malaysiainsider | MCA today urged the government to resume the 30 sen petrol subsidy as promised in June when the price for RON97 petrol shot up to RM2.70.
“The chain reaction from the previous petrol hike is still there and the inflation still stands high at 7 per cent when compared to 2 per cent in 2006,” information chief Lee Wei Kiat said.
In a statement released to the press, Lee said that the subsidy would lessen the burden of inflation on lower and medium income groups.
It was recently revealed that since the beginning of November, the drop in global crude oil prices has effectively allowed the government to collect a tax on the pump price of petrol instead of providing a subsidy.
The price of RON97 now stands at RM2 per litre.
MCA also objected to the proposal to fix a floor price for petrol.
According to Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad, the National Economic Action Council will meet next Monday to decide on whether to set a floor price following the gradual drop of the world crude oil price which has now fallen to US$50 per barrel (RM175) from US$120 in July.
“It does not promote transparency and consistency in government policies. The economic prosperity should be enjoyed by all citizens,” Lee said.
Lee said the MCA instead backed an auto floating mechanism as it would provide an optimum price for motorists based on current oil prices and at the same time allow the government to monitor the mechanism in an open and transparent manner.
Nov 27, 2008
MCA wants 30 sen fuel subsidy to return
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 25, 2008
Rakyat bayar cukai minyak 38 sen/liter - Mahfuz
harakah | ...Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz. ... more.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 24, 2008
Harga minyak sepatutnya RM1.52!
harakah | Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.Nak bagi rakyat senang atau nak bagi menteri senang? Tepuk dada tanya buah. wakakakak
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.
"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 23, 2008
Kenyataan Anwar terbukti jua
Pahangdaily | Pada 3 Ogos lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyatakan dalam kempennya di Permatang Pauh "Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter,". Maka itu berita penurunan harga minyak hingga ke paras RM2.00 seliter hari ini sesungguhnya amat melegakan rakyat di seluruh negara. Terbukti janji itu terlaksana jua akhirnya. Memang sudah lama ia dinantikan, biarpun kerajaan BN nampak begitu liat untuk melakukan tindakan sebelum ini. Kini segalanya sudah terbukti, bahawa harga minyak boleh diturunkan mengikut pasaran semasa global. Kenapa ini tidak dilakukan sejak dulu lagi?.
Selama ini rakyat terus tersiksa menanggung derita. Terpaksa menerima segala ketentuan tanpa ada sesiapa yang menghalang. Kerajaan begitu rakus menggunakan kuasa yang ada untuk menekan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka. Kuasa yang diberikan dalam setiap kali musim pilihanraya telah diselewengkan sewenang-wenangnya. Laungan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah retorik politik semata-mata. sebaliknya pabila sudah berkuasa, maka merekalah raja dan tidak mahu langsung mengambil kira rintihan rakyat jelata. Ini berlaku sejak sekian lama, biarpun berbagai desakan diajukan agar rakyat dibela. Namun mereka hanya pekakkan telinga dan berdiam sahaja.... more.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 22, 2008
Najib: Fuel prices can’t be reduced continuously
malaysianinsider | The government cannot reduce the retail price of petrol and diesel continuously when global crude oil prices decline as they are volatile and can increase again within a short period.Malaysian are also cant continously let BN lead the country ..... Pinky, pinky ... pinkyyyyy!!!.....
Lowering prices too fast and too low could also have an adverse impact on efforts to develop alternative sources of energy, Deputy Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Razak said here yesterday.
The current low price of oil "is not sustainable, it's going to go up (and) when the price goes up, there will be a need to do a review," said Najib, who is in the Peruvian capital to attend the Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) summit beginning today.
He was responding to questions on the impact of the low global crude oil prices on fuel prices in Malaysia, on Petronas and on the economy at a press conference with the Malaysian media at the Miraflores hotel here.
Najib spoke to media after performing Friday prayers at the Peruvian Islamic Centre. He also gave a contribution of US$5,000 (RM18,000) to the centre.... more.
wakakak.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 21, 2008
Minyak dunia turun USD49.62 se tong ... kong
Wakakak ... hari ni pada jam 9.00 pagi, di tunjukkan di bawah tu, minyak dunia telah turun ke paras yang paling rendah USD49.62 setong ... dengan itu minyak tempatan akan turun lagi RM0.2 sen je ...Wakakakak
Kalau korang nak beli minyak murah, korang pindah ke Arab, Brunei, Amerika dan jangan duduk kat Malaysia.
Bila kurang orang duduk kat Malaysia, aku boleh jadi PM. wakakakakak
Bila aku jadi PM .. aku boleh beli helikopter ikut suka aku, buleh anjurkan Piala Monsun lagi...
Kalau sambut tahun baru, aku tak letupkan mercun dan bunga api, tapi aku letupkan orang.. wakakakak
Waduh ... mewah.
Jawa yang pertama jadi PM ... aku terasa macam OBAMA lak.
Wakakakak
Labels: Minyak naik, Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 18, 2008
Malaysians are now paying petrol tax
malaysianinsider | ...Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad revealed today the government has stopped subsidising petrol since Nov 1 and has been effectively collecting taxes instead on petrol consumption.
Speaking to reporters in Parliament, he explained that even after the 15-sen drop today, which saw RON97 petrol dropping to RM2 per litre, and RON92 and diesel down to RM1.90, the government was no longer subsidising petrol at the pumps.
"Even if prices return to RM1.92, we will still have a bit of surplus," he said, adding that subsidies had disappeared once the global price of oil had dipped under US$65 per barrel.
Current prices are hovering at US$55 per barrel.
As oil companies take a 19-sen cut and fuel station operators take 12 sen, it can be inferred that the cost price of RON97 petrol is currently below RM1.61 if the government can still generate income at RM1.92.
Shahrir explained that the difference between petrol pump prices and the cost plus commission for the companies and operators was being returned to the government effectively as a form of tax.
This gels with the 2009 Budget winding-up speech by Finance Minister Datuk Seri Najib Razak where he claimed a projected RM7 billion savings in fuel subsidies will be utilised to stimulate the troubled economy.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kopitiam Bang Nan kata Sharir Bangang
Memang bangang pun .... wakakakakmarhaen | .... Ini ape ke hei nye ni yob?...Mula2 dulu dia kata kalu harga minyak dunia turun ke paras USD80 setong...gomen boleh turunkan harga petrol ke harga asal (RM1.92 per liter). Bila betul2 turun ke paras tu...hampeh...
Dalam program Hello Malaysia 2 minggu lepas...mamat ni keluar lagi dalam TV. Bila orang talipon tanya pasal aras yang betul2 untuk turun harga minyak ke harga asal...dia kata...bila harga turun ke paras USD65.00 setong...ok boleh turun ke harga lama.
La ni dah tinggal US55.25...ha lain pulak ceritenye...Inilah orang munafik. Menipu... membohong...menyamun semua tu bagi kat puak ni lah...... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenaikan tambang bas tidak boleh di elak?
malaysiakini | ...."Semua ini kita akan ambil kira dan kita rasa awal tahun depan kemungkinan besar kenaikan harga tambang ini kita tidak boleh elakkan walaupun harga minyak turun," katanya di sidang Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian).Tak payah jadi menteri kalau nak selesai kes ni.
Salahuddin bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan harga tambang bas ekspres memandangkan harga minyak telah turun.
Noh berkata, kali terakhir semakan tambang dibuat ialah pada 2005 dan sudah sampai masanya untuk pertimbangan dilakukan terhadap permohonan pengusaha bas berkenaan.... selanjutnya.
Satu cara .... bagi diskaun harga minyak pada operator.
Dua cara .... kurangkan harga roadtax dan insuran untuk bas
Ketiga .... berhentikan Menteri yang bertanggung jawab dan tukar kan dengan yang lain
Ke empat ... tukar kerajaan.
Sonang ba itu ...... !!! Wakakakakka
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 17, 2008
Minyak turun seciput lagi ESOK
Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masing berkuatkuasa mulai esok 18 November.Phuiiiiihhhhhhhh ....... Wakakakak
Timbalan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.
Minyak di jangka turun ke harga asal 40 tahun lagi.
Manakala lembu yang naik minyak akan di korbankan hari Raya haji nanti.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Nov 13, 2008
Minyak turun terus .....
Hari ni pada jam 9.03 pagi, harga crude oil telah turun kepada RM55.55 se tong. Dan apa kata kerajaan?
Baca keratan berikut,
Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.Kerajaan tak mungkin turunkan minyak kepada paras lama RM1.92/liter dalam pada itu kerajaan mungkin menetapkan paras minimum. Bermakna walaupun harga minyak dunia turun, harga minyak tempatan akan kekal pada satu tahap.
Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.
“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.... kosmo
Korang bayangkan betapa dahulu kita di gula gula kan dengan subsidi minyak dan sekarang subsidi itu di tarik untuk di gunakan kepada Bajet 2009 sebanyak RM7 billion. Nyatanya sekarang kita sedang mensubsidikan sejumlah keuntungan dari jualan minyak tempatan kepada kerajaan.
Patut la muka kerajaan dah macam muka subsidi. Dulu ingat ... ada pemimpin haprak yang kata, rakyat jangan harapkan pada subsidi. Wakakakka ... sekarang apa cerita? Korang nak tau muka subsidi, tengok TV tiap tiap hari. Ada muka subsidi yang asyik nak tidur, bibir pink, botak Arab dan macam macam lagi.
Sedihkan?
Korang tau apesal kerajaan sekarang terlalu degil untuk meneruskan agenda bodoh yang bersangkutan dengan minyak? Kerana kuasa dan sokongan dari segelintir mangkuk hayun di dalam UMNO dan BN.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Harga minyak : Pro dan kontra
Aku teringat kesah semalam.kereta buruk | ...Kerajaan Pak Lah cukup efisien menaikkan dengan tidak efisiennya menangani kesan-kesan dari kenaikan minyak itu terhadap ekonomi negara. Perlu ingat kesan berantai yang mana kenaikan harga barangan yang kononnya dikawal setiap musim perayaan dan ditambah lagi kesan kos operasi seperti contoh khusus untuk penternak ayam. Kesan berantai juga berlaku ke atas caj perkhidmatan dan dikenakan lagi caj tambahan termasuk tambang bas, teksi, upah itu upah ini dan sebagainya lagi.
Apakah kerajaan Pak Lah kerajaan Umno-Bn ini buka mata dan prihatin dengan kehidupan rakyat yang semakin menyempit.
Fakta yang pro nya tidak nampak dan mudah kita mengatakan kerajaan BN dan UMNO sedang merompak hak dan wang rakyat dengan cara mencagar dan mengambil subsidi yang sepatutnya dinikmati setiap rakyat warganegara Malaysia. Fakta yang kontra pula cukup jelas dan nyata kenaikan yang mendadak adalah keputusan yang tidak betul dan gila. Sebab itu juga persoalan kenapa Pak Lah tukar portfolio kemeterian dengan Najib tempohari. Tambah-tambah lagi Pak Lah pernah gagal dalam bidang ekonomi semasa pengajiannya di Universiti dulu. Pak Lah kurang clean dan kurang bijak membuat keputusan kenaikan minyak kerana keputusan mutlak adalah di tangan Mr PM.
Di kebelakangan hari ini penurunan yang dijangka dan dibayangkan mcm Pak Shahrir cakap telah menampakkan kerakusan dan ketamakan pemimipin kalangan UMNO dan BN sebenarnya. Kalau jujur dan amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara pasti BN dan UMNO tidak ditolak oleh rakyat seperti hingga ke hari ini. 51 tahun memerintah negara yang penuh aman ini tetapi sekarang ia agak terlalu jauh dari Singapura yang pernah menjadi sebahagian (UMNO lah yang menjual dan melepaskan kepada PAP sial)dan agak jauh dari Vietnam yang stabil dan progresif ekonominya.... selanjutnya.
Tersesat ke Pandamaran Kelang dan minyak di tangki kenderaan teman sudah merah menyala.
Masuk ke sebuah stesyen minyak dan dapati ianya di tutup kerana ketiadaan stok minyak.
Bila di tanya kepada tawkey ... macam macam la alasan.
Alasan sebenar adalah kerana kekerapan penurunan harga minyak membuat mereka kerugian.
Mereka beli stok dengan harga lama dan hari berikutnya harga minyak turun. Lalu mereka terpaksa menjual minyak dengan harga baru yang rendah. Bukan sekali, tapi banyak kali.
Siapa punya bodoh?
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 11, 2008
Harga Petrol sepatutnya dibawah RM1.62 / liter
Kosmo | Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.Tu la kenapa bodoh sangat. Wakakakk ...
Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.
Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..
Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.
“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.
Kena gelembong, sampai kembong
Kena tipu, sampai dungu
Di perbudak, sampai pekak
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 9, 2008
Petrol prices will reduce two times this month
Petrol prices could go down not once, but two times this month. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said judging by the trend of global oil prices, further price cuts were likely.
He said the government fixed fuel prices based on the monthly average of global crude oil prices.
"The average price in October was between US70-75 per barrel, and the average price for November will drop further.... selanjutnya.
Nomore ... selfmade NGV tank pleazzzzzzzz ...
The fuel price will reduce again soon ... if his words can be trusted ... but It's Shahrir again. Hmmmm ....
Someone is talking about me. Wakakakakakak !!!!
Wak Sabar ......
Wak ni belum nyanyuk lagi. 'Wak' adalam bahasa JAWA bukan bermaksud tua, tapi panggilan dalam hirarky kekeluargaan jawa. Pengertian 'WAK' adalah 'PAKCIK'. Jolokan selain dari WAK ...korang boleh gunakan PAMAN. Kah kah kah ...
Seingat wak ....
Bila minyak naik mendadak pada bulan Jun lepas ... rakyat pun bising. Bila kita tanya kenapa minyak naik harga... jawab orang UMNO .... minyak dunia naik, maka minyak tempatan pun naik. Kita soal, dia jawab. Tapi tak lengkap. Sifirnya mudah. Nko naik, aku naik. Tapi .... bila nko turun ... aku turun sikit sikit....wakakakaka.
Bila tanya alasan ... kerajaan kata, tak boleh turun mendadak, nanti ganggu perkara lain. Itu lah, ini lah dan macam macam la alasan. Bijaknya orang UMNO ni, masa minyak dunia naik mendadak... dia pun ikut naik mendadak. Masa minyak dunia turun mendadak pulak, eewwaahhhh dia turun ciput ciput.
Minyak dunia dah turun separuh dari harga tertinggi dulu, tapi dah dua tiga bulan ni harga minyak tempatan kita tidak lagi mencecah kepada harga asal sebelum kenaikan bulan JUN lepas.
Ok aku nak cerita pasal NGV lak ... masa dulu, teksi je pakai NGV ni. Kereta boo layan sebab nak pasangnya pun mahal dan Stesyen minyak yang jual GAS ni pun kurang. Syarikat yang keluarkan produk ni pening kepala sebab market tak bagus. Nak cari dealer yang pasang alat NGV ni pun susah.
Anak syarikat Petronas yang urus benda ni namanya PNGV Sdn Bhd. Office nya kat Menara berkembar Petronas, KLCC.
Bila PNGV mintak Petronas Dagang tambah stesyen minyak yang boleh jual GAS ni, Petronas Dagang balas, suruh PNGV tambah pelanggan. Bila Petronas Dangang suruh PNGV tambah pelanggan, diorang kata, stesyen minyak tak banyak, pelanggan susah nak cari.
Dua dua asyik berbalah dan cita cita nak guna kuasa NGV menyeluruh di dalam Malaysia jadi terbengkalai.
Bila harga minyak naik mendadak sebanyak RM0.78 sen pada bulan Jun. Orang dah panik. Yang gaji kecik pun pening sebab income tak seberapa, tapi tambang jadi mahal. Yang naik kenderaan sendiri, ramai yang ubah menggunakan LRT, Monorel dan semua pengangkutan awam. Kononnya nak kurangkan kos. Korang tengok kat stesyen LRT dan Monorel pulak jadi sesak. Terutama waktu pergi dan balik kerja. Nasib baik lah ada pintu, kalau pintu LRT macam bas, ramai dah terpelanting jatuh.
Pada yang ada duit simpanan tu, diorang nak ubah guna Petrol kepada NGV. Ada yang bayar RM3,000, RM5,000 dan RM6,000, tengok pada jenis kereta. Korang perasan tak, ada banyak dealer yang macam cendawan tumbuh di tepi jalan, dengan signboard. "DEALER PEMASANGAN NGV" ... tak macam dulu.
Orang terpaksa pasang NGV, sebagai alternatif selain dari pengangkutan awam. Walaupun stesyen minyak yang jual GAS ni terhad. Apa nak buat. .. semua orang panik.
Disebab kan harga minyak turun ciput ciput dan keadaan ekonomi dunia sekarang teruk, ada pulak yang bijak pandai cuba untuk buat tong sendiri. Dan akibatnya ... tong tu meletup macam gambar di atas. Dan sekarang korang pikirkan kenapa dan mengapa punca nya rakyat cuba nak buat sendiri tong NGV sendiri. Adakah suka suka, nak cuba buat sendiri untuk berniaga atau rakyat tak der duit, maka diorang cuba buat sendiri?
Persamaannya sama dengan 'kereta Proton'. Kalau bandingkan ciri ciri keselamatan kereta tempatan tak sehebat kereta luar. Kalau dulu kereta jepun kita panggil kereta TIN SARDIN, tapi kereta tempatan kita lebih teruk kualitinya. Korang tendang bumper pakai kaki, benda tu boleh cabut.
Tapi apa daya kita kerana itu yang kita mampu. Soalnya ... salah siapa dan apa punca? Jangan asyik salah rakyat semata mata, sedangkan kita dah lantik pemimpin untuk jaga rakyat. Kalau tak tau nak jaga rakyat ... tak payah jadi pemimpin.
Diberikan gaji, elaun, untuk buat apa? Duduk goyang dan besarkan bontot aje ke?
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Nov 5, 2008
RM7 billion subsidi minyak
Pandikar Amin said the RM7 billion stimulus package was derived from savings in fuel subsidy and not an additional allocation and it was clear that the amount was not part of the Budget. - rujuk MalaysiainsiderJumlah RM7 billion ini di ambil dari peruntukan subsidi minyak. Bermakna sekarang ni kita beli minyak tanpa subsidi. Kalau harga minyak dunia mahal, subsidi ini katanya di gunakan untuk mengurangkan harga minyak. Sekarang minyak dunia murah, tapi kita masih membeli minyak dengan harga mahal.
Kesimpulannnya ... kita beri subsidi kepada kerajaan.
Dari bercerita tentang peratus baru potong KWSP ... baik di kurangkan harga minyak merujuk kepada harga dunia. Mungkin sekarang ... sudah RM1.65/liter. Itu baru lah di namakan Bajet 2009 mesra rakyat. Penjimatan itu boleh beli barang lain. Tak payah guna duit yang sepatutnya di simpan di dalam KWSP.
Subsidi tiada, harga minyak dunia dah turun tapi kita masih bayar minyak mahal.
Wakakakak ... kena lagi.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 2, 2008
Empat stesen minyak tutup awal kehabisan minyak
Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini telah menyebabkan empat stesen minyak di bandar Sri Aman kehabisan stok bahan tersebut dan terpaksa menutup operasi lebih awal pada tengah hari ini.Ini adalah masalah yang diorang tak terpikir pun sebelum ini.
Ia ekoran para pengguna kenderaan yang berpusu-pusu ke stesen minyak seawal pagi bagi mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel.
Fenomena itu berlaku ekoran kekhuatiran pengguna kemungkinan bekalan minyak habi setiap kali kerajaan menurunkan harga runcit bahan berkenaan hingga menyebabkan ada yang sanggup bangun seawal pagi untuk mengisi minyak sebaik sahaja stesen minyak dibuka.... selanjutnya.
Pengusaha minyak ni di bantu kerajaan untuk tidak rugi. Bila naik minyak, diorang tak di beritahu. Takut simpan stok banyak. Tapi kalau nak turunkan harga minyak, diorang ni di 'hello' ... oleh syarikat minyak masing masing. Takut terbeli dengan harga mahal, jual pulak dengan harga murah. Lagi banyak simpanan, lagi pening penguasah.
So. amaran di berikan.Kalau korang nak tau ... rakyat marah tak per tapi jangan pengusaha minyak, takut kerajaan dibuatnya.
Jadi masa nak istihar minyak turun, stok kat petrol pump cukup cukup je. Orang tak nak beli pun masa harga mahal sebab nak tunggu keesokan harinya, tunggu harga murah.
Yang bodohnya .... mangkok mangkok berayun kat atas sana yang terlibat menaik kan harga minyak mendadak tempoh hari dan sekarang turunkan harga minyak terkedek kedek. Bila sikit sikit, kejadian minyak habis bekalan ni akan selalu berlaku. Diorang tak terpikir pun benda ni akan berlaku. Bila dah terhantok baru nak terngadah.
Yang tua...nak marah pun tak guna. Sekarang yang muda muda tu kena belajar kalau nak jadi pemimpin tu nanti jangan sampai jadi PANIK cam orang tua tu. Semuanya nak cepat.
Umpama orang tua miang dapat green light untuk kawin lagi. Tak menyempat nyempat nak cari awek baru. Kalau dulu, pakaian berserabai, janggut tak bercukur, sekarang dah ubah style, pagi pagi pakai baju berstreka, duduk menebeng kat kedai minum. Pakai smart kasut kulit, walapun cuma pakai basikat.
Begitu lah suasana panik bila orang tua panik dapat permit kawin baru. Tergesa gesa macam dunia nak kiamat. Semuanya lintang pukang, Kerana panik dan bodoh mereka mereka ini, maka yang pening sekarang adalah rakyat. Tu sebab kali kali aku kata .....
Ada akai pakai
Ada otak jangan simpan dalam kotak
Ada pikiran jangan di tabur atas jalan
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 1, 2008
Rakyat Diperdaya Bayar Harga Lebih Mahal
suarakeadilan | TAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.
Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.
Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.
Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.
Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.
Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.
Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Oct 17, 2008
'Arang batu' jadi alasan TNB tak mahu turun tarif
Bukan tentang minyak tapi tentang arang batu yang ...
Tenaga Nasional Bhd (TNB) says it cannot reduce the electricity tariff as coal price, which accounts for 60 percent of its power generating cost, has remained above US$75 per metric tonne.berita ini di perolehi dulu
The tariff hike on July 1 was based on the US$75 price.
Its president and chief executive officer, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh said 60 percent of power was generated from its gas power plant and 30 percent coal, but in terms of cost, coal took up 60 percent and gas 40 percent. - NST
Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.Namun begitu, TNB masih catit keuntungan berbillion ringgit dengan hasil kutipan dari rakyat, seperti yang dinyatakan berikut,
Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.
‘‘Harga gas yang digunakan oleh TNB pada masa ini tidak mencerminkan harga sebenar komoditi itu di pasaran dan pengguna elektrik tidak boleh lagi mengharapkan kadar tarif dikekalkan,’’ katanya. - NCCC.org
“A 10 percent increase in coal price would mean six percent increase in fuel cost,” he told reporters after announcing TNB’s financial performance here today. Its pre-tax profit for the year ended Aug 31, 2008 declined by RM1.74 billion to RM3.02 billion compared with RM4.7 billion previously. - NSTHahaha ... masih rakyat yang kena. Kurang untung tapi masih kaut berbillion.
Labels: BN Barang naik, elektrik, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 16, 2008
Pengendali LDP wajar kurangkan kadar tol
bharian | .... Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan membayar pampasan tunai RM630.5 juta kepada LDP bagi pengurangan dan penyusunan semula kadar tol antara 1999 hingga 2007 manakala kutipan tol sejak tempoh konsesi bermula pada 31 Disember 1996 pula mencecah RM1.28 bilion.
“Ini bermakna, LDP adalah lebuh raya yang merekodkan keuntungan dan sewajarnya meringankan sedikit beban pengguna kerana tempoh konsesi mereka hanya berakhir pada 31 Disember 2029.
“Tambahan pula, mutu perkhidmatan lebuh raya ini sudah merosot hingga ke tahap ‘F’ di Plaza Tol Petaling dan Penchala serta tahap ‘D’ di Plaza Tol Puchong Barat dan Puchong Selatan manakala lokasinya pula tidak menyediakan laluan alternatif yang munasabah. ... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 14, 2008
Harga petrol turun esok !!!
bernama | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.
Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.
Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments


