malaysiakini | Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan.
Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.
Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu.
beer alcohol banSebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.
Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.... more.
Nov 26, 2008
Larangan jual arak di Shah Alam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 22, 2008
Tindakan polis di ceramah Badar al-Qubra biadap
harakah | Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.
ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.
Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000. ... selanjutnya.
Labels: Belit Polis, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sep 19, 2008
DBKL halang Dr Lo'Lo' bantu penduduk miskin Titiwangsa
harakah | Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pada 18 September, pegawai kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.
"Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit."
"Saya dan ahli-ahli PAS telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak." kata Dr Lo'Lo' lagi.
Pada masa ini Dr Lo'Lo' terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli PAS Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr Lo'Lo' turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.
Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu. ... selanjutnya.
Labels: Belit DBKL, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sep 16, 2008
Sanglang PAS punya
harakah | Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini diisytiharkan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu.
Pada 18 Jun lalu, Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Hamid memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Ustaz Hashim selaku calon PAS.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, kerusi Dun Sanglang telah diumumkan dimenangi calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.
Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) dan Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.
Labels: PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 22, 2008
Kelantan to have pow-wow of Pakatan MBs, CM
Kelantan to have pow-wow of Pakatan MBs, CM
Star | Kelantan has proposed next month for the inaugural meeting of mentris besar and chief minister of the five Pakatan Rakyat-governed states in a move designed to counter allegations of a split in the alliance.
It is proposed that such a meeting be held on Aug 8 and 9 here a few weeks before PAS' own annual muktamar (gathering) in Perak.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat's political secretary Annual Bakri Harun confirmed the dates but stressed that the organisers were still finalising the details of the discussions.
State PAS secretary Datuk Takiyuddin Hassan is entrusted to head the organising secretariat for the historic high-level meeting.
It is learnt that following the spillover ''effects'' of the three meetings between three PAS decision-making leaders and Umno, namely its president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, the proposed meeting would underline the commitment of PAS to uphold the pact agreed with DAP and PKR.... selanjutnya.
Labels: Muzakarah PAS UMNO, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Fitnah Mat Saman Kati
matsamankati | ....Tak cukup dengan itu, aku pi jolok sarang tebuan lagi dengan cerita Pemimpin Pas pi jumpa Najib kat London. Kena lagi....
Tup-tup, YB Khalid Samad pecah tembelang.
"Umno mencadangkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana Abdul Khalid (waktu itu) belum dilantik menjadi menteri besar.
"Tetapi PAS ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor,"katanya.
Khalid berkata beliau tidak ingat tarikh tepat pertemuan tersebut tetapi menyatakan hanya beberapa hari selepas pilihanraya."Kalau tidak silap saya, pada 10 atau 11 Mac dan tempatnya di Kuala Lumpur," katanya sambil menambah perbincangan tersebut telah diatur oleh pihak ketiga.
So, Khalid, Mustafa dan Nasharudin pi jumpa Pak Lah pada 10 atau 11 March! Pasai apa Hasan Ali tak ikut sama?
Bagaimanapun, tambah Khalid, penyertaan Abdul Hadi tidak direstui pucuk pimpinan PAS kerana beliau seorang pemimpin tertinggi parti, manakala Dr Hassan diketepikan kerana telah mengadakan pertemuan awal dengan Dr Mohamad Khir.
Bila masa Hasan Ali pi jumpa Dr. Khir Toyo? 8 March hari mengundi. 9 March hari minggu. Kalau Khalid dan gengnya pi jumpa Pak Lah pada 10 atau 11 March. Bermakna Hasan Ali jumpa Khir Toyo pada 9 March, sebaik saja keputusan pilihanraya diumumkan! Ketika PR sibuk berbincang untuk menubuhkan kerajaan, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo!... selanjutnya.
Labels: Matsamankati, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 21, 2008
Kenapa perlu rahsiakan pertemuan?
msomelayu | MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.
Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.
Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!
Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO, Msomelayu, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PAS dan UMNO: Siapa yang bimbang?
Di dalam road tour Anwar Ibrahim ke Malaka baru baru ini, beliau ada menyatakan bahawa PKR tidak bimbang dengan dialog antara PAS dan UMNO. PKR menurut DS Anwar, masih percaya bahawa PAS tidak akan sesekali bersekongkol dengan UMNO untuk mengukuhkan lagi UMNO.
