Dereta bendera Keadilan di sepanjang jalan menuju ke Shah Alam
Bendera turut di pasang di jejantas menyeberang jalan .... Phuiiiiiittttttt
Pentas ... Kongres di waktu malam. Orang tak perasan aku ambil gambar .... wakakaka
Terdapat lembaga sedang sibuk buat persiapan
Nov 27, 2008
Esok Kongres Keadilan di Shah Alam
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Shamsul: K'jaan Pakatan gagal serap potensi AMK
malaysiakini | Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat memberi lebih banyak ruang kepada aktivis dan pemimpin pergerakan itu untuk terlibat dalam jentera pentadbiran.
Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata beliau masih belum berpuas hati kerana kira-kira 40 peratus sahaja tenaga muda PKR diberikan peranan, setakat ini.
"Saya masih tidak berpuas hati, saya masih tidak berpuas hati. Sebab itu kita menggunakan saluran-saluran yang positif untuk memberitahu kepada (kerajaan) negeri (berhubung peranan pemuda)," katanya hari ini.
Tambahnya, generasi muda PKR menyuarakan hasrat mereka untuk diberikan ruang berperanan yang lebih besar dan aktif dalam pentadbiran di lima kerajaan negeri.... more.
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PKR's politics
thenutgraph | ....PKR deputy president Dr Syed Husin Ali says the party is committed to multi-racial politics and policies but certain Umno politicians have been fanning racial sentiments. These have overshadowed PKR's attempts to highlight the viability of its ideals.
Hence, PKR's response to Umno's ketuanan Melayu has been ketuanan rakyat but it's hard to tell how much traction the latter has gained within the public realm. Syed Husin adds that the Umno-controlled media have also distorted or not reported on PKR's multi-racial position.
"The media under Umno's control wants to exploit racial issues to erode Malay support for PKR. If possible, they want to force (Selangor Menteri Besar Tan Sri) Khalid Ibrahim and Pakatan Rakyat out in the next general election," Syed Husin tells The Nut Graph. PKR, DAP and PAS are members of the loose Pakatan Rakyat coalition which is in power in five states.
Indeed, Khalid was the one who proposed that Universiti Teknologi Mara recruit more non-bumiputera students. He also promoted Low Siew Moi as Selangor State Development Corporation (PKNS) acting general manager, despite protests from Umno and PAS.... more.
Labels: PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Farish Noor’s book under investigation
Thenutgraph | A leading bookstore in Kuala Lumpur has stopped selling a book by Malaysian public intellectual Dr Farish Noor, pending an investigation by the Home Ministry.
The entire stock of the book, From Majapahit to Putrajaya, was confiscated from Kinokuniya's KLCC outlet on 15 Aug 2008 by officers from the ministry's Selangor office in a regular annual inspection. Other book titles, mostly on religion, were also seized.....
.....While the books belong to the store as stock, Section 18(b) of the Printing Presses and Publications Act (PPPA) allows for any authorised official to temporarily seize books deemed unacceptable even if a title has not yet been banned by the ministry.
Silverfishbook's Raman Krishnan, who only heard about the ministry's actions through word of mouth, described the situation as "totally, utterly absurd."
"This book is four years old. Everybody has read it. A bit late, isn't it?" he said in a phone interview.
"Will the ministry pay for the books they have taken?" he added.
ZI Publications, which published Di Balik Malaysia, was also not notified by the ministry that Farish's book was being investigated.... more.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO gagal serang PR di Selangor
Marhaen
Isu arak, judi dan kandang babi mula diberi perhatian oleh UMNO terutamanya selepas mereka gagal berdepan dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di dalam isu-isu lain yang lebih besar. Mengapa isu ini dimainkan? Ini adalah kerana untuk mendapatkan perhatian orang-orang Melayu yang berugama Islam kononnya UMNO amat `benci' kepada arak, judi dan babi serta untuk menggambarkan bahawa UMNO itu lebih Islamik. Seperti juga mereka memainkan isu ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu, adalah semata-mata untuk menunjukkan tanpa adanya UMNO di muka bumi ini, maka hilanglah Melayu. Samalah juga kita beranggapan, tiadanya UMNO maka tiadalah Akta ISA.
Di Selangor isu kandang babi adalah isu pertama mereka selepas Selangor diambil alih oleh PR. Seolah-olah babi mula beranak dan membiak sejurus sahaja PR mengambil alih Kerajaan Selangor. Atas kebijaksanaan MB Selangor dan kepimpinan PR di Selangor, isu ini menjadi bahan jenaka rakyat di Selangor. UMNO sebenarnya cuba untuk mencari isu lain seperti rasuah, penyelewengan atau ketidaktelusan Kerajaan Selangor, tetapi mereka gagal kerana Kerajaan Selangor di bawah PR jauh berbeza dengan corak pemerintahan mereka dahulu. Kewibawaan MB Selangor yang tegas membasmi rasuah dan salah laku tanpa mengira siapa hatta pegawai di pejabatnya sendiri, menjadikan UMNO `mati kutu' dan hilang modal di Selangor.
Terbaru timbul pula isu arak di Selangor. Media arus perdana mengambil kesempatan di atas isu ini kerana mereka melihat isu ini menjadi perdebatan di kalangan pimpinan parti di dalam PR sendiri. Media menggambarkan PAS seolah-olah tidak mahu arak dijual berleluasa di Selangor, manakala DAP dan PKR hanya mahu agar penjualan arak di Selangor dikawal sahaja. Media turut menggambarkan bahawa PAS punyai strategi tersendiri untuk menyekat penjualan arak di Selangor. Ada kesannya juga propaganda media ini, di mana terdapat beberapa pihak di dalam PR tidak senang dengan cara PAS sedemikian. Tetapi, apabila MB Selangor sendiri membuat kenyataan selepas Mesyuarat Exco yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari semua parti Pakatan Rakyat di Selangor, maka propaganda media ini terhenti setakat itu. Kebijaksanaan MB Selangor bertindak pantas `membunuh' serangan media yang membawa virus yang lebih bahaya dari `Virus JE' ini harus dipuji. ... more.
Labels: Badut UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
10 ribu sasaran hadir forum mansuhkan ISA
Siasah |
Arus Pergolakan Politik di Malaysia: Antara cabaran dan harapan
Satu Penilaian Semula
Tarikh: 1 Disember 2008
Masa: 8.00 - 12.00 Malam
Tempat: Bar Council , Jalan Leboh Pasar, Kuala Lumpur
Ahli Panel
Mohammad Sabu (naib Presiden PAS)
Taresa kok (Ahli Parlimen Seputeh)
Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi Gabungan Mansuhkan ISA)
Hishamuddin Rais (Aktivis Reformasi)
Raja Petra Kamaruddin (Blogger)
Faridul Nasaruddin (Jurucakap Mahasiswa Mansuhkan ISA/Auku)
Ts Thenimtaram (wakil Masyarakat India Tertindas)
Tetamu undangan
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Wakil - wakil Badan Bukan Kerajaan
Anjuran: Cakap Rakyat Group
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bapa kepada remaja yang tembak ibunya boleh dikenakan tindakan
MStar | Bapa kepada remaja berusia 15 tahun yang menembak rambang sehingga mencederakan ibunya sendiri di rumah mereka di Bandar Country Homes, Rawang dua hari lepas, boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya wujud faktor kecuaian berhubung kejadian itu.Kita tengok kan aje.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata jika didapati ada unsur menjurus kepada kecuaian, bapa remaja terbabit yang juga seorang detektif berpangkat Sarjan, boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Dalam kejadian 7 malam itu, remaja terbabit dikatakan melepaskan tembakan rambang dan terkena rusuk kanan ibunya selepas gagal mengawal perasaan akibat berselisih faham dengan bapanya yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Remaja berkenaan dilaporkan telah menggunakan pistol jenis Glock 9 mm yang disimpan bapanya di rumah mereka.... more.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Saiful ke JAWI sebelum Kongres PKR
Saiful datang ke JAWI nak pertahankan diri dari di fitnah .. Berita KLIK SINI
Hah .... sapa kat belakang tu? Jaga jaga.
Microphone pun jangan letak dekat sangat .. .Wakakakakakka
Masa Anwar bertanding di Permatang Pauh ... dia angkat sumpah.
Masa Kongres PKR dia pegi JAWI.
berapa upah bro?
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Hello Pewaris ... apa komen?
Chua: Kita tidak terima Ketuanan MelayuKita tengok kan silat pewaris dan pekida bila MCA sendiri tolak ketuanan Melayu .... .wakakakakakk
malaysia | ... Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.
Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.
Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.
"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.... more.
Lucu ... memang lucu.
Labels: Belit MCA, pekida, pewaris
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Motif Mahathir untuk bantu Mukhriz menang
harakah | .... Ada pihak mendakwa, Dr Mahathir terlalu kecewa apabila Dato' Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mencukupi kuota pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sedangkan dua minggu terdahulu, anaknya, Dato' Mukhriz sahaja yang layak bertanding jawatan itu, sedangkan Dr Mohamad Khir dan Khairy Jamaluddin masih jauh ketinggalan.
Dari mata kasar Dr Mahathir, lonjakan mendadak di minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian seolah-olah 'digelumangi dengan wang' hingga menyebabkan peningkatan pencalonan mereka yang belum mencukupi kuota, kelihatan mendadak. Ia tentunya menimbulkan kecurigaan.
Mungkin Dr Mahathir membayangkan, bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat, akan terpengaruh dengan calon yang sudah mendahului dan boleh disifatkan sebagai pilihan mutlak, sebagaimana Najib mendapat pencalonan.
Malangnya, bayangan Dr Mahathir itu, tidak berlaku kerana ketika Khairy Jamaluddin yang sudah hilang tempat berpaut, apabila Abdullah mengumumkan hasratnya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, masih diterima 52 Pemuda bahagian (yang mencalonkannya).
Khairy Jamaluddin dilihat bukan sahaja terpaksa melawan dengan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir tetapi turut berdepan dengan serangan demi serangan dari Dr Mahathir. Namun, Khairy tetap mengambil sikap berdiam diri kerana baginya, lebih baik menjadi mangsa serangan Tun (Dr Mahathir) daripada menjawabnya hingga nanti dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati seorang negarawan tersohor.
Sebaik sahaja Dr Mahathir menyebut mengenai politik wang, beberapa pihak memintanya memberikan bukti dakwaan yang dibuatnya itu supaya Lembaga Disiplin Umno dapat menjalankan siasatan. ... more.
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan esok
harakah | ...Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.
Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam, katanya.
Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.
Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.
Gerai Rembau di Karnival Rakyat ... more.
Labels: kongres
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pendera Nirmala Bonat dihukum penjara 18tahun
Kalau YIM PEK HA .. boleh hilangkan data di imigresen .. dah sah boleh selamat. Wakakakak k
Suri rumah, Yim Pek Ha dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya, Nirmala Bonat empat tahun lalu. - Utusan
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Siapa fitnah Sayfool meninggal dunia?
Korang rujuk berita Malaysiakini.
Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di lamanweb dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.Ada orang kata Sayfool dah meninggal dunia ... Ish ish ish korang ni tak baik la cam tu.
Dah la budak tu bengong .. korang kata dia meninggal dunia plak.
Cukup la sekadar kata gila, bunting, barua, isim ke ...
Tapi jangan lah fitnah dia meninggal dunia.
Tak baik tau ....
Cian Sayfool .....
Wakakakak !!!!
Aduiiii ...senang nya kentut ... wakakakaka
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Perak tubuh Sekretariat Blogger sebar dasar kerajaan negeri
Bharian | Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.Lawan ... jangan tak lawan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.
“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.... more.
Labels: Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Usul potong gaji Hisamuddin di tolak
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul pembangkang untuk memotong gaji Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebanyak RM10.Wakakakak ... RM10.00 je ... perli nampak?
