KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Pengundi hantu. Show all posts
Showing posts with label Pengundi hantu. Show all posts

Aug 24, 2008

PKR’s Sivarasa warns of vote rigging

Minsider | ...

"They are using an illegal list. The Election Commission, which is custodian of the conduct of elections, is willfully violating the law," Sivarasa told reporters.

Although the Election Commission is an independent body, critics often accuse it of acting on the government's wishes.

Sivarasa said that under Malaysian law, any new list of voters must be publicly exhibited to allow for objections before its final approval.

A total of 949 voters who were listed in the last official roll approved in June are missing in the new roll, Sivarasa said. The party conducted checks and found that more than 800 of them are still living in the area but would become ineligible to vote because their names are missing, he said.

He did not say if the missing names are those of opposition supporters.

Sivarasa said the missing voters have been replaced with 861 new names, of which nearly half are non-residents who would cast their votes by post.

The Election Commission insisted the new list is valid.... selanjutnya.

1020 Voters without house number in P44 P/Pauh-why?

Permatang Pauh contains 1,020, or only 1.8%, non-postal voters without house number. But the broader issue is that 1/3 of all Malaysian voters are registered without house number. The government should abolish the SPR-centered voter registration process, and automatically register all adult MyKad-holding citizens, to prevent SPR from introducing registration mistakes, inconsistencies, and delays
…

Table B zooms into more details at the “locality” or street level:

  • There are 414 localities in P044 for non-postal voters. …
  • 123 of these 414 civililan localities contain at least 1 voter who registered without house number.
  • Table B selects only 57 out of these 123 localities - only those localities containing 5 or more voters who register without house number

Lapuran lanjut dari MAFREL

Aug 23, 2008

Mencari Pengundi Hantu

YB Raveen mencari rumah yang di huni seramai 200 orang. Seperti yang di jangka, rumah kosong seperti ini memang berpenghunikan 'HANTU' bertugas untuk mengundi pada pilihanraya. Klik Berita selanjutnya di SINI.

Aug 22, 2008

RM1,000 untuk jadi hantu

Menariknya tentang pilihanraya Permatang pauh, rakyat dah tak hairan dengan UMNO. Baik apa pun yang di tawarkan .... ambil tapi undi lain.

Bila hati dah tak suka, segala tawaran bukan setakat diambil, malah mereka yang menerima wang sogokan itu sanggup untuk menjual info kepada pihak Pakatan Rakyat untuk di jadikan modal pendedahan dan pembongkaran. Baca cerita berikut .....

Sumber yang merupakan seorang kakitangan yang bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya memberitahu Suara Keadilan, komplot undi hantu ini di percayai di dalangi oleh Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Adnan Mansor atau dahulunya di kenali sebagai Adinan a/l Manzoor sebelum beliau menukar nama dalam tahun 70an.

Menurut kakitangan tersebut tawaran itu di buat terutamanya kepada kakitangan berjawatan rendah seperti pemandu, kerani, pembantu tadbir dan sebagainya.

“Mereka ditawarkan RM1,000 seorang dan diminta memandu kereta sendiri ke Permatang Pauh,” kata sumber. - Suarakeadilan
Aku nak bagi nasihat ..... UMNO kena hentikan usaha beli beli orang ni. Buang masa dan buang duit. Baik korang derma pada anak miskin. Sekurang kurangnya dapat pahala dan boleh jadi bukti korang tu baik baik orangnya.

May 19, 2008

Email to Kang Chai Kee: Whose Ink Is This?

kickdefella - [...] This is the sad state Malaysians are in nowadays. Lucky you to be in faraway land where you can walk tall without people knowing you are a Malaysian. I used to be proud to be a Malaysian. I used to walk tall in foreign land and when people approached me asking where am I from, I proudly said, “Malaysia”. And they said, “Malaysian? Mahathir? Good country, we love it!” And when a transvestite or more of a drag queen, passed in front of our cab, the cab driver suddenly turned and pointed at the drag queen as said, “Mr. Anwar!” Yes, we do have good laugh.

Now I wonder what will make the foreign cab driver turns and remind us of our current Prime Minister?

Dearest Chai Kee,

At 6.15 am on the election day, as I about to lie down to sleep, I received a call asking me to shoot immediately to Tanah Merah, because the first sign of clone voters had appeared. The video below is what we captured to prove why we fight for the indelible ink so much. The same video was given to Al Jazeera International as the prove that we are not the boy who cried wolf!



... selanjutnya.

Apr 26, 2008

Hantu Baru Untuk Perak

bulanpenuh2012.blogspot

Jika anda berada di negeri Perak, luangkanlah sedikit masa anda bermula 28 April hingga 4 Mei 2008 (waktu pejabat), untuk menjenguk-jenguk Pejabat Pilihanraya Negeri, Pejabat Penghulu, Pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Pos di seluruh negeri itu.

Sepanjang tempoh itu, SPR Perak akan mempamerkan senarai pengundi-pengundi hantu terbaru yang didakwanya sebagai pengundi baru daftar atau baru tukar alamat tempat mengundi sepanjang tempoh 1 Januari hingga Mac 2008 yang lalu.

Sumber pemuda Umno Perak memberitahu, kira-kira 95,000 pemilih baru akan dimasukkan dalam senarai pameran pemilih yang pertama selepas PRU12 ini. Untuk eksesais kali ini, 13 kawasan parlimen majoriti melayu akan diberi tumpuan.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Grik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Padang Rengas, Tambun, Kuala Kangsar, Parit, Pasir Salak, Bagan Datok dan Tanjung Malim.

Bagaimanapun, sumber tidak pasti bagaimana agihan hantu itu akan dilakukan. Apa yang pasti hanya 10% dari senarai baru itu yang benar-benar genuine. Selebihnya adalah projek penambahan pengundi Umno Perak dengan kerjasama SPR untuk menawan kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Aktivis-aktivis Bersih dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Perak dinasihatkan berhenti bersorak seketika untuk memastikan kampung halaman mereka tidak tergadai di tangan hantu-hantu ini.

Sila luangkan masa untuk meneliti butiran pemilih-pemilih yang akan dipamerkan nanti. Pastikan tiada hantu yang didaftarkan di pondok tunggu durian di kebun anda. Tengok sama ada saudara-mara anda yang telah meninggal dunia dimasukkan semula dalam daftar pemilih atas alasan bertukar alamat?

Mungkin juga nama anda disenaraikan sebagai pengundi di 2, 3, 4, 5, 6, 7, malahan 100 lokaliti dan daerah mengundi yang berlainan!

anakbulan
noontimesilence@yahoo.com

Mar 31, 2008

PERATUSAN PENGUNDIAN: 99.85% di Jerlun?

Marhaen
Satu realiti yang sangat tidak boleh dipercayaai di Kawasan Pilihan Raya di mana peratusan Pengundian di Jerlun
mencapai 99.85% manakala dua DUN yang di bawahnya hanya mencatat

KOTA SIPUTEH - PERATUSAN PENGUNDIAN : 81.56%
dan
AYER HITAM - PERATUSAN PENGUNDIAN : 82.24%


APAKAH SPR salah lapor atau sesuatu yang tidak benar berlaku?

Mar 18, 2008

BN KATA TAK DER PENGUNDI HANTU

Bas ini tidak membawa pelajar atau perantau tetapi membawa pengundi hantu dari Keluang, Johor!
buletinonline

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantu1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Marang, 16 Mac – Kenyataan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri(TPM), Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihanaraya(SPR) yang menyatakan bahawa "tidak ada pengundi hantu yang masuk ke Terengganu" adalah tidak benar dan jauh dari realiti yang berlaku pada hari pengundian 8hb Mac yang lalu

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Encik Ariffin Deraman ketika dihubungi oleh Buletin Online hari ini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/hantudalambas.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kita sedang menerima banyak gambar-gambar dan dokumen dari seluruh negeri Terengganu yang kita akan klasifikasikan secara ‘detail’, untuk dijadikan bukti bahawa memang wujud pengundi hantu dan dakwaan kita adalah benar” tegas En. Ariffin.

Pada 5hb Mac lalu, Dato’ Seri Najib menegaskan, tiada istilah pengundi hantu dalam pilihan raya dan apa yang dihebohkan itu adalah perantau yang pulang semata-mata untuk mengundi.

(Foto : gambar semua penumpang dalam bas.... adakah mereka pelajar atau perantau rakyat Terengganu yang bekerja diluar)


Terdahulu dari itu, pada 2hb Mac, Suruhanjaya Pilihanraya menafikan wujud 'pengundi hantu' di Kelantan dan Terengganu sebaliknya ‘percaya’ mereka adalah anak tempatan yang merantau ke negeri lain dan pulang ke kampung untuk mengundi.

Kenyataan TPM dan SPR itu adalah respon terhadap amaran kepada pengundi hantu oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abd Abd Hadi Awang dan pendedahan PesuruhJaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Hj Mustafa Ali berkaitan sejumlah 85,000 pengundi hantu yang akan masuk ke Terengganu menjelang pilihanraya umum yang lalu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Pengundi-pengundi misteri yang wujud dalam senarai pemilih ini dipanggil pengundi projek oleh pihak UMNO/BN Terengganu dan disahkan sebagai ‘pengundi khusus’(special voter) oleh Ketua Polis Negara pada 8hb Mac lalu.

(Foto: kita perbesarkan gambar mereka untuk melihat wajah sebenar hantu)

“Pengundi-pengundi bukan rakyat Terengganu dan tidak ada kena mengena dengan politik Terengganu, yang didaftarkan sebagai pengundi dan disahkan oleh SPR,

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“konspirasi pihak-pihak yang berkuasa dengan secara terancang bagi tujuan memenangkan UMNO/BN dan mengalahkan parti lawan khususnya PAS di Terengganu” terang Encik Ariffin Deraman bila diminta mengulas tentang maksud pengundi hantu.

(Foto: kita bahagikan gambar kepada dua supaya lebih jelas, adakah mereka pelajar ?)

Justeru, pihak Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu yang telah menerima banyak maklumbalas orang ramai yang menghantar gambar serta dokumen pengundi hantu yang datang dengan bas untuk mengundi di Terengganu.

“Kita menerima banyak gambar, salah satu darinya adalah gambar sebuah bas yang datang dari Keluang Johor, siap dengan senarai nama pengundi dan rakaman perbualan dengan pemandu bas tersebut,

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantubas6.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“tidak seorang pun dari penumpang bas tersebut adalah rakyat Terengganu dan bukan juga terdiri dari para pelajar.” kata Encik Ariffin Deraman lagi.

Dalam pendedahan Pesuruhjaya PAS Terengganu, sehari sebelum hari pengundian, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS mendapat maklumat terdapat kira-kira 190 buah bas serta 2000 buah kereta yang akan masuk ke Terengganu dan Kelantan dari pelbagai penjuru khas membawa pengundi ‘luar’ yang didaftarkan di negeri Terengganu dan Kelantan sebagai pengundi yang sah.

Katanya, bas tersebut didapati juga bukan sahaja membawa para pelajar dari pusat pengajian tinggi tetapi diselit dengan orang-orang yang bukan pelajar.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan pihak luar sebagai pengundi di Terengganu dan Kelantan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/phantunama.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

(Foto : Nah... ini senarai nama mereka..... adakah mereka rakyat Terengganu)

Beberapa hari sebelum pengundian 8hb Mac, Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, memaklumkan kepada pimpinan UMNO bawahan dalam satu perjumpaan dan memberi jaminan Barisan Nasional akan memenangi Pilihanraya Umum kali ke 12 berdasarkan dua perkara; pengundi projek(hantu) dan penggunaan lesen ‘terbang’ (kad pengenalan palsu) yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Klik Sini Untuk Dengar/Download Rakaman Perbualan

Mar 8, 2008

MAFREL BUAT LAPURAN POLIS PENGUNDI HANTU

wrlr.blogspot.com

3 Disyakki pengundi hantu di tangkap.Sehingga kini belum ditentukan keadaan, namun menurut maklumat yang diterima pihak yang sama telah cuba mengundi disebelah pagi dan datang semula disebelah petangnya. Ini menimbulkan keadaan yang kurang menyenangkan dari pihak BA.

BANGLADESH CUBA BUANG UNDI

Imagepru12.globalmediachannel.


Seorang lelaki Bangladesh yang disyaki cuba mengundi di Sekolah Menegah Pendek menggunakan identiti palsu pada jam 10.00 pagi, gagal menunjukkan kad pengenalan apabila diminta oleh petugas pilihanraya PAS.

Lelaki tersebut sebaliknya menunjukkan paspot Bangladesh miliknya. Setelah soal siasat dijalankan, lelaki berkenaan terus meninggalkan tempat membuang undi tersebut.

Pengundi hantu ditemui di Tanah Merah

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Sekumpulan pengundi hantu telah dikenalpasti di Gual Ipoh di Tanah Merah.

Bagaimanapun, mereka dikawal oleh polis untuk di bawa ke pusat pengundian.

Kerjasama polis dengan pengundi hantu yang diduga melalui kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya jangan menyekat bas yang kononnya membawa pegundi kini menjadi nyata.

Media-media pro-kerajaan pula memberika gambaran seolah-olah mereka adalah pengundi yang sah dan rakyat yang menahan bas-bas dan kenderaan pengundi hantu itu digambarkan sebagai ganas.

Menurut peruntukan undang-undang, rakyat boleh menggunakan kuasa tangkapan awam atau "citizen arrest".

Mar 7, 2008

7 BAS DI TERENGGANU

Beberapa buah Bas di tahan di Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Terengganu



Sementara itu .... Menurut berita haruan

Lebih 10,000 anak Kelantan pulang mengundi

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 anak kelahiran Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur, pulang ke negeri itu hari ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum, esok.

Sebanyak 100 bas sewa khas disediakan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Anak Kelantan di Perantauan (Muafakat), untuk membawa mereka pulang ke 14 destinasi di seluruh Kelantan.

Pengerusi Muafakat Prof Hashim Hassan berkata kemudahan disediakan buat pertama kali dan percuma itu, bagi memudahkan anak-anak Kelantan di perantauan terutama di sekitar Lembah Klang pulang untuk mengundi.

Hashim berkata selain perkhidmatan bas ekspres, Muafakat turut memberi sumbangan “duit minyak” kepada anak-anak Kelantan yang pulang dengan kenderaan sendiri.

“Mereka yang terpilih ini terdiri daripada mereka yang datang mendaftar menyertai program berkenaan di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dua minggu lalu.


“Mereka dikehendaki menyemak semula pendaftaran di kaunter-kaunter yang disediakan di sini mengikut kawasan Parlimen masing-masing dengan mengemukakan kad pengenalan,” katanya kepada pemberita di kawasan tempat letak kereta di Stadium Hoki Bukit Jalil, di sini.

Bas-bas ke pantai timur pun mula bertolak....

Azamin Amin
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Terkini, menurut laporan yang diterima daripada pelbagai sumber, hampir 30 buah bas persendirian yang memasang bendera Barisan Nasional (BN) sudah pun berada di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dipercayai akan bertolak ke pantai timur pada bila-bila masa.

Malah sejumlah 10 buah bas daripada pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga turut dilaporkan bertolak ke kawasan yang sama pada pagi tadi malah sistem pesanan ringkas (sms) kepada wartawan juga memaklumkan sejumlah 50 buah bas daripada Perak turut dikesan menuju ke destinasi yang sama.

Sama ada para penumpangnya adalah mereka yang berasal di Kelantan, Trengganu dan Pahang tetapi berkerja di ibu kota ini bertujuan untuk pulang mengundi ataupun para pengundi yang tidak dikenali yang diupah untuk mengundi, hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Dan Dia sahajalah yang memakbulkan doa rakyat Malaysia yang telah pun menyampaikan mesej ke langit semalam dan beberapa hari sebelumnya.

"Biar apa pun ikhtiar manusia, penentu segalanya di tangan empunya kuasa di langit dan bumi.

"Awal jam 4 pagi lautan manusia membanjiri Stadium Sultan Mohammad Ke IV menadah tangan berdoa ke hadrat Allah. Mereka mengadu kepada Allah di atas keangkuhan manusia," kata wartawan Kelantan Mazlan Jusoh yang melaporkan solat munajat tersebut.

Titisan air mata jernih mengalir membasah pipi di dini hari dan puluhan ribu rakyat Kelantan mengadu musuh semakin bongkak mahu menggayang Islam bagi merobek kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam, katanya.

Dilaporkan juga, ketika ini jalan raya dan lebuh raya menuju ke Pantai Timur mengalami kesesakan teruk akibat ramai pengundi yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab pada hari esok.

Mengikut maklumat 30,000 pengundi luar bakal membanjir tempat-tempat panas di sini, dalam misi Umno menawan Kelantan.

Dilaporkan juga beberapa buah bas yang dipercayai membawa penumpang tidak dikenali termasuk 18 orang dari Sabah dikatakan berada di sini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan.

Bas yang membawa penumpang yang diragui itu dikatakan berada di Darul Hanan sejak semalam, di mana penumpangnya ditempatkan di sebuah dewan di situ.

Ketika tinjauan ke lokasi terbabit didapati dewan yang dikatakan menempatkan penumpang mencurigai itu kelihatan berkunci rapat, malahan bas yang membawa mereka juga sudah tiada, menurut wartawan Salmah Mat Husain.


Seorang penduduk tempatan, Yusof Mamat, 62, ketika ditemui mengesahkan beliau melihat bas-bas tersebut berada di situ sejak semalam.

"Saya tengok sendiri dan rasa pelik dengan orang ramai di situ entah dari mana pula datangnya mereka dalam saat-saat begini.

"Apa yang lebih menarik orang dari Sabah juga ada bersama mereka iaitu seramai 18 orang," ujarnya.

Dilaporkan kira-kira enam buah bas yang mencurigakan dikesan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada jam 5.15 pagi tadi oleh petugas PAS berhampiran.

Menurut sumber, bas-bas pesiaran terbabit membawa pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia.

Rohana Sulaiman, 21, yang ditemui di tempat kejadian menceritakan bahawa beliau telah mendapat maklumat tentang kemudahan yang dipercayai disediakan oleh pihak Yayasan Terengganu diiklankan menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

"Iklan mengenai khidmat kenderaan secara percuma untuk balik ke Terengganu tidak dibuat secara umum. Saya mendapat maklumat ini melalui seseorang yang bernama Razali, jawatankuasa yang terlibat menghantar sms kepada mahasiswa Terengganu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ujarnya, sebelum bertolak daripada Kuala Lumpur mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan mengundi di dun-dun tertentu malah dalam perjalanan Rohana mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan trip perjalanan yang tidak membenarkan penumpang turun apabila tiba di lokasi yang dituju.

"Dalam bas tadi, kami 'dibrainwash' memburukkan PAS dan KeADILan seterusnya mengutuk kerajaan PAS Kelantan. Kami juga tidak dibenarkan turun di lokasi yang kami nak turun, macam contoh kawan-kawan di Dungun dan Kemaman, mereka dihalang turun. Katanya kena sampai di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk sesi taklimat," katanya sambil mendakwa berasa tertipu dengan khidmat tersebut.

Polis selamatkan siswa disyaki pengundi

malaysiakini

Polis terpaksa menyelamatkan lima buah bas yang membawa pelajar pusat pengajian tinggi selepas dikepung oleh kira-kira 150 penyokong sebuah parti politik yang mengesyaki mereka sebagai "pengundi hantu".

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayob Yaakob berkata, lima bas tersebut dikepung di perkarangan Masjid Terapung, di Kuala Ibai, Kuala Terengganu awal pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, polis dimaklumkan oleh orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 pagi.

Sehubungan itu, katanya seramai 80 orang anggota polis telah dikejar ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Katanya, pihak polis bertindak membawa bas-bas dan semua pelajar berkenaan ke tempat yang selamat.

Ayub tidak menyatakan tempat selamat tersebut tetapi Malaysiakini difahamkan, mereka dibawa ke perkarangan Wisma Darul Iman, iaitu kompleks pejabat kerajaan negeri Terengganu.

Pada masa yang sama, empat buah bas lagi yang membawa pelajar kumpulan yang sama, berada di Marang, juga dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Apabila mendapat tahu mengenai kejadian tersebut, mereka telah meminta bantuan polis di Marang untuk mengiringi mereka ke tempat yang selamat tersebut.

Menurut beliau, sembilan buah bas tersebut membawa seramai 350 orang, sebahagian besarnya penuntut pusat pengajian tinggi.

Setakat ini, katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Ayub berkata, polis juga menerima dua aduan daripada pemandu terbabit, kerana cermin bas mereka pecah, dipercayai dilontar batu.

Pagi tadi, katanya, bas-bas tersebut telah dibenarkan beredar dari Kuala Terengganu secara berperingkat-peringkat dengan diiringi oleh pihak polis.

Sehubungan itu, Ayub mengingatkan orang ramai supaya jangan bertindak sendiri kerana hanya polis sahaja yang boleh membuat tangkapan.

"Kalau tidak puas hati, boleh buat laporan polis," kata beliau sambil menasihatkan pemimpin parti-parti politik supaya mengawal tindak-tanduk penyokong supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan.

Beliau juga mengingatkan bahawa orang ramai tidak boleh mengadakan perhimpunan secara haram pada hari mengundi.

PAS: Ribuan 'pengundi hantu' ke T'ganu

.malaysiakini

PAS mendakwa 190 buah bas dan 2,000 kereta yang membawa "pengundi hantu" telah dan sedang menuju ke Terengganu dan Kelantan untuk memastikan kemenangan BN.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali mendakwa, projek membawa masuk pengundi-pengundi ini dijalankan oleh sebuah agensi pelancongan yang mendapat kontrak dengan sebuah yayasan di negeri itu.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Mustafa mendakwa lagi, sebahagian besar mereka yang menaiki bas itu pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk pelajar dari luar negara.

Terdapat juga pekerja asal Indonesia dan Burma di atas bas-bas terbabit, katanya lagi.

Menurutnya Mustafa, mereka sekarang ditempatkan di sekolah, chalet dan resort, selain pusat tahanan imigresen di Ajil, Hulu Terengganu.

Beliau, yang juga pengarah pilihanraya pusat PAS, berkata daftar pemilih di Selangor yang dikeluarkan untuk hari pengundian berbeza dengan daftar awal yang diedarkan sejak hari penamaan calon.

Katanya, pada pilihanraya 2004 kejadian seumpama itu pernah berlaku di Selangor sehingga perkara itu dibawa ke mahkamah.

Mar 5, 2008

30,000 Mykad untuk PENGUNDI HANTU Selatan Thailand

siasahdaily.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Berpuluh-puluh buah bas dijangka akan bertolak dari Stadium Bukit Jalil pagi Jumaat ini menuju ke Kelantan.

Menurut sumber, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen(B) Husaini akan melepaskan mereka dari stadium berkenaan.

Umno mendakwa mereka adalah pengundi luar yang mahu pulang ke Kelantan untuk mengundi namun menurut sumber, sebahagian dari mereka adalah pengundi hantu yang didaftar Umno untuk mengundi di Kelantan.

Siasah difahamkan, PAS telah meminta orang ramai agar mengambil gambar-gambar mereka kerana ia bakal dijadikan bukti dalam sebarang kes selepas pilihan raya nanti.
Sebahagiannya adalah dari Selatan Thailand yang mendapat kad pengenalan ekspres untuk membolehkan mereka mengundi bagi menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.


Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat pengakuan kepada rakannya, dia mempunyai 30,000 nombor kad pengenalan yang didaftar untuk penduduk Islam selatan Thai bagi membolehkan mereka mengundi BN di Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

PENDATANG INDONESIA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGUNDI

This summary is not available. Please click here to view the post.

Mar 4, 2008

PERIHAL PENGUNDI HANTU BURMA

Pengundi Burma sampai ke Pekan, Pahang

anakperelihblog

Apabila membaca laporan Malaysiakini mengenai pengundi pengundi keturunan Burma di Pekan, Pahang, saya agak terkejut kerana sampai begitu jauh pendatang Burma ini digunakan oleh BN untuk memenangkan calon calon mereka.

Selama ini saya mengutarakan isu pendatang pendatang Burma ini yang banyak di Pulau Langkawi serta Kuala Perlis yang dilayan sebagai "anak Emas" kerajaan dan digunakan oleh BN sebagai pengundi hantu.

Saya pernah menulis bagaimana Mereka ini diberi rumah secara percuma selepas 2 kali kebakaran penempatan mereka di Buklit Malut, Langkawi. Pada kali pertama mereka diberi rumah murah di Taman Nilam, Langkawi dan pada kali kedua , rumah yang dibina oleh pihak tentera berhampiran Taman Nilam - Sungai Kisap.
Sila lihat blog saya di link SINI

Gambar di link berikut :
KLIK SINI



juga tulisan saya di Tranungkite.net
tranungkite.net 01
tranungkite.net 02

Persoalan, apakah mereka akan mengundi untuk BN... terjawap dengan adanya jawatan Peng. warga baru di bilik gerakan BN di satu DUN diPerlis. Rujuk : SINI

Selain dari menjadi "pengundi hantu", mereka juga mendatangkan masalah sosial dengan penduduk setempat di Langkawi dan Kuala Perlis.

PKR: Huge voters scam in Pekan

Malaysiakini

At last, some 200 Burmese migrant families are getting the help they need by being given housing and monthly allowance in Pekan, Pahang.

syed husin aliA timely assistance indeed by the government but PKR deputy-president Syed Husin Ali smells something fishy over the whole deal.

“According to credible sources, hundreds of outside voters from Burma have been brought in through Kedah and have been put on the electoral role for the Pekan parliamentary constituency.

“Those in the know are of the view that this is to guarantee a victory for Umno’s candidate there Najib Abdul Razak,” said Husin in a statement today.

In 1999, Najib won the seat with a slim majority of only 241 seats over his rival candidate from PAS. Five years later, Najib thumped to victory with an incredible majority of 22,922 votes.

According to Husin, the huge difference between 1999 and 2004 was due to the postal votes brought into Pekan for the latter’s general election.

This time, he said, BN is seeking to boost the electoral count for Najib by importing the Burmese as migrant voters and securing this by giving each family several ‘gifts’.

These include free houses in Kampung Cenderawasih, two-acre plots to plant pineapple, and RM300 monthly from the Welfare Department, Husin alleged further.

This village has been established with the help of several departments, including the National Service Department, without the migrants having to do anything themselves.

PAS lodged reports

Their identity cards, he claimed further, contained the code for Kedah but they have been registered to vote in various electoral districts in Pekan.

“PAS has lodged three protests after discerning portion of the electoral roll made public were new names. Several were taken out from the roll after they could not be traced.

“However, many more are believed to remain (on the electoral roll). These people have been brought in to vote on March 8 for we-know-who. It looks like a huge scam is being played out,” said Hussin.

“This special treatment has not been given to Pekan locals themselves. Why have outsiders being given such gifts?” he asked.

This year, Najib is up against PKR’s Khairul Anuar Ahmad Zainudin. Total voters for the seat exceed 58,000, with over 90 percent of whom are Malays. Chinese make up less than three percent while Indians constitute less than one percent of the voters.

OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU



Kenyataan Media

SEKRETARIAT MEDIA PILIHAN RAYA UMUM
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26938399

03 MAC 2008

PAS/DPPP/1.03.04-07(022) 3 Mac 2008
25 Safar 1429

Kepada :
Tan Sri Dato' Seri Hj. Ab. Rashid Ab. Rahman
Pengerusi,
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62690 Putrajaya.

Tan Sri Dato' Seri;

ADUAN OPERASI PENGUNDI HANTU DI KELANTAN DAN TERENGGANU

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Sekretariat Media PAS bagi PRU-12 pada hari ini telah mengadakan satu kenyataan akhbar berkenaan dengan operasi pengundi hantu di Kelantan dan Terengganu dengan mengemukakan dakwaan-dakwaan terhadap BN dan juga SPR.

Bersama-sama ini kami lampirkan aduan berkenaan secara rasmi kepada pihak Tan Sri Dato' Seri bagi mendapat maklum balas lanjut pihak Tan Sri Dato' Seri.


Sekian, dimaklumkan.

Yang menjalankan amanah;

AHMAD SABKI YUSOF
Setiausaha.

s.k ;
1. Setiausaha Agung PAS
2. Istana Negara
3. Media Massa


OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU

Posting terkini

Blog Archive