Melihat kepada keadaan sebenar, perbincangan yang telah diadakan, tidak melibatkan UMNO dan PAS secara total, tetapi hanya individu di dalam PAS dan di dalam UMNO sahaja. Maka untuk mengatakan parti terlibat sama, ada lah tidak logik.
Jika benar PAS dan UMNO berdailog secara khusus, sudah pasti kepimpinan tertinggi kedua dua parti akan terlibat sama. Tapi tidak. Siapakah yang perlu bimbang dengan perbincangan tersebut? Hayati apa kata TG Nik Aziz ....
"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya. - MalaysiakiniPas tahu dan UMNO pun sedar. Pas tidak akan sesekali bersama UMNO di dalam menjayakan agenda politiknya. Dan UMNO pun tahu, Pas tidak bersetuju dengan UMNO. Yang pasti ada pihak lain di dalam UMNO sendiri yang cukup bimbang dengan perkembangan ini. Untuk itu, korang pikir lah sendiri.
Labels: Anwar Ibrahim, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
FITNAH Terhadap PAS Johor
mindakembara | Saya telah dimaklumkan oleh seorang pemuda di Batu Pahat pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau telah menemui risalah yang diedarkan kepada para jamaah ketika selepas solat di kawasan Sri Gading yang ditulis di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Johor supaya orang ramai tidak menghadiri program yang melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan PAS tidak pernah menganggap bahawa DSAI sebagai Pemimpin Barisan Rakyat.
Saya menafikan bahawa risalah ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Saya melihat bahawa kerjabuat yang dilakukan oleh 'pihak tertentu' ini sudah cukup membayangkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mula dirasai keberkesanannya kepada rakyat. Cubaan untuk menggagalkan aktiviti PR dan memecahbelahkan PR dilancarkan supaya PAS, DAP dan PKR akan berpecah-belah sesama-sendiri.
Risalah ini telah dicetak dengan tulisan berwarna hijau pada asalnya dan setakat ini dapat dikesan diedarkan di kawasan Batu Pahat dan Muar. Saya mendapati bahawa 'letterhead' DPPNJ telah diambil daripada blog DPPNJ untuk meyakinkan bahawa ia telah dikeluarkan oleh DPPNJ. Saya cadangkan kepada 'pihak tertentu' ini supaya pada masa akan datang surat gerak saraf seperti ini dibuat dalam bentuk surat rasmi, siap dengan letterhead dan nama serta tandatangan saya sekali selaku Ketua DPPNJ.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PM mahu pecah belah PAS...
malaysiakini | Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.
"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?
"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.
Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.
Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO, Husam Musa, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 20, 2008
PAS-UMNO: Jangan Main Belakang
kickdefella | ....Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.
Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam. PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.
Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?
Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.
Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.
Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.
Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS.... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bertemu PM: PAS akan buat kenyataan esok
Siasah | Para pemimpin PAS dijangka akan membuat kenyataan besok berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah bertemu dengan beberapa pemimpin PAS beberapa kali.
Menurut sumber, besar kemungkinan satu sidang akhbar akan dibuat bagi menjelaskan perkara itu.
Menurut Andullah, beliau bertemu dengan pemimpin tertinggi PAS yang digolongkan dalam mereka yang boleh membuat keputusan untuk parti Islam itu.
Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak termasuk dalam pertemuan dengan Abdullah itu.
Abdullah berkata demikian kepada media selepas majlis pelacaran hari koperasi di Putrajaya hari ini.
Labels: Belit Dollah, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 2, 2008
Bantu tak kira parti
wrlr - [...] Majlis penyerahan replika kunci rumah itu dilangsungkan dihadapan rumah yang bernilai RM23000 dengan keluasan20x34 yang mempunyai 3 bilik air. Menurut sdr Mohd Khairy lagi PUZ sedia membantu masyarakat islam sekiranya umat islam membayar cukai dan dengan inilah kita dapat membina rumah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yb Hamdan kerana memaklumkan kepada pihak kami dan kami sedia membantu masyarakat islam,jika memerlukan bantuan.


Labels: PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 1, 2008
Anwar jumpa pemimpin PAS selepas buat laporan di IPK Shah Alam
harakahdaily - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru selesai memberikan sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan sejurus keluar dari IPK Shah Alam jam 3.30 petang tadi.
Pada ketika ini Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sebelum itu, kira-kira jam 2.50 petang tadi, Anwar diringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam.
Sebaik ketibaan beliau, Anwar disambut oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, Bendahari Agung KeADILan, William Leong, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Akin dan ratusan penyokong sambil melaungkan reformasi.
Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu.
Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 24, 2008
S.I.S. stand for what?
Sebelum aku membebel, Berikut adalah berita awal yang dikeluarkan oleh Utusanmeloya ....
Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.Dek kerana tipu muslihat, belit haprak media perdana...SIS pun tertipu dan meloncat.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
``Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
- 23/6/2008
"MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta," kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).Pada awal berita Utusan aku baca, aku tak mudah melatah. kenal pasti kesilapan dimana dan mana punca berita di perolehi. Takkan lah Kerajaan Kelantan sebodoh Kerajaan Pusat...dan kemudian berita ini pun keluar awal pagi tadi.Bagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.
Etika berpakaian itu - termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi - hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.
Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.
"Orang yang memakai tudung pun kena rogol," katanya.
"Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?" - malaysiakini
Aku bersorak gembira kerana sebodoh dan tidak berkelulusan nya aku, masih boleh lihat benar atau tidak. Tapi SIS yang didokong oleh peguam dan bijak pandai, rupanya bodoh tak semenggah. So...SIS stand for what? Jawapannya ... SIS stand for "SISTER is STUPID" for being fool.Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat. Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI. "Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,'' katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu. Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang. - kosmo
Labels: Belit media, PAS, SIS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 18, 2008
Apabila Manusia Semakin Jauh Dari Islam
ciklee
Peristiwa Pertama :
Seorang wanita, sedang riang-ria mandi di pantai bersama rakan-rakan. Tiba-tiba terasa dirinya semakin jauh dari pantai dan tiba-tiba dihempas ombak yang semakin ganas. Sedar-sedar dirinya sudah tercungap-cungap akibat tertelan air masin yang semakin banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Tangannya mengapai-ngapai kelemasan, terasa kakinya tidak terpijak oleh pasir di dasar laut. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang mengapai kepalanya dan perlahan-lahan dia mula dapat bernafas sedikit selesa. Akhirnya dia selamat di bawa ke tepi, dan mula dapat mengatur pernafasannya. Tiba-tiba dia terus menampar orang yang menyelamatkannya dan memaki-hamun orang yang telah berjasa kepadanya tadi.
Peristiwa Kedua :
Seorang buta berjalan-jalan dengan tongkatnya. Meraba-raba mencari arah untuk meneruskan perjalanannya. Lalu dia hampir termasuk ke dalam sebuah lubang yang dalam tanpa disedari. Lalu datang seorang pemuda melihat lalu menjerit. Dilihat seolah-olah orang buta itu tidak sempat mendengar arahannya, beliau meluru dan menolak orang buta tersebut ke tepi. Jika terjatuh ke dalam lubang itu, sudah tentu orang buta itu akan mengalami kecederaan yang agak parah. Tetapi, akibat perbuatan pemuda tadi orang buta itu sedikit luka. Oleh itu, kemarahannya tiba-tiba sahaja memuncak. Bukan lagi ingin berterima-kasih kerana memberitahu akan menyelamatkannya dari lubang tersebut, tetapi dijerit dan dimakinya pemuda yang telah menyelamatkan tadi kerana merasakan perjalanannya diganggu.
Mungkin kita tidak nampak perkaitan antara perkara pertama dan kedua. Tapi apabila kita melihat ulasan ini mengenai bantahan konsert Ella dan Mas Ayu kita boleh melihat perkaitannya. Kata-kata yang diulas oleh bekas seorang pengetua Akademi Fantasia yang berjaya menghasilkan ramai alim-ulamak dalam bidang seni dan nyanyian. Yang menjadi kegilaan kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ramai lagi.... selanjutnya.
Labels: PAS, Piala Sultan, Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nasib baik bukan Planet Hollywood
penarikbeca - [...]
Kepada Freddie Fernandez, since you do not know anything about having some respect to other people's religion, you are the one who "should go live in a cave" and dont poke your nose in our religious issue. I dont give a damn if you dont like our religion and its dos and donts. But, keep your filthy mouth shut! Tentang Roslan Aziz, saya tak perlu tambah apa-apa. Orang lain dah tulis banyak dah.... selanjutnya.
Labels: PAS, Piala Sultan, Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
PAS tak macam UMNO
Satu pujian kepada YM Sultan Selangor yang sanggup mencemar duli bertemu dengan Pemuda PAS .... Satu penyelesaian yang baik dan terpuji buat Pemuda PAS juga. PAS perlu membezakan diri dari UMNO. Pendekatan yang BUKAN menjerit jerit dan pasang sepanduk 'Natang' ...cam orang kat belah sana tu. Aku rasa korang pun masih ingat lagi. Hellloooo ... Rosol Wahid, are u listening?
Berita berkaitan
Sultan akan temui Pemuda PAS
“Saya ada berbincang dengan Yang Teramat Mulia Sultan. Saya rasa Tuanku bersetuju bertemu Pemuda PAS bagi membincangkan isu berkaitan konsert itu.
“Saya tidak fikir kita mahu hentikan 'perlawanan diplomatik' melibatkan pasukan Selangor dan Singapura. Saya rasa idea yang baik untuk Pemuda PAS adalah mengadakan diskusi dengan Sultan.
“Kita akan uruskan (pertemuan tersebut) sebelum akhir bulan ini,” kata Khalid dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
Menjawab soalan pemberita, sama ada bantahan Pemuda PAS itu wajar atau tidak, memandangkan PAS mempunyai wakil dalam kerajaan, Khalid berkata, kerajaan negeri bersedia mendengar semua bantahan dan pandangan.
“Kita mendengar semua bantahan. Saya rasa kebimbangan Pemuda PAS berkaitan pakaian dan aksi penyanyi itu. Jadi bukan lagi isu. Saya tak rasa Pemuda PAS ingin hentikan satu bentuk persembahan. - Malaysiakini
Labels: PAS, Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apa pendirian Sallahuddin mengenai konsert Ella dan Mas Idayu?
msomelayu - SEHINGGA jam 4:00 petang ini saya masih belum dengar atau terbaca dalam mana-mana blog mengenai komen atau kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas,Sallehudin Ayub (foto) berhubung konsert yang akan menampilkan Ella dan Mas Idayu (goyang politik), yang akan diadakan pada 6 Julai hadapan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor khabarnya telah menghantarkan memorandum membantah konsert yang akan menampilkan dua penghibur itu atas alasan ia boleh mengundang keruntuhan moral. Sehubungan itu Dewan Pemuda Pas meminta agar kerajaan Selangor mengkaji balik akan kesesuaian konsert berkenaan.
Labels: PAS, Piala Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 16, 2008
Pas Perlu Komited Laksanakan Perundangan Islam
msomelayu - [...] Rasanya perundangan Siasah Syariah itu perlu untuk dijadikan panduan kerajaan Pakatan Rakyat bagi dilaksanakan di negeri-negeri pemerintahannya bukan ditunjangi Pas seperti Kelantan. Walaupun Kedah dan Perak menteri besarnya daripada Pas, tetapi negeri berkenaan nampak sedikit kekok untuk melaksanakan perundangan demikian.
Misalnya Azizan Razak (MB Kedah) dikenali sebagai pemimpin Pas yang vokal terhadap Islam namun sejak jadi MB ini beliau seakan sudah mula mengalami kelemahan bateri dan nada cakapnya juga sudah berubah dan daya tolenrasninya juga semakin baik!
Cuma saya merasa sedikit pelit kenapa pengumuman perkara sepenting itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda dan bukan Timbalan atau Ketuanya sendiri? Apakah sudah ada pembahagian tugas (kuota) dalam Dewan Pemuda Pas, isu-isu semasa mencakupi ekonomi, sosial diserahkan kepada ketuanya Sallahudin Ayub, soal-soal membawa memorandum diserahkan kepada timbalannya, manakala soal-soal berhubung dengan keagamaan dan perundangan Islam atau yang boleh menimbulkan kontroversi diserahkan kepada Naib Ketua, Azman Sapawi.
Sebenarnya cadangan yang diumumkan oleh Azman itu perkara besar dan perlu diberikan keutamaan dan penekanan. Pemuda sebagai sayap kanan dalam parti sepatut menjadi pendesak kepada badan induk melakukan sesuatu tindakan ke arah mencapai agenda perjuangan. Dewan pemuda patut menjadi pihak yang memantau, mencetus dan mengasak agar agenda parti dilaksanakan.... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments


