KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

Hantu Baru Untuk Perak

bulanpenuh2012.blogspot

Jika anda berada di negeri Perak, luangkanlah sedikit masa anda bermula 28 April hingga 4 Mei 2008 (waktu pejabat), untuk menjenguk-jenguk Pejabat Pilihanraya Negeri, Pejabat Penghulu, Pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Pos di seluruh negeri itu.

Sepanjang tempoh itu, SPR Perak akan mempamerkan senarai pengundi-pengundi hantu terbaru yang didakwanya sebagai pengundi baru daftar atau baru tukar alamat tempat mengundi sepanjang tempoh 1 Januari hingga Mac 2008 yang lalu.

Sumber pemuda Umno Perak memberitahu, kira-kira 95,000 pemilih baru akan dimasukkan dalam senarai pameran pemilih yang pertama selepas PRU12 ini. Untuk eksesais kali ini, 13 kawasan parlimen majoriti melayu akan diberi tumpuan.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Grik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Padang Rengas, Tambun, Kuala Kangsar, Parit, Pasir Salak, Bagan Datok dan Tanjung Malim.

Bagaimanapun, sumber tidak pasti bagaimana agihan hantu itu akan dilakukan. Apa yang pasti hanya 10% dari senarai baru itu yang benar-benar genuine. Selebihnya adalah projek penambahan pengundi Umno Perak dengan kerjasama SPR untuk menawan kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Aktivis-aktivis Bersih dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Perak dinasihatkan berhenti bersorak seketika untuk memastikan kampung halaman mereka tidak tergadai di tangan hantu-hantu ini.

Sila luangkan masa untuk meneliti butiran pemilih-pemilih yang akan dipamerkan nanti. Pastikan tiada hantu yang didaftarkan di pondok tunggu durian di kebun anda. Tengok sama ada saudara-mara anda yang telah meninggal dunia dimasukkan semula dalam daftar pemilih atas alasan bertukar alamat?

Mungkin juga nama anda disenaraikan sebagai pengundi di 2, 3, 4, 5, 6, 7, malahan 100 lokaliti dan daerah mengundi yang berlainan!

anakbulan
noontimesilence@yahoo.com

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive