh anggota Kabinet seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri. Kedua ia dinyatakan oleh anggota Kabinet dalam post Kabinet kementerian masing-masing. Ketiga ialah anggota Kabinet memberitahu keluarga, rakan atau sahabat terdekat.

Keempat ialah apabila anggota post Kabinet memberitahu orang luar daripada Kementerian. Orang luar pula memberitahu rakan mereka yang lain. Banyak lagi kemungkinan yang menyebabkan maklumat yang dibincangkan dalam Kabinet disebarkan kerana tujuan atau niat yang hanya Allah SWT yang tahu.

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca dengan apa yang saya dengar berlaku dalam Kabinet minggu lalu. Ia bukanlah rahsia besar, tidak sensitif dan mengancam keselamatan negara.

Saya diberitahu oleh ejen kenit bahawa Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, kerana berjaya berdebat dengan DSAI. Paklah berkata kepada Menteri Penerangan bahawa beliau tidak perlu meletakkan jawatan.

Oleh itu, Dato' Ahmad Shabery teruskan saja kerja dan perbanyakkan kegiatan penerangan yang menguntungkan rakyat. Jangan hiraukan dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain, setelah "boss" sendiri sudah kata tahniah. Yang penting, rakyat menang.... selanjutnya.

no2umno - hanya orang yang ada maruah sahaja sanggup tunaikan janji. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, buruh padahnya. Kekal pun kita tak kecoh tapi pada rakyat nama Shabery dah memang busuk.

Jul 18, 2008

Shabery gagal pertahan dasar kerajaan

siasah | ....... Selepas Debat, Shabery berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk menilainya, termasuk sama ada beliau dikekalkan di dalam Kabinet.

Akhbar laman web Mstar.com.my yang dimiliki MCA melalui kumpulan akhbar The Starnya mendapati, 85.7 peratus memberikan undi kepada Anwar sebagai pemidato terbaik.

Shabery, Menteri Penerangan hanya diberi 7.7 peratus manakala sama-sama hebat 6.7 peratus.
Dalam pollnya, Mstar meletakkan tajuk pollnya, "Siapakah pemidato terbaik dalam debat bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak"?.

Seorang bekas profesor Universiti Malaya yang pernah menjadi pensyarah kepada Shabery semasa belajar di universiti itu pula memberikan Anwar 8 dari 10 markah manakala Shabery 6.5 dari 10 markah.

"Saya meletakkan kegagalan Shabery untuk mempertahankan dasar kerajaan di samping tindakan Shabery menyerang pribadi Anwar menyebabkan pencapaian beliau tidak baik dalam Debat ini," kata bekas profesor itu yang kini banyak terlibat dengan MIC. ... selanjutnya.

no2umno - ada baik dan ada buruknya mengakal Shabery di dalam kabinet. Baiknya .... mereka yang bodoh akan terus menjadi menteri dan mudah untuk mengambil alih kuasa. Buruknya....kalau di takdirkan kerajaan sekarang panjang nyawanya, silap silap negara pun boleh terjual.

Jul 17, 2008

Tak serang peribadi, tapi .....

Riuh satu opis pasal mulut Shabery yang berbuih. Ada yang kata mulut begitu untuk orang yang suka menipu dan ada pulak member yang kata, mulut orang yang tak der prinsip. Aku tak kesah, tapi merujuk kepada berita berikut mungkin ada kebenarannya ....

Kosmo!Ada cakap-cakap mengatakan di dalam siri debat semalam, Datuk mengambil kesempatan dengan menyerang Anwar secara peribadi?

Ahmad Shebery: Serangan peribadi yang bagaimana itu? Cuba beritahu saya. Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi. Tapi kalau saya nak mengukuhkan hujah, saya perlu melihat kepada rekod peribadinya (track record) sebelum ini dan itulah yang saya lakukan semalam.

Kosmo!Sehingga sekarang bagaimana reaksi yang diberikan oleh rakan-rakan ahli Dewan Rakyat serta orang ramai?

Ahmad Shebery: Sangat baik. Saya terima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyokong saya. Tetapi apa yang lebih penting saya dapat menangkis ilusi beberapa pihak yang menganggap tak ada yang berani untuk berdebat dengan Anwar.

Kosmo!Bagaimana Datuk melihat perjalanan pidato semalam?

Ahmad Shebery: Saya amat berpuas hati. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah ke hadapan terutamanya bagi kementerian saya dan kerajaan.
Yang lain aku malas nak komen, cuma satu ni ..."Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi."

Cakap berbelit belit. Bukan serangan peribadi tapi serangan peribadi. Cukup satu bukti kebenaran telahan kawan kawan tentang sikap pemilik mulut berbuih. Kalau korang nak terus muntah dengan kenyataan dari Shabery... klik berita SINI

SHABERY SHOULD QUIT FOR FAILING TO EXPLAIN - JEFFERY

kawoix | ....Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek should keep his pledge and resign from his post for failing to explain why the government raised the domestic fuel price so steeply and suddenly.

Parti Keadilan Rakyat Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan said the Minister not only failed to answer Anwar's questions but also resorted to personal attacks, which is rather unprofessional.

According to him, Anwar was focused, relaxed and professional. "If there was a contest, Anwar would have won hands down 10 to 1," he said in a statement here Wednesday.

The Minister, he said, also did not answer the question posed by a member of the panel on how the RM13 billion savings from subsidy would be utilised to improve public transportation as only RM800 million was spent from the earlier commitment of RM4 billion from a similar saving.
Shabery did not seem to listen to what Anwar was saying to the extent that the Minister could not differentiate between the revenues from Petronas to the government (which Anwar was referring) and the revenues retained and invested by Petronas.

He said the Minister was more interested in talking about the politics of the past (1974) which was totally unrelated to the debate rather than the current fuel price issues affecting the people.
"Unlike Anwar, who respected his opponent and avoided personal attacks, Shabery was totally defensive and unprofessional. Hence, Shabery should keep his pledge and resign. He is giving a bad leadership example for young people," he said.... selanjutnya.

Jul 16, 2008

Shabery Cheek Ada Batu?

bulanpenuh2012 | ....Nanti dulu! Jangan salah faham dengan pemilihan tajuk artikel ini.

Mungkin boleh ditafsirkan bahawa saya merujuk kepada keberanian Menteri Penerangan Shabery Cheek untuk berhadapan dengan Saudara Anwar Ibrahim dalam debat Agendadaily malam tadi berasaskan ungkapan ‘ada batu’ yang merujuk kepada seorang yang berani. Tetapi ia juga membawa maksud kurang enak kerana ada sedikit unsur kelucahan.

Justeru yang saya maksudkan dengan Shabery ‘ada batu’ itu adalah perangai Shabery Cheek dalam perdebatan itu di mana dia memilih untuk melontar serangan peribadi, penafian stereotaip dan juga hujah setaraf fikiran ketua kampung Umno yang lari dari kerangka asal debat ‘Hari Ini Memerintah, Esok Turun Harga Minyak’.

Sebagai pendokong demokrasi dan kebebasan bersuara, saya terharu dengan kesediaan Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar.

Mulanya memanglah saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan Dolah Badawi akan mengorbankan sedikit waktu tidurnya untuk mentarbiyah Anwar yang sering dituduhnya memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat.... selanjutnya.

Anwar Unggul dalam Perdebatan dengan Ahmad Shabery

dihantar http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Sebelum kita pergi lebih jauh, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery kerana telah menunjukkan keberanian yang tinggi menerima jemputan perdebatan ini. Beliau sekurang-kurangnya pemimpin yang berani daripada pihak kerajaan yang mana yang lain 'menyorokkan' kepala apabila dicabar pihak pembangkang untuk berdebat. Sebilangan yang lain pula hanya pandai bercakap 'berapi-api' dalam Parlimen tetapi senyap untuk berdebat satu lawan satu.

Kedua yang harus di puji adalah moderator utama Datuk Johan kerana bijak mengawal pada malam ini dan tidak menanyakan soalan-soalan 'budak sekolah' seperti wawancara dengan Tan Sri Dato' Sri Hassan Marican baru-baru ini.

Yang menghampakan saya ialah Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi, Assistant Moderator yang seperti ingin mengisi slot untuk dirinya dan tidak melambang seperti 'taraf' akademiknya. Beliau seperti Anwar telah bagitahu, seperti tidak ingin menanyakan soalan tetapi ingin 'menunjukkan kepandaian' dengan menerangkan isu-isu yang ramai orang telah tahu sebenarnya. Cth ialah IPP dan Oil&Gas pun tak boleh dihubungkaitkan. ( Anak Kematian Bapa- Bahagi Harta…. What the hell is this….)

Yang (kedua) menghampakan saya ialah Datuk Ahmad Shabery yang banyak menyerang Anwar dan bukan menanyakan mekanisme yang Datuk Sri Anwar akan buat untuk menurunkan harga. Habis semua sejarah lama diulanginya dan ini menampakkan 'kecetekkan' idea beliau yang mana rakyat akan menganggap tuduhan kepada Anwar adalah satu isu lama, kira macam tertembak diri sendiri ler.

Yang (ketiga) menghampakan saya terlalu banyak PETRONAS disebutkan oleh Datuk Ahmad Shabery kerana sebenarnya PETRONAS kurang relevan (minima) dalam isu perdebatan ini kerana PETRONAS telah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi pulangan yang besar kepada Kerajaan. Yang perlu diterangkan ialah apa Kerajaan telah buat terhadap duit PETRONAS yang diterima kerana Datuk Seri Anwar juga ada berkata, pengurangan beban Rakyat akan dilakukan dengan guna duit royalti daripada PETRONAS juga.

Yang mengarut : Isu demonstrasi dibangkitkan, isu konsert perhimpunan Protes tempoh hari, isu harga dengan TNB (zaman Tan Sri Ani) ~ takde la pulak isu 'traffic jam' dalam Kuala Lumpur ..

Yang hebatnya ialah Datuk Sri Anwar telah menemplak … isu perkataan subsisdi yang dianggap SUSAH oleh kerajaan sekarang (untuk kebaikan rakyat semua sebenarnya) tetapi senangnya perkataan "Bail Out" , " menolong syarikat2 ", "menyelamat" syarikat GLC yang mungkin hanya membantu sebilangan yang kecil sahaja.

Yang (kedua) hebatnya Anwar masih dapat bersabar dengan tohmahan Shabery terhadap dirinya dan tidak membalas (ada, tetapi indirect seperti Shabery pernah mendokong Semangat 46 dahulu).

Yang (ketiga) hebatnya pengetahuan dan penjelasan Anwar terhadap mekanisme ekonomi Malaysia yang dijangka semakin parah dalam tempoh dua bulan lagi sekiranya tiada apa-apa yang dilakukan terhadap dasar-dasar ekonomi negara.

Yang (keempat) hebatnya DSAI yang pergi bersalam dengan Datuk Ahmad Shabery dan tidak sebaliknya. (Nampak sangat 'humility' in DSAI)

Kesimpulannya: Maaf, Datuk Ahmad Shabery bukan lawan Datuk Seri Anwar , DSAI menang tanpa kiraan semula dan saya kira tiada siapa yang meraguinya.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.

Shabery yang kukenal

ibnugharib | ...Masih terngiang-ngiang lagi di telingaku kata-kata atau ucapan Shabery sepanjang aku bersama-sama beliau suatu ketika dahulu. Antaranya, beliau 'menterjemahkan' akronim PERKIM yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Pertubuhan Kuda Islam Malaysia, kerana mungkin penglibatan Tunku dalam lumba kuda ketika itu. Selain itu slogan BN dalam satu pilihan raya umum semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri iaitu Bersih Cekap Amanah (BCA) disifatkan oleh beliau sebagai Boros Curang Angkuh. Aku juga masih ingat apabila beliau menyebut bahawa, "Orang dahulu baca al-Quran nak pahala, tetapi orang sekarang nak piala" apabila merujuk kepada Pertandingan Membaca Al-Quran (yang selepas itu dikenali sebagai Musabaqah dan akhirnya sekarang ini Majlis Tilawah).

Malam tadi beliau muncul dalam satu program debat besar ala Debat Presiden Amerika yang disiarkan secara langsung oleh TV9, Bernama TV dan Astro Awani dan ditonton tidak kurang dari 10 juta rakyat Malaysia. Dengan rasa penuh wibawa dan selamba beliau sanggup berdebat dengan Anwar yang cukup terkenal sebagai seorang pemidato yang hebat dengan hujah-hujah yang padat.

Bagi Shabery barangkali inilah peluang untuk membuktikan kepada bossnya setelah beliau dilantik menjadi Menteri Penerangan dan meyakinkan kemampuan dan munasabah dengan jawatan itu. Tetapi terbukti mungkin ramai penyokong BN yang kecewa dengan cara dan hujah beliau dalam debat itu. Beliau banyak menggunakan pendekatan menghentam peribadi lawannya bagi mengalih perhatian dari tajuk yang didebatkan. Beliau ternyata gagal dalam pendekatannya itu, apabila Anwar tidak terpengaruh dan terperangkap dengan cara itu.

Walaupun banyak kali juga tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong beliau dalam dewan Dewan Bahasa dan Pustaka itu, bukanlah bermakna beliau berjaya dalam hujahnya atau mematahkan hujah lawan. Mungkin kalau orang dengar beliau bercakap seorang dengan fakta-fakta yang nampak macam hebat, tetapi apabila dijelas dan dipatahkan oleh lawannya, ternyata beliau mengutip fakta yang tidak tepat. Tetapi oleh kerana beliau seorang menteri, cakapnya sudah tentu nampak confident bagi meyakinkan orang.... selanjutnya.

no2umno - Siapa? Shabery ..... bukan ke dia tu tokey sabun dan pencuci mangkuk tandas?

Debat: Anwar lebih meyakinkan

malaysiakini | .....Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.... selanjutnya.

Shabbery letak jawatan

matsamankati |

Shabbery bin Chik,
Menteri Penerangan Malaysia.

Tarikh: 16.7.08

YAB Perdana Menteri,

Per: Perletakan Jawatan.

Seperti yang saya janjikan, saya akan mempertaruhkan jawatan saya sekiranya saya tewas dalam perdebatan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim semalam. Walaupun saya tidak mengaku kalah, tetapi pendapat umum mengatasi segalanya.

Saya sendiri sudah menjangkakan bahawa saya tidak mungkin dapat menandingi Saudara Anwar Ibrahim, tetapi konspirasi yang dilakukan oleh Agendadaily telah memerangkap saya. Dan saya percaya, ini semua dilakukan oleh Tingkat Empat untuk membunuh karier politik saya.... selanjutnya.

Satu negara tonton Anwar

TARIK PERHATIAN: Orang ramai melihat siaran langsung debat isu   harga minyak antara Ahmad Shabery  dan Anwar  di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, malam tadi.

Aku tak pernah tengok rakyat menonton TV kerana Pak Lah, Najib atau menteri menteri BN. Rakyat berpusu pusu tengok TV bila Anwar muncul. Korang ingat perkara ini di pandang ringan oleh kerajaan? Tepuk dada, rasakan degup jantung mereka. Anwar memang pilihan rakyat. Perkara yang semua orang tau. Pada Shabery .... kamu kalah. Letak jawatan kalau ada maruah.

Shabery kalah moral, dia perlu letak jwatan

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02detikdaily |

1. Sebelum berdebat, Shabery Cheek pernah berkata kepada pemberita bahawa beliau meletakkan jawatan jikalau tidak dapat mempertahankan hujah kerajaan dalam menaikkan harga petrol dan diesel. Sebenarnya, belum apa-apa lagi, bukan saja Ahmad Shabery Cheek kalah, malah kekalahan ini terpalit ke atas kerajaan Umno, BN.

2. Sebenarnya, ada dua jenis kekalahan. Kalah hujah dan kalah moral. Kalau pun Umno BN tidak kalah hujah, mereka tetaplah kalah daripada sudut moral. Shabery bukannya tandingan Anwar daripada segi jawatan. Shabery bukan penggubal keputusan di dalam menaikkan harga petrol dan diesel. Dia hanyalah Menteri Penerangan. Anwar mahu berdebat dengan Menteri Kewangan, merangkap PM atau Timbalan Perdana Menteri yang difikirkan dapat menjawab masalah ekonomi.

3. Maka keputusan menaikkan harga petrol dan diesel bukan Abdullah yang memutuskan. Abdullah sendiri mungkin tidak boleh menjawabnya soalan-soalan tadi. Ringkasnya, Umno BN sudah kalah daripada segi moral.

4. Anwar sepatutnya menggunakan penggunaaan ungkapan istilah Bahasa Melayu Malaysia dan bukannya Indonesia. Kerap kali juga dilihat Anwar menyebut 'kebijakan' dan sepatutnya menggunakan 'dasar'. Takut-takut orang tak faham. Penggunaan istilah itu sekadar salah satu contoh saja.... selanjutnya.

Debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik

triplecolourlife | ...Dah tak dapat nak tapis pakai apa dah, memang terserlah bertapa cetek pengetahuan yang ada pada Shabery Chik. Dengan mulut berbuih dan senyum senget dan hujah yang kosong, tak berhenti-henti mengemukakan hujah yang sama. Soalan-soalan yang diutarakan, berlegar tanpa dijawab.

Paling menjelekkan, apabila media (TV3-pasal aku tgk kat TV3) terpaksa sugar-coated bnyk pekara agar Shabery Chik kelihatan "hebatnya ko kat pentas tadi" selepas debat berakhir.

Pandangan yang mudah tetapi berfokus hanya untuk mewujudkan 3 bilion, tidak langsung dipandang dan ditolak mentah-mentah oleh Shabery Chik. Respon larr, kasi buah fikiran bapakkk Shabery Chik oeiii. Tak perlu laa nak quote ayat org sana sini. Buat recap sampai 10x, minyak naik bukan salah Kerajaan. Memanglaa bukan salah kerajaan. Tapi salah kerajaan menaikan minyak dengan MENDADAK. Jawab soalan tu dulu, kenapa begitu mendadak? Boleh aku buat pertimbangan pesal minyak naik. Apa penyelesaian nya?? Nada.

Adab berdebat bapakkk Shabery Chik pon macam aku mula-mula belajar nak berdebat zaman sekolah dulu. EMO lebeh. Tapi zaman sekolah dulu, nasib ahh aku senang belajar tu yg aku dapat jadi best speaker peringat negeri tuh. Okeh poyo. Continue.. Bapakk Shabery Chik tak perlu emo tak tentu pasal. Enough laar beating around the bush. Rakyat dah dengar, dah paham dah buat penilaian. Media tak perlu laa nak tepek gula sana sini, buat rakyat menyampah dan sakit hati je.

Point bapakkkk Shabery Chik yang dok compared Malaysia to Venezuela and Saudi Arabia dari awal perbahasan, lepas tu kata please don’t compare Malaysia to those countries, Pakkk, apakkk ceta apa neh?... selanjutnya.

Anwar gets bloggers' vote

Malaysiatoday | INTENSE public discussion ensued on Internet websites and blogs immediately following the Anwar-Shabery 'live' TV debate last night.

While mainstream media reports suggested that there were no clear winners, comments on blogs showed the vast majority felt that Anwar's arguments sounded more convincing.

Shabery's criticism of Anwar's protests during the 1970s and his earlier role in government did not go down well.

A smaller number felt that it was not important who had "won" but the fact that the debate was held at all was a positive sign.

Shabery might have fared better had he pressed home the point about what happens when the oil finally runs out.

Anwar had suggested that future discoveries could further extend the day of reckoning. But many believe that new oil fields will become more expensive and more difficult to locate and that could drive up prices in the long run. The debate also failed to touch on the importance of conservation and the need to conduct more research on renewable energy such as solar power.

One comment left on a blog suggested that while Anwar's plan for a 50-sen cut may be feasible, "Pakatan Rakyat has to list down their concrete alternative policy on oil, alternative sustainable and environmentally friendly policies as soon as possible."

--Malay Mail

Shabery....PLZ RESIGN

marhaendaily | ....Debat sebentar tadi pasal minyak petrol Shabery oiii… yang ko criter zaman 1974 tu apsal…. Ko ni tak ngaji abis kot… Ko tau ke taubat manusia dengan Allah Taala. Ke "tau buat" jer… tau buat orang sakit hati… Ni tidak… criter 34 tahun lampau. Allah pun terima taubat hamba. Ko ni masih ungkit2… Asyik nak serang peribadi org jer. Ni la dia…spesis AMENO. kerja dia sangka buruk kat orang. Tak abis-abis. Nasib baik orang tak criter masa ko lahir dulu telanjang tak pakai baju…amacam, ko nak jawap aper.

Topik tadi nak turun harga minyak. Dia ambik kesempatan pulak. Aku nak ko letak jawatan esok. Tapi, wahai sahabat sakalian, percayalah…percaya lah…percayalah( lebih kurang ayat shabery tadi..) mesti surat khabar / pak loh bedawi / dan ulasan media tunggangan Umno kata shabery baguih…Penipu punya kaki…marah wooo… cekik kedarah punya orang. Dia tak pikir minyak naik harga barang naik. Rebat tunai tu untuk org ada kereta / moto jer. Abih tu…org kampung tu, mana dpt rebat.

Apapun, kita nampak dengan jelas…sebentar tadi selesai satu perdebatan di antara seorang pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin putar alam.

Anyway…Congratulat ion DSAI. And…Shabery, don't forget, tommorow (TODAY!) pls resign!

komen 2

A: Gelanggang ini dimanfaatkan sebaik2nya oleh sdr Anwar bagi menerangkan sebahagian kecil manifesto atau 'mini pakej' PR untuk kesejahteraan umat Malaysia amnya. Pada dasarnya, tiada suatu urusan pun yang dibawa oleh sesuatu gagasan, melainkan ada manfaat di sebaliknya. Justeru, bilamana gagasan tersebut ternyata membebankan majoriti penghuni Malaysia khususnya, maka ia mestilah merubah perlaksanaannya sendiri atau ia perlu ditukar kepada gagasan lain.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive