Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.
Beliau yang hadir bersama isteri beliau telah memulakan ucapan setelah berakhirnya giliran pidato MB Selangor.
Kesempatan selama hampir 30 minit telah di manafaatkan untuk menerangkan kepada hadirin sekitara 10, ooo orang tentang '16 September'. Menurutnya usaha telah di jalankan, namun takdir akan di tentukan oleh Allah swt. Langkah pertama ke arah perubahan kerajaan adalah melalui Sarawak dan menurut beliau, sejak 14 haribulan yang lepas, Menteri menteri besar diarahkan untuk terbang ke Sarawak bergilir gilir mengikut jadual yang di tetapkan.
Merujuk kepada perubahan kerajaan, beliau tetap yakin bahawa usaha tersebut bakal menemui kejayaan, berpandu kepada keadaan dan sokongan yang diterima. Cuma masa yang menentukan.
Ucapan beliau berakhir pada jam 11.51 malam dan esok merupakan hari terakhir perbahasan Kongres Keadilan yang ke5 yang diadakan selama 3 hari bermula pada Jumaat lepas.
Nov 29, 2008
Saya tetap yakin - Anwar
Labels: Anwar Ibrahim, kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PKR sedia 'tempur' Sarawak
mstar | ...Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.
Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.
"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.
Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.... more.
Labels: Anwar Ibrahim, kongres
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Peralihan kuasa bermakna, tukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral - Anwar
harakah | Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan erti peralihan kuasa adalah menukar pemimpin yang perasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang bersih.
Namun, ujarnya peralihan kuasa yang diusahakan kerajaan Umno/BN hari ini tidak sedemikian kerana pemimpin yang menggantikan ialah di kalangan mereka yang perasuah, zalim dan maksiat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas sempena perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. ... more.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 25, 2008
Pelaburan asing menguncup ... jelaskan !!
Suarakeadilan | Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mahu Kerajaan BN menjelaskan mengapa pelaburan di negara ini semakin berkurangan berbanding dengan negara Asia lain.
Anwar, yang juga Ketua Umum KeADILan berkata Kerajaan dan kementerian terbabit perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa kesan kemasukan pelaburan asing di negara ini begitu parah terutamnya di kalangan antara negara Asean.
Beliau berkata, mengikut laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 (UNCTAD)mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) yang mencecah RM38 bilion berbanding kemasukan hanya RM29 bilion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami negatif sebanyak RM9 bilion.
Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa pada umumnya alasan yang kerap diberikan adalah kerana faktor fenomena global dan semua negara mengalami tekanan ekonomi berikutan krisis ekonomi yang bermual dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun tetapi kerajaan perlu menjawab mengapa kesan di negara ini lebih ketara dari negara Asean lain.
“Satu formula penyelesaian bagi masalah besar ini perlu diambil dan saya sudah kemukakan pandangan supaya menteri terbabit mengambil inisiatif untuk dapatkan konsensus mengenainya.... more.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 22, 2008
Anwar jumpa SAPP
suarakeadilan | KETUA UMUM Anwar Ibrahim semalam mengesahkan pertemuan beliau bersama dengan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee semalam.Lepas ni akan keluar cerita ... pdrm dan tentera buat latihan bersama. Wakakakakaka
Ketika menemui media di Kota Kinabalu, Anwar berkata usaha untuk mempelawa SAPP, yang keluar daripada BN baru-baru ini, untuk menyertai Pakatan Rakyat sedang dibuat.
“Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat di semenanjung pada pilihanraya Mac lepas,” katanya semalam.
Anwar semalam berada di Sabah bagi menghadiri Program Konvensyen Negeri Sabah yang berakhir hari ini.
Pagi ini, Anwar dijadualkan memberi Ucapan Dasar bagi Konvensyen berkenaan sebelum bertolak ke Terengganu malam ini.... more.
Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 17, 2008
Barisan Nasional government will collapse - Anwar
malaysiainsider | Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim said Sarawak, which has 30 members of parliament, holds the key to the formation of the Pakatan Rakyat (PR) government in the country.
"When Sarawak changes its course, the Barisan Nasional government will collapse," he said at a dinner organised by "Friends of PKR" at the Sibu Trade and Exhibition centre here last night.
He said leaders in the PR coalition like Datuk Seri Abdul Hadi Awang of Pas, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng of DAP and himself and his wife would continue to meet and hold discussions with BN MPS to get them to cross over.
About 3,000 people were present at the dinner, the biggest so far for a PKR function here.
Those present included PKR vice-president Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan, Sarawak DAP leader Wong Ho Leng, former Sri Aman MP Jimmy Donald and Baginda Minda, the former Parti Rakyat Sarawak Balleh branch publicity chief, who caused a furore with his statement accusing the state dominant BN party, the Pesaka Bumiputera Bersatu, of being a bully.
At the function, Anwar received membership application forms from Gabriel Adit Demong, one of two independent state assemblymen, and from 11,752 individuals from throughout the state.
Anwar said Sarawakians were now ready for change, saying Adit had volunteered to lead a recruitment drive for more members for PR.
"Do not be surprise if what had happened in five peninsula states in the March general elections could happen here," he said, adding that PR was prepared to face the coming state election.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 14, 2008
Pendakwaan dan pembelaan terus bertelagah, Mahkamah Tinggi dengar rayuan 20 dan 21 Nov
MStar | ...Pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim terus bertelagah mengenai urusan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, S.M Komathy Suppiah mendapati sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Sesi sebutan kes yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.
Pada awal sesi sidang mahkamah hari ini, Peguam R. Sivarasa yang mewakili pihak pembelaan mempersoalkan tentang pelanggaran akujanji pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Sivarasa berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 51(A) yang menjelaskan segala dokumen yang berkaitan mestilah disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum tarikh perbicaraan.
"Yang Arif, pihak pendakwa telah melanggar akujanji yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan dokumen tersebut sepatutnya pada hari ini sebelum perbicaraan bermula," katanya.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 10, 2008
Najib will be a dictator - Anwar
Minsider | ..... "If he comes into the picture, everything will be clamped down," he said to reporters in Parliament when told that the Finance Minister plans to roll out the RM7 billion stimulus package which Najib announced in Dewan Rakyat last Tuesday.Stupid will not using mind but power to lead.
"It has not been approved by Parliament. It has not even been tabled," the Permatang Pauh MP said of the stimulus plan.
"The public is not even aware this is a problem as conveniently most mainstream newspapers have covered this up just to protect him.
"This is what we mean by arrogance of power, they control everything, dictate terms and monopolise the news and they can get away literally with murder," he said.
"This means you can anticipate the type of administration under Najib," Anwar said, referring to the transition plan whereby Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will hand over the reins to Najib after the March Umno polls.
Anwar's statement also reflected the opposition's insistence that Najib's speech last Tuesday, in which the stimulus package was announced, cannot be considered an approved policy.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 7, 2008
Arahan Gani Patail tidak sah
MStar | Dalam penghakimannya, beliau berkata, sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah.
Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini yang mengatakan Abdul Gani tidak akan terlibat di dalam kes ini.
Selain itu, keputusannya itu disokong oleh dua afidavit iaitu laporan polis Anwar terhadap Abdul Gani supaya tidak terlibat di dalam kes tersebut dan afidavit Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung janji Perdana Menteri itu.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan hakim.
"Saya menyambut baik keputusan hakim kerana dari awal saya melahirkan kebimbangan kerana kes ini sama seperti kes 1998 iaitu sebahagian pihak polis dan Peguam Negara cuba untuk mengkhianati prinsip perundangan.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 31, 2008
Keputusan memang dah di jangka - Anwar
"Saya ucapkan kepada beliau selamat kembali kepangkuan keluarga. Beliau memang layak untuk mendapat keputusan (pembebasan) itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini hari ini.Macam perli je tu ....
Menurut Anwar, keputusan itu memang telah dijangka.... selanjutnya.
Labels: Altantuya, Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 18, 2008
Strategi tenggelamkan kehebatan Anwar?
Siasah | ...Anwar selain daripada mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan juga sebagai Menteri Kewangan bukan sahaja mempunyai fakta-fakta yang kukuh untuk mempertahankan hujahnya bahkan beliau mendapat maklumat yang jelas untuk mempertikaikan angka-angka yang dibentangkan untuk tujuan tersebut.
"Saya melihat perkara ini sebagai ketidak sediaaan kerajaan dalam proses demokrasi, ini dilihat tidak adil kerana ruang kami sangat terhad untuk bersuara, dan ini sepatutnya didengari," komen Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Katanya, pandangan yang diutarakan oleh Anwar amat bagus untuk pihak kerajaan , ia juga dapat membantu pihak kerajaan juga sekiranya mereka mengambil sikap terbuka.
Bagaimanapun Pengerusi kelab Penyokong Kerajan (BBC), Datuk Seri Tiong King Sing ketika ditanya kemungkinan tersebut menafikan ada usaha untuk memboikot Anwar sebaliknya menyifatkan hanya perkara biasa dan hujah yang diberikan oleh Anwar hanya lah sama seperti yang pernah di bahaskan. Beliau juga menafikan pihaknya takut untuk berhadapan dengan Anwar untuk berhujah dalam Dewan Rakyat. ... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Oct 14, 2008
Anwar mahu MP BN bersabar
MStar | Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.
"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan.
Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku.
"Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno.
"(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia... sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara," katanya.
Pihaknya juga telah meminta sesi khas Parlimen diadakan sebelum ini, bagaimanapun telah ditolak tanpa alasan.
"Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.
"Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan)," katanya.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, peralihan kuasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Menteri dan Ahli Parlimen BN Takut Untuk Dengar Hujah Anwar
msomelayu | SUASANA Parlimen hari ini tidak sesesak semasa Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009, 29 Ogos lalu. Keadaan dan pemerhatian sidang parlimen hari ini biasa saja, walaupun umum sudah tahu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan membentangkan perbahasan Bajet berkenaan. Seolah pembentangan perbahasan oleh bekas Menteri Kewangan itu tidak penting.
Suasana Parlimen lenggang dan banyak ruang yang boleh dimuat. Kawalan juga biasa saja tidak ada kawalan tambahan. Namun apa yang berlaku di dalam Dewan ternyata lebih menarik dan panas ketika Abdullah Ahmad Badawi membentang Bajet tempoh hari.
Ternyata Anwar dapat melakukan kejutan, menghidupkan Parlimen menjadi panas dan membuat ahli Parlimen BN ternganga mendengar hujah-hujah yang disampaikan kadang-kadang serius dan kadang penuh jenaka dan simpatis.
Apa yang menariknya, beliau telah meminta Menteri Kewangan membentang Bajet baru kerana Bajet yang dibentang sebelum ini sudah tidak relevan lagi atau lapok ekoran perkembangan ekonomi semasa. Unjuran pendapat dan perbelanjaan, angka-angka yang dibentangkan dalam Bajet tempoh hari sudah tidak boleh dipakai.
Alasannya, kata beliau unjuran dibuat menerusi Bajet itu dulu berdasarkan harga minyak semasa yang jauh lebih mahal berbanding sekarang ini. Ketika Bajet itu dibuat harga minyak melebihi UD125, kini harga minyak UD75. Kedudukan harga minyak menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan negara.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 13, 2008
DS Anwar di Parlimen
Gambar ni di cilok dari Malaysianinsider. Di ambil ketika DS Anwar tiba pagi tadi di Parlimen. Sambutan wartawan mengalahkan Perdana Menteri. Tu yang buat Najib tak senang duduk.
Labels: Anwar Ibrahim, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ucapan Anwar sampai petang, tiada undi tidak percaya minggu ini?
KAKITANGAN Parlimen, Mohd. Sidek Mohd. Sani menyusun kedudukan baru bagi dua Ahli Parlimen dari Parti Maju Sabah (Sapp) iaitu Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau). Sapp kini bertindak sebagai wakil Bebas selepas keluar Barisan Nasional bulan lalu. - foto The Star oleh NORAFIFI
MStar | ..."Ucapan beliau (Anwar) akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok)," kata beliau kepada mStar Online.
Ketika desas-desus mengenai pembentukan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat timbul semula, Saifuddin berkata, ucapan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.
Bagaimanapun anggota Dewan Rakyat menjelaskan tidak mungkin ada usul undi tidak percaya secara langsung ke atas kepimpinan kerajaan iaitu Abdullah pada minggu ini.
Ucapan Anwar akan menyentuh pelbagai isu semasa dan keperluan pembentukan kerajaan baru, katanya.
Ucapan Bajet 2009 akan diluluskan selepas dibahaskan selama empat hari di peringkat dasar dan kemudian peringkat jawatankuasa selama empat hari ini.
Justeru, mStar Online difahamkan tidak mungkin ada sebarang usul tidak percaya Perdana Menteri minggu ini.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Oct 12, 2008
Opposition targets Najib in Parliament
malaysianinsider | ...The Opposition Pakatan Rakyat (PR) will now turn their attention towards Datuk Seri Najib Razak by insisting on a review of the 2009 Budget in Parliament tomorrow.
Since taking over as Finance Minister from outgoing Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi, Najib is now facing the prospect of guiding the Malaysian economy in the middle of a global financial storm.
"One of the first things would be a review of the budget proposal and its figures. We need to do that as an urgent matter unfortunately this does not seem to be the direction and policy of the current government and finance minister," Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said of his plans for tomorrow.
"We cannot work on obsolete figures that are not realistic and does not reflect on economic fundamentals," he continued.
Speaking at his Hari Raya open house at Sultan Sulaiman Club, Kg Baru today, he said that most other countries have already reviewed their budgets, including Singapore, which recently went into recession.... selanjutnya
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar Ibrahim declines comment on new date
NST | Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim today declined to comment on a possible new date for the Pakatan Rakyat to take over the federal government from the Barisan Nasional (BN) as he had predicted it would.
When pressed by reporters, he said: “I will not mention it (the date). At the appropriate time ... we will see a change.” “If the people want a change ... no power can prevent and stop it,” he said at his Hari Raya Aidilfitri open house at the Sultan Sulaiman Club in Kampung Baru, here.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 11, 2008
Hukum dan Maruah Jangan Tergadai
anwaribrahimblog | Maaf kepada rakan-rakan di Kelantan kerana saya terpaksa menangguhkan ketibaan di Kota Bharu. Jadual sambutan Eid ul Fitri Keadilan Kelantan di Tanah Merah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili Naib Presiden saudara Azmin Ali.
Di mahkamah pada sebelah pagi, peguam saya Haji Sulaiman meneruskan hujah. Terasa mual dan jemu dengan sikap pendakwa, yang bertindak sebagai perkakas politik penguasa, menggadai hukum dan maruah sekian lama! Yang agak melegakan ialah kerana kesediaan hakim Komathy mendengar hujah dengan sabar dan memutuskan berdasarkan fakta dan hukum. Mahkamah ditangguh sehingga 30 Oktober nanti inshaallah.
Pada sebelah petangnya saya menaiki pesawat jam 7 petang untuk bersama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam majlis ceramah umum di Kota Bharu. Kehadiran mencecah 60 ribu orang!
ANWAR IBRAHIM
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 9, 2008
Hakim tarik balik arahan ketepi afidavit Anwar.
suarakeadilan | Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan arahan untuk menegenepikan permohonan pendakwaan bagi menghalang pihak media menyiarkan eksibit yang terkandung dalam afidavit peguam Anwar ditarik balik.
Afidavit tersebut mengandungi laporan Polis yang dibuat oleh Anwar terhadap Peguam Negara, Gani Patail terhadap dakwaan terlibat mereka bukti dan keterangan kes beliau di pukul ketika dalam tahanan Polis 1998.
Selain itu, eksibit 7 perkara dalam afidavit itu juga mengandungi keratan akhbar yang disiarkan oleh Bernama, International Herald Tribune dan New Strait Times yang melaporkan Perdana Menteri menyatakan pihak peguam negara tidak akan terlibat dengan pertuduhan terhadap Anwar.
Hakim S.M Komathy membuat keputusan tersebut berdasarkan peruntukan 41 peraturan 5 (2) peraturan dari mahkamah Tinggi yang menyatakan afidavit dibenarkan dibacakan dalam perbicaraan interlocutari yang bukan merupakan perbicaraan penuh.
Komathy merujuk keputusan hakim dalam kes perbicaraan Wasli Mohd Said melawan Sulong Matjeraie yang dibuat di mahkamah TInggi Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, Komathy membuat keputusan penghujahan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa terhadap permohonan pendakwa bagi memindahkan kes berkenaan ke mahkamah Tinggi disambung pada 31 Oktober ini.
Penangguhan tersebuat bagi membolehkan tertuduh, Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen yang akan bermula 13 Oktober depan.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Najib bawa bencana - Anwar
suarakeadilan | ....Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim percaya bahawa negara akan terjerumus ke dalam bencana yang besar sekiranya negara ditakbir oleh seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.
Menurutnya, Timbalan Presiden Umno itu akan menerus agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang telah ditolak oleh rakyat Malaysia.
“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sedemikian bagi memperbetulkan salah lapor kenyataanya didalam akhbar Sinar Harian yang membelitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan di Perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam.
Sinar Harian hari ini memutar belitkan kenyataan Ketua Umum KeADILan bahawa beliau percaya Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
