KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

MIUP di Pulau Pinang lumpuh,13 bahagian sertai KeADILan

harakahdaily - [...] Pengasas Malaysian Indian United Party (MIUP) yang juga teman rapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Nallakaruppan mendapat tamparan hebat semalam apabila 13 bahagian seluruh Pulau Pinang mengambil keputusan membubarkan parti itu serentak untuk menyertai KeADILan.

ImageSeramai 2000 orang ahli MIUP bertindak nekad meninggalkan parti itu kerana tidak sanggup lagi melihat 'wayang kulit' Dato' Nallakaruppan yang hanya pandai melakar janji sewaktu pilihanraya tetapi hilang haluan bila Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Menurut Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasubramaniyam ketika ditemui menyifatkan, helah Nallakaruppan akhirnya terbongkar apabila cuba mempergunakan kaum India untuk meningkatkan kepercayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan kedudukan serta mengidam projek peribadi.

Penubuhan MIUP juga katanya, bermatlamat menunjukkan kuasa kepada Dato' Seri Anwar bahawa ramai kaum India menolak kepimpinan KeADILan yang didakwa bercakap tidak serupa bikin.

"Kini baru kami sedar lakunan Dato' Nallakaruppan. Dia sanggup menikam kawan dari belakang demi mendapatkan jawatan selepas pilihanraya. Dia kata Anwar seorang yang kuat penipu tapi dia yang sebenarnya berkelakuan begitu, " tegasnya dalam program meraikan kemasukan ahli MIUP di Dewan Orang ramai di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive