KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

PLKN: Wajib periksa kesihatan?

utusmeloya - Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan semua bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti latihan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika di dalam kem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengkaji dari segi kos dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan tersebut.

Pada masa ini, jelas beliau, setiap pelatih hanya disyaratkan menunjukkan surat pengakuan bertulis bagi membuktikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

''Ekoran itu, kita tidak mengetahui kesahihan pengakuan mereka itu. Oleh itu, kita sedang melihat implikasi kosnya dan bagaimana kita hendak melakukan pemeriksaan secara wajib atau sebaliknya sewaktu mengikuti latihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Hari dan Minggu Belia Negara 2008 di Felda Sebertak di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelatih PLKN kumpulan dua Siri 5/2008 yang meninggal dunia selepas lebih tujuh jam mengadu sakit perut di Hospital Slim River, Perak kelmarin.


...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive