KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

"Ikan Masin Cekek Leher''

dipetik: kassimselamat
Siaran ulangan. Entri yang kusiarkan pada 13 Jun' 06. Catatan ini telah kuperbetulkan sedikit cara penulisannya. Catatan awal agak kelam kabut cara ejaannya, komanya dan tatabahasanya. Maklumlah, ketika itu baru belajar menulis dan berblog.


************************

Hari ini aku nak mengimbau kisah zaman kecilku. Blogku pun bertajuk 'Nostalgiaku', jadi sesuailah bercerita kisah silam. Ayahku bekerja di kem tentera dan arwah ibuku pula mengambil upah membasuh baju dan mengemas rumah seorang pegawai tentera. Ibuku membantu ayah bagi menambah pendapatan demi nak membesarkan anak²nya. Kalau di kenangkan kembali, kesian mereka bersusah payah nak membesarkan kami.

Pagi pukul 8.00, ibuku sudah keluar bekerja. Pukul 12 tengahari baru balik. Di sebelah petang ibuku membuat kuih-muih untuk aku dan abang-abangku menjaja. Aku menjaja di sebelah petang abang² menjaja di sebelah malam di kem tentera.

Kisah-kisahku menjual kuih akan aku ceritakan nanti di lain masa. Hari ini aku nak bercerita tentang kisah aku membawa bekal ke sekolah. Kisah ini selalu aku ulang cerita kepada anak-anakku sehingga mereka pun telah hafal dengan ceritaku. Bukan apa, sekadar mahu mereka tahu bertapa susah ayahnya semasa kecil.

Aku memang gemar makan kari kepala ikan di Kg. Pandan. Setiap kali ke sana, aku pasti tempuhi jalan ke sekolah lamaku, Sekolah Aminuddin Baki. Apabila setiap kali melewati di hadapan jalan sekolah itu, aku pasti memperlahankan keretaku untuk mengimbau kenangan lama.

Di satu sudut di belakang gymnasium sekolah, aku tunjukkan kepada anak-anakku bahawa aku pernah menyorok makan di situ. Ketika itu aku di tingkatan satu. Bila loceng rehat berbunyi, rakan-rakanku berlari ke kantin. Sementara aku pula berlari ke belakang gymnasium sekolah. Rakan²ku berbelanja di kantin, aku pula membuka bekalan yang di siapkan oleh ibuku. Aku jarang sekali membawa wang ke sekolah.

Aku malu nak makan di kantin kerana bekalan yang aku bawa cuma nasi putih dan berlaukkan seekor ikan masin. Jika sekarang orang panggil 'ikan masin cekik leher'. Aku tak pasti kenapa nama ikan itu di panggil begitu. Mungkin di sebabkan saiznya yang kecil. Hingga sekarang aku gemar dengan ikan masin ini.

Aku makan pun di dalam keadaan tergopoh gapah kerana malu jika rakanku nampak lauk bekalanku. Walaupun cuma berlaukkan ikan masin tapi bagiku ia sudah terlalu sedap. Tambah pula ketika itu perut aku sedang lapar. Selepas makan aku pergi ke paip berdekatan untuk menikmati minuman. Jika rakan-rakanku menikmati air sirap atau air oren yang dibeli di kantin, aku pula hanya menikmati minuman 'paip sikola' sahaja. Percuma, hilang juga dahagaku.

Itulah ceritaku kepada anak-anakku setiap kali melintasi di hadapan sekolah lamaku, Sekolah Aminuddin Baki.

Sambil bergurau aku katakan kepada anak-anakku "Jka ayah seperti kamu semua, belanja cukup, duit cukup, tak berlapar ke sekolah, mungkin ayah sekarang ini sudah menjadi doktor atau dekan dekat universiti".

Anak-anakku tersenyum mendengar ceritaku ini........

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive