KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 4, 2008

Tudung and artist

Gambar artis artis Malaysia memakai tundung, ayu, tulus dan mulus ..... diantaranya



cuba anda lihat koleksi artis artis lain ..... melalui blog blalang.com

Pengarah JAIP yang tak reti bahasa

mokhtarkamil - (...) Arahan tukaran itu adalah atas dasar kelakuan melampau yang ‘terlampau’ dik pengarah JAIP tu walaupun beliau telah diberikan tempoh 40 hari untuk menunjukkan kerjasama beliau dengan kerajaan negeri. Akhirnya Dato Seri Ir, terpaksa melakukan keputusan yang agak drastik dan berani dengan menukarkan beliau ke jabatan beliau yang terdahulu tanpa merujuk kepada Tuanku Sultan Perak. Walaubagaimanapun, teman rasakan perkara ini dikira isu kecil dan tidak perlu di heboh-hebohkan sampai di muka pertama akbar-akbar puak UMNO. Puak-puak UMNO pula dilihat mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Perak, sedangkan isu pengkhianatan terhadap Tuanku Sultan Terengganu terus didiamkan walaupun ianya suatu isu yang jauh lebih berat melibat institusi raja-raja Melayu. more...

Mat Taib tegur Ir Nizar, lupa insiden beliau dengan Istana Selangor

Roslansms - (...) Cuma yang saya agak terpanggil untuk mengulas dalam isu ini adalah reaksi yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno yang juga bekas MB Selangor, Senator Mat Taib terhadap isu ini. Beliau dilaporkan berkata dalam rancangan "Nasi lemak Kopi O" NTV7 yang dipetik oleh akhbar THE STAR agar pimpinan ke lima-lima kerajaan Pakatan Rakyat jangan terlalu ghairah ketika memerintah negeri masing-masing.

Kata Mat Taib lagi, mereka (kerajaan PR) tidak boleh berbuat sesuka hati mereka ketika memerintah, bukannya senang memerintah dan Umno serta BN memiliki 50 tahun pengalaman dan berjaya memerintah dengan aman! Saya tergelak ketika Mat Taib berkata:

Ketika saya MB selama 11 tahun, saya tidak pula menghalau stesyen radio dari pejabat kerajaan atau menukarkan mana-mana pegawai dalam tempoh 24 jam!
Memang Mat Taib tidak pernah melakukan perkara-perkara itu selama beliau menjadi MB lebih satu dekad di Selangor, kerana stesyen radio semuanya memuji dan menjulangnya manakala tidak ada mana-mana pegawai kerajaan pun ketika itu yang berani berkata sesuatu melainkan seiringan dengan agenda dan kemahuan Umno. Tapi Mat Taib tidak jujur dan malah saya kira berbohong, kerana beliau tidak pula kisahkan berkenaan apa yang berlaku sehingga beliau terpaksa berhenti selepas 11 tahun menjadi MB! more...

A needle in a haystack

ImageTHE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

malaysiatoday - (...) Within minutes of Khir Toyo being told that his government had fallen, he rushed to his office and removed three lorry-load of files and documents. Yes, that is right. Three lorry-loads. And they were sent to a secret location that until today has remained undetected. It makes one wonder what is in those three lorry-load of files and how much secrets would now remain a secret. Certainly there would not be enough jails in Malaysia if all those files were to fall into the hands of the new powers-that-be in Selangor. Suharto and Marcos combined would appear tame in comparison if you were able to peep into those three lorry-load of documents that were quickly removed from the Menteri Besar’s office during the wee hours of 9 March 2008.

Files that could not be removed in time were shredded so that not a single trace of evidence of the previous government’s misdeeds would fall into the new government’s hands. For example, Selangor has the most expensive road in the entire world. For that amount of money per kilometre, you could probably build an undersea tunnel from West Malaysia to Sumatra. Selangor is also the state that has privatised its treatment plants where the amount of revenue earned for water is higher than that for oil. Malaysia is the second country after Saudi Arabia where a gallon of water is more profitable than a gallon of oil.

This sounds ridiculous does it not and Malaysia Today must certainly be exaggerating, yet again? Well, when the private company owned by the previous Menteri Besar has to pay Selangor State only RM2.4 million per year while the company can earn almost RM400 million per year, this is definitely no exaggeration. Even Petronas is not that profitable, gallon to gallon.

And this is for only one treatment plant, mind you. How many treatment plants all over Selangor have been privatised to this ‘Bumiputera’ company? And if you think this is terrible, wait till you hear the best part. The privatisation is for 30 years. Yes, that’s right, long after many of you reading this are already dead and buried, these crooks will still be earning money by scamming Selangor State.

Khir Toyo’s entire scam has been revealed in a book written by Mohamad Rafi Awang Kecik entitled ‘KHIR TOYO: antara amanah dan khianat’. But you may face a lot of problems trying to find this book in the market. Khir Toyo has bought up every copy he could get his hands on plus he got the police to arrest the poor chap who wrote the book. more...

Is SUHAKAM making fun of general public ?

A Letter Written to PakLah by One Of The Visitors Of My Blog
via misschickenkiller

Dear Paklah,

It is already more than 1 month since I have requested Sir to kindly look into my plight on 'SUHAKAM's humiliation' how I was ' badly, rudely, inhumanly .....' treated as a silly old GUINEA-PIG for its commissioners to try out its very 1st historic INQUIRY when I was called to KL, 500 km to-fro Ipoh on 24-7-00 and was PROMISED on the 31-7-00 by the then chairman who shooked my hand , " mr. chin, don't worry we will do our BEST to help you get JUSTICE ! "

Not only they didn't do anything for 7 long long months despite my numerous costly phone calls, reg. letters and emails , I was made miserably & anxiously waiting and the WORST was when I managed to call , trying again & again, the ARROGANT commissioner who , 'sleeping' on my issue was inconsiderate & rude :-

" ....who is a commissioner, you or I ....!?"
" ... send the particulars of ...( datuk, I have already sent long ago .) ! "
" Just send it ! "
" But Datuk ....."
" DO it as I said ! "


Swallowing my bitterness, I complied .

Then months & months later SUHAKAM took an easy course and told me ' it's not their jurisdiction to handle my case, NFA !! '

I have 'appealed & appealed' and SUHAKAM does not respond anymore !!

Paklah, please kindly take ACTIONS , thank you !

Regards,
chinchinsiong (0125514546) ipoh.

MUST READ: Did the STAR copy cat Rocky Bru’s story?

sloone - (...) But Datuk, looks like the STAR has copied an exclusive on Rocky Bru’s blog but did not give him any acknowledgement. Is this a habit or has it become a policy? - To copy a story when bloggers break it and then to work on it, and later pretend as if it is their own story?

I think it’s cheap lah.

The story concern (on Page 16, of the Nation section of the STAR) was about Wan Hamidi Hamid being hired by Penang CM Lim Guan Eng - Journalist may become CM’s political sec.

Rocky first broke the story on his “First Class CM flies economy class?” post on May 3 @ 3.08pm. The STAR also carried the story on the economy flight on the same page (N16). I first read this story on Anil Netto’ blog. more at Sloone ...

Korupsi Pertanian

matsamankati - (...) ada awal 70an, kita ada Bumi Hijau. Sistem pertanian yang berkonsepkan pertanian moden, menggunakan baja kimia dan racun serangga ini menggantikan sistem tradisional yang mesra alam, self sustainable dan community-based. Kita mula bergantung kepada Monsanto, Bayer dan ICI. Memang la, banyak hasil yang diperolehi, tapi dalam jangka masa panjang, sungai-sungai tercemar, tanah-tanah menjadi tidak subur dan memerlukan baja kimia sepanjang masa. Eco-system kita hancur oleh racun serangga. Peningkatan taraf hidup petani tidak juga kesampaian tetapi yang untung berbiion-bilion ialah syarikat-syarikat besar.

Tahun 80an, Mahathir terus mengenepikan sektor pertanian dengan memberi tumpuan kepada perindustrian. Dalam jangka masa pendek, kita untung sebab duit banyak dan harga makanan murah.Yang menjadi mangsa ialah petani, kerana kos pengeluaran meningkat manakala kos jualan masih sama.Oleh itu, kos pengeluaran perlu dikurangkan dan cara yang paling berkesan ialah menggunakan bahan-bahan terlarang. racun-racun serangga yang diharamkan, diseludup masuk dan akibatnya, kita menghadapi krisis kualiti makanan. Tahun 90an, kita disajikan pula dengan sistem hidroponik. Berapa juta yang dibelanjakan untuk membeli takung hidroponik, wallahualam. Tapi ramai yang kaya dengan mempromosikan 'hi-tech' ini walaupun sebenarnya merupakan sistem lapuk yang sudah direject oleh kebanyakan negara. Sekarang, takung-takung ini digunakan untuk menternak nyamuk. Nyamuk-nyamuk dibiarkan bebas sehingga menimbulkan satu masalah. Dan penyelesaian kepada nyamuk ini ialah dengan mengimpot 'warrior mosquito'. Duit lagi. more...

Antara Punca Kelemahan Melayu: Tidak Yakin Kepada Diri dan Agama

msomelayu - MEREKA yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan.

Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu. Namun itu tidak membuahkan hasil lumaya dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu!

Kenapa desakan ke arah perpaudan Melayu bergema ialah kerana kedudukan dan kepentingan Melayu kian terancam. Dari masa ke semasa kekuasaan Melayu terhakis dan jaminan dalam perlembagaan juga longgar. Siapa yang merenggangkannya? Orang Melayu juga. more...

Nelayan Perlis mahu kerajaan kekal subsidi

Utusanloya - Persatuan Nelayan Negeri Perlis (Pelaris) mahu kerajaan mengekalkan subsidi diesel dan petrol kepada nelayan.

Pengerusinya Romly Sabu berkata kehidpan nelayan akan terjejas sekiranya subsidi itu ditarik balik apatah lagi dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Beliau turut mengakui wujudnya kegiatan penyalahgunaan subsidi oleh segelintir nelayan yang bekerjasama dengan para penyeludup.

Tetapi kegiatan itu sentiasa dipantau, katanya kepada Bernama.

Di Perlis, lebih 500 nelayan dalam pelbagai kategori mendapat kemudahan subsidi diesel dan petrol sejak beberapa tahun lalu.

Nelayan mendapat harga minyak subsidi sebanyak RM1 seliter berbanding RM1.58 tanpa subsidi. more...

More than 6,000 pay their last respects to Tan Sri SM Nasimuddin



PRIME MINISTER Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi paying his last respected to Tan Sri SM Nasimuddin at the Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. NST PIX BY MOHD RADZI BUJANG . read the news : More than 6,000 pay their last respects to Tan Sri SM Nasimuddin
and the earlier news : Body of Naza group founder arrives

Pandikar Amin : Dari Lembu Politik ke Speaker Parlimen

bulanpenuh2012 - Anda fikir persidangan parlimen penggal ke-12 yang baru dimulakan ini menarik? Alasannya? Pertambahan komposisi pembangkang dari 21 kepada 82 MP mungkin menyebabkan anda teruja mendapatkan tempat di galeri awam parlimen, atau tengok di website, blog mahupun siaran langsung di RTM yang menggelikan itu.

Apa lagi yang menarik? Speaker baru? Dari Sabah? Ada pengalaman dan latarbelakang yang menarik? Tunggu dulu! Ahli-ahli parlimen mungkin dipaksa oleh undang-undang untuk menghormatinya. Teatapi rakyat kebanyakan seperti saya melihat dari sudut yang berlainan.

Pandikar Amin Mulia, pada pengamatan saya hanyalah seekor lembu yang diletakkan dalam kandang yang lebih selesa. Dia akan menterjemahkan kemahuan sang gembala Dolah Badawi dengan kawalan ketat anjingnya, Nazri Aziz. Bezanya, mungkin dulu lembu diangkut dengan lori dari Perak, penggal ini lembu sabah pula di bawa masuk dengan kapal terbang. more...

Kebebasan Media M'sia di tangga 141 dari 195 negara

harakahdaily - Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun, justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataanya mengenai sambutan hari kebebasan akhbar yang disambut semalam (3 Mei).

Ujar Dr Wan Azizah, kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3 Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Satu badan kajian antarabangsa; 'Freedom House' baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar.

Menurutnya, ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.
Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihan raya ke 12 yang lalu, katanya.

Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk 'Tsunami Politik' lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional, katanya. more...

"Kamu ingat DAP sangat besar ke" - OCPD Johari

harakahdaily - Ahli Dewan Undangan Negeri Bachang, Lim Jak Wong (DAP), mendakwa dikasari dan ditendang oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, dikakinya sehingga terjatuh ketika ditahan di lokap Balai Polis Melaka Tengah pada 1 Mei lalu.

Sedangkan, tangan beliau ketika itu telah digari ke belakang menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai dan tercedera, sebelum itu beliau yang dalam keadaan bergari telah ditolak ke palang besi lokap dengan kuat oleh OCPD Johari sambil mengatakan,"kamu ingat DAP sangat besar ke".

Sehubungan dengan itu, Lim telah membuat satu laporan polis sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM 2,000 mengenai insiden itu pada pukul 5.10 petang di balai polis yang sama supaya satu siasatan dapat dibuat ke atas keganasan yang didakwa dilakukan oleh OCPD itu.

Menurut Lim, beliau telah ditahan, digari dan diganasi oleh pihak polis tanpa dijelaskan mengenai kesalahan yang telah dilakukan dan kemudian memasukkannya ke dalam lokap serta mengarahkan beliau memakai baju lokap. more...

Peralihan kuasa BN ke Pakatan Rakyat - Husam

harakahdaily - Satu ceramah perdana bertajuk

'Peralihan Kuasa BN ke Pakatan Rakyat'
akan diadakan pada
4 Mei jam 9 malam (malam ini)
di Kompleks Sukan Stadium Majlis Perbandaran Kajang,
Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi.

Program tersebut membariskan Naib Presiden PAS,Dato' Paduka Husam Musa, Ustaz Ahmad Awang serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Manakala satu pembentangan bersama 5 Menteri Besar : Visi untuk kaum pekerja diadakan sempena Himpunan Hari Pekerja 2008 pada siang harinya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Stadium Malawati Shah Alam.

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut

BENDA PELIK DI SIDANG PARLIMEN

Mak mertua ku memang tua sikit umurnya. Selalu kalau tonton TV, dia pasti akan bertanya. Kekadang, satu satu cerita aku tak faham jalan ceritanya kerana asyik jawab soalan Tapi aku bangga jadi menantu yang ambil berat tentang mertua. Menantu Contoh lah kononnya.

Entah macamana, pada hari persidangan parlimen tempoh hari, kami tonton TV bersama dan dia perasan satu perkara yang pelik. Lain dari yang lain..... Apa katanya?

Mak mertua - "Siapa pulak yang pakai tudung ramai ramai di belakang tu?"
Aku - "Tak perasan mak, mungkin tetamu kot?"
Mak mertua - "Ramai sangat tu, bukan main lagi. Dulu dulu tak der."
Baru aku perasan bahawa tahun ini ramai isteri MP yang dibawa ke Parlimen, bertudung....Kenapa ye? Cuba jawab soalan cepumas ni?


imej cilok dari minag jinggo

Haiii ROS, someone is waiting for u

http://www.netstate.com/states/symb/flowers/images/rose.jpg

Selangor still waiting for ROS reply on Balkis’ status

Star - The Selangor government is still waiting for a reply from the Registrar of Societies (ROS) on the status of the Wives of Selangor Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organisation (Balkis) before deciding on the next course of action.

Nik Nazmi Nik Ahmad, the political secretary to Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, clarified that Selangor PKR had lodged a report on Balkis with the Anti-Corruption Agency (ACA) on Friday on its own initiative.

He said the state PKR felt that the transfer of RM9.9mil from the Balkis account should be investigated and they decided on their own to lodge a report with the ACA.

“On the state government’s side we are consulting our lawyers on the options that are open to us and we want to see the ROS reply before deciding on our next step,” he told reporters after handing out co-curriculum awards at SRK Agama Pasang here yesterday. more...

Bila Agong Tersenyum Lebar . Apakah Rahsianya?

pemudawilayah - Saya terpandang satu gambar yang menarik , senyuman seorang Agong kepada seorang ulama. Betapa Indahnya suasana itu. Apakah rahsia disebalik senyuman itu. Malah permaisuri Agong pun turut tersenyum. Mungkin mereka nostalgic mengenang saat manis semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. Itulah peristiwa yang berlaku di Parlimen. Gandingan Sultan dan Ulama memang telah menjadi budaya orang Melayu.

Terengganu di zaman pemerintah Islam sebelum penjajahan British, aman berada di bawah pemerintahan Sultan di bantu oleh ulama terkenal saperti Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyung. Terdapat juga Sultan yang juga seorang ulama. Memang Terengganu penuh dengan ulama terbilang dalam ilmu dan akhlaq. more...

CONTROL, UNDER CONTROL and LOST CONTROL

http://www.grantandstone.co.uk/building/cement/cement.jpg

Can anybody tell me what are the different between, CONTROL, UNDER CONTROL and LOST CONTROL ?.... refer to the following news.

Government considers price control for cement and steel bars
The Government may come up with a mechanism to ensure that steel bars and cement are supplied to contractors at a reasonable price due to the rising cost of construction materials, said Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamed.

Will it be similar as RICE CONTROL?

JAMRY .... Work with new govt or resign !!!

Datuk Jamry Sury (left) was transferred at short notice, and Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's action overturned.NST - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had reason to transfer Datuk Jamry Sury, state senior executive councillor Datuk Ngeh Koo Ham said yesterday.

"I trust the menteri besar will present a proper case to the Sultan as to why he (Jamry) had to be transferred to the state secretariat."

Ngeh said the state government deferred to the Sultan as head of Islam but admitted that in Jamry's case, the Ruler was not consulted before the decision was made.

He said the state government had encountered several civil servants who were not co-operating with the new administration.

"I call on them to respect the democratic decision of the rakyat who voted us into government. All civil servants who don't want to co-operate should resign so that the policies of the state government can be effectively implemented.
He added that the state government would take action against those who were sabotaging the policies of the new state government. This included transferring them or, in extreme cases, terminating their service. more...

Malay Regiment 'INVADES' the Palace

maverickysm.blogspot.

Today NST proudly declared:
Tourists in London will now be able to view our smart soldiers at the gate of the palace standing upright and unmovable.
The Americans and Europeans will never had a chance to do that.
Malaysia Boleh!"Malay Regiment 'INVADES' the Palace"

It is the first time in history that our decorated soldiers are invited for public duties as guards for the Queen and her other palaces of her children and grand children.

Malaysia Boleh! more...
and get the NST story here .....NST

Adakah UMNO memBORIAkan Melayu Pulau Pinang?

Mahu tahu sejarah tentang Boria? Tak tahu benar atau tidak, diterima atau ditolak ....tapi ini lah dia....


Sejarah boria
guitarlogi

Permainan Boria ini banyak dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina. more...
Lihatkan kumpulan Boria yang terdiri dari seorang Tukang karang dan pasukan. Tukang karang akan bercerita, bermelodi dan bersenikata didalam sesebuah lagu. bertukar tukar senikata di dalam setiap rangkap. Sementara pasukan pula akan mendendangkan rangkap dan senikata yang sama sehingga akhir lagu.

Kaedah ini digunakan oleh UMNO di dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang. Tukang Karang sudah lari ke rancangan lain sementara Pasukan masih mendendangkan lagu yang sama. Menarik untuk di bandingkan Boria dan UMNO. Anda fikirkan lah dimana persamaannya .....

berita lain:
PM Dialogue with Penang Umno
KUALA LUMPUR: Penang Umno branch members held a dialogue session with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at the Putra World Trade Centre yesterday. Full Story

Betapa mahalnya minyak di Malaysia



anakbapak - Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:


1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45

more...

UMNO AKUI SABAH LEBIH MISKIN DARI KELANTAN

Tentu menarik .... selama ini Kelantan yang dikritik hebat oleh UMNO@BN. Tapi selepas pilihanraya ini ramai sudah akui fakta yang dikeluarkan oleh mereka sendiri tentang kemiskinan yang berlaku di Sabah ...

Menurut artikel berikut, kenaikan harga barangan terus memudaratkan kemiskinan selain dari punca kewangan yang kurang. Ada banyak balak pun masih kurang? Adakah ianya usaha untuk mengkritik keajaan pusat dan Musa Aman kerana gagal mentadbir Sabah, tapi dengan bahasa berlapik .... mari kita ikuti kisah, Semua salah orang lain, aku sorang yang betul ....

drkhir - Sabah Perlukan Perhatian Serius Kerajaan Persekutuan
Bagi saya kerajaan Sabah ditadbir dengan baik oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, tetapi kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan untuk menyelesaikan miskin tegar terutama dalam menyediakan infrastruktur besar bagi menjana ekonomi dan pendapatan rakyat.
Melalui pengamatan saya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai peratus miskin tegar antara yang tertinggi di negara kita. Terus terang dikatakan saya tidak nampak ada perancangan khusus oleh Kerajaan Persekutuan dalam mengotakan janji mereka bagi membasmi kemiskinan.
Lihat sahaja sawah di Kota Belud tidak punya sistem saliran yang baik. seperti projek Barat Laut di Selangor. Sabah hanya mampu mengeluarkan 30% sahaja keperluan beras negeri tersebut. Dengan kenaikan harga beras yang mencapai 40-50% ini akan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mengikat perut.
Kita juga sering mendengar pertanian merupakan sektor tumpuan Perdana Menteri tetapi tiada projek mega berbentuk infrastruktur pertanian kepada negeri Sabah. Saya sedih melihat rakyat Sabah yang rajin bekerja tetapi tidak dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka kerana infrastruktur dan prasarana sedia ada gagal menjadi pemangkin. more...

