KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 19, 2008

DBKL halang Dr Lo'Lo' bantu penduduk miskin Titiwangsa

harakah | Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, pegawai kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

"Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit."

"Saya dan ahli-ahli PAS telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak." kata Dr Lo'Lo' lagi.

Pada masa ini Dr Lo'Lo' terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli PAS Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr Lo'Lo' turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive