KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 2, 2008

Mengenang Noritta

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2007/12/mh_01_big.jpgmalaysianscandal | Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 May 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati. Sehingga 8 June 2004, perbicaraan masuk hari ke 22 dan 31 orang saksi pendakwa telah memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Embong. Perbicaraan disambung Selasa minggu depan. Saya akan cuba update dan memberi comment di dalam weblog ini.

Personally, saya turut simpati kepada keluarga Norrita Samsuddin.

[b]Berita Harian, 25th May 2004: Bapa Mengangis di kebun[/b]
"Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. "Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya"

[b]Berita Harian, 30th May 2004: Luahan hati ibu bapa Norrita[/b]
"Noritta sudah tiada! Dia tidak akan bangun semula untuk mempertahankan dirinya. Yang tahu siapa pembunuhnya hanya Allah, Noritta dan pembunuhnya. Biarlah kebenaran ditentukan mahkamah. Janganlah mengada- adakan cerita." Begitulah rayuan ibu Noritta Samsuddin, Nurlaila Bahari, 46, yang berasa kecewa dan sedih terhadap laporan sebuah akhbar tabloid yang mendakwa arwah anaknya menjadi hantu kerana mayatnya tidak diterima bumi. - seterusnya
Kesnya hampir serupa, tekniknya hampir sama. Keputusannya ... kita kecewa. Kes pembunuhan Noritta dan Altantuya. Baca juga artikel ini So, Who Killed Noritta Samsudin?

Starring
Pelakun Utama - Razak Baginda dan Hanif Basree
Mangsanya adalah Altantuya dan Noritta
Kesnya adalah bunuh
Pembunuhnya lesap entah ke mana.

Tambang naik atau turun?

Ini dailog oleh para pakar tentang Bajet 2009 yang di adakan pada bulan Ogos yang lepas,

Kalau kita rasakan pengangkutan awam adalah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh golongan sederhana dan rendah dan kalau kita salurkan bantuan kepada sektor ini dengan menyediakan perkhidmatan yang mencukupi dan juga meliputi keseluruhan kawasan penduduk mungkin juga boleh merangkumi dari segi tambang, dengan bantuan kerajaan kita boleh kurangkan tambang pengangkutan awam bagi mengurangkan kos perjalanan golongan pekerja yang menggunakan perkhidmatan ini. - Utusan
Dan hari ni ...,
Beliau berkata menyedari majoriti pengguna kenderaan awam itu adalah golongan berpendapatan rendah, kerajaan berusaha untuk tidak menyusahkan rakyat melalui kadar tambang baru itu, dan pada masa sama mempertimbangkan keupayaan syarikat pengangkutan awam untuk terus beroperasi.

Noh bagaimanapun menolak kemungkinan tambang akan dinaikkan 100 peratus, dan menjelaskan sebarang kenaikan tambang tidak mempunyai kaitan dengan harga minyak di pasaran semasa kerana minyak untuk pengangkutan awam mendapat subsidi. - Bernama
Manakala peruntukan untuk pengangkutan yang di bentang kan adalah,
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014. - Malaysiakini
Mari kita teka .... Tahun hadapan, tambang akan naik atau turun?

Zaid perlu bertaubat atau keluar Melayu - Shahidan

bernama | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Shahidan berkata jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan yang ditemui pada majlis penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini, Ahad.... selanjutnya.

16 September .... Shhhhhhhh



Berita dan gambar ni gua cilok dari anilnetto ... Setev Sharibuu banyak kecewa sama keputusan Mahkamah Malaysia. DISINI ada cerita.

Lu tak per jugak. Lu Mongolia punya olang. Lepas ini kes, lu balik sana negara. Kitorang kat sini, duduk sampai mati wooooo. Tiap tiap hari ada cerita ini macam. Tiap hari hati sakit, tiap hari sakit mata. Tu sebab orang Malaysia cepat mati. Bukan sebab itu melamine, tapi sebab kitorang sakit hati sama diolang.

Sekarang kitorang harap AH WA take over the government. Kalu sekarang punya kerajaan dapat kasi 'topple', baru kitorang ada senang hati sikit. Tapi bila?

Gua dengar ...sikit hari lagi.... gua harap mesti harap punye. Kalau nak harapkan dengan sekarang punya government, gua ingat mati nanti gua celik mata la. Sampai mati pun talak adil punya.

So Setev ..gua pesan pada lu orang semua. Cakap sama cun cun punya awek sana Mongolia. Jangan main sama orang MAlaysia, kitorang sini ada bom punya. Sekarang Malaysia maju, hutan sudah kurang. Kalau hutan kurang, binatang pun sudah kurang ... tu pasal kitorang hantam olang.

Kalau mau pecah rahsia ... kita bom. Ini bom bukan untuk perang punya, Ini bom untuk main letup letup. Kasi perut tulang semua terbang.

Ini pasal 16 September ..
Gua tak mau pecah lobang...
Kalau UMNO kacau tanya sama lu, apa cerita 16 September, lu jawab, kalau UMNO betul betul jantan, kasi lulus usul undi tak caya. Kalau jadi JANTAN, baru kita celita.

Apa .... demokrasi?
Hello Setev ... kita sini sudah talak demokrasi. Kita guna DEMOKASI
Dulu demok'R'asi, bila 'R'azak sudah lepas ... Kita sekarang tinggal demokasi saja.
Demo kelantan cakap .. Lu, kamu
Kasi meaning ... potong lancau.

Kalau lu mau kasi kucing lu gemok. Lu KASI sama dia. Potong itu kucing punya lancau.

After 'R' gone, our DEMOKRASI change to DEMOKASI... means 'Lu potong lancau'.

Itu pasal, bila kita mau bikin undi tak percaya dekat parlimen, diolang talak kasi. Sebab demo sudah jadi KASI. SUdah talak jantan.

Kalau UMNO tanya sama lu apasal 16 September tarak jadi. Lu cakap sama diorang ... sebab DEMOKASI, kalu UMNO talak paham, lu suruh UMNO beli lipstik, duduk depan cermin. Kasi bikin itu bibir kasi warna pink. Kalau mahu jadi 16 September... diolang kena jadi jantan sikit. Baru mau lawan serupa jantan. Tapi kalau bibir pink, gua ingat sampai bila bila pun selupa pompuan.

Haiyaaa .... tak cakap susah, cakap pun susah.

Peluang perniagaan !!!

Lama duduk depan komputer ni jemu jugak. Bukan dapat duit, tapi mengabiskan duit ada la. Tapi tangan dah gatal nak picit punat punat ni. Kalau sehari tak tengok skrin, rasa masam sunat tapi tak putus.

Rasa teringin jugak nak niaga, tapi nak jual apa ye? Kalau kita buat business yang tidak dibuat oleh orang lain. Kita monopoli pasaran. Kalau nak buat business sama macam orang lain, kita kena bersaing. Aku ni lemah semangat sikit. Kalau lama sangat nak untung, tak syok. Untung biar banyak, modal biar sikit, kaya biar cepat.

Hah ... ku dah dapat idea. Business ni orang tak buat lagi.
Tapi korang jangan tiru. Ini idea aku. Sapa ciplak ... gua saman. Nak cop trademark kat business ni sebelum orang lain buat.

PROJEK JUAL TOPENG !!!

http://www.partydomain.co.uk/d-commerce/media/04_24822.jpg

Aku cadang nak jual topeng kat mahkamah. Siapa pesalah yang malu dan tak der maruah tu. aku Offer topeng harga murah. Ndak tak ndak, diorang terpaksa bayar kalau takut malu. So .. bayangkan kalau 1 topeng harganya RM10.00, 10 topeng aku dah ada RM100.00.

Itu satu mahkamah. Kalau ada 10 mahkamah dengan jumlah perbicaraan yang serupa, aku dah ada RM1,000 satu hari. Kalau perbicaraan 24 hari sebulan, aku dah ada RM24,000 sebulan.....wakakakak aku kaya !!!

Pada siapa yang nak tukar tukar topeng .. aku bagi diskaun. Hari pertama topeng BUSH, hari kedua TOPENG CLINTON ... wakakakk . AKu kaya.

Bayar tax 15%, aku masih ada untung RM22, 800.00. Tolak upah, franchise, dealer, agen, supplier. Dapat untung RM5,000 pun dah kira ok.

Sebelum nak buat business, kena ada kertas kerja. Contoh contoh kena ada dalam working paper. Baru ada ummmpppp.. mana nak cari model? Takan sirul ngan azila nak jadi model aku. Nak kena bayar berapa sen?

Kalau aku offer RM1 juta takan dia nak terima sebab mungkin orang lain offer diorang lagi mahal. Hishhh ... susahnya...... Kena cari business lain la.

Sah ! Sudah Ada Pimpinan UMNO Menyertai Pakatan Rakyat

http://buletinonline.net/images/berita13/tgahadiijtima%5C%27ikpnt12.jpg

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan hari ini, sudah ada pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.... selanjutnya.

Tak tau ... aku orang Zimbabwe

Click to see larger imageTak puas hati, dah di jangka - Dr Sharibuu
[...] An angry Dr Shaariibuu Setev, the father of slain Mongolian Altantuya Shaariibuu, said he knew that his daughter's former Malaysian love would be let off for her murder.

'I had predicted this result two years ago,' Dr Shaariibuu, 56, told The New Paper over the phone through a translator yesterday.

He was clearly upset with the court's decision to acquit political analyst Abdul Razak Baginda without calling for his defence.

'I am not satisfied. My daughter knew only Razak Baginda (in Malaysia) and now he's free, while the two policemen, who did not know her, have to make a defence,' he said.

Dr Shaariibuu went on to lambast the court's decision after the nearly two-year-long trial, saying: 'The world is watching the Malaysian judiciary system, and it has lost credibility.'... selanjutnya.
malu malu .... orang dah kutuk kehakiman negara. Huhuhu .. mana nak sorok muka. Itu bezanya aku yang ada maruah dan orang tak der maruah macam depa depa tu.
Kalau orang tanya status kewargenagaraan aku sekarang...aku terpaksa menyamar jadi orang ZIMBABWE. Malu nak ngaku rakyat Malaysia. Kena hafal lagu kebangsaan ZIMBABWE pulak dah ...
ZIMBABWE NATIONAL ANTHEM

Blessed be the Land of Zimbabwe
lift high the banner, the flag of Zimbabwe
The symbol of freedom proclaiming victory;
We praise our heros' sacrifice,
And vow to keep our land from foes;
And may the Almighty protect and bless our land.

lovely Zimbabwe, so wondrously adorned
With mountians, and rivers cascading, flowing free;
May rain abound, and fertile fields;
May we be fed, our labour blessed;
And may the Almighty protect and bless our land.

God, we beseech Thee to bless our native land;
The land of our fathers bestowed upon us all;
From Zambezi to Limpopo
May leaders be exemplary;
And may the Almighty protect and bless our land.

Empat stesen minyak tutup awal kehabisan minyak

Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini telah menyebabkan empat stesen minyak di bandar Sri Aman kehabisan stok bahan tersebut dan terpaksa menutup operasi lebih awal pada tengah hari ini.

Ia ekoran para pengguna kenderaan yang berpusu-pusu ke stesen minyak seawal pagi bagi mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel.

Fenomena itu berlaku ekoran kekhuatiran pengguna kemungkinan bekalan minyak habi setiap kali kerajaan menurunkan harga runcit bahan berkenaan hingga menyebabkan ada yang sanggup bangun seawal pagi untuk mengisi minyak sebaik sahaja stesen minyak dibuka.... selanjutnya.
Ini adalah masalah yang diorang tak terpikir pun sebelum ini.

Pengusaha minyak ni di bantu kerajaan untuk tidak rugi. Bila naik minyak, diorang tak di beritahu. Takut simpan stok banyak. Tapi kalau nak turunkan harga minyak, diorang ni di 'hello' ... oleh syarikat minyak masing masing. Takut terbeli dengan harga mahal, jual pulak dengan harga murah. Lagi banyak simpanan, lagi pening penguasah.

So. amaran di berikan.Kalau korang nak tau ... rakyat marah tak per tapi jangan pengusaha minyak, takut kerajaan dibuatnya.

Jadi masa nak istihar minyak turun, stok kat petrol pump cukup cukup je. Orang tak nak beli pun masa harga mahal sebab nak tunggu keesokan harinya, tunggu harga murah.

Yang bodohnya .... mangkok mangkok berayun kat atas sana yang terlibat menaik kan harga minyak mendadak tempoh hari dan sekarang turunkan harga minyak terkedek kedek. Bila sikit sikit, kejadian minyak habis bekalan ni akan selalu berlaku. Diorang tak terpikir pun benda ni akan berlaku. Bila dah terhantok baru nak terngadah.

Yang tua...nak marah pun tak guna. Sekarang yang muda muda tu kena belajar kalau nak jadi pemimpin tu nanti jangan sampai jadi PANIK cam orang tua tu. Semuanya nak cepat.

Umpama orang tua miang dapat green light untuk kawin lagi. Tak menyempat nyempat nak cari awek baru. Kalau dulu, pakaian berserabai, janggut tak bercukur, sekarang dah ubah style, pagi pagi pakai baju berstreka, duduk menebeng kat kedai minum. Pakai smart kasut kulit, walapun cuma pakai basikat.

Begitu lah suasana panik bila orang tua panik dapat permit kawin baru. Tergesa gesa macam dunia nak kiamat. Semuanya lintang pukang, Kerana panik dan bodoh mereka mereka ini, maka yang pening sekarang adalah rakyat. Tu sebab kali kali aku kata .....

Ada akai pakai
Ada otak jangan simpan dalam kotak
Ada pikiran jangan di tabur atas jalan

Pasir Mas desak pertahan Utusan

UMNO Bahagian Pasir Mas hari ini mendesak ahli-ahli parti itu supaya mempertahankan akhbar Utusan Malaysia sebagai wadah perjuangan Melayu dan bumiputera di negara ini.

Timbalan Ketua bahagian tersebut, Hanafi Mamat berkata, umat bangsa ini terutama ahli-ahli UMNO harus bangkit mempertahankan akhbar tersebut daripada terus dipijak dan dihina oleh pelbagai pihak atas sebab kelantangannya memperjuangkan bangsa, bahasa dan agama.

Beliau berkata, terdapat pihak tertentu iri hati dengan kejayaan akhbar tersebut yang mengangkat martabat Melayu dan bumiputera sehingga berjaya seperti hari ini....selanjutnya.
Abe...abe UMNO pasir mas, kawe nok ghoyak ko awok awok .. kalu nok tengok keputuse nombor eko jah .. beli Star pun tak po. Ado belako.

Kerjasama rakyat pastikan harga barang turun

''Kerajaan perlu mendapat kerjasama rakyat terutama persatuan pengguna, ini adalah penting sebab bila harga minyak rendah, tidak ada sebab mengapa harga barang masih seperti waktu harga minyak tinggi.

''Peniaga perlu mengambil tindakan mengurangkan harga barang, kalau tidak mendadak, boleh secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di sini hari ini. ... selanjutnya.
Pandai ... memang pandai. Mana sekolah dulu. Masa naikkan barang, tak ingat rakyat. Bila susah nak turunkan .. suruh rakyat kerjasama.

Sama la cerita pasal Bedah, anak dara Pak Leman. Dia diusung kesana kemari oleh Karim anak penghulu. Bedah ni bukan la lawa sangat, tapi body tu memang la solid molid. Jongkit sana, jonkit sini. Karim pun bukan main temeng lagi. Preeettt ke sana preeetttt ke sini.

Tiba tiba orang kampung dapat tau dia mengandung ...Takkan la satu kampung kena tanggung jawab. Berani buat berani tanggung la.

Ada akai pakai
Ada otak jangan simpan dalam kotak.

Posting terkini

Blog Archive