kassim888 - Pokok Sena(PAS) - YB Mahfuz Omar mengibaratkan Umno sebagai 'Gajah Sarkas' yang menurut saja perintah tuannya tanpa membantah. Jika tuannya suruh duduk, gajah sarkas akan duduk. Begitu juga jika suruh berdiri, gajah sarkas akan berdiri. Jika di suruh membuat lapuran polis, gajah sarkas ini akan beramai-ramai ke balai polis membuat lapuran sarkas.
Ini merujuk kepada ahli² Umno yang membuat lapuran polis terhadap isu Karpal Singh apabila di arah oleh ketuanya.
Kalabakan (BN) - Ahli parlimen Kalabakan (BN) ini meluahkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Sabah terhadap kerajaan pusat. Beliau mendakwa tsunami politik mungkin terjadi di PRU akan datang sekiranya suara rakyat Sabah tidak diambil kira oleh kerajaan pusat.
Ledang (BN) - Ahli parlimen Ledang mendakwa parti DAP meruntuhkan gerai orang melayu. Bila di cabar oleh Lim Kit Siang untuk memberikan bukti perbuatan itu. Beliau tidak dapat berbuat demikian. Beliau ditegur oleh Yang Di Pertua agar memberi beri fakta sebelum berhujah sesuatu isu....selanjutnya [DISINI]
May 12, 2008
Senyum Kambing~ Umno Gajah Sarkas
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
KJ menantu kepada Pengerusi Babi Negara (BN)
alkerohi - Difahamkan berlaku penciptaan nama singkat yang menarik bagi parti-parti politik di Malaysia ketika perbahasan di Parlimen Malaysia.
Menantu kepada Perdana Menteri negara Malaysia, Khairy Jamaludin menggelarkan Parti Keadilan rakyat sebagai, "Parti Khinzir Raksasa"(PKR). KJ memang terkenal dengan ciptaan atau gelaran-gelaran negatif yang dipelajarinya dari 'entah siapa'. Dia adalah innovator dalam hal seperti ini.
Sebelum ini dia memperkenalkan 'beruk' dan 'beruk jalanan'. Sindiran dengan gelaran barunya itu membuatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Tuan Haji Mahfuz Omar kembalikan nama singkat BN sebagai "Babi Negara" kepada KJ.
Bermakna, dengan gelaran baru ciptaan KJ, Abdullah Ahmad juga adalah Pengerusi kepada satu gabungan parti yang bernama Babi Negara (BN). KJ pula adalah menantu kepada Pengerusi Babi Negara.
Bukan begitu KJ ?
Labels: Khairy Celaka
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Khairy Jadi Diktator di Parlimen!
msomelayu - [...] Sikap Khairy yang ego, sambong dan tidak memberi peluang kepada ahli Parlimen untuk mencelah menyebabkan ahli Parlimen pembangkang naik angin sehingga ada yang menjerit-jerit sambil mencemuh menantu Perdana Menteri itu.
Tuduhan dan sindiran Khairy, ke atas pembangkang dengan membuat perumpaan yang dianggap cemar, menjadikan ahli Parlimen pembangkang berang dan seorang demi seorang bangun untuk mendapat penjelasan, tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy atas alasan beliau ketidakcukupan masa.
Suatu masa Khairy semasa mengulas berhubung kenaikan harga minyak petrol turut menyentuh batang tubuh Penasihat PKR Awnar Ibrahim dengan menempelakan bekas TPM itu sebagai lidah bercabang. Katanya selama enam tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan tetapi tidak pernah berfiki runtuk menurunkan harga minyak petrol.
Tuduhan ini menyebabkan ahli pembangkang khasnya dari PKR makin bertambah panas hati dan sengkak dengan Khairy. Beberapa orang ahli Parlimen PKR bangun serentak untuk minta penjelasan tetapi tidak dibenarkan Khairy.
Khairy seolah sengaja mahu menimbulkan kemarahan pembangkang dengan memperli dan memperlecehkan kewibawaan dan projek dilaksanakan oleh Kerajaan PKR. Beliau turut membuat akronim PKR sebagai Projek Khinzir Raksa, menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen PKR bangun membantah dan menyuruh beliau menarik balik perkataan itu....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Beruk Rembau, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
"Kalau takut, jangan jadi ahli Parlimen."
albanjari - [...] Beliau juga menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai "menipu rakyat" apabila sering mendabik dada dan mengingatkan rakyat betapa pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan, tidak pernah ada kenaikan harga petrol.
"Dia lupa nak bagi tahu, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia hanya antara AS$12 dan AS$26 setong. Hari ini harga pasaran dunia sudah melepasi AS$120 setong. Apa yang susah sangat pada zaman beliau?" katanya.
Khairy berkata, beliau tidak memberi laluan kepada anggota lain untuk mencelah kerana masa yang diperuntukkan untuk berbahas adalah singkat.
Ini menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan beberapa anggota Parlimen lain mengemukakan Aturan Mesyuarat 31(b), yang menyentuh mengenai hak anggota parlimen untuk memberi penjelasan, 36(4) penggunaan bahasa tidak sopan, dan 36 (10) penggunaan perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan bermusuhan di antara kaum.
Zulkifli Noordin (PKR-KulimBandar Baharu) malah bangun dan berkata: "Kalau takut, jangan jadi ahli Parlimen. Baik pasang tape (perakam) sahaja".
Khairy juga sebelum itu memberi singkatan nama PKR kepada Projek Khinzir Raksasa yang membuat beberapa anggota termasuk N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bangun meminta penjelasan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Beruk Rembau, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rabu 14 Mei 08 - Hari Lompat
almuslimin - [...] Adakah lompat parti sebahagian dari Demokrasi. Saya rasa tidak. Tetapi mungkin ianya wujud dalam mazhab demokrasi yang berbagai sekarang. Kalau mengikut mazhab Demokrasi America laknatullah memang di benarkan menyerang dan membunuh kerana untuk menegakkan keadilan. Mungkin di Malaysia, ada mazhab yang mengizinkan lompat parti kerana hendak menegakkan keadilan. Kalau begitu mungkin ada mazhab yang berfikiran dibolehkan menipu dalam piliharaya demi untuk menegakkan keadilan sejagat. Saya rasa tidak mustahil ada orang kata boleh buat macam macam lagi untuk menegakkan keadilan.
Walau bagaimanapun hari Rabu ini atau hari hari lain sekalipun tidaklah memeranjatkan saya dari segi lompat melompat.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pertembungan tiga penjuru di Terengganu
siasah - [...] Pertembungan tiga penjuru antara kumpulan Umno Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said dan pembangkang yang diketuai PAS nampaknya tidak dapat dielakkan dalam politik Terengganu.
Yang jelas kedua-dua kumpulan dalam Umno itu cuba mendapat sokongan PAS dalam mempastikan agenda masing-masing berjalan dengan baik.
Terkini, Badan Perhubungan Umno yang dipimpin Idris sedang berusaha keras untuk mempastikan royalti minyak yang bernilai kira-kira RM1 bilion setahun kekal dibawah kawalan mereka.
Satu mekanisme sedang dibuat untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar.Kumpulan penyokong Ahmad Said pula dikatakan sedang menggerakkan bahagian-bahagian Umno untuk membawa usul bagi mendesak Perhubungan Umno Terengganu meminta Pusat menyerahkan balik royalti kepada kerajaan negeri.
Ahmad Said mendapat sokongan enam dari lapan bahagian Umno di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Setiu.
Namun Idris agak kuat kerana mendapat sokongan dari Pemuda, Wanita dan Puteri di samping bahagian Besut dan Kuala Terengganu....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BN component parties 'like beggars', says Keng Yaik
sun2surf - [...] Gerakan adviser Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik has likened MCA, Gerakan and MIC to "beggars" in the Barisan Nasional (BN) as the coalition did not treat its component parties equitably.
Criticising the lack of equitability in BN, Lim stressed that although the constitution guarantees the special rights of the Malays, it also safeguards the rights of non-Malays.
He said he believed that the people, who had indicated in the recent general election their desire for multi-racial parties to work together, would also want the BN to become a multi-racial political set-up which treats all people equitably.
Lim said this in an interview with Sin Chew Daily in which he gave his views on the new political order in the country and the shape of things to come.
The former Gerakan president and former Energy, Water and Communications Minister predicted that Umno-led BN's model of cooperation will be discarded by the people one day.
He also foresaw that the coalition will change the way it operates given another two general elections.
He felt that under such circumstances, race-based parties like Umno, MCA and MIC will have to disband if BN goes multi-racial.
He said over-emphasis on cooperation among race-based parties will not make the people comfortable.
The people not only hope to see BN become a coalition of multi-racial parties but also want BN to play roles that reflect its multi-racial characteristics....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cops accused of killing Altantuya lodge police reports against blogger Raja Petra
sun2surf - [...] He also claimed that the prison authorities said they would not be able to guarantee his safety.
"We have taken down statements from both the accused saying that the incident never happened," said Hazman.
Both of them never met Raja Petra while he was in remand and did not know where he was placed during this time, he said.
The accusations are prejudicial and contentious to both Sirul and Azilah and should not be uttered without any facts, he added.
"Sirul totally denies the accusations and we have told him to lodge a police report on the incident which never happened," said Sirul’s counsel Kamarul Hisham Kamaruddin.
Reading out a paragraph of a posting by Raja Petra on Malaysia Today titled "Thank you so much and sorry for letting you down", Kamarul said there was absolutely no basis for the writer to make speculations as mentioned in the paragraph.
The paragraph reads: "When I arrived in Sungai Buloh Prison, something happened that put the entire prison on full alert. Sirul and Azilah, who were in the same block as me, Blok Damai, shouted for me to watch my back and that they will get me. I was quickly whisked out of the block. It seems they were angry that the Altantuya murder trial, which had disappeared from the radar screens, has now, again, been given the spotlight. Why should that upset them? Why the need for the Altantuya murder trial to disappear from the radar screens?"
"There is absolutely no basis for him to speculate that the duo were angry based on the fact that the trial was in the spotlight again," Kamarul said.
"To suggest or imply that the two accused are fearful of publicity on the case which has been there since day one is highly prejudicial and attempts to paint a bad picture of our clients' character and conduct," he said. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UiTM wants to offer course in blog writing
NST - “Currently, we do have blogging studies in our curriculum and this will be enhanced further by introducing a course on blog writing.
“I feel that the Communication and Media Studies Faculty is ready to conduct the course and I fully support this move (to introduce blog writing course) as it is time for us to help produce bloggers who are not only professionals, but with ethics,” he told a media conference after opening a seminar on Media and the 2008 General Election, here today.
Ibrahim said although academic qualifications were not an asset for those wanting to become blog writers, there were certain ethics which they should adhere to in expressing their views to avoid them from writing on matters which were negative and seditious.
“Everybody can be a blogger but we cannot simply write as we like because there are certain rules to be observed, like whether the words used are ethical and the subject matter is true or otherwise” he added.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Blog
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar tidak tolak kemungkinan BN pilih langkah terdesak bubar Parlimen
suarakeadilan - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan BN akan mengambil langkah terdesak membubarkan parlimen bagi mengahalang pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat.
Beliau berkata kemungkinan itu tidak boleh diketepikan jika kerajaan BN sekarang berasa terdesak menghalang daripada berlakunya pertukaran kerajaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan BN nak memilih pilihanraya semula dan mudah-mudahan ia tidak di bawah Suruhanjaya Pilihanraya yang sedia ada.
Saya yakin kalau diadakan suruhanjaya pilihanraya semula, BN akan menyaksikan kekalahan yang cukup parah”, katanya kepada pemberita di sidang media di pejabatnya petang tadi.
Beliau juga menegaskan bahawa buat masa ini biarlah pimpinan Umno buat spekulasi masing-masing dan Pakatan rakyat akan mengambil langkah pada masa yang sesuai mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau juga dengan nada yang sinis menyatakan, masanya ialah apabila keadaan Umno dan BN sudah reda kerana ketika ini, mereka sedang panik menghidupkan sentimen perkauman serta isu ketuanan Melayu.
“Biarlah mereka teruskan perbahasan itu yang saya anggap sudah lapuk dan kami kemudian akan menimbang pilihan yang sedia ada untuk mengorak langkah kerana dalam mana-mana langkah yang wajar kita harus mengambil kira waktu yang sesuai “. ujarnya lagi.
Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir
harakahdaily - [...] "Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.
Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.
Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.
"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:
Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]berita lain - Anwar: Dakwa individu kes video Lingam
Labels: Anwar Ibrahim, VK Lingam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Karpal probe: ‘Not trying to scare reporters’
theStar - [...] Syed Hamid said the police needed to connect the case in the newspaper by talking to reporters, especially if there was not enough evidence.
“I don't think that there is any ulterior intention or motive. There is no reason why we want to scare reporters.
“The police have worked quite closely with the media and I think they have got fantastic relationship with the media and are happy with that cooperation that they have,” he said.
Karpal Singh also said he felt that it was quite normal for the police to ask reporters questions.
“They have to get witnesses under the law, and those witnesses happen to be those who have heard what I said,” he said....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Karpal Singh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cracks in BN unity widening in Sabah, Sarawak
malaysianinsider - Datuk Yong Teck Lee is not a happy man. He has been upset since his request for the Sabah Progressive Party (SAPP) to contest the Sandakan and Kota Kinabalu seats were rebuffed by the state Barisan Nasional leadership.
He has been disgruntled that his party has only two parliament and four state seats, remarking that the SAPP cannot forever be content with its limited political representation. He and his party are prime candidates to cross over to the Pakatan Rakyat, a move that will give the Opposition two more parliament seats and adding four state seats to the one they currently have.
Worse yet, the changing of political colours could set off a domino effect and embolden other MPs to join the Opposition.
That is why Yong Teck Lee’s name is on the lips of many BN politicians and why some of them are making a beeline for Sabah to appease him and persuade the former Chief Minister of Sabah that he will have a role to play in Kuala Lumpur, possibly as a senator....selanjutnya [KLIK DI SINI]
and reported by theStar ...
Over 30 Barisan MPs have decided to cross over, says PKR Sabah chief
“The discussions are on. They are very real. Over 30 Barisan MPs have decided to join the opposition coalition. The opposition only need 30 more MPs from Barisan to form the federal government. It is only a matter of time,” said PKR Sabah liasion chief Ansari Abdullah.
He dismissed Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s claim that PKR was only playing politics with their statements about Barisan MPs ready to cross over to the Pakatan Rakyat.
“At this very moment, there are Barisan MPs in discussion with our leaders in Kuala Lumpur and some have also talked to me,” Ansari told reporters here yesterday.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ee's the first man to be charged with human trafficking
NST - The Sessions Court today saw the first individual in Malaysia being prosecuted under the Anti-Trafficking in Persons Act 2007.
Ee Chin Kai, 33, from Gelang Patah was alleged to have tricked two Thai women aged 27 by promising them a job as fun outlet attendants but exploiting them to work as prostitutes at a house in Taman Pelangi at 3.10pm on March 25.
The charge under Section 12 of the Act carries up to 15 years in jail or a fine upon conviction. Ee pleaded not guilty on both counts.
Judge Muhammad Jamil Hussin fixed Sept 17 for trial and allowed Ee bail of RM25,000 with one surety for each charge....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hakim arah pegawai buat laporan polis terhadap kehilangan nota keterangan
Bharian - Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, yang mengetuai sidang rayuan mengeluarkan perintah itu selepas diberitahu oleh pegawai rekod mengenai kehilangan nota dan keratan akhbar berkenaan.
“Mahkamah memandang serius perkara ini kerana menyusahkan mahkamah untuk meneruskan prosiding rayuan hari ini,” katanya.
Beliau berkata pemeriksaan awal pegawai rekod mendapati nota dan barang kes itu kemungkinan hilang sebelum fail dipindahkan dari kompleks mahkamah lama di Jalan Raja ke lokasi sekarang pada pertengahan tahun lepas.
Hari ini ditetapkan untuk arahan rayuan selepas mahkamah diberitahu pada 1 April bahawa lebih 1,700 dokumen berhubung kes itu tidak dimasukkan ke dalam rekod rayuan.
Pada 16 Oktober 2003, Irene dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret selepas dia didapati bersalah menyiarkan berita palsu mengenai keadaan pekerja asing di kem tahanan. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Mahkamah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
202 tuduhan dipenjara 31 tahun
Utusmeloya - Seorang bekas eksekutif kewangan Maybank Berhad, cawangan Sri Gombak, dihukum penjara berjumlah 31 tahun tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas 202 pertuduhan melakukan pecah amanah dan menjalankan pengubahan wang haram melibatkan RM1.34 juta, akaun milik seorang profesor di sebuah universiti di New York.
Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam penghakimannya turut memerintahkan supaya Mohd. Faizal Hussin, 35, membayar penalti RM939,255.21 dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dihukum penjara selama 15 bulan lagi.
Selain itu, Zabariah turut memerintahkan sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WLA 8957 yang dibeli menggunakan wang tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Persekutuan
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: pecah amanah, Rasuah Parah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Parlimen riuh dengan perakataan "babi negara"
tranungkite - Dewan Rakyat hari ini riuh dengan perakataan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada Projek Khinzir Raksaksa.
"Bukan projek khinzir raksaksa (PKR) tetapi projek babi negara (PBN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu, termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan projek khinzir raksaksa (PKR) tetapi projek babi negara (PBN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Beruk Rembau, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
BN ... BABI NEGARA
UMNO memang perangai dari dulu sampai sekarang sama. Baik bahasa, perangai semuanya tak ubah. Macam tak pernah maju. Ni macam pun ada ka. Si Bodoh mana lah yang undi Beruk Rembau nihh?
Labels: Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Demolition Man?
niamah - Just something to share on this Sunday la.
When I saw the above photo in today's New Straits Times I couldn't believe my eyes. But there it was. Najib Razak, wife beside him, standing before what looks like a pump-type explosives detonator like the kind we see in old World War II movies. I don't know who's in charge of his public image and public relations but he/she sure ain't doing the DPM any favors. With all the rumours, allegations and mamak stall talk going around about explosives and people being blown up and all would you allow yourself (or your client) to be pictured in the media standing in front of something like that? I know I wouldn't. But then I am not a panicky politician so maybe I can still think a bit la.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
“Perang” Tambang Kapal Terbang: Siapa Bakal Tengadah – MAS atau AirAsia?
mimpiboneka - [...] “Price war” atau “perang harga” adalah satu fenomena ekonomi yang rutin, khususnya dalam sebuah ekonomi pasaran bebas yang sihat.
Prasyarat untuk berlakunya perang harga ialah wujudnya entiti-entiti komersil yang hampir sama saiz (dipanggil oligopoli), yang bersaing menawarkan barangan atau khidmat yang sama kepada pengguna.
Kesan perang harga? Ada beberapa kesan, tetapi apa yang penting bagi kita marhaen ialah peningkatan kebajikan pengguna (consumer welfare) dalam dua dimensi: affordability (boleh mampu) dan availability (boleh diperolehi).
Lawan kepada peningkatan kebajikan pengguna ialah penurunan kebajikan di mana berlakunya krisis “tidak mampu dan tidak kedapatan” bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Isu Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oh Fatimah! Mana Suara Pembela Islam ?
This summary is not available. Please click here to view the post.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno Biadap Umno Derhaka (Bahagian Satu)
email: Noontime Silence
Bendahara biadap
Dalam tahun 1779, Gabenor Belanda di Melaka mengarahkan satu kajian dibuat tentang upacara adat istiadat melayu. Pengkaji yang dilantik telah menggunakan keterangan Abdulmuhit (seorang imam) sebagai sumber utama.
Beliau memahami adat turun-temurun kesultanan melayu melaka yang diamalkan semenjak 2 kurun sebelum itu. Manuskrip hasil kajian tersebut, 'Adat Raja-raja Melayu', menyatakan dengan jelas kebiadaban berterusan Perdana Menteri kepada sultan.
Berdasarkan komentari Prof Panuti Hudjiman dari Universiti Indonesia, apabila sultan menitahkan bendahara atau perdana menteri untuk menghadiri satu majlis perkahwinan, bendahara mempunyai cara tersendiri untuk menyahut titah diraja itu.
"Apabila utusan istana mendatanginya pada kali pertama, dia menjawab, "datanglah kita mengadap"."
"Bendahara tidak pergi terus ke istana, sebaliknya bersiram dahulu. Sekali lagi utusan istana dihantar, bendahara menyuruhnya kembali ke istana kerana dia sedang bersiap sedia untuk pergi."
"Bendahara membiarkan orang lain menantikan kehadirannya, menunggunya siap berpakaian, dan, menunggu utusan istana datang kali ke3, barulah dia menjunjung titah."
"Perlakuan ini adalah untuk menunjukkan kedudukannya di sisi sultan. Bendahara adalah ketua penasihat diraja dan dianggap sebagai kuasa sebenar di sebalik takhta. Penggunaan kata jamak (plural) 'kita' adalah satu perlambangan meninggikan diri atau kurang ajar."
Ini bukanlah satu-satunya kes terpencil yang direkodkan. Bendahara mengulangi sikap biadap dan tinggi diri ini semasa seorang sultan yang baru ditabalkan dan bendahara dilantik semula ke jawatannya. Dia tetap enggan mengadap sehinggalah titah diraja disampaikan sebanyak 3 kali.
Berdasarkan 'Adat Raja-raja Melayu', kita boleh melihat bahawa ketengangan di antara Raja-raja melayu dengan menteri-menterinya yang berkuasa telahpun tersemadi di dalam budaya kesultanan melayu Melaka semasa hari-hari awal perkembangannya.
Saya ingin menyatakan bahawa kita sedang melihatnya semula dalam kes-kes tertentu baru-baru ini dalam pertikaian antara SPB YDP Agong, yang juga Sultan Terengganu, dan PM Dollah Badawi.
Presiden Umno biadap dalam isu lantik MB
Peranan yang dimainkan oleh DYMM Sultan dalam soal perlantikan MB baru-baru ini amat menarik perhatian untuk diteliti sama ada ia menunjukkan peranan istana tiba-tiba berkembang semula. Sama ada berminat atau menyampah, ia bergantung kepada sikap anda terhadap kerajaan persekutuan.
Walaubagaimanapun, dari perspektif sejarah, campurtangan istana di dalam arena politik, hanyalah sekadar kebangkitan semula yang natural dan boleh difahami. Sekali-sekala raja-raja melayu hendak memainkan sedikit peranannya sebagai pemerintah - satu keinginan yang telah dikekang oleh penjajah British dan nasionalis melayu secara berterusan sejak 100 tahun yang lalu.
Kita tidak perlu terperanjat melihat raja-raja melayu sudah 'berbunyi' sekarang, kita sepatutnya hairan kenapa mereka 'mendiamkan diri' begitu lama. Sebagaimana sultan pernah berhadapan dengan bendahara yang biadap, mereka telahpun sepanjang masa itu akur dan menerima 'campurtangan luar' secara berhemah.
British dan Jepun biadap
Sewaktu dijajah, dalam beberapa tahun sebelum perang dunia ke2, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor menerima penasihat-penasihat British. Dalam melaksanakan tugas 'menasihati', mereka telah berjaya, dalam pelbagai peringkat untuk mentadbir secara tidak langsung.
Bermula tahun 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menerima residen British mentadbir secara langsung, membuat pengisytiharan dan perintah yang dimulakan dengan kata-kata penghinaan, "The British Resident is pleased to.....".
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyaksikan sesetengah sultan dipecat, dan yang lain-lainnya diugut untuk bekerjasama. Selepas Jepun menyerah kalah, Pentadbiran Tentera British memperlihatkan diri mereka sebagai kuasa tunggal yang berautoriti penuh untuk mengiktiraf kedaulatan istana. Jika Raja-raja didapati telah bekerjasama dengan Jepun, atau lebih celaka lagi, jika mereka tidak bersedia untuk menandatangani satu set perjanjian baru yang melibatkan penyerahan semua kuasa istana kepada Britain, mereka akan diturunkan dari takhta.
Raja disindir dan dihina
Laporan Brigadier HC Willan tentang raja-raja melayu bertarikh 7 Oktober 1945, adalah satu contoh jelas perlaksanaan kuasa dalam bentuk penghinaan.
"Menurut pandangan saya, lebih baik mengadap Sultan Johor dahulu berkaitan perundingan untuk perjanjian baru. Saya fikir dalam keadaan sekarang, dia akan tandatangan. Dia sedar dan berasa amat bergantung kepada sokongan H.M.G."
"(Sultan Selangor) adalah seorang yang menyenangkan tetapi tidak mempunyai pendirian yang teguh. Ketika ini dia begitu gembira kerana British kembali ke Tanah Melayu dan mengiktirafnya semula sebagai sultan. Saya fikir dia akan tandatangan."
"Saya berpendapat Yam Tuan Negeri Sembilan sepatutnya ditemui berikutnya. Ketika ini dia mengalami kemurungan dan agak khuatir memikirkan bagaimana negerinya akan pulih semula. Dalam keadaan ini dia bersedia untuk menerima perintah dan bukan sekadar nasihat....".
Akhirnya kerana bimbang diturunkan dari takhta dan digantikan dengan orang lain yang bersedia untuk bekerjasama dengan British, kesemua 9 raja-raja melayu menandatangani Perjanjian MacMichael. Berlakulah penyerahan semula kedaulatan dan kuasa mereka kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam melayu.
Onn Jaafar Biadap
Langkah pertama British ini dalam menjayakan perancangan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan puak nasionalis melayu yang sedang berkembang pada ketika itu.
Bagaimanapun pengkaji mendapati, mereka tentang Malayan Union bukan kerana risaukan raja-raja hilang kuasa tetapi mereka risaukan cadangan British untuk memberi kerakyatan kepada kaum bukan melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu.
Jelas apa yang menggerakkan puak nasionalis ialah tanggapan bahawa cadangan ini adalah satu ancaman kepada orang-orang melayu. Mereka tidak risau ancaman kepada raja-raja melayu. Malahan Onn Jaafar diketahui memiliki pandangan yang negatif terhadap raja-raja. Semasa zaman mudanya beliau pernah menulis artikel-artikel yang mengkritik keras raja-raja melayu di dada-dada akhbar.
Onn Jaafar dan Umno biadap
Pada 30 Mac 1946, raja-raja melayu berkumpul di sebuah hotel untuk menghadiri upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent.
Dalam biografunya mengenai Tunku Abdul Rahman, Harry Miller menyatakan, "Petang itu Onn sendiri bertemu raja-raja dan menyampaikan mesej dari Umno. Mesej itu menyatakan rakyat tidak mahu raja-raja melayu menghadiri majlis perlantikan gabenor dan mereka sepatutnya berhenti dari mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa upacara yang berkaitan Malayan Union."
"Seterusnya mesej itu menzahirkan jika raja-raja melayu berkeras untuk bertemu gabenor baru, mereka akan disingkirkan oleh orang melayu, yang sedang berjuang habis-habisan menentang Malayan Union."
Beribu-ribu ahli Umno menunjuk perasaan di hadapan hotel yang didiami oleh raja-raja dan menyorakkan 'Daulat Tuanku!' dan 'Hidup Melayu!'.
Tulis Miller, "raja-raja melangkah turun ke arah anjung besar hotel yang telahpun dipenuhi penunjuk perasaan yang mengangkat sembah kepada mereka. Suasana yang menyentuh perasaan. Tetapi ada pemimpin Umno yang mendedahkan kemudiannya, kami bawa raja-raja turun ke bawah untuk mengajar mereka. Mereka bernasib baik kerana kami tidak menghapuskan istana sepenuhnya selepas mereka menandatangani Perjanjian MacMichael. Pada masa itu, kami beritahu kami akan menyokong mereka."
Umno dan British sama-sama Biadap
Raja-raja umpama tersepit di celahan batu, antara tekanan penjajah British dan kemaraan nasionalis melayu. Mereka mengutus aduan ke Pejabat Jajahan di London menyatakan mereka dipaksa menandatangani Perjanjian MacMichael.
Kemudian mereka memboikot majlis perlantikan gabenor dan menjarakkan diri darinya di tempat awam (padahal dalam masa yang sama mengekalkan hubungan mesra di luar pengetahuan awam).
British akhirnya menyedari penentangan hebat akar umbi terhadap Malayan Union dan menarik balik rancangan itu.
Persekutuan Tanah Melayu -kompromi skim perlembagaan pada 1948- menyaksikan British melantik penasihat-penasihat yang benar-benar sekadar penasihat. Kuasa eksekutif di negeri-negeri diserahkan kepada menteri besar.
Namun begitu, raja-raja melayu masih bimbang kalau-kalau mereka akan diturunkan dari takhta oleh Umno. Onn Jaafar tidak dapat meyakinkan mereka sepenuhnya bahawa ini tidak akan berlaku.
Dalam surat Sir Malcolm MacDonald kepada Sir Henry Gurney pada 15 Disember 1949, "Masa saya berborak dengannya pada 12 Disember 1949 yang lalu, Dato' Onn memberitahu tentang perbincangan terbarunya dengan menteri-menteri besar......Mereka bertanya sama ada Onn bercadang untuk menyingkirkan raja-raja melayu dalam tempoh terdekat. Onn menolak tanggapan itu dengan tegas. Katanya, jika ada kewajaran, dalam keadaan-keadaan tertentu, ramai raja akan disingkirkan kerana kaum melayu yang hendakkan sebegitu."
"Tetapi ia tidak akan berlaku sehingga satu tempoh masa yang lama dan bergantung sepenuhnya kepada pendirian umum orang-orang melayu."
Sebelum Merdeka pun dah biadap
Bagi rakyat Malaysia segenerasi dengan saya, membesar dalam kekangan Akta Hasutan supaya tidak terlintas sedikitpun di dalam hati fikiran republikan, sudah tentu memeranjatkan apabila mendapati pengasas Umno tanpa segan-silu memberitahu menteri-menteri besar bahawa dia fikir orang-orang melayu satu hari nanti akan berkeinginan untuk menyingkirkan raja-raja mereka.
6 dekad berlalu, hari yang disebutkan masih belum terjangkaukan di fikiran.
Namun, dari waktu perundingan membentuk Perikatan dalam tahun-tahun pra-merdeka sehinggalah ke peristiwa-peristiwa hitam era 1981-2003 -ketika bendahara tidak engkar lagi sehingga panggilan ke3 untuk ke istana- raja-raja melayu menderita mengahadapi percubaan-percubaan untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka.
Saya akan membincangkannya dalam bahagian ke2 dan ke3 artikel ini.
Labels: EMAIL, UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Perkauman...
mrkhairul - [...] isu ketuanan melayu sekali lagi disalakkan setiap hari di seluruh media yg dikawal mereka.digambarkan bahawa seluruh umat melayu akan lenyap di mayapada ini jika umno berkubur.diberi gambaran bahawa umno seolah olah adalah parti dari langit yg mebawa wahyu untuk mejaga kepentingan melayu.tanpa UMNO, digambarkan bahawa seluruh umat melayu, akan terhapus sama sekali di alam maya ini.
inilah yg secara halus dimainkan oleh kepimpinan umno demi memastikan survival politik mereka.satu cara kotor lagi mengotorkan yg saban hari diasak kealam minda rakyat.
benarkah dakwaan mereka bahawa hanya umno yang mampu merpertahankan melayu?benarkah melayu akan terhapus jika umno dihumban ke liang lahad?
jika diamat amati, semua kaum dimalaysia ini mampu hidup dengan rukun dan damai jika pemikiran mereka tidak diracun oleh segelintir pemimpin yg dengan sengaja memainkan sentimen perkauman supaya 3 kaum utama di malaysia tidak bersatu padu.jika berlaku penyatuan yg jitu dan padu antara 3 kaum utama ini, nescaya akan lenyaplah seluruh kepimpinan yg korup ini. demi memastikan kelangsungan bagi satu sistem yg berat sebelah, maka pemecahan kaum yg berasaskan "divide and rule" perlu dilaksanakan supaya kesinambungan pemerintahan korup dapat terus bertahan....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit UMNO, Perkauamn
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Saya Cabar Tajul Rosli Letak Jawatan
mindakembara - Bila saya terbaca berita bertajuk “Tajul Rosli sanggup letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu” saya teringat kepada cakap-cakap YB Rosul Wahid yang membuat kenyataan yang sama untuk meletakkan jawatan bersama 21 ADUN di Trengganu sekiranya Idris Jusoh tidak dilantik menjadi MB.
Walaupun tujuannya tidak sama tetapi kedua-dua YB daripada UMNO ini sanggup untuk meletakan jawatan untuk membuktikan sesuatu. Rosul Wahid sanggup kehilangan jawatan ADUN untuk membuktikan kesetiaannya kepada Idris Jusoh manakala Tajol Rosli pula sanggup meletakkan jawatan kerana mahu membuktikan bahawa BN masih lagi berkuasa di Perak.
Satu ketika dahulu, terbayang di mata kita bahawa akan berlaku pilihanraya kecil secara besar-besaran di Trengganu kerana kesemua 22 ADUN BN akan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan Mohd Said yang menerima perlantikan sebagai MB Trengganu yang baru. Bagaikan sudah tidak ada jalan lain melainkan dengan ugutan meletakkan jawatan beramai-ramai akan menyelesaikan kemelut dalam UMNO/BN Trengganu....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Tajol Rosli
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ada Blogger UMNO Pemalas dan Bodoh
cutisikit - [...] Tidak adakah orang lebih cerdik dalam pasukan Datuk Seri Najib Tun Razak? Jika mahu mempertahankan boss pun janganlah sampai memperbodohkan pembaca. Harap sahaja menulis dalam bahasa Inggeris tapi bodoh tak terkata.
Kita tahu siapa beliau. Bekas wartawan cabuk yang terasa pandai. Kalau pandai tak adalah isu mudah Datuk Najib seperti kempen memburukkan Datuk Seri Najib oleh media massa pun tak boleh nak kawal.
Untuk pengetahuan Blogger Pasquale Undian di blogspot tidak boleh dikawal atau moderat. Malah untuk naikkan undian secara teknikal seperti sesetengah laman web pun tak boleh. Blogger tidak mengawal sistem database.
Asas utama kewartawanan ialah menyiasat sebelum membuat dakwaan. Malangnya banyak wartawan dulu dan sekarang tidak faham. Mereka fikir jika ada orang mendakwa sesuatu fakta itu benar maka ia terus boleh dilaporkan. Ini standard kewartawanan Yellow Journalism atau penny paper sahaja. Janganlah jatuhkan standard bekas wartawan.
Kalau Pasquale ini jujur kepada bossnya tentulah beliau melihat di banyak blog dan portal baik pembangkang mahu pun pro-UMNO, nama DS Najib tidak mendapat sambutan. Terima hakikat dan perbaiki imej boss anda bukan melalak mempertikaikan Poll....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit UMNO, Najib lucu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Antara Karpal dan Ghani Patail- kenapa Abdullah tidak bertindak serupa?
detikdaily - [...] Tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang menggunakan media arus perdana cuba mengheret PAS dan PKR berhubung isu Karpal ini.
Karpal diserang dan dipolitikkan kerana Isu ini menyentuh hak dan imuniti raja serta orang melayu amat sensitif berhubung sentimen ini .
Persoalannya :
1. Presiden MCA, Ong Ka Ting juga mempersoalkan kenyataan Raja muda Kelantan yang membuat kenyataan berhubung kesetiaan orang bukan melayu kepada institusi raja di negara ini.Sementara itu, Wakil Parlimen Klang Charles Santiago meminta PM Abdullah Badawi dan para editor media perdana supaya menghentikan putar belit mereka terhadap kenyataan Karpal di sini ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
2. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat juga membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba.
Mengapa Presiden Umno merangkap PM bersikap 'double standard' dengan tidak menggesa membuat lapuran polis sebagaimana di lakukan ke atas Karpal? Bacalah selanjutnya di blog baru Ustaz Ahmad Awang disini
Labels: Karpal Singh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hindraf desak P Uthayakumar diberikan rawatan segera
Suarakeadilan - [...] Ko-ordinator Hindraf, S jayathas berkata perhimpunan aman terbabit diadakan bagi memberikan mesej jelas kepada kerajaan supaya memenuhi tuntutan mereka jika tidak mahu berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar.
Dalam pada itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, selaku peguam yang turut hadir di perhimpunan tersebut mendesak kerajaan sekali lagi supaya membebaskan semua tahanan ISA dan membawa mereka untuk dibicarakan di mahkamah terbuka jika mereka benar-benar disyaki bersalah.
Sementara itu, di Penang, seramai tujuh orang ditahan oleh Polis kerana berhimpun secara aman di depan Plaza Gurney untuk menuntut perkara yang sama. Antara yang ditahan ialah Ong Boon keong, aktivis Penang Watch, Satia, seorang penulis blog, Lau Shu Shi (Koordinator Suaram Penang), TeH Chun Hong (Ahli Sekretariat SUARAM) , Sudhagaran Stanley (Hindraf Penang), Suparamaniam dan Vimal (peserta perhimpunan).
Suaram melalui kenyataan yang dikeluarkan mengutuk tindakan keras Polis menahan perserta perhimpunan tersebut dan berkata bahawa tangkapan yang dilakukan adalah bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.
Choo Chon Kai, Sekretariat SUARAM Penang berkata Polis telah melupakan tanggungjawab mereka yang sebenar untuk menjaga keselamatan dan harta benda rakyat sebaliknya menjadi pihak yang mengancam rakyat.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Chinese woman claims she lost RM6m
Sun2surf - [...] The wealthy 50-year-old owner of a travel agency, who has Singapore permanent resident status, lodged a report in the Ampang district police headquarters last Thursday (May 8), claiming she lost the money in several handouts she made to her Dutch boyfriend in Amsterdam and a friend of African descent here.
Ampang police chief ACP Abdul Jalil Hassan said today according to the woman's report, she lost almost all the cash to her Dutch boyfriend when she met him in China, and later in Amsterdam and Singapore over the past several months.
He said that when the woman could not locate the Dutchman, she went looking for him in several countries and when she returned to Singapore, a man of African descent she was acquainted with there told her that he had seen her boyfriend in Malaysia.
Trusting the man, she came to Malaysia and put up in a hotel in Ampang in search of her boyfriend.
Police said she claimed the man also offered to help her make money by coaxing her into contributing to a scam, typically infamous among Nigerians where the victim is asked to pay large sums of cash to withdraw supposedly stagnant and unclaimed funds amounting to tens of million dollars kept in the World Bank...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Sun2surf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Awas Jangan Terperangkap Dengan Teori Hantu
msomelayu - [...] Terbaru Mohd Najib Razak juga sudah terkena sindrom takutkan kepada peristiwa itu. Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian? Apakah beliau juga sudha terhidu beberapa pertemuan sulit antara beberapa MP dengan Anwar atau wakilnya beberapa hari lalu?
Bagaimana pun dalam menanti saat bersejarah itu orang ramai perlu berhati-hati dan tidak payah gopoh menerima apa juga berita mengenainya. Mereka jangan pula sampai terperangkap dengan berbagai teori hantu mengenai kemungkinan perisitiwa itu berlaku. Bermacam-macam teori kini dibentagkan kepada umum berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu pihak BN juga dikatakan sedang membuat berbagai persiapan bagi menghalangnya kemungkinan ada MPnya akan berhijrah. Langkah ini termasuklah menyebarkan khabar angin bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang ramai mengenai kemungkinan itu. Salah satu tektik ialah dengan memberi tarikh-tarikh tertentu mengenai perhijrahan itu.
Terbaru heboh disebarkan kononnya pada Rabu hadapan, 17 ahli Parlimen akan menyertai Pakatan Rakyat. Seorang bergelar Tan Sri dipetik sebagai sumber khabar berkenaan. Jelas berita ini hanya rekaan semata-mata dan satu strategi untuk menghilangkan keyakinan orang ramai berhubung dakwana berkenaan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LATEST: Karpal singh issue
The Elders of the Royal Court of Selangor issues statement on Karpal Singh's comments in a local daily
nst - [...] The statement was quoted as implying that His Royal Highness the Sultan of Selangor is interfering in executive matters of the state.
Such a baseless, unfounded and irresponsible statement has indeed brought much concern and uneasiness to this Council.
The Council believes that this statement was somewhat made to create a misconception in the minds of the rakyat as to the role of His Royal Highness as the Sultan of Selangor, who is merely exercising His rights as enshrined in the State Constitution.
It is within our knowledge that the Sultan of Selangor in His weekly meeting with the Menteri Besar of Selangor has always given His views and advice on matters of importance to the people of Selangor.
At the same time the Sultan has always maintained His neutral stance and has always upheld His detachment of any political preference or of interference with executive matters.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Beri semula permit teksi individu
malaysiakini - [...] Kerajaan sedang mengkaji mengeluarkan semula permit individu selepas muncul masalah akibat pemberian lesen kepada syarikat, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi Datuk Noh Omar.
Beliau berkata pemberian lesen kepada pemandu individu membolehkan perkhidmatan teksi di negara ini diperbaiki.
"Kita sedar ada pelbagai masalah timbul apabila lesen teksi diberikan kepada syarikat termasuk isu kos sewa dan sewa beli teksi yang tinggi, pendapatan pemandu tidak setimpal, kebajikan pemandu tidak dijaga dan masalah (pemandu) tidak guna meter dan tidak mahu ambil penumpang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Noh Omar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Anwar jumpa wartawan jam 2.30 petang ini
klpos - KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar khas di pejabatnya Section 16, Petaling Jaya petang ini.
Sidang akhbar tersebut dijangka memberi tumpuan kepada pandangan Anwar mengenai laporan Suruhanjaya Di Raja mengenai Klip Video yang sudah diserahkan kepada kerajaan.
Selain itu, Anwar dijangka mengumumkan mengenai desas-desus berhubung 'penghijrahan' 17 wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, laman web Agendadaily mendedahkan Rabu ini 17 wakil BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Laporan tersebut memetik sumber dari PKR.
Labels: Anwar Ibrahim, klpos, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Boot out those National Service boot camps!
malaysiatoday - [...] My deepest condolences goes to the family of Hui Min. I feel for her loss and the lost of twenty other children in this camp called National Service. We need answers for this.
Previously I argued that the Biro Tata Negara training programs are working against national unity and breeding a dangerous form of ethnocentrism. Both, this program and the ill-conceived National Service camps are based on the philosophy of anti-humanism and one that does not value the multiculturalism of this country. They may not be teaching Malaysians to live as good citizens in a Malaysian Malaysia.
As in the case of the National Service, the public has not heard of an evaluation report on the effectiveness of the first session. We need a national report such as one produced in a developed nation. With the many deaths that has been reported, we need to stop the program immediately.
We are infusing militarism in education. Our youth wants to know what will become of them in a society governed by those who think that education is the process of shoving into their minds a certain form of nationalism. Our youth wants explanations why military leaders are running their lives in those camps of indoctrination. The parents of these children need to know that what the government is doing is actually wrong - anathema to the meaning of education. Most of all they want to also know why there are so many deaths in those camps.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Malaysiatoday, PLKN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BLOG: Mukhriz vs Khairy
prokhairy - [...] Ini merupakan satu penghinaan buat golongan mat-mat rempit yang tak seharusnya dihakimi serendah itu.
Spam yang dihantar pada komen dalam artikel yang bertajuk ‘Angkuhnya Khairy Pertahankan ISA’ pada 3 Mei 2008 itu bukan sahaja menyebabkan kecelaruan dalam system blog anti-Khairy, malah pemiliknya juga menggelabah tidak tentu pasal sehingga ada pula aplikasi ‘chipsmore-sekejap ada sekejap takde’ di dalammya.
Di dalam artikel tersebut moderator anti-khairy telah memuatkan foto Mukhriz bersama Dr Lolo. Penulisnya Hisham Lokman telah membuat perbanding yang keterlaluan sehingga pembaca terhidu siapa yang membayar blog antikhairy ini.
Oleh kerana terlalu terdesak, moderator anti-khairy telah memadam foto mukhriz tersebut. Nampak sangat moderator di dalam kegelisahan kerana pekungnya telah terbongkar gara-gara tersilap sendiri.
Hari ini dalam keadaan kelam-kabut, moderator mula berasa sangsi dan terfikir-fikir sekiranya dibuang gambar Mukhriz bermakna memang benarlah blog ini dibiayai oleh Mukhriz. Maka dengan itu, gambar tersebut dimasukkan kembali dan artikel tersebut juga tidak sempurna keadaannya hasil dari situasi cubaan menutup bangkai gajah yang tak mampu disorokkan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Blogger
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Prominent Sabah corporate figure picked up for graft
thestar - [...] A single mother claimed trial at Sessions Court here for attempting to bribe a government officer from Putrajaya to avoid action against her business premise.
Chu Mui Ling, 35, was charged Monday for offering RM8,000 to Hashim Mohd Daud, an assistant enforcement officer of the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry, as an inducement not to take action against her during a check at her business premise.
Chu, who was involved in the sale of DVDs, is accused of offering the bribe when the officer checked her premises at Lot E16, 6th Floor, CPS Tower, and Centre Point Sabah at about 5.35pm on Feb 1, this year.
Deputy Public prosecutor Joyce Blasius did not object to the accused being granted bail but suggested for RM8,000 bail with one surety.
However, her counsel Zahir Shah Hussein asked that the bail amount be reduced to RM5,000 with one surety as Chu, a local, is the mother of three school-going children.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Rasuah Parah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
"Ibrahim Ali akan berjuang bersama PAS" Nik Aziz
klpos - [...] Mursyidul Am Pas itu bagaimana pun menegaskan adalah menjadi hak peribadi Ahli Yang Berhormat Bebas itu untuk memilih haluan untuk kepentingan sendiri.
“Saya tidak fakir beliau akan berbuat demikian,” kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim mengenai kemungkinan untuk melompat ke parti lain.
Ibrahim dalam pertemuan dengan Sinar Harian mengakui walaupun selesa dengan situasi sekarang sebagai wakil Bebas beliau tidak menafikan untuk beralih ke parti lain.
Dalam kenyataannya Ibrahim berkata lebih selesa dengan keadaan sekarang kerana berpeluang menyuarakan pandangan, kritikan dan sebagainya terhadap Barisan Nasional, Pas atau PKR.
Mengulas lanjut kenyataan Ibraim, Nik Aziz berkata:
“Apabila saya memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di atas tiket Pas saya tidak mahu dianggap mempergunakan beliau dan saya juga tidak mahu beliau mempergunakan Pas.
“Kami sama-sama bergerak. Saya mengembangkan Islam beliau pula memperjuangkan dan membangkitkan isu-isu yang disuarakan pembangkang.”
Nik Aziz berkata, Ibrahim tidak boleh dianggap mempergunakan Pas dengan bertanding di atas tiket Pas untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang lepas.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: OKU Ibrahim Ali
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nazri: No one is above the law
NST - The government does not practise double standards when it comes to taking action against anyone who makes seditious remarks against the Malay rulers.
Therefore, as in the case of Karpal Singh, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said, swift action must also be taken against Terengganu Umno secretary Datuk Rosol Wahid and 22 assemblymen, if they had behaved in a way which may be interpreted as seditious against the Sultan of Terengganu.
Rosol and the assemblymen had protested against the appointment of the menteri besar in March.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Tolong jaga blog ni jap !!! aku nak keluar muntah jap ......
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
LEGAL AND ILLEGAL GATHERING IN MALAYSIA
2,000 protest against referendumand the illegal gathering .......
Myanmar protesters gathering in front of the Myanmar Embassy in Kuala Lumpur yesterday where they handed over two memoranda to embassy officials.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Hindraf rallies in six places
The Hindu Rights Action Force (Hindraf) held illegal rallies in six locations nationwide yesterday, resulting in seven supporters being detained in Penang.They were later released after police recorded their statements. George Town police chief Assistant Commissioner Azam Abdul Hamid said they were picked up for obstructing police in carrying out their duties.
The supporters called for the release of five leaders detained under the Internal Security Act and for one of the leaders, P. Uthayakumar, who is a diabetic, to be admitted to the National Heart Institute (NHI) for treatment.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ada naluri kawin lagi, kenapa tidak lompat parti.
Radenjowo
Bimbang sungguh UMNO. hari hari di gertak dengan berita yang menakutkan dari PR yang mengatakan bahawa adanya usaha lompat parti oleh adun adun Barisan Nasional. Semuanya sedang mendengar berita dengan penuh teliti. Ada pulak yang sedang menyedapkan hati dengan usikan berita angin. Biar sejuk dan boleh berfikir dengan waras. Ada pulak yang dikejutkan dengan sms sms yang sebegitu, membuat pemimpin BN tak senang duduk. Mandi tak jirus air dan berak tak lawas. [Nazri terkejut terima SMS khabar angin]
Lompat parti ni biasa lah.. dari dulu lagi sudah ada usaha lompat parti. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tanya Ibrahim ali. Pakar dalam lompat melompat. Baru menang dan menjadi Ahli Parlimen, sudah ada cerita pasal lompat parti. [Ibrahim Ali - what party next?] Kalau ditakdirkan menjadi katak, mungkin Ibrahim Ali boleh dikategorikan katak yang mampu lompat jauh dan bukan katak puru yang kerjanya asyik di celah tempayan, kulit pun menggerutu.
Manusia ni penuh dengan naluri. Nafsu tu mainan manusia. [lelaki kahwin lagi] Kalau tak der nafsu, baik jadi ayam. Ayam dia tak der selera berbeza. Di beri kan dedak, dia belasah dedah. Kalau di beri kan pisang, pun dia patuk. Dalam parti, kena lain. Mesti ada naluri sebagai manusia.
Ibarat menjadi suami isteri. Disuruh bertudung, tidak mahu bertudung. Disuruh sembahyang tidak mahu sembahyang dan disuruh bangun pagi, sampai sekarang suami kena pergi gerai beli nasi lemak. Bila beras naik harga, suami pun pening kepala. [MENGIMPIKAN ISTERI SOLEHAH...]
Bukan nak ajar, tapi pandai pandai lah lompat. Lompat mengajar. Kalau tak lompat isteri tak tahu betapa kita sayang kat dia. Kita mahu dia berubah. Kalau pulang rumah dengan gaya serebeh, berkemban dan sugul. Ada pulak jiran tukan carikan uban dan kutu. Elok sangat la tu. Tak payah tengok isteri. Letakkan barang, keluar semula jumpa kawan. Bila malam dah gelap baru pulang. Tak terkejut dengan rupa isteri yang selekeh.
Nak bagi isteri baik, kena cari kan pembantu. Kita cari pembantu dari Filipina, kulit putih melepak, aktif dan gaya yang mengiurkan. [Pembantu Rumah VS Majikan] Mana tahu, esok isteri kita dah pandai berdandan. Bangun pun pagi, ikut cara suami. Lihat sebelah katil sudah tiada, bergegas bangun takut suami sembang dengan pembantu rumah. Kalau isteri dah berubah, tak payah pakai pembantu lagi.
Panjangnya cerita aku ni....cuma nasihat aku, kalau isteri dah tak mahu berubah, lompat isteri. Kalau Parti tak nak berubah, lompat parti. Kalau tidak mahu lompat isteri atau parti, kalian lompat ke perigi. Kalau manusia ada naluri untuk cari isteri baru, kenapa tidak lompat parti?
Labels: Lompat parti, Radenjowo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mari mari mari ... Umno untuk di lelong !!!
Pontiac [1946]
kalau boleh di terjemahkan kepada bentuk kereta. Ini lah dia UMNO yang lahir pada tahun 1946. Bukan tak boleh pakai ... tapi sekadar untuk keluarkan sebulan sekali. Anak anak muda tak mahu naik kereta cam ni lagi. Diketawakan awekssss......
Dan kita lihat model tahun 2008 ....
Pontiac [2008]
maka kalau ada atok atok yang ajak cucunya untuk naik kereta model 1946 ..... cucu akan jawab. "Tak per la tok, tok jalan dulu. kitorang ikut belakang." (lepas tu cucu cucu ketawa kan atoknya ramai ramai dari dalam kereta model 2008). Sampai ke destinasi, cucu kata, "Lambatnye Tok !!!"
So .... kepada pemuda pemuda harapan bangsa !!! Mana nak pilih...kereta model 1946 yang kuat bunyi skru bergegar dari bunyi enjin atau model terbaharu yang ZZZZooooooooooooMMMMMM !!!!
Hinanya seorang cucu apabila, cucu cucu lain dapat wasiat harta tanah dan gudang....sedangkan seorang lagi cucu dapat kereta tahun 1946. Kalau aku lah jadi cucu tu.....tak pulang ke tanah air, biar ku bawa hati yang lara ke negara asing.
Kalau tak mahu simpan di rumah buat perhiasan, lelong saja lah produk yang lahir pada tahun 1946. Mana tau dapat wang nanti boleh belikan sport rim kereta baru.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO 62, dah patut pencen
Hadiah besar !!! Kata Pak lah. Usia pencen di lanjutkan kepada 58 tahun. Tambah 3 tahun. Selang sehari diumumkan sebelum UMNO menyambut harijadinya yang ke 62 tahun. Patutnya UMNO dah dipencenkan dan mendapat 'hadiah besar' seperti yang Pak Lah katakan... Kalau tak Pencen, umur yang sebegitu boleh jadi gawat kerana ramai yang nyanyuk. Kalau dah mudarat masukkan UMNO ke rumah orang orang tua. ...selanjutnya [UMNO 62]
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
RTM TERUS LAUNGKAN PROPAGANDA KHIANAT DAN PALSU
jasindaily - [...] Si mangkuk ayun jurucakap RTM tv1 seorang perempuan dengan bersemangat menyindir rakyat Melayu yang konon menyokong PR hingga terhakis kekuasaan ,ketuanan juga DEB khasnya diPulau Pinang menyebabkan menang sorak tapi kampong tergadai ! Kampong mana tergadai wahai mangkuk ? Selama 50 tahun Umno/BN memerintah dengan kelebihan kerusi tapi berketua menterikan seorang Cina dari Gerakan ! Berapa banyak kampong-kampong Melayu bukan tergadai malah punah/lesap macam 'magic' seperti sedang jadi di Jelutong sekarang,Tanjong Tokong, Tanjong Bunga,Batu Maung,Sungai Nibong,Sungai Ara dan banyak lagi yang kini hanya tinggal nama jika nak dicatatkan tapi siapa punya angkara jika bukan dari pemimpin Umno ?
Amat bangang sekali juruhebah RTM juga penerbit-penerbit mereka mengeluarkan fakta palsu malah fitnah besar tapi terbalik menuduh pula rakyat Melayulah menjadi dalang saban hari ! Pelik sungguh pemikiran otak-otak konon intelek menerajui badan penyiaran di Angkasapuri yang sebenarnya menjadi lembu atau kaldai tunggangan pemimpin-pemimpin gelojoh Umno ! Butakah mereka atau memang kurang upaya otak mereka untuk memikir dan melihat lamanya penyelewengan dan pengkhianatan ini semua dari parti yang konon membela Melayu ? Mengapa tidak dihebohkan apa yang pemimpin Umno dah buat ?...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
DAP tells federal govt to stop interfering in police probe on Karpal
sun2surf - [...] DAP's Ipoh Timor MP Lim Kit Siang said: "Do not interfere in the legal procedure, let the Attorney-General (A-G) and police investigate the matter."
Lim urged Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to withdraw the police report against Karpal Singh as Karpal Singh had spoken purely on a legal point of law. He said Umno should not politicise the issue for its own benefit."
The DAP strongman spoke in a dialogue with the people to address their problems in the Kwang Tong Association here last night. About 1,000 people attended the dialogue which saw the people voicing their grievances on several issues.
Since last Monday, several police reports were lodged in Kuala Lumpur, Ipoh, Port Dickson, Muar and George Town, calling for action against Karpal Singh.
Karpal Singh was reported to have said the Perak Sultan did not have the power to reinstate the Perak Religious Department director Datuk Jamry Sury who was transferred by the Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin....selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Menurut lapuran berita radio RTM pagi tadi ada dinyatakan bahawa Nazri Aziz ada menyarankan tindakan yang sama di kena kan kepada anggota UMNO di Terengganu, yang mana terlibat dengan insiden DERHAKA untuk dikena kan tindakan. Untuk mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati rakyat. Itu kata berita .... jangan caya sangat kerana lapuran polis yang dibuat dulu pun tak ada tindakan lagi .... yang kena adalah pak sanggup yang pamer BANNER , tapi sampai sekarang polis pun dengkur juga ..... Mungkin polis terengganu sedang bermonsun.
Labels: Karpal Singh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
RTM, 62 Tahun Agen Kristian
tranungkite - [...] Sering berita atau rancangan RTM mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau purdah tetapiApa kurang kerajaan hadhari sekarang dengan kerajaan turki, kerajaan britain ? Rupanya RTM dan angkatan lagi terpesong dari Islam.
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah telah meletakkan laknatNya ke atas orang kafir daripada kaum Bani Isra’il atas lisan (lidah) Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Yang demikian disebabkan mereka menderhaka dan sering melanggar batas. Mereka itu selalunya tiada larang melarang terhadap kejahatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu.”
(Surah Al-Mâ’idah: 78-79)
Sementara hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebutkan yang maksudnya: “Siapa yang menyaksikan sesuatu mungkar, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisannya, jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Maka selama ini RTM bole dikenali sebagai Radio Tv Murtad @kafir Laknatulah Patutlah Isteri isteri Bedolah, Najib tarak pakai tudung, Kalu pakai tudung tak bole masuk RTM Nauzubillah Min Zalik ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
AMBOIII .... hebatnya Malaysia
ANTARA aksi yang boleh disaksikan di Port Dickson, semalam.
kosmo - [...] Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.
“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.
“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Benteng Pemecah Ombak (Breakwater) - Rahsia yang masih di sembunyikan
buletinonline - [..] Sehingga kini, projek tersebut sebagaimana yang tertera di papan tanda (sign board) kerja yang diletakkan, projek tersebut tiada tarikh mula dan tiada tarikh siap.
Adakah ia bermakna projek tersebut akan berpanjangan dan tidak akan berhenti? Sejak dimulakan sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 2002, projek tersebut telah disambung kali kedua apabila BN mengambil alih pemerintahan pada tahun 2005 dan sehingga kini dikatakan disambung lagi bagi kali ketiga.
Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru lalu, ADUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut (Wahid) telah menanyakan soalan lisan berkenaan projek Benteng Pemecah Ombak tersebut. Kemudian ia diikuti soalan tambahan oleh YB ADUN Ladang, Dato Tengku Hasan Tengku Omar (Dato’ Ku).
Semasa sesi soal jawab, telah berlaku pertikaman lidah diantara Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Yahaya Khatib Mohamad (Exco) dengan wakil-wakil PAS. Walaupun beberapa rahsia tentang projek tersebut akhirnya diketahui umum, namun ada perkara yang masih dirahsiakan oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Kerajaan Terengganu
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Polis jamin siasatan kes Karpal disegerakan
bharian - [...] "Polis juga turut memanggil wartawan yang terbabit dalam menemubual dan membuat laporan kes itu untuk diambil keterangan serta membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pondok Polis Pulau Banding, Gerik, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan Komander Pasukan Polis Marin Perak, Senior Asisten Komisioner II Isa Munir.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan siasatan berhubung kes Karpal disegerakan kerana ia membabitkan kepentingan semua pihak.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Pengajaran tu .... MERABA .... tak per
Labels: Belit MUsa Hassan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nazri terkejut terima SMS khabar angin
utusmeloya - [...] Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, 'berita hangat' tersebut diperoleh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihannya oleh mana-mana pihak.
"Saya terima SMS. Saya tak tahu... kena tunggu sampai Rabu. Tunggulah hari Rabu sebab mereka kata hari Rabu ini akan banyak berlaku lompat (parti).
"Mereka sebut ada ahli UMNO dari Sabah hendak lompat. Katanya, 16 orang tapi tak tahulah, kena tunggulah. Saya kira kalau hari Rabu tak berlaku, maka tak boleh percayalah SMS ini,'' katanya.
Mohamad Nazri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Maulidur Rasul Kampung Cheh Hulu dekat sini hari ini.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpegang kepada prinsip ahli yang setia dan tidak sesekali mengkhianati UMNO dan BN.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umno - SMS pun dah ado katogori....sms khabar angin. Bukak screen dah ado label....-kbr.angin.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LAGU BARU, PERANGAI LAMA
UMNO PERKENAL LAGU BARU
utusmeloya - [...] Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, lagu berkenaan adalah tambahan kepada beberapa buah lagu yang menjadi koleksi parti pada masa kini.
Beliau berkata, lagu baru itu diharap dapat menambah semangat ahli terutama ketika parti sedang melalui proses pemulihan.
Jelasnya, lagu berkenaan bukan bertujuan menggantikan lagu rasmi UMNO sedia ada iaitu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
"Ini lagu tambahan sahaja, bukan ganti mana-mana lagu, dulu lagu Warisan pun kita main semula, ini untuk bagi semangat kepada ahli.
"Lagu ini sedikit sebanyak akan mengingatkan ahli-ahli UMNO akan perjuangan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia.
Katanya, lagu UMNO Tetap di Hatiku adalah ciptaan penggubah terkenal Kassim Masdor dan lirik oleh Johari Selamat.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Mati akai dah UMNO....tak tau nak ubah mana satu. Semua tukaq, tapi masih sama. UMNO ni tukaq nama, logo, bangunan ..... pun UMNO tetap UMNO.
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Harga naik: Warga kota tertekan
utusmeloya - [...] Mereka merintih kerana perbelanjaan keluarga kian bertambah dan pendapatan masing-masing terjejas ekoran kenaikan harga bahan makanan ruji tersebut.
Suri rumah, Anita Ahmad, 43, berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli beras pada harga yang mahal di kedai-kedai.
Katanya, adalah satu perkara mustahil sekiranya beliau sekeluarga beralih kepada makanan alternatif seperti roti dan ubi mahupun bijirin kerana nasi adalah makanan ruji mereka sekeluarga.
"Keperluan makan nasi kami sekeluarga masih sama seperti dulu dan ia sukar ditinggalkan.
"Saya yakin keperluan itu menjadi faktor yang mendorong golongan tertentu untuk menyorok beras sehingga harganya melambung naik," kata Anita kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: BN Barang naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Beli beras hancur perlu tunjuk kad pengenalan?
utusmeloya - [...] Selepas berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan, penduduk negeri ini kini perlu menunjukkan kad pengenalan dan menulis maklumat peribadi sebelum dibenarkan membeli beras super tempatan 15 peratus hancur.
Tinjauan Utusan Malaysia di kedai-kedai sekitar bandar raya ini mendapati, rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pembekal kepada mereka.
Menurut seorang pemilik sebuah pasar raya, Aziz Mustapha, 55, dia tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut kehendak pembekal yang memintanya mencatatkan maklumat peribadi pelanggan sebelum mereka boleh membeli beras gred tersebut.
"Macam-macam rungutan yang saya terpaksa dengar daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pembekal menetapkan syarat-syarat tersebut.
"Mereka mempersoalkan pihak kerajaan tidak pula membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini dan kenapa terlalu banyak syarat yang dikenakan sebelum mereka boleh membeli beras ini," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Beras
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments