KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Keadilan. Show all posts

May 25, 2008

AMK Keadilan buat laporan polis serentak seluruh negara

Shah Alam [25/5/2008] - 3 Lapuran polis telah di buat oleh Angkatan Muda Keadilan Selangor terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas DUN dan Balkis. Menurut kenyataan, lapuran polis serentah di buat terhadap individu terbabit di dalam kes video VK Lingam oleh Angkatan Muda Keadilan seluruh Malaysia.

Berikut adalah Kenyataan Media oleh AMK

Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat Segera Dr Mahathir dan Lima yang lain

Kesahihan klip video Vk Lingam telah terbukti benar berdasarkan lapuran suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk VK Lingam.

Lapuran telah menyuimpulkan bahawa penglibatan dan tindakan keenam enam watak utama telah memberikan kesan yang serius terhadap kebebasan dan intergriti badan kehakiman.

Lapuran juga telah menyimpulkan bahawa terdapat alasan yang cukup untuk menyabitkan sebahagian dari pada mereka berdasarkan peruntukan undang undang yang sedia ada.

Maka dengan ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama AMK dinegeri negeri yang lain yang membuat lapuran serentak mendesak pihak polis dan peguam negara agar segera menyiasat dan mendakwa watak watak utama ini.
  1. Dr Mahathir Mohamad
  2. Tengku Adnan Tengku Mansur
  3. Ahmad Fairuz Sheikh Andul Halim
  4. Eusoff Chin
  5. Vincent Tan
  6. VK Lingam
Siasatan harus lah di jalankan tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Siasatan segera isu ini akan membuka jalan ke arah pemulihan sistem kehakiman negara.

Ianya juga akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam mengembalikan integriti dan kebebasan sistem kehakiman di negara kita.

Tiada dalih lagi untuk sesiapa sahaja di dalam isu ini. Kelewatan bertindak menunjukkan kerajaan Abdullah Badawi tidak mempunyai 'political will' untuk memulihkan sistem kehakiman malahan tidak menghormati prinsip prinsip negara berperlembagaan.

Harapan Baru untuk Malaysia

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor
Sementara kenyataan media tentang lapuran polis berkaitan bekas ADUN dan BALKIS pula .....
Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat ADUN BN dan BALKIS

Membelanjakan hampir keseluruhan malah ramai yang menghabiskan sepenuhnya peruntukan tahunan kerajaan negeri untuk kawasan ADUN dalam tempoh 2 bulan pertama. Ada menjelaskan terdapat tadbir urus yang cuai atau mungkin disengajakan.

Tindakan yang dilakukan oleh kesemua wakil wakil rakyat Barisan Nasional penggal lepas ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan merampas hak rakyat.

Begitu juga dengan membelanjakan hampir RM280,000 untuk membeli pakaian bagi ahli dan pasangan oleh BALKIS. Perlakuan ini bukan sahaja amalan pembaziran yang keterlaluan malah yang lebih penting adalah salah guna dana rakyat yang diamanahkan kepada BALKIS untuk mengayakan kroni.

Kami yakin dan percaya telah berlaku salah guna kuasa. PEcah amanah dan terdapat unsur unsur penyelewengan dan rasuah yang jelas di atas isu isu ini yang melibatkan wang rakyat.

AMK SELANGOR dengan ini meminta Pihak POlis agar menyiasat segera lapuran lapuran kami ini dan kami akan terus memburu "perompak-perompak" wang rakyat ini sehingga mereka di adili di mahkamah.

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Khairul Anuar bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor

Lapuran polis itu telah di buat pada jam 10.30 pagi disertai oleh AMK Selangor. Di ketuai oleh Khairul Anuar dan Halimey. Bersama mereka dianggarkan lebih dari 50 orang pemuda dan angota anggota Keadilan yang berbilang bangsa.

Selepas keluar dari Balai Polis seksyen 11, Shah Alam, mereka telah membuat kenyataan akhbar dan beberapa ketika kemudian mereka di panggil balik masuk oleh pegawai penyiasat.

Photo ketika dan selepas lapuran polis tersebut. [Klik untuk paparan lebih jelas]


Khairul Anuar 'Jonah' dan Halimey sedang menanti kedatangan para penyokong yang lain.


Pemberitahuan tentang tujuan laporan polis dibuat sebelum memasuki kawasan balai


Ketika laporan polis dibuat


Menghala keluar selepas membuat laporan


Kenyataan media dibuat sejurus diluar kawasan balai polis seksyen 11, Shah Alam.


Jeritan "Tangkap Mahathir" oleh AMK Selangor

May 15, 2008

PENYOKONG HALIMEY BUAT KECOH?

Radenjowo
Untuk menang satu perjuangan. Untuk kekalkan kemenangan itu satu seksaan. Itu lah yang kita lihat apabila berlaku nya tsunami yang menimpa Selangor menyebabkan UMNO tersungkur dari kuasa yang tak pernah lengkang dari mereka. UMNO perlu tahu bahawa Rosaknya UMNO adalah kerana UMNO sendiri. UMNO tidak jatuh kerana parti lawan tetapi kerana sikap UMNO yang tak kenal di untung. Diberikan betis, mahukan peha. Dah bagi sedikit nakkan semua. Ini perangai UMNO. Tapi biasalah....kalau dah kalah, semua orang lain yang salah.

Dek kerana kesilapan UMNO ini lah maka Pakatan Rakyat merasa melonjak tinggi pada tahun ini. Pakatan Rakyat sedar bahawa kemenangan ini bukan lah kerana kewibawaan kepimpinan yang ada di sekitar Selangor. Akui lah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat adalah kerana Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul dan kepimpinan senior di dalam Pakatan Rakyat. Orang tak kenal siapa wakil Keadilan di Selangor. Orang tak kenal siapa ketua bahagian dan ada rakyat yang tidak kenal pun calun calun yang diletakkan. Setakat nama, kita tak hairan kerana kita tahu bahawa di dalam keadaan seperti ini, batang kayu pun boleh menang. Semuanya gara gara orang dah benci pada UMNO. Boleh lah dikatakan sebagai menang percuma. Macam Cina buta, kawin free, belanja pun di beri.

Kalau aku tanya korang, siapa Ketua Pemuda Keadilan? AKu rasa muntah darah orang tak boleh jawab. Kalau orang tanya siapa Ketua Angkatan Muda Pusat? Makcik dan pakcik serta remaja di bandar dan kampung tak tentu pun kenal. Maka aku nasihatkan jangan lah ada yang tunjuk samseng untuk gila kuasa kerana saham kemenangan Pakatan rakyat pada PRU 12 lepas bukan lah datangnya dari mereka tetapi kerana kepimpinan atasan Pakatan Rakyat seluruhnya.

Pada yang tidak tahu tentang pemuda keadilan, aku nak cerita sikit.

Baru baru ini sudah ada rombakan yang berlaku ke atas Angkatan Muda Keadilan di seluruh malaysia. Maka ada yang jatuh dan ada yang di bawa ke pusat dan ada nama yang tidak disebut pun. Itu semua adalah diatas kebijaksanaan kepimpinan Keadilan Pusat. Kalau prestasi baik, maka baik lah dia. Kalau setakat merapu dan mendabik dada nak tunjuk hebat. Maka pemimpin sebegini, tidak akan kemana .... duduk lah kat ceruk dapur, susun kayu api.

Dan berikut adalah senarai baru yang diperolehi,

Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman

Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff

Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)

Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)

Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin

Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)

Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh

Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari

Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa

Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)

Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil

Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif
Aku tak nak cerita tentang negeri lain tapi aku nak cerita tentang negeri Selangor, tempat tumpahnya darah ku.

(imej: Halimey Abu Bakar, Bekas ketua AMK Selangor)

Dahulunya jawatan AMK Selangor di pegang oleh, Halimey Abu Bakar (Ketua Angkatan Muda Selangor / Ketua Angkatan Muda Kelana Jaya). Di atas alasan alasan tertentu, beliau dikatakan akan di bawa ke pusat dan diganti dengan orang baru. Pengganti ini bukan lah orang baru, tetapi juga orang lama di dalam perjuangan Keadilan dan mempunyai rekod ISA. Pada Pakatan Rakyat, ISA adalah lambang perjuangan. Kalau tak der ISA, tak layak untuk jadi pemimpin. Beliau adalah Khairul Annuar Ahmad Zainudin, yang dikenali dengan nama 'Jonah'.

Nak tahu siapa Jonah ni? Kalau jawa dipanggil Jono tapi disebabkan dia ni bukan jawa maka gelarannya Jonah.

Beliau adalah calun yang menentang Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan pada pilihanraya yang lalu. Beliau telah kalah kerana undi pos yang di lambakkan di Pekan sehingga majoriti kemenangan Najib sebanyak 36,262 undi. Itu kita tak hairan kerana Najib adalah menteri pertahanan@TPM dan undi pos adalah dari tentera dan polis. Dia nak longgok berapa trak undi POS pun kita tak heran.

(Imej: Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin)

Bila Jonah di pilih sebagai Ketua AMK Selangor, maka kecoh lah penyokong penyokong si Halimey yang tak tahu hujung pangkal cerita. Kalau penyokong 'sengal' kita tak hairan tapi dengan si Halimey sendiri pun 'sengal' sama. Panas sungguh agaknya sampai tak mahu berkompromi dan membiarkan penyokong cakap apa yang mereka suka. Meronta dan melonjak serta mengutuk kepimpinan pusat yang pada mereka tidak tahu membuat perubahan. Maka berkumpulah lebih 100 orang pada malam ini, dibawah pejabat tanpa dapat di kawal. Kalau di tengok pada keadaan, tak ubah seperti mesyuarat pemilihan UMNO. Kalau silap pandang, ingatkan penyokong Dacing, tapi Keadilan rupanya. Suasana mesyuarat malam ni sungguh memalukan. Macam budak budak kecik yang tak dapat gula gula pengantin.

Kerana keadaan kecoh sebegitu, maka Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin terpaksa lah turun padang untuk meredakan keadaan. Setelah perbincangan di jalankan, keadaan beransur pulih dan menurut beliau akan membawa perkara ini ke pusat untuk dibincangkan semula.

Apa yang menarik di sini adalah sikap kepimpinan Pemuda yang layaknya seperti gembala lembu. Lembu memang lah tak der akal, tapi terletak kepada si gembala untuk kawal kumpulan lembu tersebut. Kalau dah gembala pun macam lembu, baik tak payah bela lembu. Kumpul bersama sama dengan lembu dan makan rumput ramai ramai. Selepas makan, buang najis merata rata dan bila tiba Raya Haji, kita sembelih buat korban. Itu kalau lah mereka ini lembu ....

Sekali lagi aku nak jelaskan. Sebelum ini aku tak kenal siapa adun, siapa ketua bahagian dan siapa ketua pemuda. Malah aku tak kenal pun si Halimey ni. Yang aku tahu adalah Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul, Ezam dan kepimpinan senior yang lain. Kalau tiada Keadilan pun, aku undi PAS, kalau tiada PAS dan KEADILAN pun, aku akan undi DAP kerana aku benci pada UMNO.

Aku Undi PAS dan KEADILAN kerana mereka lah calun yang ada dikawasan aku. Pemuda perlu tahu bahawa tiada pemuda yang angkut dan pimpin aku untuk datang mengundi dan tiada Pemuda yang memberikan aku cenderamata dan menghantar aku pulang. Ini semua adalah kerana tanggung jawab pengundi dan rakyat demi perubahan.

Maka, sedar sedar lah diri sikit. AMK tu siapa? Rakyat tak pandang pun AMK ni. Biarlah nama ketua kalian cukup terkenal di dalam Harakah atau Suara keadilan, pada aku setakat baca je. Tengok pakai mata, esok aku dah lupa.

Oleh itu buatlah perangai baik sikit. Kawal penyokong. Api kalau disimbah dengan minyak, api makin marak. Kalau dijirus air, api kan padam. Sebagai pemimpin, kena tahu kawal keadaan. Kalau tak tahu, duduk belakang, angkat bendera. Bila orang suruh lonjak, kita lonjak. Kalau orang suruh diam, kita diam. Kalau dah berangan nak jadi pemimpin, kena ada sikap kepimpinan. Kalau dah gila sangat pada kuasa, aku nasihatkan korang pegi ke pejabat UMNO dan tampal dahi tu dengan lambang dacing. Nasihat aku buat Halimey, Jangan kurang ajar pada Ketua AMK dan Keadilan pusat. Kalau kalian terus dengan watak UMNO ni .... lebih baik gulung tikar dan minta jadi ketua pemuda UMNO. Disana baru tau dunia tinggi rendah. Keadilan bukan parti samseng untuk jadi topeng perjuangan.

Nak jadi pemimpin tak payah sekolah tinggi tinggi. Kalau belajar sampai ke OXFORD sekali pun sedangkan otak letak di kasut, Korang lebih kurang sama je dengan UMNO. Korang kena ingat, tanpa korang Keadilan boleh hidup, tanpa korang, kitorang tetap undi Pakatan Rakyat. Bukan lah penting sangat pun jawatan kalian sehingga boleh melumpuhkan parti dan merosakkan undi. Itu sendiri mau ingat.

May 11, 2008

MIUP di Pulau Pinang lumpuh,13 bahagian sertai KeADILan

harakahdaily - [...] Pengasas Malaysian Indian United Party (MIUP) yang juga teman rapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Nallakaruppan mendapat tamparan hebat semalam apabila 13 bahagian seluruh Pulau Pinang mengambil keputusan membubarkan parti itu serentak untuk menyertai KeADILan.

ImageSeramai 2000 orang ahli MIUP bertindak nekad meninggalkan parti itu kerana tidak sanggup lagi melihat 'wayang kulit' Dato' Nallakaruppan yang hanya pandai melakar janji sewaktu pilihanraya tetapi hilang haluan bila Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Menurut Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam ketika ditemui menyifatkan, helah Nallakaruppan akhirnya terbongkar apabila cuba mempergunakan kaum India untuk meningkatkan kepercayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan kedudukan serta mengidam projek peribadi.

Penubuhan MIUP juga katanya, bermatlamat menunjukkan kuasa kepada Dato' Seri Anwar bahawa ramai kaum India menolak kepimpinan KeADILan yang didakwa bercakap tidak serupa bikin.

"Kini baru kami sedar lakunan Dato' Nallakaruppan. Dia sanggup menikam kawan dari belakang demi mendapatkan jawatan selepas pilihanraya. Dia kata Anwar seorang yang kuat penipu tapi dia yang sebenarnya berkelakuan begitu, " tegasnya dalam program meraikan kemasukan ahli MIUP di Dewan Orang ramai di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 10, 2008

Mengurus kemenangan

matsamankati - [...] PRU 12 mengubah suasana ini. Dari sebuah parti ular lidi, sehinggakan diperkecil oleh rakan-rakan mereka sendiri, PKR sudah menjadi naga. Tiada apa yang perlu dihairankan kerana PKR mempunyai dasar mulut ternganga, membujur lalu melintang patah. Jangan ditanya apa tujuan kamu memasuki PKR, jangan disoal siapa kamu? Yang penting, kekuatan perlu digembelingkan untuk mengalahkan musuh. Hari ini, walaupun PKR masih belum memenangi peperangan namun ianya sudah mampu memenangi beberapa pertempuran. Dan sebahagian dari pertempuran tersebut telah menghasilkan sejumlah harta rampasan.

Hari ini, harta rampasan yang sedikit itu telah menjadi rebutan. PKR sudah tidak lagi bercakap tentang prinsip dan perjuangan tetapi bergaduh merebut peluang dan jawatan. Sudah ada geng India, geng Melayu dan geng Cina. Sudah ada geng India yang mengugut untuk bertindak sekiranya kuota India tidak dipenuhi. Sudah ada geng Melayu yang bercakap tentang hak Melayu dan sudah ada geng Cina yang kata itu depa punya, ini depa punya.

Mungkin kerana mereka terkejut dengan kemenangan. Mungkin juga kerana mereka tidak pernah merasa kemenangan. Lantas tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kemenangan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 6, 2008

Bantu petani lebih baik dari belanja berbillion beli kapal selam - Wan Azizah

harakahdaily - etua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) menegaskan, kerajaan perlu memikirkan bagaimana cara untuk membantu golongan petani bagi meningkatkan hasil padi negara.

"Sepatutnya daripada berbelanja berbillion ringgit untuk kapal selam dan kapal terbang Sukhoi, lebih baik kerajaan memberi tumpuan dalam meningkatkan ransangan bagi sektor pertanian khasnya dalam rangka menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga sebagai persiapan dalam pertahanan negara," ujar Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Wan Azizah, akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa dunia sedang menghadapi krisis makanan dimana pengeluaran beras dan bahan-bahan makanan lain tidak dapat memenuhi permintaan yang makin meningkat dan menyebabkan harganya melambung tinggi.

Kekurangan berlaku antaranya kerana permintaan yang tinggi terutamanya daripada China dan India, katanya. more...

Apr 21, 2008

Suara Keadilan Diberi Permit Cetak, Kenapa Tidak Makkal Osai?

KeADILan - Menurut Ketua Penerangan Tian Chua, KeADILan mengalu-alukan pengumuman Menteri Dalam Negeri meluluskan akhbar milikan KeADILan ini serta mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan hari ini kerana ia sejajar dengan tuntutan KeADILan dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menuntut hak untuk bersuara dan hak setiap parti memiliki dan menerbitkan surat khabar sendiri.

“Maka, keputusan KDN ini akan dapat membuka lebih banyak ruang untuk kritikan serta menyebarkan idea-idea reformasi KeADILan dengan lebih meluas dan berkesan” kata Tian

Walau bagaimanapun, tindakan KDN meluluskan permit Suara Keadilan dalam tempoh 50 hari selepas pilihanraya adalah sekelumit dari permasalahan yang jauh lebih besar, iaitu dasar kerajaan Barisan Nasional yang masih mengongkong kebebasan media dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh ingin memulihkan demokrasi dalam negara, akta-akta di atas harus dimansuhkan dan langkah yang lebih menyeluruh wajar diambil agar ruang kebebasan media benar-benar terjamin, misalnya apa yang terjadi ke atas surat khabar Tamil Makkal Osai baru-baru ini tidak harus berlaku. more...

Berita lain
Jika mahu kebebasan akhbar...

Mar 18, 2008

PEMIMPIN PKR TENTANG RIMBA JAYA

Mar 13, 2008

Wawancara DSAI & Lim Kit Siang di Al-Jazeera

anwaribrahimblog.com

Al-Jazeera akan menyiarkan wawancara dengan DSAI dan Lim Kit Siang di saluran Astro 513, pada waktu-waktu berikut:

13/3
8:30 AM
1:00 PM
6:00 PM

14/3
3:00 AM

Gambar-gambar dari wawancara:

dsc_9301.jpg

dsc_9308.jpg

dsc_9326.jpg

dsc_9232.jpg

dsc_9362.jpg

Mar 10, 2008

And don’t call me ‘YB’ please

elizabethwong

In our meeting last night, Anwar Ibrahim brought us down to earth.

First - we have to change this ‘bodek’ feudal culture of Umno. ‘Yang Berhormat’ or YB is only appropriate in the halls of the state assembly or Parliament. Do the Brits or Australians go around calling their MPs or state legislators ‘Right Honourable’ in public? Nope.

So please don’t call us YBs. It gives me a strange icky feeling if you do.

Two - any unreasonable perks will be slashed. There will not be any redecorations in our offices and we will use the vehicles bought earlier by the state government. Our salary will also be cut. We gotto cut those wasteful and unnecessary spending.

Tan Sri Khalid is gonna run this state like a corporation. We are expected to file quarterly reports like an good company. Expect some redundant committees and positions created to appease the Umno-aites to be erased. And yeah - no belly-dancing in those ‘lawatan sambil belajar’. It’s ‘belajar sambil bekerja’.

Three - we will be open to everyone in regards to suggestions and inputs. We want to be take stock of what is immediate and urgent. And please give us time. Fifty years of nonsense will take time to be rectified and corrected.

Mar 8, 2008

Identiti dua pengundi dicuri hantu di Rawang

KeADILan

Di Dun Rawang, Selangor, Cikgu Razak memaklumkan bahawa dua orang pengundi dihalang dari mengundi setelah mendapati identiti mereka dicuri oleh ‘hantu’ untuk membuang undi di Pusat Undi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk, Rawang pada pukul 10.30 pagi tadi. Kecurian identiti ini ini disahkan oleh SPR.

Salah seorang daripada mangsa kecurian tersebut enggan bekerjasama setelah diugut oleh seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat rendah agar tidak memfailkan laporan polis. Jentera parti digerakkan untuk memburu pegawai polis terbabit. Berita diterima pukul 12.57 tengahari. Laporan penuh akan menyusul.

Pada ketika ini, KeADILan sedang berusaha mendesak agar saluran dua Pusat Undi San Yuk ditutup, atau proses pengundian seluruh pusat mengundi San Yuk dihentikan, sehingga pihak SPR daerah datang meneliti, menyiasat dan menangani isu ini.

Dalam perkembangan yang sama, Cikgu Razak memberitahu KeADILan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rawang berkenaan campurtangan polis terhadap proses pengundian. Salinan laporan akan diserahkan kepada pihak SPR di peringkat daerah dan negeri.

WAN AZIZAH BERKEMPEN DI SAAT AKHIR DI PASAR MALAM BERJUMPA RAKYAT


wrlr.blogspot

PERMATANG PAUH 7HB Mac- Kempen di saat akhir oleh presiden keadilan di Permatang Pauh ditemani anakanda beliau Nurul Hana berjumpa masyarakat setempat.Beliau yang di jangka mempertahankan kerusi Perlimen beliau dijangka mendapat tentangan hebat dari "pengundi khas' yang dibawa UMNO.

Mar 4, 2008

Alasan SPR batal Penggunaan Dakwat adalah alasan yang amat tidak munasabah

Pembatalan Penggunaan Dakwat Kekal
suarakeadilan

Dengan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan penggunaaan dakwat kekal, tidak ada sebab untuk rakyat menafikan bahawa wujud kerjasama SPR dan Barisan Nasional (BN) untuk menghalalkan penipuan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Meskipun pelbagai jaminan diberikan dan kesilapan yang berlaku dengan ketara, kini jelas terbukti bahawa Tan Sri Rashid kini terlibat untuk melaksanakan perjalanan Pilihanraya Umum ke-12 dalam keadaan integrity pilihanraya tercabul sepenuhnya.

Menggunakan alasan ‘arahan awam’ dan ‘keselamatan’ juga adalah alasan yang amat tidak munasabah, di mana alasan ini adalah selari dengan alasan-alasan yang diberikan seluruh dunia oleh pihak yang mahu menafikan kebebasan demokratik.

BERSIH yang bukan sekadar mewakili parti-parti politik tetapi juga lingkungan besar badan-badan masyarakat telah berkempen sepenuh upaya untuk memastikan perlaksanaan dakwat kekal diimplementasi untuk memerangi gejala pengundi hantu.

Ada di kalangan calon-calon yang telah menyaksikan pelbagai penipuan di dalam proses pengundian pos, dan mendedahkan ratusan malah ribuan alamat-alamat yang tidak sah, pengundi yang telah mati dan juga pengundi yang berusia lebih daripada 100 tahun di dalam daftar pengundi. SPR telah menafikan sepenuhnya tuntutan BERSIH untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan kini tuntutan ketiga BERSIH juga telah dinafikan.

Pada ketika ini di saat seluruh dunia memerhatikan kita, SPR akhirnya telah menunjukkan sebenar-benarnya bahawa sebarang usaha ke arah reformasi untuk memperbetulkan system dalam waktu yang begitu penting dan mendesak, SPR akan ‘cuci tangan’ demi menurut kehendak penguasa politik yang rakus.

KeADILan, bagaimanapun melihat satu indikator positif daripada perkembangan ini. Kelihatan perisik-perisik BN sudah jelas menunjukkan bahawa akan wujud kecenderungan rakyat yang sangat besar kepada pembangkang, lantas terdesak untuk menggunakan saluran pengundi hantu dan pelbagai kaedah penipuan lain untuk mengurangkan risiko kekalahan yang mereka ramalkan. BN pastinya tidak akan memberi ruang.

Kami mendorong dan menyeru kepada semua penyokong dan indidvidu yang bersimpati kepada pembangkang untuk memperkukuhkan tekad dan usaha mereka untuk kita menggempur fasa terakhir pilihanraya ini demi menyebarluas kempen ke arah Malaysia yang lebih baik.

Dr Syed Husin Ali
Timb Presiden KeADILan

Mar 2, 2008

10,000 SAMBUT DS ANWAR DI ANDALAS KELANG


Andalas 2 March 2008, 12 tgh.

Pertemuan DS Anwar bersama pemimpin UMNO dan PKR di Andalas berlangsung di dalam keadaan yang terkawal. Beberapa anggota polis dan SB kelihatan di beberapa tempat, tapi tidak merosakkan aturcara.

Kedatangan XAVIER menggamatkan keadaan. Beliau menemui penduduk di setiap kawasan di Padang. Membuka ucapan dan ketika itu, Dr. MARIAH MAHMUD calun PAS P111 Kota Raja datang turut mendapat tepukan dari para penyokong dan Hadirin.

Setelah kira kira jam 12.15 tgh, DS Anwar tiba dan keadaan menjadi kecoh semula. LEBIH KECOH LEBIH GAMAT. Para petugas terpaksa membuat laluan. Namun rakyat berlumba lumba untuk bersalam dengan beliau. Kedatangan beliau disambut dengan laungan bingit "Reformasi" dan "Makkal Sakthi"

Berucap untuk lebih kurang 10 ke 15 minit dan terpaksa beredar untuk berkunjung ke lokasi kempen yang lain. Bagaimana pun, menurut berita yang diperolehi dan disaksikan sendiri ..... Sambutan orang ramai diluar jangkaan. Bangsa melayu, cina dan India berkumpul pada hari ini hanya untuk melihat seorang bakal pemimpin yang akan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sekian lapuran dari No2umnO dan ucapan wak ....... "REFORMASI" dan "MAKKAL SAKHTI"

UBAH SEBELUM PARAH !!!





Kyusuk mendengar ucapan DS Anwar





Xavier Bersalam dengan penyokong BA



Ketika DS Anwar memasuki ruang berhimpunan menuju ke pentas.



Sampai ke pentas di sambut dengan tepukan dan lagu KEADILAN

Jentera Pemuda Umno disorak kerana cuba ganggu ucapan Anwar

Sementara itu, sekitar pukul 3.00 petang Dato' Seri Anwar juga diberikan sambutan hebat ketika berucap di Kampung Permatang Saga dalam Dun Pinang Tunggal yang ditandingi calon BN, Dato' Roslan Saidin.

Kehadiran 5,000 orang ke situ sekali lagi memberi tamparan hebat terhadap calon yang asyik berbangga dengan kekayaan peribadi.

Fenomena sebegini, tidak pernah berlaku walaupun angin refomasi pernah melanda daerah ini pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Harakahdaily mendapat maklumat, Umno sengaja mengarahkan jenteranya memasang khemah di tengah Jambatan Sungai Muda yang menghubungkan Pinang Tunggal Seberang Perai dengan Pinang Tunggal, Kedah walaupun program perasmian jambatan tersebut dijangka diadakan empat hari lagi kerana bimbang kebanjiran penyokong BA dari Kedah


harakahdaily
KEPALA BATAS, 2 Mac (Hrkh) - Jentera Pemuda Umno Kepala Batas "diboo" oleh penyokong Barisan Alternatif (BA) apabila cuba menggangu ucapan Ketua Umum Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pos Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Parlimen P.41 Kepala Batas petang semalam.

Anwar yang berucap bersama calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad dan calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Noorsiah Md Arshad disambut hebat oleh berbagai kaum, kebanyakannya kaum Cina dan India. More...

PENGUMUMAN !!!

http://anwar-ibrahim.navajo.cz/anwar-ibrahim-2.jpg

PERHATIAN !!!

Pada jam 12 tgh ini. DS Anwar Ibrahim akan melawat Bilik Gerakan di Jalan Kebun, Kelang. Dan pada jam 12.30 tgh pula, beliau akan berkunjung ke Bilik Gerakan di Taman Seri Andalas. Beliau akan diringi Dr. Xavier. Butir butir lanjut sedang cuba di perolehi.

Sila datang beramai ramai untuk menyambut dan memberi sokongan anda. SK Terima Kaseh

Elizabeth Wong @ Kg Sg Kayu Ara Selatan Report

ak57.wordpress

Elizabeth Wong @ Kg Sg Kayu AraA PKR ceramah was held at a supporter’s home in Kampung Sungai Kayu Ara Selatan on the night of 27th February 2008. The speakers were:

* Syarif Huddin (known as Hunter)
* Nasir Hj. Jaini (Master of Ceremonies for the night)
* Irene Fernandez
* Cheah, the Naib Pengerusi of AMK Selangor (position not verified at this time)
* Elizabeth Wong (PKR candidate for DUN N37 Bukit Lanjan)
* S. Patha (one of Nurul Izzah’s campaign supporters)
* Sivarasa Rasiah (PKR candidate for P107 Subang)

Attendance was small, perhaps 60 people but that was to be expected as it was scheduled on short notice, not that many homes were in short walking distance and this was PKR’s first ceramah in the area.

Timeline

9.46 PM

Syarif HuddinHunter gave a spirited speech while the crowd was waiting for the arrival of Sivarasa Rasiah and Elizabeth Wong. His opening remarks are reproduced below:

This area of Kayu Ara is considered a stronghold of UMNO. UMNO is very strong here. Perhaps tonight they have tried to disrupt our program by having their own program at the Dewan Orang Ramai.

But with the presence of our voters, our supporters, who have bravely attended tonight, even if it is but two people, we of Parti Keadilan Rakyat will carry on our program without fear or shame!

- translation by ak57


Kawasan Kayu Ara ini dianggap sebagai kawasan kubu kuat UMNO. UMNO sangat kuat di sini. Mungkin malam ini, mereka cuba menggempur program kita dengan mengadakan program ceramah mereka di Dewan Orang Ramai.

Tetapi dengan adanya pengundi kita, penyokong kita, yang berani masuk ke laman rumah ini, walaupun dua orang, kita dari Parti Keadilan Rakyat akan teruskan program kita tanpa rasa takut dan malu!

- original text

Hunter Giving His Speech

9.50 PM

Elizabeth Wong arrives, Hunter carries on his speech. More people begin to show up.
Kg Sg Kayu Ara Crowd Starts Showing Up

Kg Sg Kayu Ara Crowd Starts Showing Up
10.05 PM

Nasir Hj JainiNasir Hj Jaini, a local resident and Master of Ceremonies for the night thanks the crowd and gives a short introduction of Irene Fernandez.

She spoke on:

* How residents whose homes were demolished (for development) have yet to be receive their remuneration
* The difficulty of rising prices and the impending rise of the price of petrol should the present government remain in power
* The riches of the country being taken by the leaders of BN, instead of being shared with the people
* The promise of PKR to not only halt the increase of petrol price, but to reduce it immediately
* The imbalance of the scales of BN (in reference to their logo) where a few people have all the wealth and rise to the top, while the rest of the nation suffers at the bottom


Irene Fernandez
10.33 PM

Cheah, Naib Pengerusi AMK Nasir Hj Jaini introduced the next speaker, Cheah, who is the Naib Pengerusi of AMK Selangor. He expressed his shock at seeing the poor, backwards state of the area in terms of land development when compared to neighbouring areas such as Damansara Utama.

Nasir then introduced the next speaker, Elizabeth Wong.

10.36 PM

After much fanfare, applause and a gift of a garland of flowers Elizabeth Wong began her speech. She spoke about:

1. The giant billboards advertising Barisan Nasional as the sole choice, which was clearly a lie. The crowd strongly agreed
2. The government that has forced the people to close an eye to the obvious acts of corruption
3. The places of worship that have been demolished by the government without any reparations
4. If the state were truly advanced we would have nice roads, comfortable homes, clean air - a good quality of life
5. The deforestation going on for the sake of (politician linked) developers lining their pockets
6. Various corrupt individuals that were the result of BN being too comfortable in their majority control of the government
7. The abuse, kidnapping and rape of children such as the recent cases of Nurin and Sharlinie

Elizabeth Wong Speaking To The Crowd

10.55 PM

S.PathaS.Patha, one of the members of Nurul Izzah’s campaign next gave a passionate speech entirely in Tamil.

11.11 PM

Sivarasa Rasiah’s Arrival
Sivarasa Rasiah arrives.
Sivarasa Rasiah’s Arrival

After being bequeathed a garland of flowers he gave his speech, the final speech for the night. His opening remarks :

My fellow men and women, let me get straight to the point. Whether we want to maintain the old car that is Barisan Nasional, or buy a new car under Keadilan, PAS, DAP or PSM. That is the main issue.

Buy a new car, or bring in a new, advanced, cheaper car.

On the 8th of March we will push out the old BN car and send it to the trash heap, and bring in a new car to drive our country towards a new direction. This is the promise of Dato’ Seri Anwar Ibrahim and all the leaders of Keadilan, DAP, PAS and PSM.

- translation by ak57

Saudara saudari, saya pergi terus kepada isu pokok. Samada kita mahu kekal kereta lama Barisan Nasional atau kita mahu beli satu kereta baru di bawah Keadilan, PAS, DAP dan PSM. Itulah isu.

Mahu pakai kereta lama, atau kita masuk kereta baru yang canggih dan murah.

Pada 8 Mac kita akan tolak kereta lama BN dan simpan di tong sampah dan kita bawa satu kereta baru untuk pandu negara kita ke satu arah baru. Inilah yang dijanji oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Keadilan, DAP, PAS dan PSM.

- original text


Sivarasa Rasiah Gives His SpeechHe touched on the following points in his speech:

1. the increase in the price of petrol, goods, food and all aspects of life
2. the promise of PKR to reduce the price of petrol, whereas BN claims to increase the price of petrol
3. a review of the contracts of toll companies in order to reduce the tolls levied on highway users
4. a review of the cost of water, electricity and health
5. the provision of free education
6. an improvement of the education system
7. the use of part of Petronas profits (which total RM80 billion per year) to help reduce the burden borne by the people by reducing the previous costs mentioned
8. abolishment of the ISA should the Opposition achieve a majority, followed by the release of those unlawfully detained (such as the HINDRAF leaders)
9. abolishment of the Printing Presses and Publications Act

The speech ended at 11.37 PM.
Elizabeth Wong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez

Mar 1, 2008

LAPORAN AL JAZEERA

Feb 29, 2008

Di Pahang dan KL ...... Aduhhh !!!

KeADILan

27022008-1.jpg

27022008-2.jpg

27022008-4.jpg

28022008-1.jpg

28022008-2.jpg

28022008-3.jpg

28022008-4.jpg

28022008-5.jpg

Lawatan Kempen P.18


Assalammu'alaikum dear all,


Yesterday was very hectic. We began the day dengan lawatan ke pasar besar Kulim (which looks like pasar malam to me). Very surprising dengan response the non Malays. But the Malay as usual..ada satu Pakcik tu kebetulan mengeluh harga barang naik depan aku. Aku pun tanya dia tau tak apase (kenapa) naik..dia kate pase (pasal) minyak lah. Abih aku kate tak ke Pakcik pelik minyak kita punya tapi kita kasi penaik..hang tau dia kate ape..takpalah..korang-korang (kuang-kurang) kita ada barang nak beli..tak macam kat Indon (peh..aku tak tau mana dia dapat maklumat Indon takde barang..ni mesti Kemas punye keroje..).


Peh tu aku terus ke Ulu Mahang ziarah satu kematian,lebih korang 1jam drive. Rupe2nya polis yang meninggal..baru 40tahun. Kemudian aku pi ke Sg. Kob..lawat kawasan pengundi cina pekan. Baguih budak Mohyidin yang bawak aku. Dia ni juai suratkabar kat pekan tu..bukan saje dia fasih Tamil & Mandarin..siap tunjuk aku mane Cina MCA mane Cina pembangkang. Tapi yang klasik tu ada sat cine kami tengah dok berjalan dia dok kencing berdiri..suar pendek je. Dari kaler suar dia pun kite tahu dia BN..biru pekat. Kata Mohyidin tak payah buang mase dgn org tue ni. Elok kami belah dia menjerit panggil. Dia maki kami tak bagi risalah kat dia..dia kate ini tawun wa mau kasi itu bakchew (mata dalam kantonis-PKR lh tu sbb dalam bahasa cine lambang PKR macam mate)..

Then aku singgah makan kat satu kedai dia panggil Nasi Periuk Besaq..hangpa kena try sheh nasi dia..punye sedap. Dok tengah hutan sawit tapi punye maju..aku tanye bos kdai tu dia kate tiap hari gerenti habis by 230pm..tapi memang ye..aku tengok orang berderun mai makan..by 2 lebih sikit dah cap boliau..

Lepas zohor kami pi Ladang Dingin..ada lebih korang 300 pengundi black metalik kat sini. Depa punye trade mark ada sarjen kat dahi..dengan mulut tak habis-habis ngunyah sireh. Tapi yang aku bangga depa habaq kate dah berpuluh tahun merdeka..dah berkali kali pilihanraya..jangankan undi..payung BA pun depa tak bagi pacak. Ini kali bukan aje bukak bilik gerakan..aci-aci & ane-ane ni siap datang rame2..jamu aku biskut kering dengan oren lagi. Depa kata ini kali depa nak bagi aku 101% (biasalah depa cakap mesti ada lebih sikit). Ini kali itu lambut sami belu talak kasi tumboh lagiii..hahaha..Hangpa dengaq cerita Samihadhari nak mai tempat aku..puak-puak india dah siap tunggu tgh jalan dengan 200bijik teloq busuk..sirambut palsu tu turun kereta pun tak berani walaupun FRU ada 8 truk. terus belah.


Well..aku kena pergi dulu. Hari ni aku pi tolong Permatang Pauh sebelah siang..sian Kak Wan berdepan dengan ustad kamsen ni..Adios


Zulkifli Noordin
Sumbangan Dana
dan Bantuan Tenaga
terus diperlukan
dari kalian untuk P18!

Wee - Whack the BN!

melvin-mah.blogspot.com

On Thursday night, lawyer Wee Choo Keong, who is competing in the upcoming general elections at Wangsa Maju, has called for the residents of the area to vote for a change, that is voting for Keadilan.


The crowd gathered at Section 1 of Wangsa Maju, adjacent to the LRT station and Jaya Jusco Alpha Angle in anticipation for the arrival of PKR's de-facto leader Anwar Ibrahim, who is on a one whole day working visit throughout various areas of Kuala Lumpur. Anwar arrived at the scene at 9.40 p.m, coming directly from another area. Supporters from the People's Front are also with him including the MDP members associated to Wee. The picture above is Anwar arriving at the scene in a limo.


Despite electricity blackout twice during the gathering, the proceedings went on with Anwar blasting the present BN government especially the sleepy head Abdullah Badawi for the nation's inefficiency. He has been repeating his points mentioned in the party's manifesto promising first of all, petrol price drop and meeting IGP Musa Hassan face to face if the Opposition front wins the election this round. He also blasted the Barisan Nasional for being arrogant and being daylight robbers of the public.


Anwar had to excuse himself as he had to rush to Setiawangsa, FT Minister Zulhasnan Rafique's territory for another 'ceramah'. Wee took the cue and told the public and those in present of the current problems. An appeal was also given to Wee from residents of Section 1. A problem that was addressed by Wee is that incumbent MP Yew Tiong Look only acted when election is around the corner and is deemed by the public as inefficient. He had repeated and calling for the change and teaching (read: whack) BN a terrible lesson coming March 8. The opposition's objective is clear: deny Barisan 2/3rds majority and they want to prove to the people that they can do better than BN. Other primary problems intended to be addressed by Wee include:

1. Improvement of the physical structure of buildings as it was torn and weary.
2. Better cleaniness
3. Improving traffic conditions
4. Better crime prevention

No sooner after 11.15 p.m, the are numerous people, some motorcycle riders are seen carrying the party flags along the main road of Jalan Genting Kelang. Also, a few trucks containing thousands of Barisan Nasional small-sized banners are seen parking at the shoulder of the road, ready to put the signs later on at this time of writing.

Also seen at the scene was satirist photographer TV Smith. You can look at his site in the later part of the day. All the pictures that are taken from here are taken by my own self.

Makkal SAKTI - People Power!

Posting terkini

Blog Archive