KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

UMNO DIPROTES KETIKA PENCALONAN

desakerayongindah.

Penamaan Calon yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon Stadium Tertutup Kuala Selangor bagi Parlimen dan DUN Kuala Selangor pada Ahad 24 Februari 2008 telah dihiasi dengan Protes daripada sekumpulan Pembeli Rumah Terbengkalai Desa Kerayong Indah.




Dalam majlis penamaan calon tersebut, pembeli Rumah Terbengkalai Desa Kerayong Indah di dalam DUN Jeram yang kecewa dengan sikap acuh tak acuh pihak yang berkenaan yang selama ini diyakini dapat membantu rakyat untuk memiliki sebuah rumah di Desa Kerayong Indah telah mengadakan satu protes di Pusat Penamaan Calon.

Protes tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa halangan daripada pihak bekuasa seperti Polis dan FRU memandangkan protes yang dilakukan tersebut tidak mengganggu dan menggugat ketenteraman awam.



KEM BARISAN NASIONAL (BN)
Pada kem Barisan Nasional (BN), protes ditujukan kepada calon Wakil Rakyat DUN Jeram Amirruddin Setro dan calon Parlimen Kuala Selangor yang baru Sdr Jahaya Ibrahim agar mereka memahami bahawa rakyat di bawah kawasan mereka amat kecewa dengan kegagalan mereka membantu pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah yang telah melangkaui 9 tahun penantian. Klik disini untuk gambar-gambar penuh.

Dalam pada itu, terdapat provokasi yang sengaja dicetuskan oleh kem BN yang sedang berarak bilamana pembeli-pembeli rumah terbengkalai telah di "boo" sambil mengeluarkan kata-kata kesat yang mencerca pembeli-pembeli yang datang untuk melahirkan kekecewaan terhadap rumah yang telah terbengkalai sepenuhnya ini. Namun begitu, pembeli-pembeli yang memprotes tidak membalas semula kata-kata kesat tersebut untuk tidak memburukkan keadaan.

KEM BARISAN ALTERNATIF (BA)
Pada Kem Barisan Alternatif pula, agendanya ialah untuk disampaikan kepada calon DUN Jeram Hairi@Maruji Darmo dan calon Parlimen Dr Dzulkifly Ahmad agar membantu pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah sekiranya mereka memenangi kerusi tersebut dan menjadi wakil rakyat di dalam Pilihanraya Umum 2008 ini. Klik disini untuk gambar-gambar penuh.


Berbeza dengan kem BN, pembeli-pembeli telah diberikan sepenuhnya ruang dan semangat oleh Barisan Alternatif (BA) di kem mereka untuk pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah menaikkan sepanduk protes ini.

SPR TOLAK BANYAK BANTAHAN BA

Malaysiakini - Pelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

dr loloBantahan itu antaranya dikemukakan oleh calon PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di parlimen Titiwangsa terhadap pencalonan Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir kerana mengesyaki akuan bersumpah Aziz tidak mempunyai duti setem.

Menurut pihak Dr Lo' Lo', Aziz juga melanggarkan undang-undang pilihanraya kerana membayar deposit dengan menggunakan cek peribadi.

Kekecohan berlaku apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) - yang diketuai oleh pegawai pengurus pilihanraya di situ, Che Yahya Che Soh - tidak membenarkan pihak PAS membuat semakan ke atas borang pencalonan Aziz berhubung bantahan tersebut.

Che Yahya berhujah, butiran peribadi mengenai calon-calon di papan pameran sudah mencukupi sebagai asas untuk membuat bantahan.

Beliau juga berkata, telah menerima arahan dari pegawai atasannya bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan melihat kertas pencalonan pihak lain.

Beliau kemudiannya menolak bantahan Dr Lo' Lo' dan mengisytharkan Dr Lo' Lo' dan Aziz sebagai dua calon parlimen Titiwangsa dalam pilihanraya 8 Mac ini.

Sementara itu, satu lagi bantahan dibuat oleh PKR bagi kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan, terhadap pencalonan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

khairy jamaluddin interview 011107 talkingPKR membantah, dengan menyebut Khairy tidak menulis perkataan ‘bin’ pada kertas pencalonannya.

Pegawai SPR berkata, bantahan tersebut ditolak atas alasan kad pengenalan Khairy tidak mempunyai perkataan 'bin'.

Di DUN Rantau, bawah parlimen Rembau, Azhar Ibrahim dari PAS membuat bantahan terhadap penyandang Datuk Mohamad Hassan kerana meletakkan jawatan Menteri Besar dalam borang pencalonannya.

Bantahan tersebut juga ditolak tetapi alasannya tidak dinyatakan.

Perniagaan dan berniaga

Lagi di Negeri Sembilan, bagi kerusi-kerusi DUN Kota dan Chembong, bantahan turut dibuat oleh PAS terhadap penamaan dua calon BN. Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan alasan bantahan dibuat di Kota.

Di Chembong pula, bantahan dibuat atas dakwaan calon BN Zaiful Bahri Idris tidak menyatakan pekerjaannya sebagai ahli perniagaan. Sebaliknya, PAS mendakwa, Zaiful Bahri telah tersilap menulis 'berniaga'. Bantahan itu bagaimanapun ditolak.

ijok by election samy vellu interview 250407 pointsDi Perak, dua bantahan difailkan terhadap pencalonan Datuk Seri S. Samy Vellu di parlimen Sungai Siput kerana beliau menulis pekerjaannya sebagai 'menteri'.

Bantahan itu dibuat atas alasan, ekoran pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, Samy Vellu hanya menganggotai kerajaan sementara dan bukan lagi seorang menteri.

Bantahan itu dibuat oleh seorang wakil DAP serta sebagai wakil berdaftar bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, ia juga ditolak oleh pegawai pengurus pilihanraya dengan alasan Samy Vellu seorang 'pemangku' menteri.

Juga di Sungai Siput, bantahan turut dibuat terhadap Samy Vellu kerana terdapat perbezaan pada tarikh lahirnya yang ditulis dalam kertas pencalonan - 20 Jun - sedangkan tarikh lahirnya yang diketahui umum ialah 8 Mac.

Pegawai pengurus pilihanraya turut menolak bantahan tersebut atas alasan tidak ada perbezaan antara tarikh lahir Samy Vellu pada kad pengenalannya dengan yang ditulis pada borang pencalonan.

Di Batu Gajah, DAP membuat bantahan terhadap calon BN, Cheah Yoke Chan, selepas terdapat perbezaan pada ejaan nama penyokong keduanya seperti yang terdapat pada kad pengenalannya yang ditulis dalam borang pencalonan.

Bantahan tersebut ditolak tetapi sebab-sebabnya tidak diketahui.


Di Kuala Kangsar, satu bantahan dibuat terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz selepas didapati beliau hanya menandatangani borang pencalonan asal, sedangkan salinan borang pencalonan tidak ditandatangani.

Pegawai pengurus pilihanraya menolak bantahan tersebut atas alasan terdapat tandatangan Rafidah pada borang pencalonan asal.

PAS berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam mengenai perkara tersebut.

BERITA INI TIADA DI DALAM RTM

ImageMARANG, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi.

Bagi kerusi Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.

ImageDi Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.

Manakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.

Pengundian akan diadakan 8 Mac depan.

Sebelum itu, rombongan calon PAS diarak kira-kira 5 ribu penyokong yang berhimpun sejak 7.30 pagi di Markas Besar MTD Rhu Rendang di Kampung Kijing dekat sini.

ImageCalon-calon BN diiringi sekitar 500 orang penyokong sahaja.

Parlimen Marang mempunyai 74,813 pengundi.

Pada PRU ke-11 tahun 2004, Ustaz Hadi yang menjadi Ahli Parlimen Marang sejak tahun 1990, tewas kepada Dato' Abdul Rahman Bakar dengan hanya 163 undi sahaja.

Kali ini, Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Marang diketepikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri Dato' Seri Idris Jusoh.

Turut diketepikan dari senarai calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terenganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Dato' Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) dan Dato' Rosli Mat Hassan (Dungun).

ImageUmno Marang kucar-kacir

Rahman ketika ditemui wartawan di pusat penamaan calon mengakui bahawa ImageUmno bahagian itu berada dalam kucar-kacir kerana beliau diketepikan sebagai calon BN.

Bagaimanapun beliau menafikan berlakunya perpecahan dalam bahagian.

Rahman mengakui sehingga kini ramai ahli dan penyokong Umno memprotes tindakan Idris mengetepikan beliau.

Menurutnya bantahan berlaku bukan sahaja di Marang tetapi di seluruh negeri.

Katanya, beliau akan cuba memujuk para penyokongnya untuk menghentikan Imagebantahan kerana bimbang ianya menjejaskan peluang calon BN di Marang.

ImageApa yang dibimbangkan katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno seluruh negeri membuat 'silent protes' terhadap calon-calon BN.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun proses memujuk ahli untuk tidak menentang keputusan menggugurkannya amat perlahan, namun yakin ianya akan dapat di atasi.

Sehingga kini difahamkan penyokong-penyokong melemparkan pelbagai kecaman terhadap Idris yang didakwa membohongi Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengetepikan Rahman. - mks.

CERITA SERAM: SAKA PULANG MENGUNDI

11 pengundi ini masih hidup atau ...

Muslim
harakahdaily.

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Ini adalah maklumat yang saya baru terima daripada seorang rakan, hasil siasatan rambang di lawan web semakan daftar pemilih SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp.

Saya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 11 orang penduduk di Selangor yang berumur 120 tahun dan ke atas layak mengundi!

Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai). Buktinya layarilah lawan web http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp dan masukkan nombor ic ini.

  • 801018775059
  • 800311086231
  • 811028045577
  • 830416610017
  • 841207065917
  • 851222740019
  • 850513106435
  • 851117106729
  • 850802106378
  • 850916086838
  • 860320145365

Tiada masalahnya kalau mereka ini masih betul-betul hidup. Tetapi, bagaimana kalau mereka sudah lama mati?!

Pertama kali melihat senarai tersebut, saya menyangka semua calon ini hanya calon remaja biasa kerana saya menyangka angka 85 di hadapan kad pengenalan mereka bermaksud mereka lahir pada tahun 1985.

Tetapi, setelah menyemak senarai itu di laman web SPR, sebenarnya mereka lahir pada tahun 1885!!

Kepada mereka yang berkenaan, silalah laporkan perkara ini kepada mereka yang berkuasa atau 'forward'kan e-mel ini kepada mereka kerana saya tidak mempunyai akses, terima kasih.

LAGI PENIPUAN SPR

I.C lelaki milik wanita?
Manan Omar
harakahdaily.net

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Ini ialah no kad pengenalan milik seorang sahabat saya dari Kedah - 721027-02-5129. Berdasarkan nombor kad pengenalan ini, pemiliknya adalah lelaki).

Namun, setelah disemak di SPR, kad pengenalan ini menjadi milik seorang perempuan pula. Tempat mengundinya pula di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Mas Kota Bharu Kelantan.

Saya harap pihak PAS dapat memantau hal ini kalau-kalau kes ini ada kaitan dengan pengundi hantu. --- aba.

Sekitar Penamaan Calon bagi Parlimen Bukit Katil di Rumah Media, MITC

pemudabukitkatil.blogspot.

Tepat jam 8.45 pagi, perarakan dari BA yang diwakili oleh parti PAS, PKR dan juga DAP telah memulakan perarakan menuju ke Rumah Media, MITC Melaka untuk penamaan calon bagi Parlimen Bukit Katil dan seterusnya bagi Dun Bachang, Dun Ayer Keroh, Dun Bukit Baru, dan seterusnya Dun Ayer Molek. Perarakan disertai oleh hampi 1,500 pendokong dan penyokong BA yang membawa mesej yang jelas bahawa BA akan memastikan kerajaan pimpinan Ali Rustam tumbang atau sekurang-kurangnya dapat menghantar wakil atau "Penegur" kepada kerajaan agar mereka tidak sewenang-wenangnya mempermainkan dan memporak-perandakan hak rakyat Melaka.


Keadaan Seakan Memihak Kepada PAS!

msomelayu.blogspot

SELEPAS jam 12: 00 tengah hari tadi selesailah proses penamaan calon bagi kesemua 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan. Kini semua calon-calon yang disahkan bertanding masuk ke tahap kedua iaitu berkempen bagi memastikan kemenangan masing-masing.

Lebih besar dari itulah kedua parti Pas dan Umno akan berusaha bermati-matian untuk menguasai Kelantan.

Mereka (calon) kini mulai sibuk bukan lagi mencari pelobi ataupun penawar agar diri dicalonkan tetapi bagaimana mengatur strategi untuk menawan hati rakyat agar memilih mereka. Dalam pada itu calon dan seluruh jentera pilihan raya masing-masing akan sibuk dengan tugas masing-masing.

Rasa terkilan, sedih dan hiba kerana tidak dicalonkan juga sudah pun reda. Kini semua sepakat dan bersatu hati untuk memenangi parti masing-masing. Rasa nak marah, nak protes dan sebagainya juga yang sebelum berkobar-kobar sudah tidak meruap lagi. Baguslah itulah pejuang sejati yang tidak akan mengkhianti perjangan.

Pendeknya tempoh 12 hari merupakan tempoh yang cukup kritikal bagi calon dan juga jentera pilihan rayanya. Dua belas hari masa berkempen itu adalah penentu segala-gala perancangan yang dibuat sejak empat tahun lalu.

Meskipun gambaran pada proses penamaan calon yang berakhir sekejap tadi tidak dapat dijadikan petunjuk dan ukuran sahih mengenai parti mana yang kuat dan bakal menguasai Kelantan namun sedikit sebanyak ia boleh diterima pakai untuk membuat analisa awal. Suasana, semangat dan juga kekuatan pasukan berarakan mengiringi calon itu boleh dijadikan petanda.

Dalam pengamatan saya di pusat penamaan calon di Pasir Mas serta beberapa kawasan lain yang dilaporkan, ia menunjukkan pihak Pas mempunyai sedikit kelebihan berbanding Umno. Para penyokong Pas begitu bersemangat sekali untuk menang kali ini. Pas nampaknya membuat lonjakan awal. Kekalahan mereka pada tahun 2004 lalu seperti mahu ditebus pada 8 Mac kelak.

Dalam pada itu beberapa kejutan kecil juga berlaku pada penamaan calon kali ini yang mana ia memberi suntikan semangat kepada Pas. Calon Pas bagi kerusi DUN Kijang Wan Ubaidah Omar telah diumumkan sebagai menang tidak bertanding apabila calon BN dibatalkan kerana bankrup.

Apa yang berlaku kepada lawan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sedikit mengejutkan dan Pas bakal memperolehi kerusi Chempaka yang ditandingi Nik Aziz secara percuma bila mana borang berlaku silap teknik kepada borang pencalonan Dr Nik Zain Nik Omar. Katanya Nik Zain tidak mennda tangani borang pncalonannya.

Maruah Nik Zain dan Umno seluruhnya diselamatkan dengan sedikit kesilapan di sebelah Nik Axiz bilamana borang MB itu juga berlaku kesilapan. Nama yang ditulis di borang katanya tidak sama dengan nama yang tertera di dalam kad pengenalan.

Selain itu kehadiran dua calon bebas di kerusi Parlimen Rantau Panjang dan DUN Gual Periok juga menarik perhatian dan menjadikan pilihan raya ke-21 ini nakal ditulis dalam diary buku Suruhanjaya Pilihan Raya. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena di situ sehinggakan tampil calon bebas. Calon bebas berkenaan dikatakan Bebas yang akan menganggu undi BN.

Perarakan beberapa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan juga menarik dan memberangsangkan terutamanya untuk kerusi Pengkalan Kubur Tumput, Kelantan. Calon PKR pilihan penduduk Penguhulu Mat Hassan dikatakan diarakan kira-kira 3,000 para penyokongnya yang bergabung dengan penyokong Pas berbanding dengan pengiring Umno seramai kira-kira lebih 1,000.

Beberapa tempat yang dijangka menjadi tumpuan di Kelantan selain Pasir Mas, ialah Bachok, Kuala Krai dan Kota Bharu. Di Pasir Mas, buat pertama kali dalam sejarah Pas Kelantan telah memberi laluan dan kebenaran kepada Ibrahim Ali bertanding atas tikit dan lambang Pas.

Sejarah ini dicipta kerana ia merupakan strategi Pas untuk memenangi kawasan berkenaan yang mempunyai satu parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejauh manakah taktik dan strategi ini memberi kesan baik sama-sama kita tunggu selepas 8 Mac kelak. Cuma apa yang dapat dikatakan di sini sekiranya strategi berkenaan berjalan lancar dan berkesan, kemungkinan kesemua kerusi DUN di Pasir Mas akan dimenangi oleh Pas di samping Ibrahim akan menang mudah di kerusi Parlimen.

Sehingga kini tidak ada apa-apa maklumat lanjut atau lain-lain perkembangan yang mengejutkan yang diterima berhubung proses penamaan calon hari ini. Laporan seterusnya akan disampingkan dari masa ke semasa menerusi blog ini! [kb. 1:50 pm 24/02/08]

PAS Terengganu cadang saman SPR kerana kelirukan calon

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Hrkh) - PAS Terengganu kemungkinan akan mengambil tindakan menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuat peraturan yang menyusahkan mereka yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya umum kali ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Wisma Darul Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.

"Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari," ujarnya.

Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.

"Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.

Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu," ujarnya.

Kelima calon tersebut iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang, Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Alias Abdullah di Dun Alur Limbat, Zaidi Muda di Dun Bukit Payung dan di Dun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad.

Sebelum itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam SPR yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang percalonan.

Arahan tersebut yang didakwanya cuba memerangkap calon pembangkang sebaliknya 'menikam' BN sendiri.

Ia memang cukup menyusahkan kerana surat itu dimaklumkan pada hari Khamis tetapi pembangkang dikatakan tetap berusaha mematuhinya sehingga terdapat mereka yang mahu menjadi calon terpaksa terbang ke Kuala Lumpur berikutan Terengganu cuti umum pada Jumaat dan Sabtu.

Seperti yang dialami calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa di Parlimen Kemaman, beliau terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang pada hari Jumaat apabila mendapat maklumat pada pagi hari tersebut.

Namun begitu berlaku kepada lima calon BN di Marang mengemukakan borang tanpa duti setem. Apabila PAS mengemukakan bantahan sebaliknya mereka mendapat pembelaan SPR.

Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."

Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.

"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.

Tegasnya, setelah didesak beberapa kali, barulah pegawai menunjukkan surat pembatalan arahan tersebut

PUTERI UMNO BAWA MAYAT

Mayat dalam beg beroda di jumpai dalam bas bawa rombongan Puteri Umno

KAJANG: Mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa pembunuhan dijumpai dalam sebuah beg di ruang bagasi sebuah bas yang membawa rombongan anggota Pergerakan Puteri Umno ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pagi Ahad.

Mayat lelaki yang tidak dikenali dan berusia dalam lingkungan 40an itu ditemui digulung dengan sekeping tilam nipis, dibalut dengan beg plastik hitam dan disumbat dalam sebuah beg beroda berwarna biru.

Pemandu bas berkenaan menemui mayat itu kira-kira pukul 10 pagi ketika memeriksa ruang bagasi bas berkenaan di kawasan letak kenderaan Majlis Perbandaran Kajang setelah menurunkan anggota rombongan Puteri Umno dari Semenyih itu di Stadium Kajang bagi menyertai perarakan penyokong calon Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Rosli Mohd Nizam berkata berdasarkan keadaan mayat dan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan, lelaki itu disyaki dibunuh lebih 48 jam sebelum mayatnya dijumpai.

Rosli berkata pemandu bas itu bertindak memeriksa ruang bagasi setelah penumpang basnya mengadu terhidu bau busuk ketika dalam perjalanan dari Semenyih ke Stadium Kajang.

Polis kini mengambil keterangan daripada pemandu bas yang berasal dari Sungai Besi Indah itu bagi membantu siasatan, katanya kepada pemberita. BERNAMA

SAMSENG UMNO BALING KAYU

Penyokong UMNO baling kayu kepada pemuda India di Parlimen Kota Raja
tranungkite.net

 " Assalamualaikum..... saya salah seorang yang terlibat dan penyokong Parlimen Kota Raja P111 Selangor, suasana penamaan calun sungguh hebat dengan kedua belah pihak hadir dengan jumlah penyokong mereka.

Namun apa yang menarik perhatian saya, kebijaksanaan Jentera Pilihan Raya BA yang tidak melayan karenah pihak BN sewaktu penamaan calun tersebut. Dimana pihak BA telah menyediakan satu pentas kecil, yang disediakan kepada sesiapa saja yang ingin berucap atau memberikan ceramah.

Wah! memang hebat juga penceramah yang ada, walaupun mereka bukanlah penceramah yang popular dikalangan penyokong BA, termasuk juga bekas bekas wakil daripada MTUC yang memberikan penerangan tentang peranan mereka.

 Keadaan ini menimbulkan rasa kurang puashati penyokong BN kerana mereka kesepian,tiada tentang daripada BA,dengan lain perkataan, kita tak layan perangai buruk mereka.Dan keadaan ini menyebabkan salah seorang penyokong mereka cuba memberhentikan mini ceramah kita, dan keadaan ini menimbulkan suasana tegang, apatah lagi bila mereka melihat ramai penyokong penyokong India yang berada di pihak kita.

Suasana tegang itu menyebabkan salah seorang penyokong kita daripada DAP ( logo dibajunya) berketerununan India telah mendapat kecederaan di dahi disebabkan terkena balingan kayu daripada penyokong BN,namun kecekapan unit Amal kita, telah dapat menenangkan suasana sehingga selesai proses pencalunan.


Tahniah kepada semua penyokong BA Kota Raja.Lawan tetap lawan......kita buang dacing lama yang dah lapuk itu.

Penyokong tersebut telah diberikan rawatan dan, setelah itu dia kembali lagi bersama kami, untuk terus memberikan sokongan kepada BA.Awas BN Kota Raja!jangan harap untuk menjadi raja dimata bersultan dihati, kali ini arus perubahan BA akan mengajar anda untuk menjadi manusia beradab..Jelas kepada kita betapa ganasnya penyokong BN, hanya kerana ingin mempertahankan kuasa mereka,tanpa ada perasaan perikemanusian langsung,walhal itu bukanlah budaya kita, sayangnya berita ini sudah pasti tidak akan muncul di kaca tv,disebabkan perlakuanya daripada BN, tetapi sekiranya kejadian ini berlaku cetusan daripada BA, maka sudah tentu beritanya berulang ulang kali akan keluar disemua siaran TV untuk menakutkan rakyat Malaysia.Bersama samalah kita menerajui perubahan pada tahun 2008 ini.Allahu Akbar! 3x.

tulisan
masajie

** Gambar hiasan bagaimana mereka membuat perangai yang sama

HARI PENAMAAN CALON DI GOMBAK

kamarulz.blogspot.com

Hari ini, 24 Februari 2008 adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum ke 12. Kemeriahan penamaan calon amat terasa di seluruh negara dengan para penyokong calon masing-masing berarak bersama calon masing-masing ke pusat penamaan calon di kawasan yang telah di tetapkan. Penulis turut serta di hari yang bersejarah ini bagi berarak bersama calon-calon Barisan Alternatif bagi kawasan Gombak.

Para penyokong PAS dan PKR Gombak telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Masjid Simpang Tiga, Gombak. PAS dan PKR kali ini menghimpunkan ramai penyokong masing-masing bagi mengiringi 4 calon BA ke Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu, Gombak. PAS cawangan-cawangan juga membawa ramai penyokong masing-masing. Kelihatan suasana berwarna warni hijau, putih, biru muda (lambang PAS dan PKR). Pelbagai baju pelbagai corak juga di pakai oleh cawangan masing-masing. Apa yang menarik minat penulis ialah kehadiran ramai pemuda-pemuda PAS dan PKR kali ini. Kebanyakkan pemuda-pemuda ini datang dari PAS Gombak Setia dan Hulu Kelang. Ini petanda baik bahawa semakin ramai anak muda menyokong perjuangan PAS.

BA kali ini menampilkan saudara Azmin Ali (PKR) bagi kerusi parlimen Gombak, Dr. Hassan Ali (PAS) bagi DUN Gombak Setia, Ust. Shaari Sungib (PAS) bagi DUN Hulu Kelang dan saudara Amiruddin Shaari (PKR) bagi DUN Batu Caves.

Tempat jam 8.00 pagi, semua para penyokong PAS dan PKR telah berkumpul dan mendengar taklimat mengenai perarakkan ke pusat penamaan calon dan pada jam 8.40 pg, bacaan doa telah diucapkan oleh wakil PAS. Kemudian, semua calon-calon BA berserta para penyokong masing-masing berarak ke SMK Sg Pusu dengan suasana aman dan tenteram. Bagi menaikkan semangat, zikir, selawat, laungan takbir dan slogan-slogan diucapkan beramai-ramai.

Perarakan mengambil masa sekitar 20 minit kerana kawasan jalan yang agak sempit di tambah pula dengan kehadiran kenderaan. Jalan Sungai Pusu tidak ditutup oleh pihak keselamatan. Ini menyebabkan kesesakkan lalulintas di jalan ini. Semasa perarakkan PAS dan PKR sedang berlangsung, BN pula berarak dengan menaiki kenderaan bermotor dan membuat bising di jalan berkenaan. Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda bermotosikal. Semasa sedang berarak, penulis sempat menoleh ke belakang kerana penulis berada di baris tengah perarakkan. Kelihatan ramai para penyokong BA di belakang penulis. Jalan Sg Pusu ketika itu bertukar menjadi lautan penyokong PAS dan PKR. Kenderaan yang lalu lalang di jalan itu juga kelihatan membunyikan hon dan tanda bagus ke arah perarakan BA tanda sokongan kepada PAS dan PKR.

Para penyokong PAS dan PKR sampai ke padang SMK Sg Pusu pada jam 9.00 pagi. Sementara para calon BA masuk ke dalam dewan, semua para penyokong BA berkumpul di padang yang telah di sediakan. Para penyokong BA berada di sebelah kanan manakala BN di sebelah kiri. Apa yang menarik perhatian penulis ialah jumlah penyokong PAS dan PKR jauh lebih ramai berbanding BN. Dianggarkan penyokong BA jauh 3 kali ganda lebih besar daripada penyokong BN. Para penyokong BA bukan sahaja terdiri daripada orang-orang Melayu tetapi juga kelihatan orang-orang India dan Cina. Padang SMK Sungai Pusu juga dipenuhi dengan lautan bendara PAS dan PKR serta sepanduk-sepanduk 'tawaran BA' jika BA menang di Selangor. Di sebelah kawasan penyokong BN pula, tidak banyak bendera yang berkibar dan hanya ada 1 sepanduk sahaja yang kelihatan.

Sepanjang 2 jam berlalu (9-11 pagi), semua penyokong PAS dan PKR berhimpun dengan penuh semangat. Selain melaungkan zikir, selawat dan takbir, penyokong BA juga melaungkan slogan-slogan bagi menaikkan semangat. Berbanding penyokong BN yang diam tidak dan sibuk duduk mencari tempat teduh. Mereka kelihatan tidak bersemangat untuk menyokong calon-calon mereka. Ditambah pula jumlah mereka yang sedikit dan lebih ramai budak-budak sekolah yang dikerah untuk menjadi penyokong calon BN.

Penulis rasa bersemangat sekali bersama para penyokong BA yang lain. Kami berzikir, berselawat, bertakbir, melaungkan slogan-slogan, di samping bersorak ke arah BN yang kelihatan layu. Kami tidak sedar yang kami telah berdiri lebih dari 3 jam dan bersorak tanpa henti. Langsung tidak terasa letih. Ini kerana semangat yang berkobar-kobar untuk melihat kemenangan Islam di kawasan Gombak tercinta ini.

Ketika penghujung jam 11 pagi, suasana menjadi agak panas terutama di hujung padang kerana tindakan biadap segelintir penyokong BN yang membaling botol minuman ke arah penyokong BA. Suasana menjadi tegang seketika kerana penyokong PAS dan PKR marah dengan tindakan biadap penyokong BN. Bagi mengelakkan tindak balas dilakukan oleh penyokong BA, leader penyokong BA telah bertindak pantas meredhakan suasana. Semua penyokong BA telah di arah duduk beramai-ramai. Tindakan ini sangat berkesan apabila suasana menjadi hening seketika. Kesempatan itu diambil oleh seorang ustaz PAS yang bertindak membacakan doa bagi memohon pertolongan dan perlindungan Allah. Doa berkemundang jelas di udara. Apa yang menarik perhatian penulis, ada segelintir penyokong BN yang beragama Islam turut sama meng'amin'kan doa yang dibacakan oleh ustaz PAS.

Pada jam 11 pagi, SPR telah mengumumkan senarai calon parlimen Gombak, DUN Batu Caves, Gombak Setia dan juga Hulu Kelang. Pengumuman ini disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong BA. Berikut adalah senarai calon di kawasan Gombak :

Parlimen Gombak
1. Saudara Azmin Ali (PKR/BA)
2. Saidd Anuar Said Ahmad (UMNO/BN)
DUN Batu Caves
1. Saudara Amiruddin Shaari (PKR/BA)
2. T Mohan (MIC/BN)
3. Azmi Hussain (BEBAS)
DUN Gombak Setia
1. Dr Hj Hassan Ali (PAS/BA)
2. Yuszahari (UMNO/BN)
DUN Hulu Kelang
1. Ust Shaari Sungib (PAS/BA)
2. Dato' Ahmad Bujang (UMNO/BN)

Sesudah senarai calon-calon di umumkan, semua penyokong BA menunggu calon-calon BA dan kemudian Dr Hj Hassan Ali memberi sedikit ucapan. Beliau memberi pesan untuk semua para penyokong BA bekerja keras bagi memastikan BA merampas semula kerusi DUN Gombak Setia dan Hulu Kelang daripada UMNO di samping menumbangkan BN di Parlimen Gombak dan DUN Batu Caves buat pertama kali. Insya Allah, sinar baru akan menjelma di Selangor bagi menuju ke arah Negeri Selangor Bersih, Adil dan Berkebajikan.

*BA pernah menang di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang pada PRU-10 (1999) melalui Ust. Dato' Ismail Kamus (PAS) dan saudara Azmin Ali (KeADILan - sekarang PKR)
Sesudah itu, semua penyokong BA bersurai dan berarak pulang ke Masjid Simpang Tiga. Sampai di sana, penulis sempat berborak seketika bersama beberapa penyokong PAS. Kemudian, penulis bersama teman penulis singgah sebentar di Restoran Taqwa bagi bersarapan kerana kami tidak sempat sarapan pagi tadi.

Ini lah hari yang penuh sejarah buat penulis. Jika di ukur daripada segi semangat dan jumlah penyokong PAS & PKR di hari penamaan calon, adalah tidak mustahil untuk PAS dan PKR menyapu bersih keempat-empat kerusi di Gombak ini.

Wallahualam,
Sungai Pusu, Gombak
Selangor

SPR MEMANG BIADAP

Jahatnya SPR apabila calon PAS tidak diperkenalkan
Salmiyah Harun
harakahdaily

KAJANG, 24 Feb (Hrkh) - Sekali lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat onar apabila bertindak mengumumkan calon-calon yang bertanding di Parlimen Hulu Langat tanpa memperkenalkan calon daripada PAS.

Apabila proses bantahan ditutup, calon yang bertanding akan dibawa dan diumumkan di Stadium Kajang yang disaksikan para penyokong masing-masing, calon BN terlebih dahulu dibenarkan keluar dari tempat penamaan calon.

Proses penamaan calon dibuat di Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersebelahan Stadium Kajang.

Pegawai Pengurus SPR (RO) mengiringi calon BN kemudian terus mengumumkan calon yang bertanding tanpa menunggu calon PAS untuk diperkenalkan di tengah-tengah penyokong mereka.

Bagaimanapun, ketika itu kedua-dua calon PAS iaitu Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dan Dun Dusun Tua Mohd Sani Hamzan masih berurusan dengan pihak SPR, menyebabkan mereka agak kebelakang kira-kira lima minit.

Sebaik sahaja calon PAS tiba di astaka stadium, pegawai SPR selesai mengumumkan calon yang bertanding, keadaan ini membuatkan calon PAS tidak berpuas hati.

Mohd Sani kesal atas sikap pegawai SPR yang tidak adil dalam memperkenalkan calon terutama dari PAS.

Beliau berkata, mereka kelewatan kira-kira lima minit kerana mereka ada urusan menandatangani borang dan surat menyurat dengan SPR.

"Ini soal keadilan, untuk memperkenalkan calon sekali pun, sepatutnya mereka menunggu kami bersama-sama untuk memperkenalkan calon yang mana kami ada di dalam dan urusan yang belum selesai," tegas beliau.

Katanya, SPR sekali lagi menunjukkan budaya yang tidak sihat dan tidak profesional dalam soal memperkenalkan calon.

"Baru kita nak memperkenalkan calon, SPR sudah tunjuk sikap yang biadap dan tidak bertamadun yang ditunjukkan oleh pengurus pilihan raya Hulu Langat," katanya dengan nada marah.

Beliau mempersoalkan, jika mereka boleh menunggu tiga jam di dalam dewan semasa penamaan calon kenapa SPR tidak boleh menunggu mereka selama lima minit.

Dalam pada itu, Calon PAS Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat melahirkan kekecewaan atas sikap SPR yang berat sebelah dalam memperkenalkan calon. more...

PENAMAAN CALUN LANGKAWI PRU 12

Lapuran: ybmat
pkrlangkawi.blogspot
24hb.Feb. Kuah, Langkawi

Penamaan calun di Langkawi berjalan lancar, selesai diumumkan pada pukul 12.30 tengahari, Dengan pertandingan satu lawan satu di Parlimen Langkawi dimana Penyandang 2004 Datuk Abu Bakar Bin Taib dari BN dengan Wakil PKR Ketua Bahagian Wan Salleh Wan Isa. Dan DUN Kuah diwakili Oleh Hasrul Muhaimin Hasbi dari PKR dengan Datuk Nawawi Ahmad dari parti BN. Manakala di Dun Ayer Hangat diwkili Sdr.Zubir bin Ahmad dari PAS dan wakil dari BN Mohd. Rawi Bin Abd Hamid .

Dengan kemelut pergolakan dalam memilih calun dalam BN penyokong mereka yang hadir adalah terlalu sedikit lebihkurang 500 orang. Lebih memilukan tiada satu pun banner yang dibawa oleh penyokong BN. Bagi Penyokong BA satu kejutan telah berlaku dimana gabungan Keadilan dan Pas lebih 2,500 orang telah mengamatkan suasana hari penaman calun dengan teriakan Reformasi, reformasi....reformasi !!!



MAKI HAMUN UNTUK PEMIMPIN TERCINTA

Ketika penamaan calun

Aduh !!! Pening la FIRDAUS

Sekitar Penamaan Calon: Iringi Dr Wan Azizah
Kalau di dalam berita arus Perdana ...... 20 orang jer...

Keadilan

pp2.jpg

pp11.jpg

PERMATANG PAUH: Hampir 10,000 penyokong mengiringi Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pusat penamaan

Dr Wan Azizah telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.15 pagi di Maktab Perguruan Tengku Bainun manakala lawannya, Pirdaus Ismail menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi.

Suasana semasa penamaan calon di Parlimen Jerai (P012)

Tranungkite
Laporan : Pemuda Guaq

Ini diberikan sedikit suasana semasa penamaan calon di PARLIMAN JERAI (P012) sebentar tadi. Semuanya berjalan lancar.. Ada bantahan namun semuanya ditolak oleh SPR. untuk makluman Parliman Jerai nie ada 3 DUN iaitu Gurun, Guar Chempedak & Sg. Limau.

Parliman Jerai :
Mohd Firdaus Jaafar (PAS) Vs Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin (BN)
N20 SUNGAI LIMAU : Ust Azizan Razak (PAS) Vs Basori Abu Hassan (BN)
N21 GUAR CHEMPEDAK: Mohamad Ismail (PAS) vs Dato' Dr Ku Abd. Rahman Ku Ismail (BN)
N22 GURUN: M. Kalaivanar (PKR) Vs MCA (thah sapa nama pon tak tau)
Saksikanlah......






Untuk koleksi gambar : Rujuk

People Are Ready To Defend The Last Frontier

sholat-hajat.jpg

bersatu.jpg

A lots more nice pix : kickdefella

Perjuangan Rakyat Sudah Bermula!

kickdefella

Tanda-tanda keranapan Barisan Nasional semakin nyata. Setelah kemarau hampir dua minggu, tiba-tiba jam dua pagi tadi, hujan bercucuran seolah-olah mahu menyucikan musibah dan segala kecemaran yang diconteng Barisan Nasional selama 3 tahun 10 bulan menjadi pembangkang terkuat di dunia dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, tetapi pada waktu yang sama juga menjadi pembangkang roti Pak Lah, roti yang tak bertelur.

pm-micheal-yeoh2.jpg

Dalam Barisan Nasional berarak dengan nyanyian “Inilah Barisan Kita”, rakyat bertafakur seketika kemudian menyucikan diri dengan wuduk sebelum memohon restu dari Maha Pencipta untuk melangkah berjuang membela agama dan bangsa.

jt-photography-0193.jpg

Apabila rakyat bertempit menyanjung Yang Maha Kaya bila nama rakyat diumumkan sebagai calon pilihanraya, Barisan Nasional mengiringi nama calon mereka dengan tepuk sorak seperti waktu mereka bertepuk sorak berhibur dengan segala hiburan import di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dengan menggunakan wang titik peluh rakyat.

jt-photography-0184.jpg

Ternyata Barisan Nasional sudah kalah. Ternyata rakyat ada sejuta sebab untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana, perjuangan mereka, sama seperti hidup mereka dan mati mereka, hanyalah untuk Yang Satu.

Kekucarkaciran Barisan Nasional Kelantan menjelaskan mengapa moto mereka hanya untuk mendapat satu undi sahaja, tidak lebih dari itu. Jadi, berilah Barisan Nasional permintaan terakhirnya, supaya Barisan Nasional boleh berkubur selamanya di bumi Kelantan.

Maka, hari ini, semua rakyat Malaysia yang layak mengundi adalah panglima perang mereka sendiri. Selamat berjuang pengundi Malaysia. Selamatlah selamanya.

jt-photography-9832.jpg

ccc

UMNO JADI CALUN BEBAS, BANTU SAMY VELLU

PSM Menunjukkan Semangat Tinggi Untuk Singkirkan Samy Vellu
penamerahps.blogspot.com

Sungai Siput Akan Menyaksikan Persaingan Hebat
- Laporan Hari Penamaan Calon Kawan Parlimen P062 Sungai Siput

24 Februari 2008, Sungai Siput

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Jeyakumar Devaraj yang bertanding dengan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Parlimen Sungai Siput berikhtiar untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput dan Parlimen Malaysia.

Pada pagi ini, Dr. Kumar berarak ke pusat penamaan calon Sungai Siput, diiringi oleh penyokong-penyokong yang berjumlah 500, bersiap dengan bendera Parti Keadilan Rakyat dan bendera Tumbuk Merah PSM.

Jalan di hadapan pusat penamaan calon, Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput, telah dibanjiri oleh penyokong-penyokong calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya ke-12.

Jumlah penyokong calon Barisan Nasional (BN) telah berkurangan banyak berbanding hari penamaan calon pada 2004, nampak tidak bersemangat dan hilang arah. Penyokong-penyokong daripada parti-parti pembangkang menunjukkan semangat yang tinggi dengan laungan slogan yang menggegarkan bumi Sungai Siput.

Barisan penyokong parti-parti pembangkang juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu perjuangan oleh para penyokong PSM bersama rakan-rakan daripada parti penyokong yang lain. Slogan "Hidup Rakyat" dan "Hidup Perjuangan" dilaungan dalam 4 bahasa – Melayu, Kantonis, Mandarin dan Tamil. Tidak hairan penyokong-penyokong BN terpegun apabila terdengar lagu PSM tentang kenaikan harga dinyanyikan, kerana apa yang dinyanyikan itu memang realiti yang dihadapi oleh mereka setiap hari – pemerasan oleh pemimpin yang disokong buta-tuli oleh mereka. Para penyokong PSM juga mencipta sebuah lagu bertajuk "Lagu Rakyat Sungai Siput", yang menjadi lagu tema kempen pilihanraya untuk Dr. Kumar.

Lagu itu berbunyi begini:

"Rakyat Sungai Siput semua
Mari jemput perubahan baru
Kobarkan semangat juangmu
Kesaksamaan pasti menunggu

Sudah cukup lama
Kita terbelenggu…
Satukan kekuatan buruh tani
Perubahan mula sini
(Kita jemput Sosialis)"

Orang ramai yang berkumpul di hadapan pusat penamaan calon Sungai Siput tidak terkejut – taktik pengecut tanam calon bebas hari ini kerana Nor Lizan Oon, seorang bekas anggota UMNO bertanding sebagai calon bebas. Oleh sebab calon bebas ini langsung tidak dikenali, pastinya akan hilang deposit dan pertempuran di Sungai Siput sebenarnya adalah satu lawan satu.Walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku di Sungai Siput, yang pasti mendapat tumpuan umum adalah pertembungan antara Dr. Kumar, jaguh perjuangan rakyat miskin, dengan Samy Vellu, menteri kanan kerajaan BN yang dibenci ramai.

Selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput, DUN Lintang dan DUN Jalong, Dr. Kumar disambut meriah oleh penyokong-penyokongnya di luar pagar Majlis Perbandaran. Dr. Kumar disambut dengan begitu hebatnya seperti seorang wira rakyat. Cara sambutan sebegini hanya dapat disaksikan semasa Presiden Venezuela Hugo Chavez disambut hebat oleh rakyat jelata apabila beliau kembali ke pejabat presiden selepas satu rampasan kuasa oleh puak kanan ditewaskan.

Bagi Samy Vellu, pilihanraya kali ini adalah pertarungan hidup maut dalam kerjayanya sebagai politikus, tetapi bagi Dr Kumar, pertandingan kali ini adalah tentang hidup mati rakyat. Samy Vellu pasti akan menggunakan segala taktik kotor untuk memastikannya menang, termasuklah membeli undi, menghabiskan sebanyak wang mungkin, mengupah samseng dan menyeludup masuk pengundi hantu. Namun, Dr. Kumar bersama pasukan kempennya yang bersemangat juang tinggi tidak merasa gentar dan pasti akan memberi satu tentangan hebat untuk menumpaskan Samy Vellu dan kerajaan BN pro-kapitalis.


Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubahan Bermula Di Sungai Siput!

POLIS HALANG CALUN SERAH BORANG

Gagal serah borang di Kepala Batas, calon PMN diasak polis
Mohd Sabri Said
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 24 Feb (Hrkh) - Calon penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), Zainul Faqar Yaacob bersama Presiden Penaja PMN, Azlan Zainal dan seorang peguam, Balqis Nor Mohamad dihalang daripada memasuki Dewan Milenium untuk menyerahkan borang bertanding pilihan raya umum ke-12 atas tiket bebas di Parlimen P41 Kepala Batas pagi tadi.

Jelasnya ketika dihubungi, polis bertindak seolah PMN penjenayah kerana diasak dengan soalan serta melakukan empat sekatan sehingga ke pintu masuk Dewan Milenium.

"Sekatan itu menyebabkan kami tidak boleh bertanding sedangkan kami datang awal dan sempat masuk jika sekiranya tidak disekat, " ujarnya.

Menurutnya, sekatan pertama dilakukan polis untuk bertanyakan kesungguhan PMN sehingga menyalahkan kononnya borang tidak ada walhal semua borang ada pada salah seorang daripada kami yang disekat di peringkat pertama.

Pertandingan pilihan raya ke-12 kali ini menyaksikan satu lawan satu di parlimen Kepala Batas antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Parlimen Kepala Batas menyaksikan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ditentang oleh calon PAS, Ustaz Subri Md Arshad.

Sementara Dun Penaga calon PAS, Ustaz Tapiudin Hamzah menentang calon BN, Dato' Azhar Ibrahim. Dun Bertam menyaksikan calon BN, Zabariah ditentang calon KeAdiLan, Noorsiah Md Arshad manakala calon Pinang Tunggal Dato' Roslan Saidin ditentang calon KeAdiLan, Haji Mohamad Hashim. - mks.

Duti setem: Demi selamatkan BN, tindakan SPR dikecam

Mohd Rashidi Hassan
Harakahdaily

MARANG, 24 Feb (Hrkh) - PAS kesal dan mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang pencalonan.

Arahan tersebut digunakan untuk menyusahkan pembangkang, sebaliknya 'menikam' Barisan Nasional sendiri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS amat tidak berpuashati dengan tindakan SPR yang membuat arahan tergesa-gesa, menarik balik secara tergesa-gesa sehingga menyusahkan parti pembangkang.

Dalam sidang akhbarnya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi beliau berkata, PAS menerima arahan tersebut pada 21 Februari lepas dan ianya menyusahkan kerana di kebanyakan tempat pejabat kerajaan yang menjual setem hasil sudah ditutup.

Bagaimanapun katanya, calon-calon PAS sempat mengenakan duti setem pada borang masing-masing walaupun borang calon PAS Kedah terpaksa dibawa ke Perlis.

Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."

Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.

"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.

Tegasnya, setelah didesak beberapa kali, barulah pegawai menunjukkan surat pembatalan arahan tersebut.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menempelak SPR yang mendakwa badan tersebut sudah menjadi 'robot' Umno.

Katanya, BN menghadapi krisis calon dan sehingga malam tadi barulah urusan mengisi borang-borang calon BN selesai.

Menurutnya, jika syarat ini diteruskan nescaya ramai calon BN akan ditolak.

"Untuk selamatkan calon Umno/BN, arahan telah dikeluarkan kepada SPR untuk gugurkan arahan tersebut," tegasnya. - mks.

LAGI PEMBOHONGAN SPR

Gagal kemuka bukti letak jawatan Senator, SPR tolak bantahan PAS
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
harakahdaily.net

ARAU, 24 Feb (Hrkh)- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menolak bantahan PAS terhadap calon Umno Dato' Ismail Kassim yang mencabar Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din di Parlimen Arau (P003) kerana tidak dapat mengemukakan bukti peletakan jawatan sebagai Senator.

Image

Menurut peguam Zulmi Sabri yang mengemukakan bantahan tersebut, mendakwa Ismail masih lagi tidak meletakkan jawatan senator dan meminta beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya termasuk bukti pembayaran (pay slip) pendapatan untuk dilihat sebagai bukti.

Katanya jika sabit, tindakan ini adalah bertentangan dengan perkara 481(C) Perlembagaan Persekutuan yang mana calon tersebut boleh hilang kelayakan bertanding kerana masih lagi memegang jawatan berpendapatan.

Dalam pada itu, Haron Din ketika ditemui kesal kerana SPR menolak bantahan PAS dan akan berbincang untuk melakukan tindakan susulan terhadap isu terbabit.

"Kita tidak puas hati dengan penjelasan SPR itu dan mahukan keadilan dalam kes ini," katanya.

Posting terkini

Blog Archive