KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Msomelayu. Show all posts
Showing posts with label Msomelayu. Show all posts

Sep 19, 2008

Rihat Untuk Mengerjakan Umrah

msomelayu | ....Selama saya di tanah suci nanti saya berdoa semoga negara kita yang dicintai ini dalam keadaan aman damai tidak ada pergolakan dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Doa juga kepada para penjenguk setia blog ini yang tidak habis-habis memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk terus berblog.

Antara harapan dan doa saya semoga dalam tempoh terdekat ini tidak berlaku perkara-perkara berikut:

1. Perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Abdullah Ahmad Badawi.

2. Tidak ada tangkapan dibuat ke atas Anwar Ibrahim dan juga mana-mana pemimpin politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Wujudnya pedamaian antara dua kumpulan dalam Pas yang berbeza pendapat yang disebabkan perbezaan pandangan dan muslihat politik dalam isu Anwar Ibrahim.

4. Tidak akan ada lagi mana-mana Menteri yang meninggalkan Kabinet Abdullah.

5. Tidak ada lagi mana-mana parti komponen BN meninggalkan pakatan berkenaan.... selanjutnya.

Jul 21, 2008

Kenapa perlu rahsiakan pertemuan?

msomelayu | MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.

Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.

Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!

Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.... selanjutnya.

Jun 28, 2008

PKR dan Pas Bermasalah Kecil

msomelayu - [...] Khabarnya ada perkembangan lain. Yahya sudah mengakui kesilapannya bertindak secara emosi, dan sedia mengendurkan serangan kepada Khalid setelah Penasihat PKR Anwar Ibrahim campur tangan penuh diplomasi dengan mengatakan tenaga dan fikiran Yahya masih diperlukan.

Baguslah kalau begitu. Ahlan wasalan salawatu nabi! Dalam keadaan sekarang bukan masa untuk semua pihak bergaduh. Kesalahan yang Yahya lakukan itu sudah cukup memberi pengajaran kepadanya. Lain kali hendaknya beliau tidak akan terkhilaf lagi mengulangi perkara yang sama.

Almaklumlah baru menang, semangat semua orang pun penuh macam bulan purnama. Semua orang juga jadi bengkeng dan garang tidak tentu fasal. Baru dapatkan kuasa katakan! Nak tengok diri masing-masing tengoklah gaya kera yang baru dapat sekuntum bunga dan sekeping cermin. Terkenyen-kenyen tersenyum-senyum. Itulah kita!

Apapun sekiranya Yahya menarik balik keputusan yang dibuat dengan penuh bersemangat anak muda itu ia satu kelemahan beliau. Dengan apa yang beliau jerit dan kumpulkan orang untuk mendengar rintihannya beliau tidak boleh kembali ke tempat asalnya itu. Beliau kena berada di tempat lain.

Diharap PKR akan memberi ruang dan tugas lain sewajar kepadanya. Jangan pula masukkan dalam peti sejuk sudahlah. Tenaga beliau masih diperlukan. Dan sesiapa pun kalau bertaubat dia harus dimaafkan. Manusia tidak maksum dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Lepas ini isu Yahya hendaknya tidak kedengaran lagi. Biarlah Ezam Mohd Noor berangan sendiri.

Di sini diingatkan juga kepada Ezam selepas anda disahkan menjadi ahli Umno (kelmarin) jangan mencampuri soal PKR dan Anwar lagi. Ezam patut tumpukan bagaimana hendak memperkukuhkan kedudukan bos barunya Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Jangan pula Abdullah dilanggar lari oleh Najib Razak.... selanjutnya.

Jun 18, 2008

Dewan Pemuda Pas Hanya Mempertahankan Maruah Dirinya

msomelayu - [...]


KONSERT ITU DIADAKAN SEMPENA PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SULTANSELANGOR....IA DIADAKAN SEBELAH PETANG SBLUM PERTANDINGAN BOLASEPAKBERMULA...CARA SUADARA TULIS SEOALAH OLAH KONSERT ITU AKAN DIADAKANPADA MALAM MENYAMBUT 100 TAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT. HALLOBRADER....SAYA HARAP SUADARA TAK JADI MCM ROSLAN SMS TU....JANGANLAHMENAMBAH KEBENCIAN ANAK ANAK MUDA KEPADA PAS...
Terima kasih kepada sdr Rouslan atas ralat itu. Tidak sesekali niat saya nak menimbulkan kebencian anak muda kepada Pas. Tetapi sdr dan sesiapa juga kena faham dan mengerti bahawa Pas berbeza dengan DAP dan PKR. Pas ada prinsip dan dasar perjuanganya sendiri. Teras perjuangan Pas ialah Quran dan Hadith.

Saya percaya anak muda yang bersama Pas mereka yang memahami dasar-dasar Pas. Apapun kerana timbul kekeliruan di kalangan anak muda tentang dasar dan prinsip Pas ini kerana sikap pemimpinnya yang cuba mengubah perinsip dan dasar ini perlahan-lahan.

Kerana inginkan kuasa dan sokongan Pas bersedia membuka dirinya untuk disesuaikan dengan keadaan. Bersikap liberal dalam perjuangan tidak menjadi masalah, tetapi kalau sampai mengadaikan prinsip ia memalukan.

Dalam hal ini baik Roslan SMS, Pemuda Pas Selangor, Dewan Muslimat yang membantah konsert berkenaan kerana mereka ingin kekalkan identiti Pas sebagai harakah dan siasah Islam. itu sahaja.... selanjutnya.

Jun 12, 2008

Apabila Jaminan Kerajaan Sudah Tidak Dipercayai Lagi

msomelayu - KABINET Abdullah Ahmad Badawi semalam mememutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikan lagi sepanjang tahun ini walaupun harga minyak pasaran dunia dijangka terus naik.

Bolehkah dipercaya kenyataan itu? Jawabnya (segera) tidak boleh.

Banyak jaminan yang diberikan oleh kerajaan Abdullah tetapi tidak terjamin. Terbaru salah seorang menteri Kabinet Abdullah, Shahrir Abdul Samad (seorang menteri yang dianggap tegas dan tidak bertolak ansur dengan kejahatan) mengatakan harga petrol akan mula dinaikan pada Ogos, tup.. tup tidak sampai seminggu petrol dan diesel naik sampai 50%.

Bukan itu saja, sebelum ini Mohd Najib Razak kata minyak tidak akan dinaikan selepas pilihan raya, tup... tup naik. Jadi jaminan menteri tidak boleh dipegang dan dipercayai lagbi. Mulut menteri Malaysia tidak masin dan berbiasa lagi. Kata-kata menteri tidak lebih daripada untuk membuang air liur saja yang berpusa dalam mulut.

Itu contoh klasik, banyak lagi contoh menunjukkan kerajaan Abdullah bercakap tidak betul alis berbohong. Abdullah sendiri juga begitu. Banyak cakap tetapi kerja tidak buat. Dulu Abdullah kata dia tidak mahu cakap tetapi tidak bikin, apa yang berlaku sekarang ini, beliau bikin apa yang tidak cakap. Inilah menyebabkan rakyat pening kepala dan sengkak perut.... selanjutnya.

Jun 2, 2008

Hidup Di Negara Ini Perlu Kurang Ajar

msomelayu - BUKAN senang hidup dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Kalau tidak ada kerajinan, keberanian dan muka tebal mungkin apa yang diimpikan meskipun hak kita tidak akan tercapai dengan mudah.

Walaupun kita ada pemimpin yang dipilih untuk menjadi hamba rakyat membawa suara dan memperjuangkan kepentingan rakyat, namun tidak semua dapat memainkan peranan. Atau tidak semua suara mereka didengar oleh pihak atasan. Ianya bagaikan dilepas pada angin lalu saja.

Adakalanya pemimpin hanya mendengar saja tetapi tidak tahu dan berani untuk bertindak dan berusaha keras untuk kepentingan rakyat. Atau mereka merasakan masalah-masalah rakyat bukan tanggungjawab mereka lagi setelah mereka menang?

Apa yang berlaku kepada kira-kira 1,800 penduduk Bandar Mahkota Cheras dan taman-taman sekitarnya adalah bukti bagaimana hidup di negara ini bukan muda seperti disangkakan. Kemerdekaan, demokrasi, tidak bermakna rakyat boleh meriba tangan dan memperolehi hak mereka sepatutnya.... selanjutnya.

Jun 1, 2008

Kata Soberi Mahathir Auta

msomelayu - NASIB baikk juga saya tidak tahu dan diberi tahu mengenai majlis “Suntikan Semangat Satria’ bersama Dr Mahathir Mohamad yang diadakan hari ini. Kalau tahu atau diberitahu hendak tak hendak terpaksa juga pergi, kena kandar kamera dan buat catatan dalam blog. Kalau bukan atas keinginan sendiri pun mungkin kerana demi menghormati mereka yang menjemput kena pergi juga.
Orang yang selalu menjadi tetuang - tukang memberi tahu apa-apa program Mahathir juga kali ini tidak mengkhabarkan majlis itu kepada saya. Mungkin dia sudah sedar yang saya ini agak liat sikit untuk hadir pada majlis-majlis syarahan emosi dan bersifat dendam Mahathir.
Jadi untuk tidak membuang air liurnya maka tetuang Mahathir itu tidak memberi tahu saya kali ini. Baguslah.
... selanjutnya.

May 29, 2008

Ezam Jangan Kata dulang Paku Serpih

msomelayu -SEMASA sidang akhbar memjelaskan kemasukan semula beliau dalam Umno di Petaling Jaya pagi tadi, Ezam Mohd Nor ditemani oleh beberapa sahabat seperjuangannya. Kebanyakan mereka ialah bekas-bekas Pemuda Khasbul Khafi dalam Keadilan. Mereka berdiri gagah di belakang Ezam menandakan mereka sedia sehidup semati.
Antara mereka yang sejak semalam bersama Ezam di bangunan Parlimen ialah Hamdan Taha dan Abdul Ghani. Hamdan dikenali sebagai kawan Ezam yang berpolitik mengikut arah dan kompas yang ditunjukkan Ezam.

Selain Hamdan, ternampak juga Hanafian Man yang nampaknya lebih cenderong kembali kepada profesyen asalnya sebagai wartawan daripada menjadi ahli politik.

Bagaimana pun apa yang dirasakan sedikit asing di sepanjang sidang akhbar Ezam tadi, apabila tercokol di kirinya Nalakarupan? Apakah relevannya Nala bersama Ezam? Mungkin atas kapasitinya sebagai sahabat baik Ezam.... selanjutnya.

May 27, 2008

Kesian Kepada Dr Mahathir!

msomelayu - [...] Kerana tidak meriah maka Mahathir pun tidak memberi ucapan panjang sekadar lima minit saja. Menurut mereka yang taksub dengan Mahathir kira-kira 1,000 yang hadir, manakala menurut media internet pula sekitar 300 orang.

Media arus perdana pula esok akan menulis kira-kira beberapa puluh orang saja.

Kebanyakan yang pergi menyambut Mahathir khabarnya ialah ahli Umno Cawangan di Jerlun Kedah yang datang dengan dua buah bas satu tingkat.

Beberapa bekas menteri yang diuar-uarkan akan turut sama menyambut kepulangan Mahathir juga dilaporkan tidak berada dilokasi. Mungkin mereka memantau dari rumah menerusi telefon.
Mahathir mengulas sambutan itu sebagai biasa baginya, baik semasa menjadi PM atau selepas jadi PM. Maknanya orang tidak berapa ramai itu adalah lumrah.

Mahathir juga dipetik sebagai berkata belum mati lagi orang sudah tidak kenangkannya. Apakah beliau merujuk kepada kehadiran petang tadi?... selanjutnya.

Berita dan artikel dari blog
Mahathir releases book on Indian origin cop [oifc]
Mahathir fires another salvo [audie61]
Dr M restless in retirement [dinmerican]
Mahathir's Ancestory - Malabari & Malays [mydiplomat]
KALAU MAHATHIR DIAM... [depakata]
Mahathir Sanggup Buat Apa Saja Untuk Puaskan Hati Sendiri [irwanmz]

Mahathir Sedia Menyertai Pas?

msomelayu - PETANG ini Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke tanah air. Beliau dijangka akan tiba di lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Subang kira-kira jam 5:00 petang.

Sejak semalam bertali arus SMS dihantar oleh para penyokongnya yang meminta orang ramai datang beramai-ramai menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

Mungkin persiapan menyambut kepulangan Mahathir itu telah diaturkan seadanya.

Persoalannya apakah kenyataan atau kejutan yang akan dilakukan Mahathir petang ini setelah tindakannya keluar daripada Umno minggu lepas tidak berapa menjadi dan mengecohkan Umno.

Tidak ramai yang mengikut jejak langkahnya melainkan anak dan isterinya. Walaupun Sanusi Junid ikut sama keluar daripada Umno tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan dan kejutan kerana umum melihat Sanusi sudah lama terbuang dalam parti berkenaan. Selepas berundur daripada menjadi MB Kedah Sanusi dilihat oleh Umno sebagai barang berulat.... selanjutnya.

May 24, 2008

Nipisnya iman kenegaraan kita!

masomelayu - Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).

Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu. Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.

Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa. Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini. ... selanjutnya.

May 22, 2008

Tindakan Mahathir Mula Berkesan!

msomelayu - PENGUNDURAN Dr Mahathir Mohamad dari menjadi ahli Umno sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang melibatkan pemimpin kerajaan.

Ekoran tindakan Mahathir tersebut menyebabkan Umno terpaksa memanggil sidang MT tergempar malam tadi.

Sekali lagi kepercayaan ahli MT diambil bagi menyatakan sokongan kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Begitulah setiap kali ada kejutan, maka MT diendorse untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Umno. Sebelah petangnya di Parlimen ahli Parlimen Umno telah dipanggil untuk bertemu dengan Abdullah Badawi. Mereka juga diminta menyatakan sokongan kepada Abdullah.... selanjutnya.

May 18, 2008

Mungkin Siasatan Ke Atas Mahathir Dibatalkan!

mahathir mohamad 01msomelayu - [...] Apa yang dapat difahami bahawa siasatan ke atas enam individu itu termasuk Mahathir Mohamad tidak sampai kepada pendakwaan. Apa guna siasatan dijalankan kalau tidak untuk didakwa? Membuang masa dan menyusahkan polis saja.

Ada semacam percanggahan dan berlaku miss communication di sini antara Najib dengan Abdullah Badawi. Abdullah semalam bersetuju mereka disiasat di bawa beberapa akta seperti Kanun Keseksaa, Rasuah, OSA, Hasutan dan sebagainya.

Apakah kenyataan Najib itu kerana sudah dapat mengesan 'ugutan' Mahathir semalam yang memberi ingatan kalau nak siasat dan dakwa jangan pula diakhirnya tidak ada apa-apa pendakwaan?

Kata-kata Mahathir itu mempunyai motif yang cukup dalam dan mungkin dimengerti dan difahami oleh Najib. Mungkin Najib dapat menghidu apa yang akan didedahkan Mahathir jika bekas PM itu di bawa ke Mahkamah? Khabarnya Mahathir akan mendedahkan atau mengambil peluang pendakwaannya di Mahkamah nanti satu dokumen penting negara yang selama ini menjadi rahsia.
... selanjutnya.

Terima Kasih Abdullah Siasat Mahathir!

msomelayu - Ada juga untungnya BN lemah dan kehilangan empat buah negeri kerana ia boleh menyuntik keberanian kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Mungkin kalau Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masih belum jatuh serta BN tidak kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen keputusan atau cadangan seperti pengsyoran Suruhanjaya itu tidak akan berlaku.

Kita percaya kalau PM bukan dipegang Abdullah dan kebetulan kalau BN tidak dalam keadaan nazak hari ini mungkin kebebasan dan ketelusan itu tidak ada. Siapakah yang berani menyiasat individu-individu berkenaan sebelum ini? Semua mereka pernah berkuasa dan dilindungi di mana pengaruh mereka ke atas pihak-pihak tertentu masih ada. Dalam erti kata lain mereka masih ada budi untuk dikenang oleh pihak tertentu!

Apabila siasatan sudah bermula ke atas individu berkenaan akan bermulalah satu lagi episod pendedahan apa yang belum terdedah sebelum ini. Mahathir ketika mengalu-alukan pengsyoran itu seperti mana dipetik kenyataan dari Johor Bharu hari ini menyatakan kesediaanya untuk disiasat dan redha dengan keputusannnya nanti.

Kenyataan beliau menjelaskan sikap berani beliau! Walaupun beliau cuba menunjukkan keberanian namun ada nada ugutan terselit dicelah-celahnya bila mana beliau menyebut, "akan banyak hal-hal yang tidak disebut sebelum ini akan dibongkarkan ini termasuklah hakim-hakim yang melobi kepada saya." Apakah maksud Mahathir berkata demikian?... selanjutnya.

May 17, 2008

Mencari Siapa Bakal MB Kelantan di Makkah

msomelayu - SEKIRANYA tidak ada perubahan disaat-saat akhir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berangkat ke Makkah pada 26 Mei ini untuk mengerjakan umrah selama sembilan hari. Seramai 21 orang termasuk kakitangan pejabat MB dan kaum keluarganya akan bersama Tok Guru.

Mulanya saya ditawar untuk sama-sama menyertai umrah bersama Tok Guru, namun kerana sedikit kesibukan dan ketiadaan rezeki serta tidak diizinkan Allah peluang keemasan itu terlepas dan dilepaskan.

Pemergian Tok Guru kali ini adalah penting. Sudah lama beliau tidak ke Makkah, tawaf, sai atau meziarahi makam Rasulullah s.a.w. di masjid Nabawi. Kerinduannya kepada Rasulullah saya kira sudah hampir hancur! >> selanjutnya

May 16, 2008

Tidak Bijak Bergaduh Dengan Akhbar Arus Perdana

msomelayu - [...] CADANGAN dan seruan majlis Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) agar rakyat memboikot atau tidak membaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terasa semacam jenaka pula. Cadangan itu menyebabkan tengkuk saya merasa geli-geli dan loya macam gadis sunti mengandungkan anak di luar nikah.

Rasanya sudah berpuluh kali pembangkang mengambil pendekatan demikian dan bersikap tidak mesra alam dengan akhbar berkenaan. Tindakan memboikot itu bukan perkara baru. Ianya sudah lama dianjurkan sebelum ini dan berkala-kala pula lagaknya.

Kalau baru pun ialah kerana orang yang bercakap mengenainya itu adalah orang baru. Misalnya MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dipetik sebagai mencadangkan demikian adalah orang baru dalam dunia kepembangkangan di negara ini.

Selepas beliau menjadi MB Selangor atau berada di pagar pembangkang baru beliau menyedari betapa perit dan sedihnya permainan berat sebelah media berkenaan. Khalid merasakan itu mungkin apabila kenyataanya atau isu yang timbul di Selangor dieksploitasi dan sengaja disalah laporkan oleh akbar berkenaan sehingga menimbulkan masalah kepadanya.>> selanjutnya

May 15, 2008

Tidak Ada MP Lompat Parti Semalam

msomelayu - [...] Macam mana boleh berlaku tidak tahu. Kalau anak saya tidak menyedarinya mungkin si Putih 1, yang nakal gila itu tersangkut hingga ke malam. Begitulah kalau nakal berlebih akan ada bahannya.

Apa yang ditunggu pengumuman yang mengejutkan kononnya 17 Ahli Parlimen akan menyertai pembangkang seperti diuar-uarkan dan dijaja oleh sebuah blog tidak menjadi. Sampai ke petang orang-orang yang mudah terasuk dengan berita itu menunggu di Parlimen.

Sahlah berita berkenaan satu perang saraf yang ditaburkan oleh pihak Umno kerana rimas dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu. Nampaknya strategi itu berjaya! Lepas ini kalau ada kejutan perkara itu orang sudah tidak akan pedulinya lagi.

Semalam saya jumpa dengan Mohd Azmin Ali, Naib Presiden PKR dalam rangka untuk interviu beliau bagi untuk bahan Siasah. Di kesempatan itu saya bertanya hal berkenaan kepadanya. Jawabannya menarik juga. Bahawa dakwaan itu ada asas dan kalau mengikut Azmin pembentukan Kerajaan Persekutuan baru akan dibuat lebih awal. >> selanjutnya

May 11, 2008

Mencari Wadah Sebenar Melayu

msomelayu - [...] Pun begitu ada pendapat para sarjana bertentangan mengenai peranan dan perjuangan Umno dalam mencapai kemerdekaaan - membebaskan orang Melayu. Ada yang mengatakan ada puak lain yang lebih tulen dan ikhlas memperjuangkan kemerdekaan Melayu tetapi disengaja dilindungkan kerana kepentingan politik peribadi dan kerana sifat sejak azali orang Melayu, iaitu dengki dan khianat.

Kumpulan subversif

Golongan itu seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Beostaman, Ishak Haji Mohammad dan lain-lain di mana mereka ini dicopkan sebagai golongan kiri oleh Nasionalis Melayu, Umno. Lebih dahsyat lagi mereka ini dikelirukan sebagai kumpulan subversif yang tarafnya sama dengan gerakan Komunis!
Penegasan yang diajukan oleh Muhammad Agus itu seharusnya membuka mata dan minda Umno untuk melihat ke dalam diri mengenai masa depan Melayu ditangan mereka. Umno kena menginsafi kedaulatan Melayu tidak mampu lagi ditangani secara sendirian berhad.

Persoalan sekarang ini sekiranya pandangan Muhamamd Agus itu tepat dan benar dan boleh dikira ia menafikan keupayaan Umno dalam soal medaulatkan Melayu, jadi siapakah yang diharap akan membela Melayu?

Realitinya kesemua orang Melayu harus mengambil bahagian dalam memperkasa rumpunnya, namun mereka perlu berada dalam sebuah wadah atau organisasi bagi menjananya. Tidak mungkin semua orang Melayu mampu melaksanakan tanggungjawab itu secara bersendirian, berjuang dari atas tangga rumah masing-masing. Mereka harus diletak atau berada dalam sebuah bekas yang sama bagi mengerakkan jihad itu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 10, 2008

Antara Raja Petra dan Siti Fatimah

msomelayu - [...] Semua pihak memberi perhatian dan fokus kepada berita berkenaan – mengenai keberanian Raja Petra mempertahankan hak dan dakwaanya. Sikap Raja Petra itu disokong kerana beliau dilihat menjadi ikon kebebasan media maya di negara ini. Raja Petra dianggap sebagai pejuang kebebasan mutlak mahu meruntuh segala sempadan dan halangan adat dan agama.

Apa yang dicari Raja Petra adalah kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, kebebasan berhimpun, kebebasan mendedah dan kebebasan mengkritik tidak kira siapa. Dalam kebebasan itu dipercayai ada keadilan yang diukur dari kaca mata manusia, maknanya pintu ijtihad untuk mentafsirkan apa-apa sahaja dibenarkan.

Mengirimkan semangat
Semua media memberi liputan meluas kepada berita Raja Petra. Baik media pro reformasi, pembangkang dan juga kroni kerajaan. Cuma media kroni hanya melapor sahaja. Laman-laman web, blog juga turut sama menyorot memberi ulasan dan mengirimkan semangat kepada Raja Petra dan keluarganya.

Hanya dua tiga laman web yang menjadi kroni senyap kepada kerajaan sahaja menyiarkan berita Raja Petra dalam sinis dan nada lelucon. Itu pun laman yang tidak sebulu dan ada kes personal dengan Raja Petra.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 9, 2008

Undang-Undang Syariah Malaysia Tidak Menjaga Umat Islam?

msomelayu - [...] Meskipun begitu itulah keputusan telah dibuat oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Perlis Othman Ibrahim yang mendengar kes murtad melibatkan Siti Fatimah itu.

Othman membuat keputusan itu berdasarkan peruntukan dan ruang undang-undang yang digubalkan. Beliau tidak ada pilihan lain selain daripada berbuat demikian dengan keadaan dan hujah-hujah yang disampaikan kepadanya. Bahawa itulah keputusan terbaik? Mungkin Hakim berkenaan sudah memikir dari berbagai sudut sebelum membuat keputusan itu termasuk (mungkin) berbincang dan mengambil pendapat orang tertentu alim dan pakar dalam perundangan Islam.

Beliau juga tentu mengira implikasi dan juga kesan kepada umat Islam di negara ini ekoran keputusan itu. Baik buruknya juga sudah difikir semasak-masaknya. Hakim itu juga pasti menggeletar untuk memutuskan demikian, kerana sebagai hakim beliau bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Posting terkini

Blog Archive