Stadium Kuala Selangor Bergegar Dengan Ceramah Umum PR

pemuda bersih- Antara maklumat yang PB perolehi semasa mengikuti ceramah tersebut ialah YB Yaakob bin Sapari menjelaskan tentang kepentingan projek ternakan babi yang menjadi mainan isu oleh orang-orang Umno dan kesannya kepada alam sekitar. Maklumat yang ke dua yang PB rasa penting ialah berkenaan isu Selangor FM yang enggan memberi ruang untuk kerajaan negeri Selangor menyampaikan maklumat secara langsung perkembangan dan aktiviti yang akan dilaksanan kerajaan Selangor. YB Yaakob menjelaskan bahawa Radio Selangor FM sebenarnya adalah milik rakyat Selangor.

Kini Selangor FM telah dipindahkan di bangunan Umno. ‘Adakah Selangor FM ini Umno yang punya? Ia adalah milik rakyat.’ Kata YB Yaakob. Atas masalah yang menimpa, Baginda Sultan Selangor bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan memberikan lesen more...

Vietnam is hungry - jeff oii

Terimakaseh momo ..... disini mari kita baca artikel Jeff Oii, tentang Vietnam dan kearah kemajuannya .. mungkin akan men....corotkan kedudukan Malaysia. (Corot=tempat terakhir)


Jeffoii - Everybody is saying Vietnam's economy is booming and may surpass Malaysia's in no time if we are not careful in planning ahead. You can't mess around with a country of over 85 million people, with over 60% of them clustered among the young and productive -- median age being 26.9 years.

PhuMyHung_0399.jpgEven India is now a strategic partner to Vietnam. It was announced recently that two-way trade between the two countries is expected to reach US$2 billion this year, two years ahead of goals set in the joint statement issued nearly one year ago when the strategic partnership was forged. Major categories of goods exported from Vietnam to India, which has been increasing at a steady 20% growth over the past few years with the trade balance in favour of India, include pepper, rubber, computer hardware and electronics products, cinnamon bark and spice, and garment and textile products.

In July 2007, India decided to invest US$527 million to set up a steel factory in Ba Ria Vung Tau Province, and a further US$600 million oil exploration and exploitation project. Besides, India's Tata Group has decided to pump in more than US$4 billion to set up two steel mills in Ha Tinh Province.

What's more, business registration processes had been expedited even in the northern mountainous province of Lao Cai -- investment licenses can now be issued within six days! selanjutnya ....

Tikus lebih istimewa dari Tahanan - Sami al -Haji

art.al.jazeera.jpg
Jurukamera Al jazeera, Sami al-Haji tiba dirumahnya di Khartoum ibu negeri Sudan pada pagi Jumaat (2/5/2008) selepas 6 tahun ditahan di penjara Guantanamo di Cuba. Tiba di dalam keadaan berusung. Beliau di tahan di Pakistan pada tahun 2001 oleh Pegawai Perisik Pakistan diserahkan kepada Amerika Syarikat. Menurut beliau, tentera Amerika melayan tikus lebih baik dari tahanan.

Sami Al-Haj ditahan selama 6 tahun tanpa bicara (macam pernah dengar je) ...... Sila rujuk berita penuh .... Al-Jazeera cameraman held six years at Gitmo is freed

Kepada orang orang yang berkenaan, sila lah bezakan walau sedikit pun antara ISA dan GUANTANAMO nihh.... Nanti orang kata kita tiru plak, atau pun ISA ni memang penjara milik Amerika, tapi cawangan di Malaysia.... Macam syarikat syarikat perniagaan tuhhhh...

'Saya tak kenal Miley Cyrus'

Pelik juga tentang nama yang disebut oleh anak anak. Banyak nama baru, kali ini Miley Cyrus. Siapa pulak ni....? Mungkin faktor umur. Jauh berbeza dan sebab itu lah aku tak kenal artis ini. Jaman aku dolu , jaman John Travolta dan tika itu bapak aku pun tak kenal siapa John Travolta. Bapak ku cuma tahu, Kubota....sebuah jentera membajak sawah yang digunakan dikampung dulu.

Maka cari lah aku berita tentang Miley Cyrus nih...Rupa rupanya Remaja umur 15, tahun. Artis Disneyland. Berita yang hangat sekarang adalah tentang aksi ghairahnya...mungkin bogel atau tidak...tak tau la.

Ikuti berita ini .... Miley Cyrus nude pics anger fans across world

Miley Cryus nude pics

Aku caya pasti ramai yang tidak tahu seperti aku juga. Hahhh !!! Ini lah Miley Cyruz yang digila gila kan remaja zaman ini. Dah tahu ni, jangan lak gatal tangan nak 'search' Yahooo, Google untuk cari gambar berbogel remaja nihhh .....

Kepada jenerasi muda.....jangan lah ada yang kecil hati kalau Jenerasi Tua tak kenal Jenerasi Muda, contoh nya ini .... (Saya tak kenal Faizal Tahir).

Aduhhh ...... Tua rupanya aku ni..... huhuhu

Orang Jeli gempar hujan air batu



Penduduk kampung asyik melihat ketulan air batu
ketika hujan di Kampung Kulim, Jeli malam kelmarin.


Kosmo - JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.

Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.

Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah. selanjutnya

BLOG ALI RUSTAM TERHENTI SEJAK 23 APRIL

Pada 22 April 2008
Kah Choon Patut Dipecat

TINDAKAN Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon untuk menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP menunjukkan beliau seorang yang optunis.
Kemudiannya ....
Pada 23 April 2008
Blog Tiruan

Dimaklumkan bahawa blog rasmi pada masa ini hanyalah di http://mohdalirustam.blogspot.com/ web blog lain adalah tiruan dan tidak mempunyai maklumat yang betul. Harap pembaca tidak merujuk web blog
Dan sekarang senyap. Bukan ape..cuma nak bagi tau Ali Rustam. Buat blog jangan tak update. Kang orang kata hangat hangat taik ayam. Sekadar memberitahu.

Mengapakah Dunia Dipenuhi Yang Haram?

mindamufti - (...) Adapun perkara-perkara yang diharamkan itu pula, ada gantinya yang halal yang begitu banyak. Diharamkan arak, dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan. Diharamkan judi, dibenarkan hadiah, upah dan berbagai lagi. Diharamkan zina, disyariatkan perkahwinan. Diharamkan menilik nasib, diajar kepada umat ini solat istikharah. Haramkan babi dan anjing, dihalalkan berbagai binatang yang lain yang begitu banyak. Begitulah seterusnya. Mengapakah manusia menganggap Islam ini sempit? Padahal hanya sedikit diharamkan untuk kemaslahatan manusia. Dan itupun bersama gantian.

Firman Allah: (maksudnya): “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi (tidak menulis dan membaca), yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157).
Jika manusia merasakan Islam terlalu banyak mengharamkan, maka itu mungkin berlaku atas dua sebab. Pertama: manusia sendiri yang mencemari yang halal sehingga ia bertukar haram. Umpamanya, bersuka ria adalah dihalalkan dengan syarat tidak dicampuri perkara-perkara yang dilarang. Namun apabila unsur judi dijadikan saluran bersuka ria umpamanya, maka ia menjadi haram.

Pengurusan kewangan kesemuanya halal. Namun hari ini unsur riba dan penindasan telah dimasukkan dalam banyak urusan kewangan, maka bank-bank banyak yang beroperasi secara haram di segi syarak. Nyanyian dan lagu diizinkan oleh baginda Nabi s.a.w., namun apabila diselangi dengan unsur-unsur yang buruk maka ia dilarang. more...

Kau ingat duit bapa engkau

Kau ingat duit bapa engkau
Wahai penduduk Pulau Mutiara

Kerajaan pusat batalkan projek mega
Pertama kelewatan jambatan kedua
Seterusnya monorail dan lebuhraya
Azalina pula batal peruntukan RM40 juta
Termasuk cable car Bukit Bendera
Inilah "hukuman" dari Putrajaya
Geng macam Dato Azhar cukup suka
Dalam hati dia kata padan muka
Ini dia mentaliti pemimpin hangpa
Bodoh sombong busuk masam cuka
Sour grapes orang puteh kata

Oleh itu kawan-kawan semua
Tahun ini kita bayar cukai kat negeri kita
Tok sah bayar cukai kat kerajaan Putrajaya
Sebab dia orang ingat itu duit depa
Kita yang bayar gaji Pak Lah dan Azalina
Ya kita pembayar cukai yang setia
Tiap-tiap tahun tak pernah miss punya
Oleh itu kita bayar kat PUZ sahaja
Itupun kalau PUZ tukar kepala
Kita tak mau macam Shabudin Yahya

BN hukum orang Penang macam Kelantan
Tapi tak apa tak lama lagi kita tukar kerajaan
Anwar nanti naik Insyallah bulan sembilan
33 ahli parlimen sudah ada dalam tangan
Tunggu masa yang elok dan bersesuaian
Anwar ambil alih daripada Kak Wan
Tidak kalau pertama kali kita ada PM perempuan
Not bad juga idea tu kawan-kawan
DSAI boleh ambilalih BAKTI punya pucuk pimpinan

oleh: Keris Silau
dipetik: malaysiatoday

ADIBAH NOR SINDIR SIAPA?

Mstar - Penyanyi yang cukup kontroversi ketika ini, Faizal Tahir 'mengungguli' Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) apabila dia berjaya memenangi empat kategori pada acara berprestij itu yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, malam tadi.

Menerusi album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu, Faizal merangkul empat anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik.

Manakala penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali yang kesembilan, setelah tewas di tangan Jaclyn Victor pada tahun lalu. more...
No2umnO - Apa yang menarik di dalam AIM malam tadi, ADibah Nor ada menyebut, "Selepas ini tiada siapa yang tidak kenal Faizal Tahir." Kepada siapakah sindiran itu dibuat? ... Rujuk berita yang lalu (KLIK)

Sekampit lima kilogram meningkat RM16

bernama
PULAU PINANG 3 Mei - Kemelut harga beras mula dirasai oleh penduduk negeri ini apabila harga jualannya meningkat sehingga 21 peratus daripada RM12.50 untuk lima kilogram kepada RM16.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati, kenaikan itu kebanyakannya melibatkan beras super tempatan walaupun kerajaan cuba mengawal harga bahan tersebut.

Seorang peruncit, Shidi Shariff berkata, dia tidak ada cara lain selain menaikkan harga beras kerana terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan bekalan mencukupi.

''Baru beberapa hari lepas, saya bayar RM12.50 untuk sekampit beras lima kilogram ketika membelinya di kilang tetapi sekarang sudah naik RM15. Oleh itu saya terpaksa jual pada RM16 untuk mendapat untung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peruncit, Thoo Chin Yeang, 74, berkata, walaupun harga beras tinggi namun dia tidak menaikkan harga bagi stok lama yang belum habis.

''Walaupun harga sekarang sudah sampai RM16 tapi saya masih jual RM14 sebab ini stok lama walaupun jenama sama tetapi untuk stok baru, saya akan jual mengikut harga pasaran," jelasnya. more...

Ahli perniagaan contoh - PM

Utusanloya - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemergian Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Beliau berkata, Allahyarham merupakan seorang ahli perniagaan yang kreatif, inovatif, kuat semangat dan tidak pernah berputus asa dan selayaknya menjadi contoh kepada ahli perniagaan yang lain.

Ujarnya, sumbangan Allahyarham kepada negara amat besar terutama dalam bidang automotif sehingga lambang Naza menjadi simbol kejayaan industri itu di Malaysia.

''Pemergiannya ke rahmatullah merupakan satu perkara yang tidak disangka. Saya tidak sangka rupa- rupanya kanser yang dihidapinya telah masuk tahap kritikal.

''Sejak saya mengenali Allahyarham, saya amat kagum dengan semangat yang beliau ada. Beliau merupakan seorang usahawan berjaya yang amat kita banggakan,'' katanya selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini. more...

Istana bertindak adil, bijaksana - Adun Pangkor

Bernama - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, baginda tidak akan membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya mengenai perkara yang akan dititahkan.

''Saya menjunjung kasih atas titah Sultan Perak yang bertindak dengan adil lagi bijaksana bagi merungkai kemelut keangkuhan kuasa Menteri Besar Perak. Sewajarnya Menteri Besar sedar dengan prinsip keadilan yang kononnya beliau perjuangkan.

''Oleh itu, saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi titah Tuanku melalui sebarang bentuk siaran yang boleh mencemar ketinggian martabat Sultan Perak," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laporan akhbar hari ini yang menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar Perak terhadap Pengarah JAIP ditarik balik. more...

Posting terkini

Blog Archive