Teo Nie Ching (DAP-Serdang) mengemukakan usul itu kerana mendakwa kementerian gagal membina enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seperti yang dijanjikan.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong semasa menggulung perbahasan usul itu, berkata kerajaan amat memandang berat mengenai perkara yang dibangkitkan dan sedang menjalankan usaha secara berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan.
Persidangan Dewan disambung Khamis.... more.
Labels: Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nirmala Bonat di cederakan
Suri rumah Yim Pek Ha hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lalu.
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim.
Yim, 40, seorang bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.... more.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kongres Keadilan ... ada yang bakal kena.
Sementara tunggu waktu mesyuarat ... lepak kat kedai kopi. Orang dah kecoh pasal Kongress rupanya ..
Dengar cerita sebelah meja. Ada mata pandang, ada telinga dengar ...
"Mail !!! .... nak gi mana? Nko nampak aku .. mesti nak lari. Sial betul ...", kata Zali.Kah kah ... pasang telinga pun ok.
"Gi pejabat jap. Nko tau tak? Bukan aku sorang yang lari .. orang lain pun lari kalau tengok kau. Wakakaka."
"Elehhh ... lepak jap ngan aku. Layan teh sikit", kata Zali.
"Ada keje ni ... "
"Jap je. Alahai takut bini ke ...? heheheh", kutuk Zali sambil sengeh sengeh kerang busuk.
"Ok ok .... satu cawan je. ", jawab Mail.
"Aneiiiii .... kopi jantan satu !!!", Zali mencelah melaung ke arah mamak kedai.
"OK .... satu cawan je ... wakakaka", jawab Mail lagi.
"Amacam Kongres PKR tahun ni? Aku dengar panas sikit. eheheh. Tu yang aku nak gi tu." Zali
"Phuyooo !!! ... panas camana tu?", tanya Mail.
"Gi sekali nak ke?", tanya Zali.
"Tak janji beb. Aku pun kawan bawak. Cuba menyelit ikut member je. Nko tak masuk ke?", kata Mail.
Sambung Mail ...,"Datang je... kat luar ada speaker. Dalam tandas pun boleh dengar. Hehe ... pemerhati. Ramai perwakilan datang ... tapi nko aku minta satu tempat khas ... kat parking kereta. Wakakakak", kata Mail sambil ketawa.
"Hello bang. Jangan la kat parking bang .... Kalau ada tempat aku cilok kan satu", rayu Zali.
"Melukut di tepi gantang la kau.", kutuk Mail.
Tanya Zali, "Camana dengan ucapan dasar Ketua AMK?"
"Hah ... kali ni lain sikit. Panas beb", jawab Mail.
"Ye ke? Citer sikit.", tanya Zali.
"Kali ni banyak isu di bongkar. Diorang sedang cuba buat 'live'. Kat TV tok le la... tapi kat internet. Diorang tengah rancang kasi gempak.", sambung Mail lagi.
"Heh ... ada permit ke dak? Wakakakkaka. Kang satu stadium masuk balai ... bukan nko tak tau polis kita ni. Wakakak", gurau Zali sambil ketawa berdekah dekah.
"Berani ka ... keroyok macam Thailand kang, Hehehe .. ", jawab Mail.
"Tak der. betul ni ... tak caya nko tunggu." sambung Mail
Ok ... apa lagi?"
"Ok ... Ketua AMK akan bongkar cerita tentang politik perkauman parti politik, usaha musuh bodohkan bangsa melayu, usaha khianat pemimpin melayu, rasuah penyebab melayu merempat, penyelewengan berbillion ringgit dan siap merujuk pada carta perlaburan dan pendapatan. Hah ... mesti ada yang kena.", jelas Mail.
"Takkan belasah orang lain je? Camana dengan isu dalaman?", tanya Zali.
"Hah ... Aku dengar citer Ketua AMK akan belasah pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. ". jawab Mail.
"Berani ke dia? Panas telinga tu. ", tanya Zali lagi.
"Mahu tau kalu kena dengar .. aku nak rekomen lebih pun tak guna. Bukan dapat elaun. heheheh ..
Yang aku tau .. PKR bukan UMNO. UMNO dok julang pemimpin macam nak rak. Kat luar belasah boss. Bila ada bukti..muka sardin je. Heheheh ... ", kata Mail sambil ketawa kecil.
"Cari makan cara UMNO tu ... bodek the king. Bodeking. Juara bodek. Ampu .. hehehe", sambung Zali.
"Camana dengan kerajaan negeri? ", Zali bertanya lagi.
"Tak tau .. tapi kalau apa yang diorang cerita .. mana negeri yang lembab tu pun nak kena kick sikit. Ada menteri yang bodoh tak tau buat keje, nak kena kejut. "
"Yang bodoh tu bukan patut di kejut .. .patutnya di buang. Ganti lain.", kata Zali garang.
"Hah .. nko tunggu la nanti. Hehehehe ... ", kata Mail.
"Siapa yang dia nak belasah?", tanya Zali.
Jelas Mail, "Aku tak tau .. tapi aku kena dengar sendiri. Kalau aku buat buat citer, susah lak.
Nko kata aku buat fitnah macam orang UMNO. "
"Cewaaahhhhh .... ", Zali mengejek..
Tiba tiba
"Kenangan ku bersama mu ...
Sewaktu engkau disampingku..." bunyi talipon lagu Jefri Din milik Zali.
"Alamak ... !!!", sambut Zali.
"Talipon kau tu !!! Hahah .. lagu 60an .... Wakakak", kutuk Mail.
"Bini aku la ......", terkejut Zali.
"Helllo yang ... ok yang, abang balik sekarang. OK OK ...babai yang", bercakap dengan istgri di talipon.
"Mail .. aku balik dulu bini aku suruh beli gula tadi .. lupak lak. ADuiiii . Kena lagi ni kang.", Zali kelamkabut meninggalkan meja minum.
"Wakakakak .... tu la. Tadi cam hero .. .wakakakak. Bila bini talipon .. berubah cam KETUTU. Bodoh je.", kata Mail.
"OK aku chow dulu .. !!!", jerit zali
Hoiii sapa nak bayar ni? Adoiiii kena lagi. ", jerit Mail.
"Nko bayar dulu. Nko pesan kat Ketua AMK, nanti claim kat aku. ..", jerit zali dan terus hilang.
Labels: AMK Keadilan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mereka Itu Pejuang Bahasa Melayukah?
[melalui email]
azzlie | Kecoh lagi satu Malaya. Kali ini yang dapat penangannya kerajaan DAP Pulau Pinang. Maka berteriaklah seluruh mereka-mereka itu diseluruh negara. Dah melampaui bataslah, dah melanggar pelembagaanlah, dah merendah-rendahkan bahasa sendirilah dek angkara pemasangan papan tanda pelbagai nama oleh kerajaan negeri di kawasan tapak warisan Georgetown. Baca di sini sebagai pelbagai nama - bukannya tidak menggunakan bahasa Melayu terus. Maka melompat sakanlah mereka-mereka itu sambil tepuk-tepuk meja dan hantuk-hantuk kepala mereka sendiri.
Marah sungguh mereka-mereka itu. Ini bukan budaya kita. Budaya kita memartabatkan bahasa Melayu senusantara. Getus mereka-mereka itu dengan berangnya. Tapi seribu kali sayang. Meludah ke langit terpalit ke muka sendiri. Menang sorak tetapi kampung sendiri tergadai. Usahlah berdegum-degam dengan apa yang orang lain lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka-mereka itu sendiri yang memperlekehkan bahasa mereka sendiri.... more.
Labels: Bangsa Melayu
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Tajol: Ditanjol atau Menanjol?
Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirraheem.
(Bulan Penuh 2012) - Saya tidak faham apa makna perkataan 'Tajol'. Datok saya sudah arwah, tidak sempat saya bertanya.
Masa saya kecil dulu, dia hidup lagi, dia ada bela beberapa ekor kerbau. Satu hari dia menebok lubang di tengah hidung kerbau jantannya untuk diletakkan tali yang dikat membulat. Di tali itu kemudiannya, dijadikan pangkal mengikat tali kerbau yang panjang-panjang tu.
Saya tanya, datok apa benda tu? Datok jawab, ini namanya 'tanjol' cu.
Tahulah saya benda tu namanya 'tanjol'. Sama ada 'tanjol' itu sama dengan Tajol Rosli yang meroyan di Perak, saya tidak tahu. Nak tanya datok; datok dah masuk dalam.
Terfikir pasal tanjol dan tajol ni selepas baca Pak Sin tulis http://alhusseyn51.blogspot.com/2008/11/igauan-tajol-tidak-kesampaian.html.
Sebab tak faham 'ketajolan' cerita itu saya pantun sahaja kepada Pak Sin.
kepala benjol digigit semut,
banyakkah Tajol dalam selimut?
Lepas itu, Pak Sin jawab pulak begini;
Cendol dibeli dari mamak
Tajol tak banyak, tapi menyemak
[melalui email]
Labels: Alahai Tajol
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Isu arak di Selangor jangan kelirukan rakyat
roslansms | ...Akhbar-akhbar berbahasa Cina tiba-tiba hari ini memaparkan kisah arak di Selangor (saya ditunjukkan perkara ini oleh sahabat saya rakan ahli majlis MPSJ dari DAP). Kononnya PAS Selangor sedang bertindak mendesak kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor. Kononnya ada pelan “A” dan pelan “B”. Pelan “A” adalah melalui mesyuarat EXCO, jika tidak berjaya maka wakil-wakil PAS dalam seluruh PBT Selangor akan membawa usul diperingkat PBT. Tidak cukup dengan itu, portal berita Malaysiakini turut mensensasikan perkara ini.
Saya bertanyakan rakan-rakan pemberita akhbar Cina dari mana mereka dapat maklumat ini, kata mereka dari sumber-sumber tertentu.
Jelasnya, pertama, PAS Selangor tidask pernah membincangkan perkara ini dalam mana-mana mesyuaratnya. Kedua, arak ini haram buat umat Islam tetapi tidak untuk yang bukan Islam, kerana itu di Kelantan yang didominasi PAS, kerajaan negeri hanya mengharamkan penjualan arak dikalangan umat Islam (jika Kelantan begitu, takkanlah Selangor mahu mendesak mengharamkan arak secara total). Dan ketiganya arak ini memang diharamkan terhadap umat Islam di Selangor melalui Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam yang ada, tidak berbangkit PAS mahu buat tuntutan sedangkan undang-undang telahs edia ada dari zaman BN lagi.... more.
Labels: arak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ali Rustam lebih sayangkan babi dari rakyat Melaka.
Pekida ngan Pewaris kena bukak cawangan kat Melaka ni ... .wakakakakak
manjanik | Berita Harian mengkhabarkan; Kerajaan negeri tidak bercadang menghalang penduduk di sekitar Kuala Sungai Baru, dekat sini, mengadakan demonstrasi setiap hujung minggu sebagai bantahan terhadap tindakan pihak tertentu membuang sisa bangkai babi di kawasan mereka seperti berlaku hujung minggu lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata penduduk di kawasan terbabit boleh membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepadanya, tetapi pada masa sama, mereka wajar membantu polis menangkap pesalah sebenar untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Kenyataan seperti ini adalah kenyataan lepas tangan. Seolah-olah tidak ada apa yang akan diambil tindakan oleh Ali Rustam terhadap bantahan rakyat. Bagi beliau isu kepala babi lebih besar dari isu rakyat tidak mahu babi di situ.
“Terpulanglah kepada penduduk, tetapi jangan hanya marahkan Ketua Menteri, kerajaan negeri, parti dan kerajaan Barisan Nasional, sedangkan penjenayah sebenar yang melakukan kerja terkutuk itu dibiarkan terlepas,” katanya selepas melawat Pusat Zakat Majlis Agama Islam Melaka, di Peringgit, dekat sini, kelmarin..... more.
Labels: Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'Kontrak kecil' untuk dapatkan undi
In Umno polls, small contracts get the votes
[...] The men making the promises are not ministers, nor are they known politicians, but "agents" of Umno leaders campaigning for the various posts in the party polls.
The brazenness of what Umno has always referred to as money politics, or vote-buying, is becoming a major concern for the party as it seeks to win back support from voters it lost in the March general election.
But even as it tries to repair its image, Umno's credibility continues to be under assault primarily due to widespread vote-buying.
A Sabah Umno MP, who declined to be named, told The Malaysian Insider of how one "agent" of a party election candidate recently toured the state's interior just before the close of nominations to drum up support.
"This man went round offering government contracts to the rural folk in return for nominating his man," he said.
He claimed the "agent" was a government officer who worked for a federal minister. The contracts being offered included deals to repair bridges and community halls.
Each contract was worth approximately RM10,000. That was how much a nomination was worth.
So far, Umno's disciplinary board has already received more than 900 complaints about money politics.
Former party president Tun Dr Mahathir Mohamad has been particularly vocal about vote-buying, and has predicted Umno will lose heavily in the next general elections if there are no reforms.... more.
Labels: Rasuah UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Belum di UMUM ... BPR dah tunggu
BPR tunggu ‘senarai nama’ Dr MHmmm .. BPR? ,,,, Hmmmmmm ... macam ragu ragu je.
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung senarai nama ahli Umno yang terbabit dalam politik wang, dalam masa terdekat ini.
Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdull, berkata pertemuan itu akan dibuat sebaik saja Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno selesai menyenarai penuh nama mereka yang terbabit.
"Kita mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan senarai nama terbabit daripada beliau untuk membantu siasatan mengenai pembabitan ahli Umno dalam politik wang," katanya di sini semalam.... more.
Nak siasat atau nak cover up?
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kita tengok kesudahan cerita ni
Remaja lelaki tertembak ibu kena reman
Polis menahan remaja berusia 15 tahun yang tertembak ibunya di Bandar Country Homes, Rawang, malam kelmarin, manakala bapanya seorang anggota polis pula disiasat atas kemungkinan cuai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis sedang menyiasat jika remaja itu memperoleh pistol berkenaan disebabkan kecuaian bapanya yang bertugas sebagai detektif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.
“Polis mempunyai prosedur pengeluaran senjata api yang kemas dan ketat kepada pegawai dan anggota. Bagaimanapun kadangkala berlaku kemalangan disebabkan kecuaian.
... more.
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Pak Lah says yoga is ok for Muslims
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi assured Muslims today they can perform yoga if they do not chant religious mantras — an apparent effort to assuage public anger over an Islamic body’s ban of the ancient Indian exercise.Tu hari ... Pekida ngan Perwaris cukup marah orang ramai pertikaikan tentang FATWA .... sekarang PAK LAH yang keluarkan FATWA. Apa cerita? Nak protess cara perkauman lagi ke? Wakakakakakkakak .....
Last week, the National Fatwa Council said that elements of Hinduism in the practice could corrupt Muslims. Many ordinary Muslims responded by saying they had been performing yoga for years without losing their faith.
The PM told Bernama that Muslims who were interested in the health benefits of yoga could continue practicing as long as they do not chant.
“I wish to state that a physical regime with no elements of worship can continue, meaning, it is not banned. I believe that Muslims are not easily swayed into polytheism,” Bernama quoted Abdullah as saying.... more.
Kita tengok sapa jatuh bodoh ... wakakakak
Labels: pekida, perwaris, yoga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MCA wants 30 sen fuel subsidy to return
malaysiainsider | MCA today urged the government to resume the 30 sen petrol subsidy as promised in June when the price for RON97 petrol shot up to RM2.70.
“The chain reaction from the previous petrol hike is still there and the inflation still stands high at 7 per cent when compared to 2 per cent in 2006,” information chief Lee Wei Kiat said.
In a statement released to the press, Lee said that the subsidy would lessen the burden of inflation on lower and medium income groups.
