KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 24, 2008

MEGAT JUNID SUDAH PERGI


(The Star) - PETALING JAYA: Former Deputy Home Minister Tan Sri Megat Junid Megat Ayub passed away at 5.25am Thursday at the Pantai Medical Centre in Kuala Lumpur. He was 65.

The body will leave his Kelana Jaya home at 12.30pm for the mosque, then on to the Kiara Cemetery in Damansara here for burial.

Also the former Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, Megat Junid had been seriously ill for months. He had undergone surgery for prostate cancer in 2004, but the cancer recurred in 2006 and spread to his liver, lung and bones.

Born in Teluk Intan in 1942, the teacher first met former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in the early 1970s when the latter was in political exile for criticising Tunku Abdul Rahman, then Umno president and prime minister.

He was swept away by Dr Mahathir's unconventional political style and soon after left teaching to become a special assistant then political secretary to Dr Mahathir.

He made his political debut as an MP when Dr Mahathir won his first general election as Prime Minister. Two years later he was made Primary Industries Deputy Minister.

In 1986, Dr Mahathir made him his deputy in the Home Affairs Ministry, a post that many agreed was as good as that of Minister given the trust that Dr Mahathir had in him.

His tenure in the ministry was often very controversial and coincided with massive illegal immigrant, the controversial Operation Lalang in 1987 and escalating drug issues.

Megat Junid was finally promoted to Domestic Trade and Consumer Affairs Minister in 1997 but held the post for only two years because he lost to a PAS candidate in the Reformasi (reformation) fervour of the 1999 elections.

No2umnO - SEMUGA ROHNYA DICUCURI ...

BERNAS KENA ... ECM LIBRA DAPAT

anotherbrickinwall

ECM Libra ke BERNAS? (Bhg 1)

Dengan asakkan-asakkan bertubi-tubi Berita Harian dan New Straits Times, tidak dapat dinafikan bahawa Dato Hishamuddin Aun, Ketua Pengarang Berita Harian, sedang membesar-besarkan peristiwa ini. Tidakkah Hishamuddin tidak gerun BERNAS menarikbalik iklan-iklannya dari Berita Harian dan NSTP?

Tidak dapat tidak, boleh dibuat kesimpulan mudah bahawa Hishamuddin Aun, yang diketahui ramai adalah sebahagian dari jaringan pemutarbelit Kalimullah-Annuar Zaini-Wong Chun Wai, sedang diperanankan untuk memutarbelit fakta dan memburuk-burukan BERNAS untuk satu "pihak atasan".

Bagi penulis blog ini, dari berita terawal mengenai kes ini, terlalu banyak yang mencurigakan dan tidak boleh diberi kepercayaan penuh. Pasti ada “udang disebalik batu”.

Pertama, anak-anak syarikat Media Prima adalah pemutarbelit berita yang sudah rosak reputasi kewartawanan mereka dan susah boleh dipercayai laporan mereka. Beberapa tahun mutakhir ini, pendedahan atau skop, kata-kata lingo wartawan, mereka adalah ketirisan maklumat yang terancang. Malah, penulis merasakan laporan yang keluar di KLPos pada Januari 2hb, 2008 mungkin adalah pembocoran yang diatur. More...

UNDI BN .... MINYAK NAIK

Marhaen
Oleh Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons)

SOKONG BARISAN NASIONAL MINYAK NAIK KEPADA RM 2.42 SELITER
SOKONG BARISAN RAKYAT MINYAK TURUN KEPADA RM 1.62 SELITER


Tanda-tanda kecil akan berlakunya pilihanraya sudah lama berlaku. Kini tanda-tanda besar akan berlakunya PRU-12 satu-persatu muncul saban hari. Apabila Parlimen dan DUN dibubarkan maka bermula kempen pilihanraya secara rasmi untuk memilih kerajaan yang akan memerintah lima tahun lagi sehingga 2013.

Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir meramalkan bahawa Barisan Nasional akan menang besar mengudang pelbagai tanggapan dan spekulasi. Apakah ia satu kenyataan sinis kepada rakyat Malaysia bahawa satu kemenangan besar BN akan mengundang satu petaka besar kepada rakyat Malaysia pasca PRU-12 dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Namun di pihak Barisan Rakyat sudah tentu kenyataan ini membakar lagi semangat perjuangan dalam membela rakyat Malaysia. Jentera pilihanraya Barisan Rakyat perlu melipat gandakan usaha untuk menang dalam PRU-12 ini. Umum sudah menjangkakan pada tahun ini pasti berlaku kenaikan harga minyak berdasarkan alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Justeru apabila janji Barisan Rakyat untuk mengurangkan harga sebanyak RM0.30 wajar menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban pada masa hadapan.

Jika Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya ini maka dengan mudahnya pasca PRU-12 ini kerajaan BN akan menaikkan harga sebagaimana spekulasi kenaikan sebanyak RM0.50 menjadi harga minyak setinggi RM 2.42 seliter. Manakala Barisan Rakyat akan menurunkan harga sebanyak RM0.30 akan menjadikan harga minyak sebanyak RM 1.62. Justeru perbezaan sebanyak RM0.80 untuk seliter dapat dijimatkan jika kita memilih kerajaan Barisan Rakyat dalam PRU-12 ini.

Bayangkan pula kesan berantaian yang akan berlaku pula dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.50 ini akan meningkatkan kos semua barangan dan perkhidmatan yang ada. Maka dengan gaji yang tidak seberapa kini sudah cukup membebankan apatah lagi jika realiti ini terjadi dengan mandat besar BN dengan mudah tidak akan menghiraukan lagi bantahan rakyat hatta penyokong kuat Barisan Nasional sendiri.

Kita ada pilihan terbaik sendiri yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat ( PAS, Keadilan dan DAP) untuk menurunkan harga minyak. Dengan penurunan sebanyak RM 0.30 ini pasti akan mengurangkan kesan sampingan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Maka dengan gaji yang sedia ada juga kita dapat merasakan sedikit selesa berbanding dengan apa yang akan berlaku jika mandat besar Barisan Nasional diperolehi.

Ingatan kepada jentera Barisan Nasional, apa yang anda usahakan untuk memberi kemenangan besar kelak akan dibayar dengan kenaikan kos hidup kelak. Jika tiada protes daripada jentera Barisan Nasional sekarang anda juga terpaksa membayar harga yang cukup mahal dalam menyediakan kehidupan yang selesa untuk keluarga anda sendiri. Siapa yang membela nasib anda sendiri kelak. Lihatlah Bekas Perdana Menteri sendiri apabila mengkritik pentadbiran semasa diperlakukan dengan cara yang cukup mengaibkan apatah lagi kita semua sebagai rakyat biasa.

Kepada bakal yang akan mengundi Barisan Nasional kelak ingatlah akan petaka besar yang bakal terjadi jika mandat besar ini diberikan. Anda juga bakal menerima nasib yang sama untuk tidak dipedulikan lagi sehabis sahaja pilihanraya ini tamat.

Ayuh kita punyai pilihan terbaik kini. Kita sama-sama realisasikan hasrat Barisan Rakyat untuk menang sebanyak 125 kerusi Parlimen. Sudah tiba masanya Barisan Nasional menjejaki nasib sejarah kejatuhan kerajaan-kerajaan yang melakukan penyelewengan, rasuah dan terpalit dengan pelbagai skandal. Ini saat yang terbaik untuk kita merubah masa hadapan Malaysia yang lebih adil dan saksama.

Ingat jika SOKONG BARISAN NASIONAL , MINYAK NAIK KEPADA RM 2.42 SELITER.
Jika SOKONG BARISAN RAKYAT MINYAK TURUN KEPADA RM 1.62 SELITER.

We are a welfare state that consistently maintain the poor as poors

PAS or UMNO 'unrealistic'?
maverickysm

  • The Malays agree with what UMNO did in the name of BN .
  • The Bumiputeras agreed that the NEP benefits them and they want the NEP.
  • The Malaysian automobile owners agreed with the tens of billions used to fund fuel subsidy which provides the neighbouring countries privileges from our welfare system.
  • Malaysians enjoyed many other subsidies such as rice, wheat, flour, sugar and most essential food.

We are a welfare state; that's certain. However, we are a welfare state that consistently maintain the poor as poors. We are a welfare state that divide our citizens into two category - Human & unHuman, a Bumi or a NoBody.

We are a welfare state that give APs to a few Bumis who became billionaires by virtue of selling the APs. We are a welfare state that lands to the Bumi rich and made them richer.

We are a welfare state that made a railway gatekeeper a billionaire. We are a welfare state that ordinary Malays owns palaces.

We are a welfare state that award projects to Malays, largely from UMNO (and include Indians in UMNO), and few others, and then they go and sell these projects to Chinese and Indians who then had to "engage" a Bumiputera partner by registering his interest at 30% who is then required to sign back a blank transfer form of that interest with a caveat that he will get a Mercedes Benz and a holiday trip to New Zealand or Spain with his girlfriend, plus monthly pocket monies and some financial contributions to some "Building funds".

Penang 2nd Bridge was awarded to a Bumi company (UEM) who then sells it to Chinese company from China (CHEC) . Bakun Dam was also given to a Chinese company from China. So you see, the Chinese benefited from the NEP!!!

The Double-tracked Railway from Seremban to Gemas is awarded to Indian Railway (IRCON). So you see, Indians had benefited from the NEP.

We are a welfare state; no doubt! More so, we are a charitable state. Our subsidies of multi billions in petroleum and fuel had help to cross subsidize Singaporeans, Thais and Indonesians. Bernas smuggled rice even though they had APs. Our welfare state had bailout PKFZ in billions and many others who had failed.

We are charitable, and will continue to do so.

TIADA JAMINAN HARGA TURUN - Najib

MStar

(...) Najib berkata Majlis Harga Negara akan bertanggungjawab memantau, menasihati dan menyelia bagi kerajaan mengenai dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan dalam skim subsidi dan pencegahan terhadap ketidakadilan serta amalan pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan memperluaskan bidang tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-barang Perlu sedia ada.

"Objektif utama majlis ini adalah untuk meminimumkan kesan kenaikan harga barang terhadap kos sara hidup dan penurunan kuasa beli rakyat," katanya. (Pooooraaaahhhhh !!!!)

Timbalan Perdana Menteri berkata penubuhan majlis itu tidak semestinya memberi jaminan harga barang akan dikurangkan kerana tujuan utama majlis adalah bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil.

Inisiatif terbaru kerajaan itu merupakan kesinambungan usaha-usaha kerajaan dalam mengambil tindakan komprehensif dan berorientasikan tindakan dalam mengawal harga barang dan memastikan bekalan mencukupi.

No2umnO - Kerajaan mahu kekal kan fikiran rakyat bahawa TIADA YANG PERCUMA, TIADA YANG MURAH. Lantas bila kenaikan harga minyak dunia, kecoh satu negara. Bila harga turun, senyap macam tikus.

Bila Anwar berjanji turunkan harga minyak serta berikan kaedahnya, kenyataan itu dipermainkan kerana kerajaan tidak mahu rakyat berubah fikiran dari apa yang mereka nyatakan. Pemimpin Barisan Nasional mahu rakyat terus bayar, terus berbelanja dan terus menerima kenaikan harga.

Mahu turun harga minyak, mahu pendidikan percuma? Jangan berharap pada BN. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dari kebajikan rakyat.

MANISNYA HIDUP MENJADI WANITA ISLAM

Dikirim menerusi Email dari Kapcai51

  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Wassalam

CHIT !!! SAMY TIPU

Lower Thaipusam turnout leads to wasted food
By : Danutcha Chelliah - NEW STRAITS TIME

KUALA LUMPUR, Jan 23: For the first time in 40 years, the Divine Life Society (DLS) has actually been forced to throw away the free food it gives out during the Thaipusam celebrations at Batu Caves. The DLS ashram, located next to the Batu Caves temple, prepared food for 20,000 people but the lower-than-expected turnout meant some of the food would have been wasted.

DLS Malaysia branch president Swami Guhabhaktananda said the ashram prepared only 1,800kg of vegetables from its usual allocation of 4,500kg.

“It left us with a large balance of unused vegetables which we then distributed so that it would not go to waste,” he said.

Guhabhaktananda said he estimated that there was a 25 per cent drop in the number of people who attended this year’s celebrations.

The lacklustre crowds, however, did not dampen the spirit of goodwill among the DLS volunteers as they bustled between tables serving ladles of freshly cooked vegetarian fare. More than 100 volunteers pledged their time over the two-day celebration to help coordinate the feeding of devotees.
Around 100 Hindu devotees from Hawaii were also present on their first visit to Malaysia, with many enthralled at the different format of celebrations practiced in the country.

No2umnO - Alllooooooo SAMY Anneyyyy.....Yanadey. Mau tipu ka? Lu kena cucuk lidah Tahun depan Anneyyy, sebab manyak tipu punya India. Kalau tak mau cucuk Lidah....kasi cucuk mata sebab tak tau kira punya Mentili. Bodoh punya Kilajaan.

KAMPUNG MYANMAR DI PUTRA JAYA?

Kampung warga Myanmar dekat Presint Diplomatik

imej: Pondok 'jaga' untuk jaga kampung. 'Jaga' mereka lagi hebat dari 'jaga' Putrajaya


PUTRAJAYA: Sebuah perkampungan haram yang didiami lebih 80 warga Myanmar, dipercayai wujud sejak empat tahun lalu dikesan berhampiran Presint Diplomatik di sini.

Perkampungan yang mempunyai hampir 20 rumah beratap kanvas dan berdinding papan lapis dibina di tepi bukit di tengah ladang getah yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama.

Sebuah pondok pengawal dibina di laluan masuk dan dikawal tiga penduduk yang bertugas mengikut syif setiap malam bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Difahamkan kawasan berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa, tetapi warga Myanmar berkenaan berjaya melarikan diri ke hutan berhampiran bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Ketua kumpulan itu, Khai Pian Thang, 30, berkata daripada lebih 80 pelarian Myanmar yang mendiami kawasan itu, hanya 20 memegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menghantar pegawai penguat kuasa untuk memeriksa kawasan perkampungan haram itu hari ini.

"Kami akan siasat sama ada kawasan itu terletak dalam kawasan pentadbiran Putrajaya atau sebaliknya. Tindakan susulan akan diambil jika kawasan perkampungan haram itu terletak dalam kawasan pentadbiran kami," katanya.
No2umno - 4 tahun, 4 kali serbuan. Lepas dan esok datang lagi. Lemahnya kerajaan. Dan Shamsuddin Osman akan ambil tindakan kalau ianya berada di kawasan pentadbiran kami. Oiiii .... mangkuk. Bukan kah negara kita tanggung jawab kita. Adakah 'luar kawasan' itu bermakna luar negara? Selagi boleh tolak......tolak. Tolak tanggung jawab untuk kerja relax.....

ROSES AND THORN TO PM

The five-year old daughter of Hindu Rights Action Force (Hindraf) chairperson P Waythamoorthy will lead hundreds of rose-bearing children - and their parents - on February 16 to petition at the Parliament building for the release of the group's detained leaders

DUN ALUR LIMBAT LUMPUH DAN KECOH

Peti Undi UMNO Padang Midin ‘lumpuh’
buletinonline

Marang, 22 Jan - Majlis Pelancaran Gerak Kerja Umno dan Perasmian Pembukaan Bilik Gerakan di Peti Undi Padang Midin 17 Januari lalu gagal disempurnakan. Ia berikutan krisis dalaman UMNO yang telah menjadi ‘barah’ di DUN Alor Limbat. Sebanyak lima buah cawangan UMNO di Peti Undi Padang Midin dalam DUN Alor Limbat telah memboikot program tersebut. Antara peti undi tersebut adalah Padang Midin, Tok Hakim, Binjai Berambu, Gong Kiat dan Belukar Sukai yang ‘berperang’ dengan wakil rakyatnya, Alias Abdullah.

Program tersebut yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Peti Undi Padang Midin, Dato’ Wan Jaafar Wan Sulaiman gagal dilaksanakan kerana hanya 11 ahli dikalangan jentera parti yang hadir.

Dato’ Wan Jaafar(Foto) yang dilantik oleh Pengerusi DUN, Alias Abdullah didakwa telah gagal melaksanakan tugasnya kerana perlantikannya sebagai Pengerusi DUN telah ditolak oleh ahli-ahli Umno di Padang Midin. More....

TERENGGANU DIDIK JUDI DARI SEKOLAH LAGI

Jual nombor ekor depan sekolah

Oleh nurul amalina
berita@kosmo.com.my


Seorang budak dipercayai pelajar meninggalkan sebuah kedai menjual nombor ekor di Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU - Biasanya kedai judi haram dibuka di tempat-tempat yang tersorok daripada penglihatan orang ramai dan pihak berkuasa.

Namun, seorang peniaga judi nombor ekor bersikap selamba apabila menjalankan aktiviti haramnya itu betul- betul di hadapan sebuah sekolah menengah di sini.

Paling membimbangkan, kedai tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan kaki judi dewasa, malah ketagihan membeli nombor mula melanda golongan pelajar sekolah.

Intipan di kedai tersebut membuktikan senario tersebut apabila antara lima hingga enam pelajar masuk ke dalam kedai kayu itu dipercayai untuk membeli nombor.

Malah, lebih mengejutkan, ada juga yang berani dengan 'berurus niaga' menerusi tingkap berjaring di depan kedai seolah-olah membeli makanan ringan dari kedai runcit.

Maklumat dakwaan seorang penduduk di situ bernama Abu (nama samaran), benar-benar mengejutkan kerana kedai yang terletak hanya 25 meter dari pagar sekolah itu telah beroperasi sejak 12 tahun lalu.

Katanya, setiap hari ia semakin mendapat sambutan daripada penduduk dan orang luar.

"Dulu tak ramai yang singgah dan para pelajar memang tak ada. Tetapi sekarang makin menjadi, sampaikan pelajar pun dah pandai beli nombor ekor di situ," katanya kepada KOSMO! semalam.

Menurut Abu, kedai berkenaan difahamkan pernah diserbu pihak polis, namun pemiliknya seakan tidak serik dan kembali menjalankan perniagaan haram itu.

"Kena serbu, tutup sekejap, lepas itu dia buka semula," katanya.

Kebimbangan turut dilahirkan seorang guru sekolah berkenaan yang berkata, lokasi kedai yang terletak bersebelahan kedai gunting rambut dan kedai basikal itu, amat hampir dengan sekolah.

"Budak-budak sekolah pun dah mula berani beli nombor. Dulu hanya penduduk di sekitar yang masuk ke kedai itu," katanya yang enggan dikenali.

USAHA PUJUK HATI PENGGUNA


Bila hendak pilihanraya, semua idea MENIPU pun timbul. Nama SHAFIEE APDAL memang dah teruk, maka usaha ini untuk mengubah persepsi rakyat terhadap pemimpin yang HOBInya tidur dan berdengkur,
JANJI KERAJAAN PADA RAKYAT, yang KONONNYA akan dilaksana adalah seperti berikut,

Pusat panggilan beroperasi 24 jam terima aduan pengguna: TPM
INFO: Majlis Harga Negara

  • Memantau kedudukan harga barang utama dan keperluan asas .... kononnya
  • Memantau sistem pengeluaran dan pengedaran barang asas .... kononnya
  • Memantau kegiatan sorok, penyeludupan dan penipuan bekalan .... kononnya
  • Mengkaji kesan tindakan kerajaan bagi mengatasi inflasi .... kononnya
  • Meneliti isu subsidi .... kononnya
  • Meneliti sistem perbezaan harga seberang sempadan .... kononnya
  • Memperaku tindakan bagi memperbaiki dasar dan mekanisme penetapan harga .... kononnya
  • Memperaku pindaan terhadap undang-undang sedia ada .... kononnya
  • Menggubal undang-undang baru .... kononnya
  • Melaksanakan program bersesuaian .... kononnya

Lepas pilihanraya, perkara yang sama berlaku. Naik harga, stok kurang, semua nya tak dapat dielakkan. Macam biasa juga. Kalau rakyat bodoh, mungkin mudah terpedaya. Mari kita ketawa awal awal melihatkan kura kura cuba jadi arnab.

Penyanyi Aishah Lebih Cerdik Dari Menteri Penerangan...

Ibnu Hasyim

CATATAN SANTAI:

ADA akhbar menyebutkan ‘Aishah Tak Mahu Anak Jadi Penyanyi’. Aishah yang akan membuat persembahannya dalam Anugerah Juara Lagu ke 22 (AJL22) pada 27 Januari ini, kali terakhir beraksi dalam persembahan seperti itu ialah pada tahun 1995 untuk lagu ‘Cinta Beralih Arah’.

Menurutnya yang sudah berpuluh tahun berpengalaman jadi penyanyi mengaku, ‘kalau boleh dia tak mahu dua anaknya iaitu Azhad Ahlami, 8, dan Armand Azahari,14, menjadi artis’. Walaupun begitu, dia yang sudah kelihatan memakai tudung kepala mengatakan ‘setakat ini kedua-dua anaknya itu tidak menunjukkan bakat dalam bidang seni. Apa yang dia mahu mereka belajar dan berjaya terlebih dahulu dalam pelajaran’.

Apa yang penting, Aishah pandai meletakkan kepentingan pelajaran di tempat teratas berbanding dengan karyanya sebagai penghibur, yang seolah-olah tidak terhibur lagi dengan bidang tersebut.

Bukan macam Menteri Penerangan, memaksa penonton-penonton tv dengan program-program hiburan yang sarat berbanding dengan pelajaran dan pendidikan. Apalagi kalau dinilai dari sudut agama Islam tentang halal haramnya. Masya Allah.

Penyanyi Sharifah Aini pun pandai memilih pelajaran untuk anaknya yang dikatakan belajar di Saudi Arabia. Nak buat macam mana, Menteri Penerangan cuma melaksanakan dasar kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang tidak Islamik. Sebab itulah ada orang sebut UMNO saja pilih mantan ‘mamak cendol’ jadi menterinya.

Itulah, sembang-sembang PRU 12 untuk kali ini. Wallahu aklam.

Bila minda terus tertutup.

Via hunusan lidah
Assalamualaikum.


1.2 juta kakitangan awam bakal menganggur.
PUTRAJAYA 22 Jan. – Kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan menjadi penganggur sekelip mata manakala gaji akan dipotong lebih kerap jika Malaysia menjadi negara kebajikan dengan segalanya dinikmati rakyat secara percuma.

Tanpa menyokong ideologi mana-mana parti politik, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, ia berlaku apabila ekonomi tidak berkembang sekali gus impaknya menyebabkan rakyat hidup melarat.

‘‘Kita kena realistik, konsep negara kebajikan jika diterima mengakibatkan negara menjadi muflis, ekonomi tidak berkembang dan natijahnya bukan sahaja menderitakan kakitangan awam malah segenap lapisan rakyat.

‘‘Jika ada pihak tetap mahu melaksanakan konsep negara seperti ini, CUEPACS sarankan dia buat kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D), ini bukan hanya soal politik tetapi survival rakyat dan negara,” Utusan Malaysia - 23 Januari 2008.


Sebenarnya minda masyarakat kita termasuk orang yang bercakap dalam keratan akhbar di atas ini sudah lama tertutup hingga mereka merasakan mustahil bahawa harga minyak, kadar Tol boleh diturunkan ke satu paras yang tertentu dan pendidikan boleh disediakan secara percuma oleh kerajaan yang memerintah. Mereka yang tidak mahu menerima perubahan ini terus menerima bahawa harga minyak akan terus naik dan tidak akan turun, kadar tol tidak mungkin boleh dikaji dan pendidikan itu perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Tidak secara langsung mereka ini sebenarnya telah meredhakan tindakan golongan ahli politik yang korup terus membolot kekayaan negara dan duit rakyat untuk kepentingan anak-pinak mereka.

Di sini kita kesal dengan kenyataan dungu presiden Cuepacs yang sanggup dipergunakan oleh kerajaan Barisan Nasional apabila mengatakan bahawa semua penjawat awam di negara ini boleh kehilangan pekerjaan jika Pas melaksanakan negara kebajikan. Di sini cuba kita lihat badan kebajikan. Organinasi sebegini bergerak tanpa bermatlamatkan keuntungan, tetapi mereka tetap mempunyai susunan organisasi yang teratur, mampu untuk memiliki pejabat dan mengaji pekerja-pekerja sepenuh masa. Ini kerana walaupun badan-badan kebajikan ini tidak mengaut keuntungan daripada operasi mereka namun mereka tetap mempunyai dana yang dijana melalui sumbangan orang ramai dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain.

Jadi apa yang hendak saya kaitkan dengan negara kebajikan itu tadi, mereka yang tertutup mindanya ini hanya memandang penjanaan ekonomi dan pendapat negara semata-mata kepada harga minyak, kadar tol dan yuran sekolah itu tadi. Sedangkan sebagai negara yang mempunyai ramai pakar ekonomi yang dilahirkan melalui pendidikan di universiti sudah tentulah banyak lagi bidang lain yang boleh dijana untuk memacu eknomi negara. Akhirnya sekali mereka harus ingat jika harga minyak turun, kadar tol turun dan pendidikan disediakan percuma maka harga barangan keperluan juga akan turun dan ini akan meningkatkan pendapat serta kuasa beli rakyat dan sekaligus pendapatan kerajaan juga akan meningkat. Dengan syarat negara ini diuruskan oleh mereka yang jujur dan amanah serta bebas daripada korupsi.

Posting terkini

Blog Archive