kassim8888 - [...] Hari ini 1 Julai 2008. Bermulalah kadar baru tarif elektrik. Maka bertambahlah bajet perbelanjaan kita bulan ini. Tahun ini saja berbagai kenaikan yang terpaksa kita hadapi. Bermula daripada kenaikan harga beras, kenaikan petrol dan kini kenaikan tarif elektrik. Selepas ini entah apa² lagi yang akan naik.Angaran kos pengunaan alatan elektrik. Mungkin boleh di jadikan panduan. Klik untuk paparan besar.
Kepada perkerja² bank, bersyukurlah dengan kenaikan dan pelarasan gaji sebanyak 17% yang bakal diterima. Sekurang-kurangnya kenaikan gaji ini dapat meringankan beban ekoran dari kenaikan harga yang di sebutkan tadi.
Kepada mereka yang tidak menerima kenaikan gaji atau pelarasan gaji mahu pun bonus termasuk tuan blog....Sabar sajalah ya! Bak kata menteri² 'Ubah Gaya Hidup'... selanjutnya.
Jul 2, 2008
Naik
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 18, 2008
Kassim mandi air percuma
kassim8888 - [...] Petang ini aku bermandi-manda setelah sekian lama tak berpeluang berbuat begitu. Gembira sekali hatiku. Tambah pula bermandikan air 'percuma' . Air subsidi...hehehe
Sebelum mandi aku mendongak ke arah langit. Melihat keindahannya. Terang benderang wajah langit petang ini. Sudah dua minggu aku tidak berpeluang mendongak ke arahnya.
Alhamdullilah! Bekalan air telah kembali pulih seperti sediakala. Hampir sejam aku dimandikan. Aku memilih untuk dimandikan dengan air yang diangkut oleh isteriku semalam. Air yang telah semalaman disimpan di dalam bekas besar. Sejuk airnya sesejuk air di perigi.
"Nah! mandi air percuma ni," kata isteriku sambil menyiramkan air keseluruh tubuhku.
Terasa sejuk dan segar sekali badanku.
Sambil tersenyum aku berkata, "Rasa macam mandi di Sunway Lagoon pula"
Terkenang aku saat manis di waktu sihat dahulu, bercanda dan bermain air dengan isteri dan anak² di pantai buatan di Sunway Lagoon. Sungguh manis saat itu! Jika boleh di ubah 'jarum kehidupan' ini, mahu saja aku pusingkannya supaya hidupku kembali seperti dahulu.
Setelah selesai aku dimandikan, kini giliran keretaku pula dimandikan. Aku melihat isteriku 'menyampoo' ke seluruh badan keretaku. Tugasku dahulu kini di ambil alih oleh isteriku. Terasa hati ingin membantu.
"Ain hulurkan hos air tu," pintaku cuba menawarkan bantuan.
Aku cuba memegang hos air itu dan cuba menghalakan pancutannya ke arah badan kereta. Beberapa kali hos air terlepas dari gengamanku. Setelah beberapa kali di cuba, akhirnya mampu juga aku melakukannya walaupun hanya seketika.... selanjutnya.
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 10, 2008
Cerita Minyak Lagi
Kerajaan menyeru agar rakyat menjadi 'mata dan telinga' kerajaan bagi memantau harga kenaikan barang².
- Komen - Ooo rakyat di seru jadi 'mata dan telinga'. Puak dia jadi apa? Jadi 'mulut' ! ngapp segala kekayaan dan kesenangan. Bak lirik lagu Pak Pandir 'Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut
ngappdiam'.
- Komen - Cakap memanglah mudah. Yang memerintah (menteri²), tak keluar duit poket sendiri untuk beli petrol. Segalanya, baik petrol mahu pun kereta di tanggung oleh kerajaan (duit rakyat). Yang perlu di ubah bukanlah gaya hidup tetapi kerajaan yang ada ini.
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 3, 2008
Seloka Ezam keluar parti
kassim8888 - [...]Ezam tukar identiti
Dari Gerak kini dah berparti
Dari borak²
Kini dah menjadi realiti
Ezam tukar parti
Ada teman yang sakit hati
Ada lawan yang senang hati
Tak kurang juga yang simpati
PKR sekadar memerhati
Ezam tukar parti
Ahli Umno senang hati
Yang keluar dah pun berganti
Mahathir keluar Ezam ganti
Ezam keluar parti
Bawak sekali rahsia enam peti
Pak Lah terima dengan senang hati
Najib dah boleh goyang kaki
Muhyiddin kata, kena rujuk MT
Pemuda kata hati²... selanjutnya.
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 12, 2008
Senyum Kambing~ Umno Gajah Sarkas
kassim888 - Pokok Sena(PAS) - YB Mahfuz Omar mengibaratkan Umno sebagai 'Gajah Sarkas' yang menurut saja perintah tuannya tanpa membantah. Jika tuannya suruh duduk, gajah sarkas akan duduk. Begitu juga jika suruh berdiri, gajah sarkas akan berdiri. Jika di suruh membuat lapuran polis, gajah sarkas ini akan beramai-ramai ke balai polis membuat lapuran sarkas.
Ini merujuk kepada ahli² Umno yang membuat lapuran polis terhadap isu Karpal Singh apabila di arah oleh ketuanya.
Kalabakan (BN) - Ahli parlimen Kalabakan (BN) ini meluahkan rasa tidak puas hati rakyat negeri Sabah terhadap kerajaan pusat. Beliau mendakwa tsunami politik mungkin terjadi di PRU akan datang sekiranya suara rakyat Sabah tidak diambil kira oleh kerajaan pusat.
Ledang (BN) - Ahli parlimen Ledang mendakwa parti DAP meruntuhkan gerai orang melayu. Bila di cabar oleh Lim Kit Siang untuk memberikan bukti perbuatan itu. Beliau tidak dapat berbuat demikian. Beliau ditegur oleh Yang Di Pertua agar memberi beri fakta sebelum berhujah sesuatu isu....selanjutnya [DISINI]
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 5, 2008
Senyum Kambing ~ Sang Kelembai
Malam tadi RTM menjemput Sdr Zaharin atau nama pena di blognya Sang Kelembai. Rancangan malam tadi tak sehebat rancangan minggu lepas yang mana tetamu jemputannya Raja Petra.
Sang Kelembai di dalam penulisan di blognya menghentam hebat kepimpinan Pak Lah. Malah beliau menggelarkan kepimpinan Pak Lah sebagai 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sdr Zaharin merupakan ahli Umno yang telah di pecat keangotaannya.
Beliau di kecam hebat oleh para bloggers bilamana menunjukkan sikap 'lembut' berbeza dari apa yang ditulis di blognya hingga sanggup mencium tangan pemimpin yang di kecamnya. more....at Lagendabuta
Labels: Kassim Selamat, Sang Kelembai
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 26, 2008
"Ikan Masin Cekek Leher''
Siaran ulangan. Entri yang kusiarkan pada 13 Jun' 06. Catatan ini telah kuperbetulkan sedikit cara penulisannya. Catatan awal agak kelam kabut cara ejaannya, komanya dan tatabahasanya. Maklumlah, ketika itu baru belajar menulis dan berblog.
Hari ini aku nak mengimbau kisah zaman kecilku. Blogku pun bertajuk 'Nostalgiaku', jadi sesuailah bercerita kisah silam. Ayahku bekerja di kem tentera dan arwah ibuku pula mengambil upah membasuh baju dan mengemas rumah seorang pegawai tentera. Ibuku membantu ayah bagi menambah pendapatan demi nak membesarkan anak²nya. Kalau di kenangkan kembali, kesian mereka bersusah payah nak membesarkan kami.Kisah-kisahku menjual kuih akan aku ceritakan nanti di lain masa. Hari ini aku nak bercerita tentang kisah aku membawa bekal ke sekolah. Kisah ini selalu aku ulang cerita kepada anak-anakku sehingga mereka pun telah hafal dengan ceritaku. Bukan apa, sekadar mahu mereka tahu bertapa susah ayahnya semasa kecil.
Di satu sudut di belakang gymnasium sekolah, aku tunjukkan kepada anak-anakku bahawa aku pernah menyorok makan di situ. Ketika itu aku di tingkatan satu. Bila loceng rehat berbunyi, rakan-rakanku berlari ke kantin. Sementara aku pula berlari ke belakang gymnasium sekolah. Rakan²ku berbelanja di kantin, aku pula membuka bekalan yang di siapkan oleh ibuku. Aku jarang sekali membawa wang ke sekolah.
Aku malu nak makan di kantin kerana bekalan yang aku bawa cuma nasi putih dan berlaukkan seekor ikan masin. Jika sekarang orang panggil 'ikan masin cekik leher'. Aku tak pasti kenapa nama ikan itu di panggil begitu. Mungkin di sebabkan saiznya yang kecil. Hingga sekarang aku gemar dengan ikan masin ini.
Sambil bergurau aku katakan kepada anak-anakku "Jka ayah seperti kamu semua, belanja cukup, duit cukup, tak berlapar ke sekolah, mungkin ayah sekarang ini sudah menjadi doktor atau dekan dekat universiti".
Anak-anakku tersenyum mendengar ceritaku ini........
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 14, 2008
Gelita 14.... Black 14 - Kassimselamat
Kassimselamat - April bulan penuh nostalgia dan bermakna buatku. Tarikh² 4 April, 14 April dan 17 April mempunyai cerita dan nostalgia di sebaliknya.
Esok 14 April, ulang tahun ke 9 peristiwa "Black 14 ". Pada tarikh ini sembilan tahun yang lalu Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di jatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Pagi itu pusat bandar Kuala Lumpur gawat seketika dengan demontrasi bantahan oleh penyokong² DSAI termasuk diriku. Di sana sini kedengaran laungan 'Reformasi' oleh penyokong² DSAI.
Sekeliling pusat bandar kami berarak. Bermula dari Masjid Jamek ke Central Market, bertempur dengan FRU di Lebuh Pasar berhadapan Bank Pertanian. Kami kemudian menuju ke Masjid Negara. Di luar Masjid Negara kami berkumpul, Tian Chua dan Arwah Ahmad Nor (tak silap arwah presiden MTUC ketika itu) memberi kata ucapan semangat.
Dari Masjid Negara kami berarak menuju ke Dataran Merdeka. Berhadapan Kompleks Daya Bumi kami di sembur dengan 'Water Cannon'. Masing² bertempiaran lari termasuk diriku. Nasibku kurang baik, dalam tergesa-gesa melarikan diri, kakiku terlangar rantai besi penghalang parking kereta. Aku tersungkur jatuh, kakiku terseliuh. Terhincut-hincut aku berlari masuk ke dalam Kompleks Daya Bumi menyelamatkan diri dari ditangkap.
Kini sudah sembilan tahun peristiwa itu berlalu. Sungguh manis bila di kenangkan. Jika sembilan tahun lalu, aku tersungkur tapi masih mampu bangun berlari kembali. Hari ini, aku tersungkur untuk selamanya.
Kisah²ku 4 April & 17 April dan zaman Reformasi boleh di layari di blogku di sini.
Labels: Black 14, Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 6, 2008
Kuah Tumpah Ke Nasi - Kassim Selamat
kassimselamat
Sudah dua hari aku tinggal bertiga, isteri dan cucuku Ikhwan. Indah mengikut kakaknya berniaga di 'Jom Heboh' di Melaka. Begitu juga Amir yang sedang bercuti, membantu kakaknya di sana.
Terasa patah kakiku tanganku, Indah yang banyak membantuku saban hari tiada di sisiku. Isteriku sibuk memberikan tumpuan pada kerja rumah di samping menjaga cucunya. Jadi terpaksalah atuknya mengalah memberi ruang kepada cucunya.
Ini baru 2-3 hari Indah tiada, terasa payahnya. Nanti 3-4 tahun lagi, dia pula akan keluar meneruskan pelajarannya. Tak tahulah bagaimana nanti keadaannya. Isteriku ibarat tangan kananku. Manakala Indah seumpama tangan kiriku. Kedua-duanya berperanan.
Tengahari tadi isteriku menghubungi Indah dengan sms, "Indah buat apa tu?".
"Indah sedang tolong Ayong masukkan cendawan goreng di dalam bekas," balasnya.
"Abang Amir pula sedang buat apa?" tanya isteriku lagi.
"Abang Amir sedang tolong kopek jagung," balas Indah.
Aku yang sedang mengadap laptop terberhenti seketika mendengar isteriku membacakan sms tu. Sedih pula rasa di hati mendengar sms tu. Kesian anak²ku, bertungkus lumus membantu kakaknya berniaga. Jika aku sihat, mungkin keadaannya berbeza. more...
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 5, 2008
TABIK HORMAT KEPADA PEJUANG REFORMASI, KASSIM SELAMAT
Radenjowo
Sebelum ini wak tidak berapa kenal siapa sebenarnya pemilik blog Kassim Selamat. Rupa rupanya beliau adalah pejuang reformasi dan sehingga kini masih berjuang walaupun di dalam keadaan yang kurang sempurna. Disamping laptop dan berbaring, meneliti setiap butir berita dan blog terbaru tentang politik tanah air. Melahirkan idea dan memaparkannya di dalam laman blog beliau, Kassim Selamat.
Hari ini beliau menyertai ruang forum No2umnO, menjelaskan lagi identiti beliau sebagai golongan yang kurang upaya. Lumpuh sejak tahun 2002 akibat serangan demam denggi dan sehingga kini aktivitinya dihabiskan di atas katil disamping dibantu oleh isteri tersayang. Tabik hormat wak berikan kepada beliau kerana kesungguhan perjuangannya sehingga kini tidak pernah luntur walau pun sedikit. Sambil melayan dan bertanya, wak tak sedar air mata mengalir setiap kali melihat video klip beliau. Dihati bertanya .... andainya aku seperti itu.
Kepada yang kurang mengetahui tentang beliau, sama sama saksikan clip video berikut .....
Bagaimana beliau boleh menjadi lumpuh dan kurang upaya? Ikuti sejarah kejadian melalui artikel yang beliau hasilkan
'Takdir Penentu Segalanya'
Kassim888
Siaran ulangan. Entri 25 Mei'2006. Tunggang langgang bahasa tulisanku. Maklumlah masa ni baru belajar berblog.
Jumaat 14 Jun’ 2002, hari ini aku mengambil cuti separuh hari kerana isteriku kurang sehat, sudah dua tiga hari isteriku mengambil MC. Selepas bersarapan aku memandikan isteri keduaku (keretaku), hampir sejam aku menghabiskan masa membasuh dan menggilatkan keretaku, aku mandi pun tak sampai 10 minit, mengalahkan aku! Isteriku masih berbaring di sofa, jam ketika itu hampir pukul 12.00 tenggahhari. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat dan untuk menunaikan sholat Jumaat. Aku memakai seluar jeans, berkemeja denim dan memakai boot hari ini, tak pernah-pernah ku buat sebelum ini memakai jeans ke pejabat, buang tabiat ke aku ini? Aku mengambil keputusan untuk menunggang motor Virago kesayanganku, dah lama aku tak menunggangnya ke pejabat. Dalam perjalanan, di Batu 10 Jalan Cheras, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, aku berteduh di bawah jambatan hampir dua jam aku tersangkut, terlepaslah sholat Jumaatku hari itu. Bila hujan reda aku meneruskan perjalanan ke pejabatku yang terletak di Damansara Heights. (rupanya tu lah kali terakhir aku menunggang viragoku)
Hari Ahad 16 Jun’ 2002, pagi-pagi lagi aku ke pasar mencari daun sup/bawang dan sup bunjut Adabi serta membeli seekor ayam untuk di buat sup untuk isteriku yang demam, semoga dengan masakanku terbuka seleranya nanti. Memang telah menjadi kebiasaanku ke pasar membeli barang-barang keperluan rumah, aku tak kekok…biasalah orang lelaki pergi ke pasar. Sampai di rumah aku membersihkan ayam yang aku beli tadi, setelah bersih aku menumis sup mengikut resepiku, sebelum ini pun aku pernah memasak sup ‘ikan haruan’ untuk isteriku yang baru lepas bersalin secara ‘ceaseran’. Tak ada masalah pun resepiku itu, isteriku makan apa yang aku masak, sedap tak sedap bantai sajalah…Seperiuk sup aku masak hari ini, setelah masak aku merasanya ‘eem…emm boleh tahan juga masakanku’, aku menyuruh anak-anakku menjamah sup yang aku masak tapi itu isteriku tak berselera untuk menikmatinya…..demam biasalah!!! tak ada selera. Malam aku buka periuk tenggok sup yang aku masak tak luak, tak sedap kot…keeh…keeh…keeh… air tanggan kassim selamat katakan.
Di sebelah petang mertuaku bersama nenek saudaraku datang menjenguk isteriku. Aku membuat minuman untuk tetamuku. Isteriku terbaring lesu di sofa, aku duduk mengadap tv yang sedang rancak menyiarkan ‘World Cup 2002’. Sambil berbual-bual nenek saudaraku memegang sepotong kunyit dan membaca sesuatu lalu menyapu kunyit ke dahi isteriku, memang telah menjadi kebiasaan keluargaku menggunakan kunyit untuk demam-demam ringan, petua orang-orang tua, alhamdullillah sebelum ini adalah berkurangan demamnya. Seketika kemudian anakku Amir memberitahuku ayam serama peliharaannya telah hilang dari sangkarnya, aku mencapai kunci kereta memusing-musing di beberapa jalan dan lorong mencari ayam seramanya.
Isnin 17 Jun’ 2002, aku ke pejabat seperti biasa tanpa isteriku. Di pejabat aku membereskan beberapa tugas yang tertangguh. Pukul 6.30 petang aku bersiap untuk pulang. Sampai di rumah aku melihat keadaan isteriku semakin lesu dan aku mengambil keputusan membawanya ke klinik yang berhampiran. Doktor yang memeriksanya menggarahkan aku membawa isteriku ke hospital kerana ada tanda-tanda dia menghidapi demam denggi. Setelah selesai menghantar anak-anakku kerumah neneknya aku memandu menuju ke Kuala Lumpur, isteriku terbaring lemah di bahagian belakang tempat duduk. Sambil memandu aku berfikir, ‘hospital mana yang hendak aku tuju, Kajang ke?, Jalan Ampang ke?’ Akhirnya aku mengambil keputusan ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang, dalam hatiku berkata ‘senang nanti rakan-rakan pejabatnya nak melawatnya’. Setelah selesai urusan kemasukan isteriku aku pulang kerumah, niat di hati nak singgah sekejap di Chow Kit Rod nak ronda-ronda, dah lama aku tak menjengok Chow Kit, tapi aku membatalkan hasratku kerana badanku rasa tak sedap, nak demam kot! (rupanya inilah hari terakhir aku ke pejabat)
Selasa 18 Jun’ 2002, aku mula berasa demam dan tak ke pejabat, aku menelefon staffku Shashi untuk memberitahunya aku tak sehat mungkin aku ambil MC, aku masih ingat pertanyaannya ‘ What happen to your voice’, aku jawab rengkas ‘Demam’. Petang aku mengambil anakku Syafeeni untuk ke hospital, aku sempat berpesan kepadanya agar menyuruh neneknya memasak ‘agar-agar merah’ kerana tiba-tiba tekak ini terasa nak makan. Sampai di hospital anakku mengajakku singgah di restoran berdekatan kerana dia teringin nak makan ‘Mee Bandung Muar’. Aku singgah sekejap di restoran tersebut, aku cuma minum fresh oren saja, anakku berselera menghadap mee Bandung Muar, memang dia kuat makan………...Malam setelah melawat isteriku, aku pulang tapi aku dah tak larat nak memandu lalu menyuruh anakku memandu………..tawakal sajalah kataku. Dalam kelesuan, aku sempat juga menegur anakku kerana kurang cermat ketika memandu, awak dahlah tak ada lesen, gaya memandu macam orang dah expert. Aku menghantar dia pulang ke rumah neneknya dan memandu pulang kerumah sendirian.
Rabu 19 Jun’2002, sepanjang hari aku tidur saja, memang aku betul-betul demam. Pagi aku sempat menghantar anakku ke sekolah kemudian sempat singgah ke klinik mendapatkan rawatan. Aku menelefon isteriku untuk memberitahunya yang aku tidak dapat melawatnya hari ini kerana tak larat. Petang birasku singgah kerumah bertanya samada aku nak mengikutnya ke hospital. Aku tak dah tak larat hanya berbaring di atas sofa. Sebentar kemudian anakku Amir datang menghantar agar-agar yang ku pesan semalam, cepat betul mertuaku membuatnya, sayang menantu katakan!! Aku cuma menjamah sedikit saja, tekak terasa pahit……semalaman aku tidur saja. (hingga sekarang, bila makan agar² merah, aku terkenang kisah ini)
Khamis 20 Jun’2002, aku terbangun dari tidur pukul 4.30 pagi lalu mengemas-ngemas dan menyusun pakaian yang berselerak, makumlah dah seminggu isteriku demam tak berkesempatan nak mengemas. Aku takut kalau-kalau pihak jabatan kesihatan datang kerumahku untuk membuat pemeriksaan denggi, rumah bersepah malu aku nanti. Pukul 6.30 pagi dalam keadaan terhuyung hayang aku memandu kereta kerumah mertuaku, sampai disana aku terus naik berbaring dikatil, anakku sedang bersiap nak sekolah. Aku meminta anakku supaya tidak ke sekolah kerana nak menghantarku ke klinik. (kali terakhir aku memandu wajaku...alahai)
Pukul 8.30 pagi, aku dah berada di depan klinik, pembantu klinik memberitahuku bahawa doctor lewat sedikit dan menyuruhku datang semula pada pukul 10 pagi. Aku datang semula ke klinik pukul 10 pagi, doctor membuat pemeriksaan dan mengambil contoh darahku untuk diuji. Aku meminta doctor memberiku suntikan kerana tak tahan lagi badanku, menggelegak rasanya!. Setelah mendapat rawatan aku pulang kerumah, semasa hendak melangkah keluar dari kereta, aku rasakan kedua-dua kakiku lemah tapi ku gagahi juga bergerak. Tak beberapa lama, aku menerima panggilan dari klinik yang mengesahkan ujian darahku bebas dari demam denggi.
Petang aku ke hospital melawat isteriku , aku menyuruh anakku memandu, memang itu yang dia suka…….Sampai di hospital anakku terus ke bilik isteriku, aku pula duduk di ruang lobi kerana pening dan tak larat nak bergerak. Dalam keadaan terhuyung hayang aku terus mencari-cari klinik doctor yang merawat isteriku, senang kerana dia juga merawat kes isteriku. Setelah membuat pemeriksaan aku terus ditahan di wad, aku meminta izin untuk keluar menghantar pulang keretaku tetapi jururawat tidak membenarkannya. Anakku memberanikan diri memandu pulang keretaku, memang dia betul-betul berani………….Malam itu aku cuma makan agar-agar yang ku bawa dari rumah dan minum air bali dan fresh oren yang ku pesan dari hospital.
Hari Jumaat 21 Jun’2002 dan hari Sabtu 22 Jun’2002, aku tak berapa ingat apa yang berlaku. Aku cuma ingat beberapa rakanku dan adik iparku Lan datang melawatku, masa itu fikiranku melayang aku tak tahu apa yang mereka bualkan., yang aku ingat pesanan jururawat supaya jangan tinggakan handphone dalam laci nanti di khuatiri hilang. Sepanjang hari aku menghabiskan waktu menonton tv, ada masanya tv pula menontonku…………..kebetulan semasa itu perhimpunan Agung Umno sedang di tunjukkan di kaca tv, jadi dapatlah aku mendengar perbahasan mereka, walaupun aku tak suka Umno tapi aku masih hendak mengikuti perkembangannya. Ini yang di katakan ‘Benci Tapi Rindu’. (handphone terakhirku Nokia 3310 warna biru. Hingga sekarang aku tak punya handphone lagi. Tak mampu nak pegang)
Hari Ahad 23 Jun’2002, aku tidak ketentuan, sekejap beralih tidur di kerusi panjang, sekejap baring di atas katil. Petang anak-anakku dan mertuaku datang melawat kami berdua, sebelum mereka pulang aku meminta anakku tinggal menjagaku tapi memandangkan mereka sekolah keesokkannya maka isteriku tak membenarkan. Malam di kaca tv aku melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menangis semasa ucapan di persidangan Umno tapi aku tahu kenapa beliau menanggis kerana masa itu fikiranku jauh melayang, aku bukan aku lagi!!. Aku juga mendengar salah seorang pemimpin parti pembangkang dalam keadaan tenat, tapi aku kurang pasti siapakah dia? kerana ketika itu aku pun tenat juga!!! (Yang sakit tenat tu Alahyarham Dato' Fadzil, Perisiden Pas. Aku tau arwah meninggal selepas sedar dari koma)
Malam itu keadaan aku bertambah gawat, lebih kurang pukul dua tiga pagi aku bangun menuju keluar bilik. Aku sudah tidak larat untuk berjalan lalu duduk di atas kerusi roda yang ada di depan bilikku. Dalam keadaan lemah aku menolak kerusi itu menunju ke pintu lif untuk ke tingkat dua menemui isteriku. Sampai di kaunter jururawat, aku di tahan dan di tegur oleh jururawat kerana bergerak sendirian. Aku menyatakan hasratku untuk berjumpa isteriku kerana aku dalam keadaan kesakitan. (rupanya malam itulah kali terakhir aku berjalan sebelum lumpuh)
Aku di temani oleh isteriku dan di hantar kembali ke bilikku, Aku sudah tidak ingat apa yang tejadi pada diriku, aku di beritahu oleh isteriku bahawa darah menjijis-jijis ke lantai kerana aku mencabut drip yang terpasang di tangganku, menurut isteriku, aku sempat menggelap darah yang bertitisan di atas lantai, wah…wah….rajinnya aku dalam keadaan tak waras pun sempat menggelap lantai. Aku mengadu sakit di bahagian tengkuk dan doctor yang bertugas datang merawatku
Keesokan keadaan aku bertambah kritikal, aku terpaksa menggunakan bantuan oksijen untuk bernafas. Isteriku di benarkan keluar wad hari itu, semasa isteriku pergi memproses daftar keluar, aku pula di di bawa masuk ke bilik rawatan rapi ICU.
Ikutlah kisah seterusku di dalam ‘ICU 46 hari, Antara Hidup dan Mati
Kassim Selamat - 'Takdir Penentu Segalanya'
Bersambung ....
Labels: Kassim Selamat
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
