KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit media. Show all posts
Showing posts with label Belit media. Show all posts

Nov 23, 2008

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno/BN

harakah | ...Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya. ... more.
Siapkan lawyer .... saman media BN@UMNO sampai rentung.
Seminggu satu saman, lama lama kita gadai Utusan dan mangkuk yang lainnya.
Apa kata botak arab ....Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet
Wakakaka .. blog je. media tak payah .. mangkuk tingkat !!!

Nov 22, 2008

RTM dan TV3 berniat jahat

harakah | ... Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat. ... more.

Muslihat Utusan Meloya

Setiap berita ... yang pentingnya 'feedback' dari pembaca. Tajuk dan gambar cukup untuk berikan impak pada muslihat tertentu.

Berikut gambar dan tajuk dari Utusan
Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik
Gambar yang di ambil pula tertera tulisan Cina di bawah tulisan B. Melayu.

Dan berikut adalah berita dari STAR
Multilingual road signs put up to boost Penang's tourism
Gambar pula menunjukkan Tulisan Jawi di bawah tulisan B. Melayu

Visitors to Lebuh Acheh in Penang will be able to see one of the much-debated multilingual signboards.

Busuk nya perangai utusan dan editor.
Perkauman lebih lebih sangat ....
Sedangkan isu Bangsa Melayu melarat di Pulau Pinang terlalu kritikal di bandingkan dengan papan tanda.

Nov 21, 2008

Sinar harian di beri amaran?

Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?

Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.

Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.

Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh ....... selanjutnya.

Nov 15, 2008

Barua membela talibarut

UMNO dicadang tubuh 'Tabung Pembelaan Utusan'
Majlis Veteran UMNO Malaysia hari ini mengusulkan supaya agar parti itu menubuhkan 'Tabung Pembelaan Utusan' bagi membela akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh kaum Melayu.

Pengerusinya, Tan Sri Tajudin Ali berkata, tabung berkenaan amat penting setelah akhbar itu disaman sebanyak RM30 juta oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, baru-baru ini.

Tegas beliau, akhbar tersebut perlu dibela kerana bertindak berani menyiarkan berita bagi membela orang Melayu dan agama Islam.... selanjutnya.

Nov 14, 2008

Penjelasan MB Perak

Baca kenyataan dari MB Perak, melalui bernama

Mohammad Nizar said he merely asked for the camera and not seizing it as reported.
He also claimed that the legal firm was in cahoots with the media.
"I was having a meal, then he (the legal firm's representative) came. I asked him 'who are you?' but he did not answer.

"How was it possible that the cameraman was present when the notice was served? So I said, 'give me your camera'," he told a news conference at the Perak state legislative assembly building.... selanjutnya.
Tu la .. korang jangan caya berita utusan bulat bulat. Korang kata, boikot Utusan tapi korang baca Utusan dan caya.

Kalau jumpa ular dengan utusan .. korang kena pukul Utusan dulu. Takkan tu pun nak ajar. Siapa tak kenal Utusan? Kalau tak der Utusan, BN dah lama pupus.

Kalau nak, haramkan kedua duanya - Mufti Perlis

Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard.

''Kita mengetahui kes lelaki lembut menyerupai perempuan lebih banyak daripada kes pengkid yang ada kalanya perlu dicari dan diselidik dengan teliti.

''Bagaimanapun, bagi kes lelaki lembut menyerupai perempuan ini saya berpendapat ia lebih ramai daripada pengkid... kalau ingin haramkan adalah lebih diharamkan kedua-duanya," jelasnya.... selanjutnya.
Kenyataan yang cantik ...... Tapi ....
''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.

''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.
Yeahhhh !!!! Kita masih boleh tengok filem lucah kat ASTRO !!!

Nov 13, 2008

Pulangkan ......

ong boon keong 250808 02Mkini | ... Sebuah kamera video milik seorang aktivis telah dirampas oleh pihak polis sewaktu majlis memasang lilin Ahad lalu. Bukan sahaja dia turut ditahan, selepas lima hari, kamera videonya masih dalam ‘simpanan' polis.

Ong Boon Keong yang merupakan penyelaras Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) Pulau Pinang berkata, beliau sedang merakamkan tindakan polis cuba menyuraikan orang ramai apabila kameranya dirampas.

Kira-kira 300 orang hadir di Pusat Sivik Petaling Jaya untuk menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Katanya, beliau sedang merakam tindakan polis menolak mereka yang ditahan masuk ke dalam trak polis.... selanjutnya.
berita kat atas tu tak dapat liputan .. tapi yang bawah ni liputannya meluas
Beberapa persatuan wartawan hari ini membidas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kasar terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia di Ipoh semalam. - Bernama
Tapi MB Perak tak sentuh pun mamat tu ... cuma suruh 'erase' memory card dan di panggil 'hoi'.
Tiada darah telinga, hidung koyak dan tercabut rambut .. wakakakak

Nov 10, 2008

Bersih: Utusan melaporkan...kah kah kah

Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.

‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya
.... selanjutnya.
Wakakak ... aku ambik dari anilnetto ...

Satu komen
Pandemonium broke out. I started to make a gradual retreat. I noticed scuffles between plainclothes police officers, believed to be Special Branch people, and some of the supporters. One of my friends who was shooting away with his camcorder was manhandled and hauled away. This is a sad day. We were on the verge of dispersing and going home, and yet the police had to charge into us. Barbaric? Let the world tell us.
Satu lagi komen .....
My wife and I were there tonight, the FRU charged at us as the Negara Ku was being sung. They were waving their batons threateningly and shouting for us to disperse. I think they were itching to start beating people up.

Satu lagi komen ...
I was there at the Civic Centre garden, we were singing the Negara Ku and the FRU charged at us, banging their shields and shouting angrily at us and ordering us to disperse. It was barbaric and uncalled for. We will not be intimidated by their brute force and will continue our fight for a better tomorrow.
Satu lagi komen ....
One 53-year-old woman spoke at a press conference saying that while she was singing the Negara Ku, she was dragged from the back and fell down, hitting her head. She needed four stitches. Her 24-year-old son was detained.
Kesimpulan ...
Aku merayu agar yang bodoh bodoh diluar sana tu percaya la cerita Utusan ..... wakakakak

Nov 5, 2008

Ekonomi merudum, tak payah ikut peraturan?

Aku petik artikel dalam agendadaily tentang isu keluar dewan semalam.

Ini kerana diketika semua orang tertunggu-tunggu nak tau apakah usaha kerajaan untuk mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar pembangkang sibuk membuang masa membangkitkan soal peraturan sidang Dewan Rakyat.... selanjutnya.
Kesimpulannya ... kalau ekonomi sedang teruk, tak payah ikut undang undang.
Apa punya ideologi ni ... ideologi penyamun.
Wakakakak ... patut la ramai yang jadi perompak sekarang. Waakakakaakaka
Pttuuuuu iiiiiii .....

Utusan cuba perangkap MB Selangor

Ia masih isu Keluar dewan ketika Mamat Mongol buat perbahasan.
Berita yang keluar di Utusan ... semua berkenaan komen Menteri menteri dan pemimpin BN tentang tindakan keluar dewan oleh Pembangkang. Semuanya nak cerita buruk pembangkang la konon ....

Antara berita ...

Pembangkang tidak matang bertindak keluar Dewan
dan
Tindakan pembangkang tidak bertanggungjawab
dalam pada tu, terselit satu tembual bersama Pembangkang ....
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) menyifatkan tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar dari sidang Dewan Rakyat ketika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan
Dalam ramai ramai pembangkang ... media pilih MB Selangor untuk di temubual.
Ni mesti kes .. nak pekena. Nasib baik tak melalut kali ini.

Nov 3, 2008

Saya kena dengar keputusan Selangor dulu - TG Haji Hadi

Kalau tak tau .. jangan komen apa apa. Itu kesimpulan yang aku dapat dari berita siasah dari hasil temubual dengan TG Haji Hadi ..

Baca di SINI

Terbukti sudah kini, Utusan memang berniat jahat ketika memutar belitkan kenyataan Presiden PAS mengenai perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi. ....

Wartawan: Datuk Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.
DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.
Wartawan: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.
DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.
Wartawan: aa...pemangku.
DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.
Wartawan : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?
DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.
selanjutnya di SIASAH
Strategi begini Pemimpin pembangkang kena belajar dari TG Haji Hadi ... Kalau tak sampai hati nak boikot ... Korang jangan jawab soalan. Dia nak cakap apa .. itu dia punya pasal.

Kalau cam ni ... yang malu ....Wartawan Media Perdana. Bila tak dapat statement, dia balik tangan kosong. Tak dapat berita, itu dia punya pasal. Kalau boss marah ... tahan la. Kalau dapat berita dia belit satu macam.
Dapat tak dapat...gaji jalan maaaa... Peduli apa. Cukup bulan beli barang dapor.

Wartawan di ajar untuk provok. Pemimpin pembangkang yang sombong dan ego .. .selalu terjerat. Soalan yang sama di ulang selagi tak jawab. Kalau korang tak jawab, lepas tu dia pening. Bila pening, tak kerja. Sakit jantung, darah tinggi ... itu diorang kena tanggung sendiri.

Tak kan itu pun nak ajar ... Sendiri mau ingat la

Nov 2, 2008

Pasir Mas desak pertahan Utusan

UMNO Bahagian Pasir Mas hari ini mendesak ahli-ahli parti itu supaya mempertahankan akhbar Utusan Malaysia sebagai wadah perjuangan Melayu dan bumiputera di negara ini.

Timbalan Ketua bahagian tersebut, Hanafi Mamat berkata, umat bangsa ini terutama ahli-ahli UMNO harus bangkit mempertahankan akhbar tersebut daripada terus dipijak dan dihina oleh pelbagai pihak atas sebab kelantangannya memperjuangkan bangsa, bahasa dan agama.

Beliau berkata, terdapat pihak tertentu iri hati dengan kejayaan akhbar tersebut yang mengangkat martabat Melayu dan bumiputera sehingga berjaya seperti hari ini....selanjutnya.
Abe...abe UMNO pasir mas, kawe nok ghoyak ko awok awok .. kalu nok tengok keputuse nombor eko jah .. beli Star pun tak po. Ado belako.

Oct 24, 2008

Kelantan Government may take legal action against publications

Star | Another newspaper was cited in the State Legislative Assembly here for alleged misreporting and this time, the paper cited was Harian Metro, a sister publication of Berita Harian.

State Local Government committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan (BN-Bunut Payung) said the paper had headlined that the Sultan of Kelantan called for a review of the declaration of Kota Baru as an Islamic City.

The paper apparently published the headline based on the reporting of the Ruler’s opening address of the seven-day Budget sitting.... selanjutnya.
Ni lagi satu .... Fitnah di dalam media. Dah terang lagi jelas ... saman je. Apedehal .. duit banyak. Diorang boleh bayar. Langganan tertinggi di Malaysia. Tak caya KLIK SINI

Oct 23, 2008

Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker

harakah | ....Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.Image

"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.

Image"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.

Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.

Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13. ... selanjutnya.

Utusan? Baca FREE ... jangan beli

Kelab penyokong kerajaan Selangor mengedarkan sejumlah 500 lencana memboikot akhbar berita berat sebelah, Utusan Malaysia. Kah Kah .... Oleh oleh lencana diorang bagi kat wartawan juga.

Baca di SINI.

"Ambil oleh-oleh ini, kita sediakan 500 keping, cukuplah dahulu," kata Suee Lim yang turut menghulurkan lencana itu kepada wartawan Utusan Malaysia dan KOSMO!.
Wartawan ... jangan tak ambeeeekkkkk, kalu malu nak pakai ... bawa balik bagi anak bini.

tapi sorry,

Aku terpaksa BACA utusan dengan PERCUMA setiap hari untuk tahu berita gelembong kelentong Utusan Malaysia. Kalau tak der utusan Malaysia, no2umno tutup kedai. Sekarang ... perjuangan belum selesai.

So ... baca Utusan untuk berita geli geli, FREE ..... tak payah beli.
Lepas baca .... belasah selagi nak.

Isteri wak pun bukan main benci ngan Utusan ni, dia minta kat abang dia akhbar lama untuk jadikan lapik najis kucing. Bila Utusan kena najis ... mak aiiii ... bau dia. Nak muntah.

Oct 16, 2008

Laporan Polis terhadap TV3

Aku miss berita TV3 hari ini. Maklumlah, dah lama tak jengok saluran info tegar UMNO tu. Menurut kawan yang menonton, berita tersebut tentang pencerobohan tanah di Selangor. Ada pihak yang cuba mengaitkan EXCO negeri Selangor ... sedikit gua cilok lapuran dari internet.

limauice.blogspot.com | ... Todays news (TV3) was also vomit material. Isu pencerobohan tanah / hutan in Selangor. Land being developed in to houses, agriculture, bird houses... etc.

A pakcik claimed he had met Yaakob Sapari with the other penerokas and was promised the problem would be solved... to make it more dramatic... he CALLED Yaakob and we could hear him talking with Yaakob.

Whoa, this Exco must really be free... and this pakcik must seriously be some big shot, i mean... maybe he's royalty or a fucking billionaire investing in Selangor and Yaakob has saved this pakciks name in his hand phone and tagged as 'Bloody Important Pakcik'. The segment also interviewed a Chinese uncle in front of his house, uncle said he had bought the land for RM5000 and has lived there for 12 years.

Oh yeah, pakcik peneroka tadi lak... 7 tahun mengusahakan tanah tu. Owh... Pakatan Rakyat has been in power for? A few months. Get the pic? 'Pencerobohan Tanah Semakin Tak Terkawal' was the title... indicating maybe that somehow... at one point of time everybody picked up a new hobby... MENCEROBOH TANAH conveniently when Pakatan Rakyat took over? Wtf. Wartawan2 TV3 ni bodoh ke hape. Pengarah Jabatan Hutan confirmed that the land was trespassed. Confirm je ke? lain tak wat ke? Ke dapat arahan dari org lain, suh bia and jadikan isu? Banyak sangat anjing sekarang ni, tak terkawal....selanjutnya.
Berikutan itu ... tindakan susulan akan dibuat oleh EXCO berkenaan.
Pada hari ini. Khamis 16/10/2008, bertempat di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam, jam 10.00 pagi. YB Yaakob Sapari akan membuat lapuran polis berikutan putarbelit TV3 tentang kes pencerobohan tanah dan penebangan hutan di Kuala Selangor.
Kalau merujuk berita hari ke 2 melalui Buletin Utama jam 8.00 malam, SAH!!! ... dengan niat ... pakcik itu memasang 'loud speaker' taliponnya ketika menghubungi YB Yaakob Sapari dan perbualan itu di rakam oleh berita TV3.

Mungkin sudah sampai masanya YB Yaakob kena TEGAS SIKIT !!!

Oct 9, 2008

Utusan bukan punca Melayu marah?

utusan melueh | ...Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai tindak tanduk Hindu Rights Action Force (Hindraf) bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India, adalah tidak berasas.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berkata, semua media yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet melaporkan kejadian yang sama termasuk akhbar-akhbar portal di Internet.

Sehubungan itu, jelas beliau, tidak wajar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menuduh laporan akhbar Utusan Malaysia sahaja bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap kaum India.

''Saya tidak faham kenapa beliau membuat tuduhan seperti itu sedangkan ada banyak media lain turut melaporkan kejadian yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini... selanjutnya.
Tunggu ... sampai masa editor nya kita tukarkan ... habis cerita. Jangan cari alasan.

Sep 25, 2008

Teresa, Selangor State Govt to sue Utusan

NST | Seputeh MP and Kinrara assemblyman Teresa Kok and the Selangor government will initiate separate suits against those responsible for her detention under the Internal Security Act.
Kok said her lawyers were currently making preparations to sue a newspaper and several others, although she did not say who these people were.

"I intend to take action against Utusan Malaysia and other individuals responsible," she said yesterday after attending her first weekly state executive council meeting since being released from detention.

State exco member Dr A. Xavier Jayakumar said the state government would separately sue Utusan Malaysia for defamation.

He said the libel suit was in relation to a column in the newspaper on Sept 10 which had alleged there were moves to restrict the use of loudspeakers for the call to prayer at mosques in Selangor.... selanjutnya.

Sep 20, 2008

Fitnah kategori apa kah ini?

Geli sungguh lah aku membaca berita seperti ini di muka hadapan akhbar media arus Perdana v6 ...

Amerika perguna Anwar
UTusan | Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).... selanjutnya.
Kenapa lah masih ada berita 'professional' berbentuk begini di siarkan akhbar keseluruh negara. Mungkin kah Utusan bakal menjadi 'pencetus' sekali lagi untuk sebarang tindakan undang undang rimba ? Bagaikan peristiwa baru Teressa Kok bakal berulang.

Dan baca lah tajuk berita yang disiarkan hari ini ... tolong jangan memuntahkan diri

Rakyat tanggung beban perbuatan Anwar
Pecat ahli UMNO Sabah belot wajar
Tanda jalan jawi: Teresa akui bantah

Berharap benar agar kerajaan di tukar dan aku nak saksikan kemanakah arah cerita media mangkuk ayun ini serta bahasa yang akan digunakan nanti.

Posting terkini

Blog Archive