KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Raja petra belakun atau bermuslihat?

''Tak usahlah berlakon buat cerita untuk hilangkan keyakinan orang ramai dan pihak asing terhadap keselamatan penjara kita.

''Ya, kalau benar, laporlah kepada polis. Setahu saya, dia sendiri tak nak keluar walaupun wang jaminan sudah ada... sengaja hendak publisiti murahan," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini. - Utusan Malaysia
Raja Petra Raja Kamaruddin, a prominent Malaysian blogger reacts to reporters at a magistrate's court in Kuala Lumpur, Tuesday, May 6, 2008. Raja Petra was in court to face sedition charge for implying that the deputy prime minister was involved in the sensational murder of a young Mongolian woman.Itu kata Hamid Albar membalas kenyataan yang dibuat oleh Raja Petra.

Kalau hendak di fikirkan cara logik, mustahil Raja Petra tidak boleh bayar wang jaminan. Penyokong nya ramai dan beliau sendiri bukan lah sukar benar untuk mencari RM5,000 sebagai wang jaminan. Soalnya sekarang, Raja Petra memasuki penjara Sungai Buloh untuk lakunan atau pun muslihat?

Adakah benar beliau mahu tunjukkan pada dunia apa yang kerajaan Malaysia lakukan kepada penulis blog dan kaitannya dengan kebebasan bersuara?

Kita dihiburkan dengan cerita cerita barat tentang masuk keluar penjara. Pelbagai keadaan di dalam sana. Begitu juga di sini. Jual beli rokok, samseng penjara, gerombolan puak puak di dalam penjara dan macam macam lagi. Terdapat juga pergerakan informasi melalui nota nota kecil turut berlegar di dalam penjara. Apa yang kita saksikan di dalam wayang gambar dan cerita cerita luar negara, mungkin berlaku di negara kita. Itu tak mustahil dan besar kemungkinan berlaku.

Benarkah sirul menjerit dan mengugut Raja petra di dalam sana? Tentunya menjadi cerita bertambah menarik dan itu lah kenyataan yang pertama keluar ketika Raja Petra keluar dengan penjara. Dengan kenyataan itu, kita beranggapan bahawa marah benar tertuduh kepada Raja Petra. Apa yang mereka tahu tentang Raja Petra? Di dalam penjara boleh membaca blog?

Dan kepada pelayar laman blog Malaysiatoday, Apa kah yang dilakukan oleh Pegawai penjara Malaysia tidak mampu melakukan sebarang tindakan keselamatan sehingga tahanan tahanan penting berasa tidak selamat dan terpaksa di keluarkan? Kalau tahanan reman yang diancam terpaksa di keluarkan, bagaimana dengan keadaan keselamatan tahanan tahanan kekal yang berhadapan dengan tempoh tahanan yang lama? Lantas kerana itu Hamid Albar mengeluarkan kenyataannya.

Mari kita bayangkan kemungkinan di sebaliknya. Cuba kita renung dan bayangkan, kalau kalau Sirul dan Azilah, makan semeja dengan Raja Petra. Bayangkan mereka ketawa terbahak bahak ketika di dalam penjara dan gambarkan mereka bertepuk tampar di dalam sana. Siapa yang tahu?

Bayangkan juga kalau kalau ada nota dan bertukaran antara mereka. Kalau perkara itu berlaku, siapakah yang bingung dan bimbang sekarang? Hehhhh ngeri....sungguh ngeri.

Seperti yang wak katakan pada artikel yang lepas, Artikel Raja Petra yang menengundang kontroversi baru baru ini (Let's send Altantuya's murderrers to hell) adalah climax pada cerita. Tak der lagi isu isu baru dan bukti bukti baru untuk di babitkan. Semuanya cerita berkisar tentang apa yang mereka sebut di dalam penyiasatan dan kenyataan di dalam mahkamah. Ianya tidak terlepas dari fakta sebutan dan siasatan. Tapi tidak mustahil, dengan keadaan sistem yang ada, masih banyak persoalan yang belum terbongkar.

Heh.......itu hanya cerita wayang gambar. Jangan fikir bukan bukan kerana ia buat kita tak lena tidur. Siapa yang tak tidur? Hidup semakin sukar, bayang bayang menjelma yang hampir setiap malam. No2umno mengajak anda berfikir diluar kotak pemikiran. Cuba cuba lah berangan ....

Imbasa tentang isu berkaitan : Malaysian murder a tale of love gone wrong

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive