KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?

pakatanonline - [...] Antaranya menyebutkan tentang lompat-melompat dari BN ke pembangkang sebaliknya. Apa benarkan andaian beliaupun akan turut melompat sama??

Maka di sini perturunkan sebahagian perbahasan tersebut…

‘Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi isu YB yang saya hendak YB beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun cross over untuk menyertai parti pembangkang. Adakah YB mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?

Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]:

YB Kinabatangan, terima kasih YB. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan dituduh pula untuk melompat. Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli YB supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat... (ada yang minta laluan) Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat YB dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama? Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]

Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat. Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya... [Tepuk]

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

1 comments:

Anonymous said...

pemimpin cm ni den sokongg.....

apa yg betol...dibetolkan....

great job...

Posting terkini

Blog Archive