harakah | .... Ada pihak mendakwa, Dr Mahathir terlalu kecewa apabila Dato' Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mencukupi kuota pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sedangkan dua minggu terdahulu, anaknya, Dato' Mukhriz sahaja yang layak bertanding jawatan itu, sedangkan Dr Mohamad Khir dan Khairy Jamaluddin masih jauh ketinggalan.
Dari mata kasar Dr Mahathir, lonjakan mendadak di minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian seolah-olah 'digelumangi dengan wang' hingga menyebabkan peningkatan pencalonan mereka yang belum mencukupi kuota, kelihatan mendadak. Ia tentunya menimbulkan kecurigaan.
Mungkin Dr Mahathir membayangkan, bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat, akan terpengaruh dengan calon yang sudah mendahului dan boleh disifatkan sebagai pilihan mutlak, sebagaimana Najib mendapat pencalonan.
Malangnya, bayangan Dr Mahathir itu, tidak berlaku kerana ketika Khairy Jamaluddin yang sudah hilang tempat berpaut, apabila Abdullah mengumumkan hasratnya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, masih diterima 52 Pemuda bahagian (yang mencalonkannya).
Khairy Jamaluddin dilihat bukan sahaja terpaksa melawan dengan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir tetapi turut berdepan dengan serangan demi serangan dari Dr Mahathir. Namun, Khairy tetap mengambil sikap berdiam diri kerana baginya, lebih baik menjadi mangsa serangan Tun (Dr Mahathir) daripada menjawabnya hingga nanti dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati seorang negarawan tersohor.
Sebaik sahaja Dr Mahathir menyebut mengenai politik wang, beberapa pihak memintanya memberikan bukti dakwaan yang dibuatnya itu supaya Lembaga Disiplin Umno dapat menjalankan siasatan. ... more.
Christmas with tears in 2024
2 hours ago
1 comments:
Orang kampong semuer dah tau, Kalau anak kesayangan ini menang die hanya pandai membaca,tak pandai buat krje,tak banyak pengalaman yg.die ada,sebab duduk di bawah ketiak Mak Bapak sepanjang masa.
Dan lebe malang lagi Silap haribulan kerja dan kekayan Negara terserah pada Empaya Y-L,ato Robot Kok saja.
Terkilas ikan di laut kita tau jantan betinanya.
Jgn Maree!!!!!
Post a Comment