It was recently revealed that since the beginning of November, the drop in global crude oil prices has effectively allowed the government to collect a tax on the pump price of petrol instead of providing a subsidy.
The price of RON97 now stands at RM2 per litre.
MCA also objected to the proposal to fix a floor price for petrol.
According to Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad, the National Economic Action Council will meet next Monday to decide on whether to set a floor price following the gradual drop of the world crude oil price which has now fallen to US$50 per barrel (RM175) from US$120 in July.
“It does not promote transparency and consistency in government policies. The economic prosperity should be enjoyed by all citizens,” Lee said.
Lee said the MCA instead backed an auto floating mechanism as it would provide an optimum price for motorists based on current oil prices and at the same time allow the government to monitor the mechanism in an open and transparent manner.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ada yang takut Mufti Asri masuk politik
Kempen 'anti-Dr Asri' buang masa saja...
Mstar | ...Ada yang melahirkan ketidakpuasan hati dengan pendirian Dr Asri dan mempersoalkan kredibiliti beliau mengkritik fatwa 'yoga' yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, seolah-olah wujud satu kempen 'anti-Dr Asri' yang cuba memberi gambaran buruk tentang tokoh agama yang berasal dari Mengkuang, Pulau Pinang ini.
Bagaimanapun, ketika ditemui tengah hari tadi, Dr Asri yang akan menamatkan khidmat sebagai Mufti Perlis Ahad ini, bagaikan sudah lali dengan kempen yang dikatakan itu.
"Saya dah lama tahu pasal kempen ni. Saya tak kisah pun. Kempen macam ni semua buang masa saja.
"Sebenarnya bukan pasal kes yoga saja. Saya rasa mungkin mereka-mereka takut saya berhenti jadi mufti dan muncul dalam bidang politik," katanya.
Ditanya tentang PhD beliau yang bukan dalam jurusan agama dan kononnya beliau tidak layak memberi pandangan tentang fatwa yoga, Dr Asri berkata: "Kalau saya yang ada PhD pun dikatakan tidak layak memberi pendapat tentang fatwa yoga, macam mana dengan mufti-mufti negeri lain yang tidak ada PhD?"
Dr Asri membuat tesis 'Pengajian Hadis' berjudul "Sabab Wurud Al-Hadith" dalam bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malayasia (UIAM).... more.
Labels: Mufti Asri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Saiful di JAWI hari ini
Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.Bawak geran tanah Pahang tak?
Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.
Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.
Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.
Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.... more.
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anti-govt protesters paralyse Bangkok
Star | .....Army chief Anupong Paochinda will hold a news conference at 3 p.m. (0800 GMT) after meeting security officials and business leaders to discuss the protests by the People's Alliance for Democracy (PAD), a spokesman said.
Anupong has insisted many times he will not launch a coup only two years after the military's removal of Thaksin Shinawatra as prime minister, although he has publicly pressed Prime Minister Somchai Wongsawat to stand down.
After masked PAD members broke into the control tower at Bangkok's $4 billion Suvarnabhumi airport, the latest twist in their seizure of the site, a rival pro-government group urged its people to hit the streets, raising the prospect of clashes.... more.
Labels: Berita luar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Vell Paari: Biar saya bersihkan Maika dahulu...
malaysiakini | ...Ketua Pegawai Eksekutif Maika S Vell Paari hari ini berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja beliau dapat memulihkan syarikat pelaburan MIC itu.si kotor yang nak cuba jadi pembersih ... wakakakakak
"Niat saya ialah untuk membersihkan syarikat teresbut dan memulihkannya menjadi sebuah syarikat berasaskan aset yang kukuh dan kemudian melepaskan jawatan CEO.
"CEO baru kemudiannya akan dilantik menerajui syarikat tersebut. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, saya sentiasa membayangkan dengan jelas niat saya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, semasa mesyuarat tahunan syarikat tersebut tahun lalu, lembaga pengarah Maika telah mencadangkan resolusi untuk menjual semua aset Maika dan mengagihkan lebihan perolehannya kepada pemegang saham..... more.
Labels: Ayoyo Samy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments